29 Sept 2025

2 hari 1 malam: Pokok Sena, Kedah menyimpan rahsia

Cover image

Negeri jelapang padi, Kedah, sememangnya menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dikunjungi sama ada bersama keluarga mahupun rakan-rakan.

Dalam artikel ini, fokus diberikan kepada sebuah daerah yang kurang mendapat perhatian berbanding daerah lain iaitu , iaitu Pokok Sena, Kedah. Walaupun Kurang tumpuan di dalam radar pelancong, kawasan ini sebenarnya menyimpan banyak tarikan dan aktiviti menarik yang boleh dilakukan sama ada pelancong dari luar negeri mahupun penduduk tempatan di kedah.

Kami mencadangkan pembaca datang dan meneroka daerah ini sekurang kurangnya 2 hari dan 1 malam. Kami akan ceritakan berberapa tempat yang menarik untuk dikunjungi di Pokok sena,kedah.

Loq Sakhri Agrofarm

Lokasi: Lot 2011, Kampung Pendang, Kg Budi, Pokok Sena, Kedah

Kalau anda mencari tempat untuk lari sebentar dari kesibukan bandar, Loq Sakhri Agrofarm ialah destinasi yang wajib dicuba. Terletak di tepi sawah padi, suasana di sini cukup tenang dengan udara segar, panorama hijau, dan ketenangan kampung yang menenangkan jiwa.

Di sini juga terdapat sebuah kafe menarik, Kak Piah Kafe, yang menawarkan menu ala Thai dan tempatan. Antara yang menjadi pilihan ramai ialah Miang Pla Phau, hidangan ikan bergaya Thai yang segar dan unik. Bukan sahaja makanan yang enak, malah suasananya juga cukup santai sesuai untuk berlepak bersama kawan atau keluarga, mengambil gambar “instagrammable”, atau sekadar berehat sambil menikmati pemandangan alam semula jadi.

Loq sakhri by Facebook.webp (Sumber: Facebook)

Bukit 8888

Lokasi: Jalan Panchor, 06400 Pokok Sena, Kedah

Bagi pencinta alam dan aktiviti lasak ringan, Bukit 8888 merupakan pilihan terbaik. Dengan ketinggian sekitar 148 meter, bukit ini sangat sesuai untuk pendaki beginner atau mereka yang mahu aktiviti santai bersama keluarga.

Laluan hikingnya jelas bertanda dengan jarak lebih kurang 2.3 km pergi balik, dan hanya mengambil masa sekitar 45 minit hingga 1 jam untuk sampai ke puncak. Sepanjang perjalanan, anda akan disajikan dengan pemandangan sawah padi dan kehijauan semula jadi yang mendamaikan.

Keunikan Bukit 8888 ialah ia boleh digabungkan dengan pendakian ke Bukit Tongkat Ali yang berdekatan. Waktu terbaik untuk mendaki ialah pada pagi atau lewat petang, ketika cuaca lebih sejuk dan pemandangan lebih menawan.

Bukit 8888 by Wikiholic.webp (Sumber: Wikiholic)

Pasar Malam Senayan

Lokasi: Lorong bersebelahan Pizza Hut, Pokok Sena, Kedah Waktu Operasi: Setiap Isnin, 3.00 petang – 10.00 malam

Kalau berada di Pokok Sena pada hari Isnin, jangan lepaskan peluang ke Psasar Malam Senayan menjadi nadi kehidupan malam penduduk setempat. Apa yang menjadikannya unik ialah tema retro era 60-an, dengan dekorasi serta suasana yang membawa anda seolah-olah kembali ke zaman dahulu.

Di sini, anda boleh mencuba pelbagai makanan yang memikat selera daripada kuih tradisional Melayu, satay berasap, nasi lemak daun pisang, hinggalah ke minuman moden seperti teh boba. Selain itu, terdapat juga pelbagai barangan murah, aksesori, dan pakaian yang sesuai untuk cenderahati.

Pasar Malam Senayan bukan sekadar tempat membeli-belah, tetapi juga lokasi terbaik untuk merasai budaya masyarakat tempatan. Suasananya yang meriah, penuh aroma makanan jalanan, dan dipenuhi pengunjung menjadikan ia pengalaman malam yang sukar dilupakan.

