Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan (NHSI) melaporkan lebih daripada 254,000 orang dewasa di Malaysia mengalami masalah obesiti sehingga Mac 2025. Walaupun kerajaan telah melaksanakan pelbagai usaha seperti memberikan pendedahan awal di sekolah rendah dan menengah, kadar obesiti di Malaysia dijangka terus meningkat sekiranya gaya hidup masyarakat tidak berubah.
Punca Obesiti di Malaysia
Antara faktor utama yang mendorong peningkatan obesiti termasuklah:
- Pemakanan tidak seimbang - pengambilan makanan segera, minuman bergula dan makanan berlemak secara berlebihan.
- Kurang aktiviti fizikal - gaya hidup yang lebih banyak masa di rumah atau di pejabat tanpa senaman.
- Kekangan ruang riadah - tidak semua kawasan mempunyai taman rekreasi atau kemudahan sukan yang selesa.
Cara Menjaga Badan Kekal Sihat
- Amalkan pemakanan seimbang - lebihkan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh serta kurangkan makanan bergula dan bergoreng.
- Aktiviti riadah harian - berjoging, berjalan kaki atau berbasikal di kawasan perumahan atau taman berhampiran.
- Senaman di rumah - yoga, senaman ringan atau zumba boleh dilakukan walaupun tanpa alatan gim.
- Gaya hidup aktif - elakkan duduk terlalu lama, lakukan pergerakan ringkas setiap 30 minit.
Jadi bagi mereka yang menghadapi kekangan untuk bersukan di kawasan terbuka dan kekangan masa ,Gimnasium boleh menjadi pilihan terbaik. Banyak gimnasium kini menawarkan pakej mampu milik dan 24 Jam dengan kemudahan lengkap.
Gimnasium Pilihan Terbaik
Benar, senaman di rumah tetap memberi manfaat kepada kesihatan. Namun begitu, gimnasium menawarkan kelebihan yang tidak dapat diperoleh di rumah. Persekitaran yang kondusif di gym mampu meningkatkan motivasi untuk bersenam, selain adanya jurulatih peribadi yang boleh memantau teknik serta perkembangan anda dalam mencapai misi gaya hidup sihat.
Di gimnasium, anda juga mendapat akses kepada kelengkapan lengkap seperti barbell, treadmill, mesin kabel dan pelbagai peralatan kecergasan moden yang direka untuk meningkatkan intensiti senaman. Ini yang menjadikan gimnasium adalah pilihan yang terbaik untuk melakukan senaman.
5 Peraturan Asas di Gimnasium
- Pakai pakaian yang sesuai Gunakan pakaian sukan yang selesa serta kasut yang direka untuk aktiviti kecergasan bagi mengelakkan kecederaan.
- Gunakan peralatan dengan betul Ikut arahan penggunaan mesin atau minta bantuan jurulatih peribadi jika kurang pasti. Teknik yang salah boleh membahayakan diri.
- Lap peralatan selepas digunakan Kebersihan sangat penting. Sentiasa bawa tuala kecil untuk mengelap peluh pada mesin atau bangku selepas digunakan.
- Hormati masa dan ruang orang lain Jangan duduk terlalu lama di mesin atau bench jika tidak menggunakannya. Beri peluang kepada orang lain yang sedang menunggu giliran.
- Utamakan keselamatan Lakukan regangan (warm up) sebelum mula bersenam dan jangan angkat beban melebihi kemampuan. Gunakan spotter (pembantu) jika perlu untuk latihan berat
10 Pilihan Gim Yang Menarik dan Serba lengkap di Lembah Klang
1. Gymbox
Gymbox dikenali sebagai gim pertama terbesar di Setapak, sekali gus menjadi antara pusat kecergasan paling menonjol di kawasan ini. Dengan ruang latihan yang luas dan kelengkapan moden, ia sesuai untuk pemula hingga ke tahap profesional. Gymbox juga menawarkan pelbagai jenis latihan daripada kardio, kekuatan hingga kelas berkumpulan. Persekitarannya yang kondusif menjadikannya lokasi ideal untuk mereka yang serius membina gaya hidup sihat.
(Sumber: Gymbox)
Harga Kemasukkan: RM140 -RM160 (Bulan)/ RM1320 (Setahun) Waktu Operasi: 8:00AM - 12:00AM Lokasi: 30488 LOT LAMA, Jalan Usahawan 6, off, Jalan Genting Kelang, Setapak, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Bateriku Berdekatan: Bateriku Setapak
2. Pump Fitness
Pump membawa konsep unik dengan menggabungkan martial art dan senaman kecergasan di bawah satu bumbung. Selain boleh menggunakan peralatan gym untuk latihan kekuatan, ahli juga berpeluang mempelajari seni mempertahankan diri. Gabungan ini menjadikan senaman lebih menyeronokkan dan mencabar, sesuai untuk mereka yang tidak mahu rutin latihan biasa. Pump memberi nilai tambah kepada ahli yang mahu ketahanan fizikal dan kemahiran pertahanan diri dalam masa yang sama.
