Setelah penat bekerja sepanjang minggu, pastinya anda mencari tempat yang menawarkan suasana damai dan tenang untuk merehatkan fikiran. Pilihan terbaik sudah tentu adalah mengunjungi lokasi rekreasi berhampiran agar anda tidak terbeban dengan perjalanan jauh atau tekanan ketika memandu.
Anda juga pasti tertanya-tanya, adakah terdapat kawasan menarik yang menawarkan landskap tenang berhampiran kesibukan kota? Jawapannya, ya terdapat banyak destinasi rekreasi alam semula jadi seperti air terjun, sungai dan hutan lipur yang sesuai untuk lari seketika daripada kesibukan bandar.
Menariknya, kebanyakan air terjun ini terletak tidak jauh dari Kuala Lumpur dan Selangor, menjadikannya pilihan ideal untuk aktiviti hujung minggu seperti hiking, berkelah, mandi-manda ataupun sekadar berehat menikmati keindahan alam semula jadi.
Bukan sahaja penduduk Lembah Klang yang gemar mengunjungi air terjun ini, malah ramai juga pelancong tempatan dari negeri lain turut datang untuk merasai pengalaman yang sama.
Ada juga yang sanggup memandu jauh semata-mata untuk menikmati keunikan setiap air terjun, daripada aliran deras yang mencabar sehinggalah ke kawasan yang sesuai untuk berkelah bersama keluarga. Tidak hairanlah mengapa kawasan ini sering menjadi pilihan utama mereka yang mencari ketenangan dan aktiviti luar yang menyeronokkan.
Kenapa Lebih Memilih Air Terjun Dari Aktiviti Lain?
Air terjun mampu menawarkan gabungan aktiviti riadah dan ketenangan pada masa yang sama. Berbanding aktiviti lain seperti membeli-belah di pusat bandar atau menonton wayang, berada di kawasan air terjun memberi peluang untuk menikmati udara segar, mendengar deruan air yang menenangkan serta dikelilingi kehijauan semula jadi.
Selain itu, kebanyakan air terjun di sekitar Lembah Klang mudah diakses dan tidak memerlukan perjalanan jauh, menjadikannya pilihan sempurna untuk percutian singkat. Dengan aktiviti seperti hiking, berkelah, mandi-manda dan fotografi air terjun menjadi destinasi yang sangat sesuai untuk keluarga, pasangan mahupun kumpulan sahabat yang ingin mengisi hujung minggu dengan cara lebih menyeronokkan.
Berikut Adalah Senarai Air Terjun Sekitar Lembah Klang
1. Air Terjun Sungai Kanching
(Sumber : Pixabay)
Air Terjun Sungai Kanching yang terletak di Rawang, Selangor merupakan salah satu destinasi alam semula jadi paling popular di Lembah Klang. Cukup terkenal dengan 7 tingkat air terjun yang cantik, kawasan ini menjadi pilihan utama pengunjung untuk berkelah, hiking dan mandi-manda.
Tambahan pula, lokasinya yang tidak jauh dari Kuala Lumpur menjadikan Air Terjun Sungai Kanching sebagai destinasi wajib dikunjungi bagi mereka yang mencari ketenangan dan pengalaman alam yang menyegarkan.
- Lokasi: Taman Eko Rimba Kanching Templer's Park Jungle Waterfall, 1 , Rawang, Selangor, Malaysia
- Jarak Dari Kuala Lumpur: 27KM (28 Minit)
- Harga Kemasukan (Sabtu&Ahad): RM3(Tempatan) RM8 (Pelancong Asing)
- Waktu Operasi: 8:00AM - 5:00PM
- Bateriku terdekat: Bateriku Rawang (Country Homes)
2. Air Terjun Gabai
(Sumber : AllTrails)
Kurang dari satu jam pemanduan dari Kuala Lumpur, anda sudah boleh tiba di destinasi alam semula jadi yang lengkap dengan kemudahan iaitu Air Terjun Sungai Gabai di Hulu Langat, Untuk sampai ke bahagian puncak air terjun, pengunjung perlu mendaki ratusan anak tangga dan menyeberangi jambatan kecil .
Namun, jangan risau di sepanjang laluan tersedia beberapa astaka rehat yang membolehkan anda berhenti sebentar sambil menikmati keindahan hutan tropika sebelum meneruskan pendakian ke puncak.