Senayan by facebook.webp

Dengan gabungan pengalaman bersantai di Loq Sakhri Agrofarm, berjalan di alam semula jadi Bukit 8888, serta menikmati kemeriahan Senayan Night Market, Pokok Sena menawarkan pakej lengkap untuk pelancong yang inginkan suasana kampung, keindahan alam, dan budaya masyarakat setempat.

Hamsha Village

Lokasi: Batu 17, Jalan Naka, Kampung Bendang Lanjut, 06400 Pokok Sena, Kedah.

Suasana Kampung & Alam Semula Jadi

  • Hamsha Village dikelilingi sawah padi yang menghijau, udara segar, dan bunyi unggas sangat sesuai jika anda mahu rehatkan minda dari kesibukan bandar.
  • Panorama matahari terbit dan waktu senja semakin melengkapkan suasana damai.

Pelbagai Pilihan Penginapan

  • Anda boleh memilih ikut keperluan dan bajet:
  • Rumah Segitiga menjadi tumpuan ramai kerana keunikkan pada rekabentuknya.
  • Chalet kayu, chalet moden, banglo keluarga, tiny house, rumah besi. Ada juga “Rumah Pokok” bagi yang mahu pengalaman unik ala tree-house, walaupun fasiliti asas seperti kipas & lampu saja.

Aktiviti Santai & Hiburan Ringan

  • Memancing ikan secara percuma jika menginap di situ.
  • Menyewa sampan di kolam, layan suasana air & sawah.
  • Barbecue bersama keluarga, sukaneka ringan dan bersiar-siar di sekitar kampung.
  • Menara & pondok disediakan untuk tempat rehat atau bergambar.
  • Terbaru disini juga terdapat Aktiviti bermotor ATV (All Terrain Vehicle) atau pun Quad Bike untuk mengelilingi kawasan kampung dalm sawah padi yang terbentang luas.

Kemudahan & Akses

  • Semua bilik asas dilengkapi dengan bilik air dan penghawa dingin (kecuali beberapa jenis - Rumah Pokok guna kipas).
  • Tempat letak kereta luas. Lokasinya strategik: mengambil masa kira-kira 20-30 minit dari Alor Setar, mudah jika anda nak ke bandar juga.

Hamsha by Kedah tourism.webp (Sumber: Kedah Tourism)

Casa Lentera

Lokasi: Casa Lentera, LOT 566A, Jalan Kampung Bukit Lada, JALAN KUBUR PANJANG, 06400 Pokok Sena, Kedah

Panorama Sawah Padi

  • Casa Lentera dikelilingi hamparan sawah padi menghijau yang menenangkan mata.
  • Selain dari itu suasana hening kampung juga menjadikan nilai tambah yang membuatkan pengunjung berasa lebih tenang.

**Kolam Renang untuk Keluarga **

  • Tarikan utama Casa Lentera ialah kemudahan kolam renang private. Ia memberi ruang privasi dan keselesaan untuk keluarga atau kumpulan yang datang bercuti, sambil anak-anak bebas mandi-manda dengan selamat

Penginapan Selesa Dan Mesra Keluarga

  • Bilik berkonsep moden klasik ringkas tetapi selesa, sesuai untuk pasangan atau keluarga kecil.
  • Ruang santai yang “instagrammable” dengan dekorasi bercirikan desa.
  • Kemudahan asas: bilik air peribadi, pendingin hawa, wifi (bergantung jenis bilik).

Aktiviti & Hiburan Ringkas

  • Bersantai di tepi sawah, menikmati kopi atau teh panas.
  • Bergambar dengan latar sawah padi dan kolam renang lokasi yang sesuai untuk “OOTD” atau gambar keluarga.
  • BBQ bersama keluarga / rakan pada waktu malam sambil menikmati angin kampung. Akses & Kemudahan Lain
  • Parkir luas untuk pengunjung.

Lokasi strategik tidak jauh dari tarikan lain di Pokok Sena seperti Bukit 8888, Loq Sakhri Agrofarm, dan Senayan Night Market.