(Sumber: Pump)
Harga Kemasukkan: RM25 (Hari)/RM166-199 (Bulan) Waktu Operasi: 7 :00AM–1:00 AM Lokasi: Lembah Klang
3. KOA Fitness
KOA Fitness adalah gim eksklusif yang direka khas untuk wanita, dengan suasana privasi yang lebih selesa. Gim ini menawarkan program kecergasan yang fokus kepada keperluan wanita termasuk toning, penurunan berat badan, serta kelas berkumpulan. Jurulatih di KOA Fitness juga terdiri daripada tenaga pengajar berpengalaman yang memahami cara latihan yang sesuai untuk wanita. Dengan konsep ini, KOA menjadi pilihan utama golongan wanita yang mahu kekal sihat tanpa rasa segan.
(Sumber: KOA Fitness)
Harga Kemasukkan: RM30 (Hari)/RM160 (Bulan) Waktu Operasi: 7:00AM–9:00PM Lokasi: B-G-07, Gateway Corporate Suites, No. 1, Jalan Desa Kiara, Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur Bateriku Berdekatan: Bateriku Sungai Penchala
4. Celebrity Fitness
Celebrity Fitness merupakan salah satu gimnasium paling popular di Malaysia. Kebanyakan cawangan gim ini terletak di kawasan tumpuan utama seperti pusat beli-belah, menjadikannya mudah diakses oleh orang ramai. Ia terkenal kerana menawarkan fasiliti moden, ruang latihan yang selesa, serta harga keahlian yang berpatutan. Celebrity Fitness juga mempunyai banyak cawangan, menjadikannya lebih mudah diakses oleh orang ramai. Popularitinya menjadikannya antara destinasi utama bagi sesiapa sahaja yang ingin memulakan rutin senaman.
(Sumber: Life On My Own Backyard)
Harga Kemasukkan: RM60 (Hari)/ RM155 (Bulan) Waktu Operasi: 7:00AM - 10:00PM Lokasi: Lembah Klang
5. K Fitness The Underground
K Fitness memberi penekanan kepada suasana mesra komuniti dengan program latihan yang fleksibel. Ia sesuai untuk semua peringkat umur, sama ada pemula mahupun mereka yang sudah berpengalaman. Gim ini sering menjadi tumpuan kerana menyediakan pilihan latihan berkumpulan yang lebih menyeronokkan. Dengan fasiliti yang lengkap, K Fitness membantu ahli mengekalkan kecergasan mengikut kemampuan masing-masing.
(Sumber: K fitness)
Harga Kemasukkan: RM20 (Hari) - RM160 (Bulan) Waktu Operasi: 7:00AM - 12:00 AM Lokasi: no 2, Jalan 51a/225, Seksyen 51a, 46100 Petaling Jaya, Selangor Bateriku Berdekatan: Bateriku Taman Medan
6. Optimum Fit
Optimum Fit menumpukan kepada latihan kekuatan, kecergasan umum, dan kawalan berat badan. Gim ini menawarkan peralatan moden yang membolehkan ahli mencapai matlamat kecergasan dengan lebih berkesan. Selain itu, terdapat juga jurulatih yang boleh membantu membimbing latihan agar lebih teratur. Ia sesuai untuk mereka yang mahu mengoptimumkan stamina, tenaga, dan bentuk tubuh badan.
(Sumber: Google)
Harga Kemasukkan: RM28 (Hari) - RM158 (Bulan) Waktu Operasi: 6:00AM-12:00AM Lokasi: Lot 7, Jalan 219, Section 51A, Lebuhraya Persekutuan, 46100 Petaling Jaya, Selangor Bateriku Berdekatan: Bateriku Taman Medan
7. O-Zone Fitness
O-Zone tampil unik dengan konsep obstacle gym yang mencabar fizikal seperti halangan ala ninja warrior. Ia sesuai untuk individu yang sukakan latihan ekstrem dan ingin melatih kekuatan, keseimbangan, serta ketahanan badan. Senaman di sini bukan sahaja menyeronokkan, malah meningkatkan daya tahan mental kerana memerlukan fokus dan strategi. O-Zone menjadi pilihan bagi mereka yang mahukan sesuatu di luar kebiasaan senaman tradisional.