- Lokasi: Air Terjun Sungai Gabai, Selangor, 43100 Hulu Langat, Selangor
- Jarak dari Kuala Lumpur: 40KM (42 Minit)
- Harga Kemasukan: RM2 (Dewasa) RM1 (Kanak-Kanak)
- Waktu Operasi: 8:00AM - 6:00PM
- Bateriku terdekat: Bateriku Hulu Langat
3. Jeram Kubang Gajah
(Sumber : Trip)
Lokasi ini turut dikenali sebagai Air Terjun Sofea Jane, sebuah destinasi semula jadi yang memukau dengan aliran air yang dikelilingi pohon hutan tropika menjulang tinggi. Untuk tiba di kawasan ini, pengunjung perlu menempuh perjalanan sejauh 2.5 hingga 3 kilometer melalui denai hutan yang agak mencabar. Setiap langkah sepanjang laluan bukan sekadar sebuah perjalanan, Cabaran inilah yang menjadikan Air Terjun Sofea Jane sebagai salah satu tarikan rekreasi paling unik di sekitar Lembah Klang
- Lokasi: Lot 1A, Sofea Jane Waterfall, Jalan Kemensah Ulu, 68000 Ampang Jaya, Selangor
- Jarak dari Kuala Lumpur: 20KM (23 Minit) -Harga Kemasukan: -
- Waktu Operasi: 9:30AM - 5:30PM
- Bateriku terdekat: Bateriku Ukay Perdana
4. Air Terjun Chilling
(Sumber : Selangor Travel)
Untuk menuju ke air terjun utama di Air Terjun Sungai Chilling, pengunjung perlu menyeberangi 6 anak sungai berbatu serta melalui sebuah jambatan gantung. Perjalanan ini memberikan pengalaman berbeza dengan suasana pengembaraan sambil dikelilingi keindahan hutan semula jadi.
Air Terjun ini juga terkenal dengan Santuari Ikan Sungai Chilling yang dipenuhi ribuan ikan kelah jinak. Peringatan untuk anda bahawa air terjun ini hanya beroperasi pada hujung minggu sahaja.
- Lokasi: Chiling waterfalls, 44000, Selangor
- Jarak dari Kuala Lumpur: 70KM (1 jam 4 minit)
- Harga Kemasukan: RM1
- Waktu Operasi: 8:00AM - 6:00PM
- Bateriku terdekat:Bateriku Batang Kali
5. Air Terjun Sungai Tua
Air Terjun Sungai Tua menjadi pilihan bagi ibu bapa yang membawa anak kecil. Aktiviti di sini sesuai dan selamat dan untuk anak kecil kerana kawasan sungai yang cetek dan landai. Selain Air Terjun Sungai Tua menjadi pilihan ideal untuk aktiviti rekreasi kerana menawarkan pelbagai pengalaman menarik seperti berkhemah, jungle trekking.
Gabungan keindahan alam semula jadi dengan kemudahan mesra pengunjung menjadikan lokasi ini destinasi popular untuk percutian keluarga dan aktiviti hujung minggu.
- Lokasi: Sungai Tua Recreational Forest, Selangor, Malaysia
- Jarak dari Kuala Lumpur: (25KM 27 Minit)
- Harga Kemasukan: RM2 (Dewasa) RM1 (12 Tahun Kebawah)
- Waktu Operasi: 8:00AM - 5:00PM
- Bateriku terdekat: Bateriku Setapak
6. Air Terjun Sungai Pisang
(Sumber : Hikers For Life)
Air Terjun Sungai Pisang yang memiliki ketinggian sekitar 20 meter yang menjadi tarikan utama kerana aliran bertingkatnya menghasilkan pemandangan semula jadi yang menakjubkan.
Laluan menuju ke air terjun ini agak mencabar, namun setiap langkah yang ditempuh pasti berbaloi apabila pengunjung tiba di kawasan kolam utama yang dikelilingi kehijauan hutan tropika. Keindahan ini menjadikan Air Terjun Sungai Pisang antara destinasi rekreasi yang wajib dikunjungi di selangor.
- Lokasi: Sungai Pisang Waterfall Trailhead, E8, 53100 Batu Caves, Selangor
- Jarak dari Kuala Lumpur: 25KM (30 Minit)
- Harga Kemasukan: RM5
- Waktu Operasi: 7:00AM - 7:00PM
- Bateriku terdekat: Bateriku Setapak
Apa Yang perlu Dibawa Ketika Beriadah Di Kawasan Air terjun?
Membawa peralatan asas ketika mengunjungi air terjun sangat penting untuk memastikan pengalaman lebih selesa, selamat dan menyeronokkan. Antara peralatan yang perlu dibawa adalah:
- Pakaian sesuai & selesa (baju sukan / pakaian cepat kering)
- Kasut hiking / sandal outdoor yang tidak licin
- Tuala kecil & pakaian ganti
- Plastik kalis air / dry bag untuk simpan barang penting
- Botol air / bekalan minuman
- Sedikit makanan ringan / tenaga (contoh: roti, biskut, energy bar)
- Kit pertolongan cemas asas (plaster, minyak angin, ubat)
- Losyen pelindung matahari & spray serangga
- Kamera / telefon dengan casing kalis air untuk merakam momen
- Beg Sampah bagi memastikan sisa sampah tidak dibuang merata rata
Kereta tiba-tiba buat hal? Jangan risau, Bateriku kan ada! Dengan lebih 230 cawangan di seluruh Malaysia, servis bateri kami cepat, mudah dan boleh dipercayai. Jadi, kalau anda takut kereta rosak tengah jalan, haaa relaks je, call Bateriku, kami terus datang bantu. Senang kan?