Lentera by facebook.webp (Sumber: Facebook)

Cucur Udang dua beradik

Pokok Sena merupakan salah satu port makanan petang yang semakin digemari, terutama bagi peminat cucur panas yang rangup di luar, lembut di dalam. Gerai kecil ini dikenali dengan cucur udang, cucur sayur dan pelbagai jenis gorengan yang dimakan bersama sos istimewa buatan sendiri, menjadikannya pilihan tepat untuk minum petang atau sekadar kudapan ringan bersama kawan dan keluarga. Suasananya ringkas tetapi meriah, sering menjadi tumpuan penduduk setempat dan pengunjung luar yang ingin merasai keenakan makanan jalanan asli dengan harga berpatutan.

Lokasi: Cucur udang dua beradik, Kampung Panchor, 06400 Pokok Sena, Kedah Waktu Operasi: 3:30PM - 10:00PM

Raffik Nasi Lemak Pokok Sena

Nasi Kandar memang sinonim dengan negeri kedah dan Pulau Pinang terdapat banyak Pilihan yang boleh dilakukan apabila anda ada di sebelah utara malaysia, namun jika anda berada di Pokok Sena pilihan yang anda perlu pertimbangkan adalah Raffik Nasi Lemak kerana keistimewaannya terletak pada Campuran kuah yang pelbagai, kuah campur pekat yang penuh rasa yang diletakkan di atas nasi lemak, serta harga yang berpatutan. Restoran ini sering menjadi tumpuan bukan sahaja penduduk setempat, tetapi juga pengunjung luar yang ingin merasai kelazatan masakan di Raffik Nasi lenak pokok sena ala utara yang asli.

Nasi Lemak Pokok Sena by Reviewbah.webp (Sumber: Reviewbah)

Lokasi: Raffik Nasi Lemak Pokok Sena,1925, Jalan Stadium, Alor Malai, 05100 Alor Setar, Kedah Waktu Operasi: 4:30PM - 7:00PM

Nasi Tomato Pokok Sena(50 Tahun)

Sarapan dengan nasi tomato di Kedah sudah menjadi kebiasaan, namun nasi tomato yang paling mendapat tumpuan terletak di Pokok Sena. Hidangan utama di sini ialah nasi tomato yang wangi dan lembut, dipadankan dengan ayam masak merah yang pekat berempah, menjadikannya pilihan istimewa untuk memulakan hari dengan rasa yang benar-benar autentik.

Nasi tomato Pokok Sena by Travelholic.webp (Sumber: Travelholic )

Lokasi: Nasi Tomato Pokok Sena,Pekan Langgar, 06400 Pokok Sena, Kedah Waktu Operasi: 8:00AM - 2:00PM

Roti Canai Terbang Pokok Sena

Roti Canai Terbang Pokok Sena memang menjadi tarikan unik bagi pencinta sarapan pagi. Keistimewaannya bukan sahaja pada rasa roti canai yang garing di luar dan lembut di dalam, tetapi juga pada persembahan penyediaannya. Tukang roti di sini terkenal dengan aksi “menerbangkan” doh roti canai ke udara sebelum dibakar di atas kuali panas menjadikannya satu hiburan kecil yang mencuit hati pelanggan. Selain menu roti canai terdapat banyak lagi menu lain seperti Roti Sarang Burung, Roti Teloq Berceghau, Roti Pisang Coklat dan banyak lagi pilihan yang boleh anda pilih.

Roti canai terbang  by Facebook.webp (Sumber: Facebook)

Lokasi: Roti Canai Terbang Pokok Sena,No 62, Jalan Pekan Lama, 06400 Pokok Sena, Kedah Waktu Operasi: 7:00AM–1:00, 5:00PM–10:30PM

Jika anda merancang untuk bersiar-siar mencari pengalaman baru, artikel ini boleh dijadikan rujukan. Namun, ketika menikmati perjalanan, pasti ada kerisauan jika kenderaan tiba-tiba menghadapi masalah terutama kereta tersadai di tepi jalan akibat bateri kong atau kerosakan lain. Jangan risau, kerana Bateriku sentiasa bersedia membantu anda.

Bateriku mempunyai cawangan dan pasukan “BHero” di seluruh Malaysia, termasuk di bandar-bandar utama serta kawasan luar bandar. Tidak kira di mana anda berada, bantuan akan dihantar terus ke lokasi anda dengan cepat dan mudah.

Bateriku bukan sekadar menjual bateri, tetapi menyediakan pelbagai perkhidmatan berkaitan automotif untuk memastikan perjalanan anda lancar:

Avatar

Ashraf Manaf

Let’s share to:

Next Read