(Sumber: Reklr)
Harga Kemasukkan: RM20 (Hari) - RM300 (Bulan) Waktu Operasi: 11:00AM - 10:00PM Lokasi: No 2, Jalan 51a/225, Seksyen 51a, 46100 Petaling Jaya, Selangor Bateriku Berdekatan: Bateriku Taman Medan
8. Anytime Fitness
Anytime Fitness menawarkan kelebihan akses 24 jam, membolehkan ahli bersenam pada bila-bila masa mengikut keselesaan jadual. Konsep ini sangat sesuai untuk mereka yang sibuk bekerja atau pelajar dengan masa tidak menentu. Gim ini dilengkapi dengan peralatan moden untuk latihan kardio dan kekuatan. Dengan kemudahan global access, ahli boleh menggunakan cawangan Anytime Fitness di Malaysia.
(Sumber: Johnson Fitness And Wellness)
Harga Kemasukkan: RM179 - RM199 (Bulan) Waktu Operasi: 24 Jam Lokasi: Lembah Klang
9. Gym Paradise
Gym Paradise sering menjadi pilihan utama pelajar kerana menawarkan harga keahlian yang berpatutan. Walaupun bajet-friendly, gim ini tetap menyediakan kelengkapan asas yang lengkap untuk latihan harian. Suasana mesra pelajar menjadikan ia tempat sesuai untuk generasi muda mengekalkan gaya hidup sihat. Lokasinya yang strategik juga memudahkan pelajar mengaksesnya selepas kelas atau kuliah.
(Sumber: Gym Paradise)
Harga Kemasukkan: RM15 (Hari) - RM128 (Bulan) Waktu Operasi: 7:00AM - 12:00AM Lokasi: 32-2 & 32-3, Jalan Mayuri 1/5A, Setia Mayuri, 43500 Semenyih, Selangor Bateriku Berdekatan: Bateriku Semenyih
10. Musclehub
Anda Kenal C.bum? pasti anda terpesona dengan gaya beliau memperagakan badan di dalam gim berkonsep monokrom. Musclehub menonjol dengan reka bentuk dalaman yang juga berkonsepkan monokrom minimalis yang moden dan bergaya. Selain suasana unik, gim ini menyediakan kelengkapan lengkap untuk latihan kekuatan, kardio, dan bina badan. Pengalaman bersenam di sini lebih menarik kerana estetik ruangnya memberi motivasi tambahan. Musclehub sesuai untuk mereka yang bukan sahaja mengejar kecergasan, tetapi juga mahukan suasana yang stylish dan berbeza.
(Sumber: Musclehub)
Harga Kemasukkan: RM150 (Bulan)/ RM1440 (Setahun) Waktu Operasi: 7:00AM - 12:00AM Lokasi: Block Gallery, Quill 18 Building, Lingkaran Teknokrat 3 Barat, Cyber 4, 63000 Cyberjaya, Selangor Bateriku Berdekatan: Bateriku
Soalan Lazim Bagi Pengguna Amatur Gim
1. Adakah saya perlu mempunyai pengalaman sebelum mula ke gim? Tidak, gim sesuai untuk semua peringkat termasuk pemula baharu. Jurulatih dan kakitangan boleh membantu anda memulakan dengan betul bagi sanaman asas dan biasanya anda perlu melanggan untuk mendapatkan Jurulatih Peribadi
2. Adakah gim menyediakan jurulatih untuk membimbing pemula? Ya, kebanyakan gim menawarkan khidmat jurulatih peribadi atau panduan asas untuk ahli baru.
3. Peralatan apa yang sesuai untuk saya gunakan sebagai pemula? Biasanya anda boleh mulakan dengan mesin ringkas kerana ia lebih mudah dan selamat digunakan berbanding mesin berat dan beban bebas.
4. Adakah saya perlu ikut diet khas apabila mula ke gim? Tidak semestinya, tetapi mengamalkan pemakanan seimbang membantu mempercepatkan hasil senaman anda.
5. Berapa kerap saya perlu ke gim sebagai pemula? 2 hingga 3 kali seminggu sudah mencukupi untuk permulaan, bergantung pada tahap kecergasan dan keselesaan anda.
6. Apa perlu saya buat jika kereta rosak sebelum/selepas saya ke gim?
Jika kereta anda rosak sebelum atau selepas sesi di gim, jangan risau. Bateriku sentiasa bersedia membantu anda di mana sahaja anda berada. Kami bukan sekadar pembekal bateri kereta, tetapi penyedia servis automotif lengkap yang memudahkan anda.
Perkhidmatan Bateriku yang ditawarkan:
- Penghantaran & Pemasangan Bateri Kereta ke Lokasi Anda
- Pemeriksaan Kenderaan
- Bantuan Jalan Raya 24/7
- Pelbagai Jenama Bateri Berkualiti
Dengan Bateriku, perjalanan anda ke gim tidak lagi terganggu kerana bantuan pantas, servis profesional, dan sokongan 24/7 ada di hujung jari anda.

