24 Mar 2026

5 Pusat Beli Belah Kegemaran Orang Klang

Cover image

Klang memang banyak tempat beli-belah. Anda boleh jumpa yang terbesar, anda juga boleh jumpa yang boleh borong. Jadi setiap kali hari minggu, penduduk tempatan ada saja lokasi sasaran mereka untuk lepak ataupun dapatkan barang keperluan. Ini 5 lokasi beli belah yang jadi kegemaran warga Klang untuk habiskan hari minggu mereka.

5 Pusat Beli Belah Tumpuan Warga Klang

Setia City Mall

Setia City Mall letaknya di sempadan Klang dan Shah Alam. Ia adalah pusat beli belah terbesar di daerah itu dengan keluasan lantai lebih 1.18 juta kaki persegi. Di sana, anda boleh temui lebih daripada 327 kedai dengan lebih 4,000 parkir untuk keperluan warga Klang dan Shah Alam seusai pintu dibuka. Antara kedai tumpuan adalah seperti AOEN, Parkson, Golden Screen Cinema, Uniqlo, Harvey Norman, Mr. DIY, Miniso, dan Kaison.

260225-bateriku-klang shopping mall setia city mall.webp

Sumber: Setia City Mall

Selain beli belah, ada juga kemudahan taman hijau 10.5 ekar untuk dinikmati disamping pelbagai kedai makan untuk penuhi keperluan semua lapisan umur. Pada hari minggu, Setia City Mall memang penuh terutamanya di bahagian padang bila pengunjung boleh berkelah di bahagian luar. Aktiviti malam di Setia City Mall pun tak kurang happening.

Outlet Bateriku terhampir dengan Setia City Mall adalah Bateriku Meru.

AEON Mall Bukit Raja

AEON Mall Bukit Raja adalah antara pusat beli belah terawal di daerah Klang. Ia sudah berusia lebih 30 tahun dan sewaktu pembukaannya dalam tahun 1995, ia dikenali sebagai Jusco Bandar Baru Klang. Jadi, lokasi ini digemari orang-orang lama dan disebabkan kedainya tak banyak ia memudahkan mereka dapatkan barangan keperluan.

260225-bateriku-klang shopping mall aeon mall.webp

Sumber: Chongkian

Nak makan, anda boleh cuba Sushi King, Nando’s KFC, dan Old Town Coffee. Nak beli baju dan aksesori fesyen, mereka ada Levi’s, Bata, Focus Point, Poh Kong, dan banyak lagi. Untuk berlibur, AEON Mall Bukit Raja ada TGV Cinema, Molly Fantasy, dan Jungle Kids.

Outlet Bateriku terhampir dengan AEON Mall Bukit Raja adalah Bateriku Bandar Bukit Raja.

Klang Parade

Selain Aeon Bukit Raja, Klang Parade juga adalah antara lokasi tumpuan orang lama. Ia juga dibuka dalam tahun 1995 bermakna umur mereka sebaya. Lokasi Klang Parade strategik kerana ada ditengah-tengah Bandar Klang yang jadikan akses pengunjung kepadanya jadi mudah.

260225-bateriku-klang shopping mall klang parade.webp

Sumber: Klang Parade

Klang Parade mengandungi kira-kira 200 kedai merentasi beberapa tingkat. Antara yang boleh anda temui adalah Parkson, H&M, Guarding, Kedai Buku Popular. Untuk bersantap, anda boleh cuba KFC dan McDonald’s dua rantaian makanan segera terkenal dan sesuai untuk seisi keluarga.

Outlet Bateriku terhampir dengan Klang Parade adalah Bateriku Taman Teluk Pulai.

GM Klang Wholesale City

GM Klang Wholesale City adalah lokasi buruan warga Klang untuk barangan borong. Ini adalah pusat borong terbesar di Malaysia menurut Malaysia Book of Records. GM Klang beroperasi sejak tahun 2009 di Bandar Botanic dan mudah diakses melalui KESAS, NKVE, SKVE, dan LDP. Ia ada lebih 700 ribu kaki persegi ruang niaga dengan lebih 2,500 petak niaga dan lebih 3000 tempat letak kereta.

260225-bateriku-klang shopping mall gm klang.webp

Sumber: Borneo Daily Bulletin

Segala macam barang boleh ditemui daripada fesyen, kesihatan, kecantikan, keperluan rumah, permainan, gajet, dan barangan perkawinan. Kalau dah penat borong barangan, anda boleh singgah makan di lebih 50 outlet F&B. Kedai buka dan tutup terlalu kerap di sini jadi setiap bulan anda akan jumpa sesuatu yang baharu dan ia jadikan GM Klang tak pernah bosan.

Outlet Bateriku terhampir dengan GM Klang adalah Bateriku Bandar Botanic Klang.

KSL Esplanade Mall

KSL Esplanade Mall adalah pusat beli belah termuda dalam senarai ini. Ia buka pintu pada pelawat dalam bulan Mei 2023 untuk jadi lokasi beli belah buat penduduk sekitar KSL Bandar Bestari. Pusat beli belah ini terletak paling selatan, menghampiri Teluk Panglima Garang. Ia mudah diakses melalui KESAS ataupun SKVE dan akan ada stesen LRT3 dirancang pada masa akan datang.

260225-bateriku-klang shopping mall ksl esplanade mall.webp

Sumber: The Edge Malaysia

Lokasi beli belah ini ada ruang lebih 650 ribu kaki persegi merentasi 4 tingkat. Antara kedai tumpuan adalah seperti TGV Cinemas, MR DIY, Star Grocer, Skechers, Al-Ikhsan Sports, EnerG X Park, Xctive Kidz, dan banyak lagi. Pihak operator juga sediakan taman yang dijaga dengan elok seluas 10 ribu kaki persegi untuk jadi tempat rehat dan main kanak-kanak.

Outlet Bateriku terhampir dengan KSL Esplanade Mall adalah Bateriku Kota Bayuemas.

Bateriku pilihan orang Klang

Klang ada banyak lokasi beli belah dan beristirehat hujung minggu. Dalam anda melompat daripada lokasi ke lokasi, pastikan kenderaan diselenggara dengan elok untuk elakkan tersadai. Kalaulah berlaku sesuatu luar jangka keatas kereta, pastikan anda hubungi Bateriku untuk sebarang masalah teknikal kereta.

Bateriku ada tawarkan servis pemasangan bateri kereta di mana-mana sahaja di seluruh Malaysia. Dengan sistem pengkalan data yang komprehensif, jenis kereta anda boleh diketahui dan jenis bateri yang bersesuaian terus boleh disarankan kepada anda.

260224-bateriku-bateriku kelantan astraman.webp

Tak terhad kepada penghantaran bateri secara on demand, kami juga ada beberapa servis lain untuk rungkai kerunsingan anda ke atas kereta anda. Perkhidmatan road side assistant kami boleh bantu anda jump start kereta, isi semula petrol sekiranya terkandas, buka kunci kereta jika terkunci daripada luar, baiki & tukar tayar, ataupun sekiranya perlu, kami ada trak tunda untuk bawa kereta anda ke bengkel untuk dibaik pulih.

Avatar

Hanif Azrai

Let’s share to:

Next Read