Pembangunan pesat disekeliling lapangan terbang Senai mewujudkan Senai Airport City. Kawasan berkeluasan 1,099 hektar yang terdiri daripada zon industri dan komersial dan menarik lebih 160 pelabur pelbagai industri seperti AI, kenderaan elektrik, penjagaan kesihatan, dan logistik untuk mewujudkan lebih 28,000 peluang pekerjaan.
Jika anda berada dalam kawasan Senai dan memerlukan tempat untuk bermalam, berikut adalah 10 penginapan terbaik di sekitar Senai.
10 hotel terbaik untuk tidur di Senai
1. Carlsun Hotel

Carlsun Hotel sediakan penginapan bajet berhampiran lapangan terbang. Sangat sesuai kepada pengembara yang ada penerbangan sambungan dengan jarak masa agak panjang dan tak sesuai untuk tunggu di balai pelepasan. Biliknya bersih, berpendingin hawa, dan selesa. Tiada kemudahan lif disediakan tapi hotel ini cuma 3 tingkat sahaja dan kakitangan akan bantu penginap untuk mengangkat bagasi daripada atas ke lobi.
Harga purata untuk 2 orang: RM66/malam.
πCarlsun Hotel
2. Country Inn

Country Inn banyak dapat reviu positif daripada pengunjung atas kemesraan pelanggannya. Salah seorang pengunjung memuji tindakan staf meja hadapan yang berikan bilik di tingkat bawah untuk mudahkan bapa pengunjung yang merupakan seorang warga emas menginap di sana. Banyak juga reviu yang katakan lokasinya yang berhampiran AEON Kulai, tempat makan, dan kedai-kedai barangan keperluan jadikan Country Inn sebagai lokasi strategik. Kemudahan asas lengkap disediakan daripada cerek elektrik untuk menyediakan air hinggalah kepada air panas untuk mandi.
Harga purata untuk 2 orang: RM99/malam.
πΒ Country Inn
3. Palazzo Hotel

Palazzo Hotel adalah satu lagi lokasi yang ada akses pantas ke lapangan terbang Senai. Disamping itu, ia juga berhampiran pasaraya AEON Kulai dan IOI Mall Kulai. Kemudahan asas seperti pembahagi air ada di setiap tingkat. Pilihan bilik tanpa tingkap turut disediakan untuk kos inap yang lebih murah. Hotel ini sangat sesuai untuk pengembara yang perlukan tempat tidur untuk tujuan kerja. Kedudukannya di kawasan komersial utama berikannya akses kepada banyak kedai makan dan serbaneka.
Harga purata untuk 2 orang: RM111/malam
πΒ Palazzo Hotel
4. Havona Hotel

Penginap Havona hotel ramai menyentuh tentang proses daftar masuk yang licin dan pantas serta layanan kakitangan mereka yang mesra. Lokasi Havona hotel yang terletak di penjuru rumah kedai jadikan bilangan ruang parkirnya agak banyak dan mudah untuk dicari. Disebabkan itu juga, akses kepada kedai makan 24 jam juga ada untuk yang tiba daripada lapangan terbang Senai pada lewat malam. Harganya yang munasabah menarik minat ramai penginap yang ada di Senai atas urusan perniagaan.
Harga purata untuk 2 orang: RM112/malam.
πΒ Havona Hotel
5. Castello Hotel

Castello Hotel menyediakan tempat inap yang selesa dan sesuai untuk tempoh singkat pada harga berpatutan. Penginap yang datang untuk tujuan kerja boleh memilih bilik tanpa tingkap untuk instirahat yang tidak diganggu. Pembahagi air sejuk disediakan dan makan pagi turut boleh dibungkus pada harga RM10. Kemudahan yang berhampiran adalah seperti IOI Mall, kedai makan 24 jam, dan cuma 15 minit daripada lapangan terbang Senai. Ramai pengunjung yang memuji tekanan air tinggi dalam bilik air yang memudahkan mereka untuk mandi.
Harga purata untuk 2 orang: RM156/malam.
πΒ Castello Hotel
6. Creator Hotel

Creator Hotel adalah pilihan harga patut dengan bilik bersih, luas, dan selesa. Proses daftar masuk dan keluar dikatakan lancar ditambah pula dengan kakitangan yang mesra. Ada penginap yang memuji tindakan pihak hotel menaik taraf bilik mereka ke yang lebih baik tanpa sebarang cas tambahan. Mesin pembahagi air sejuk ada disetiap tingkat untuk kemudahan penginap.Parkir kenderaan percuma disediakan di ruangan bawah tanah. Lokasinya berhampiran pasaraya AEON dan IOI Mall Kulai jadikannya sesuai untuk penginapan keluarga.
Harga purata untuk 2 orang: RM188/malam.
πCreator Hotel
7. SEM9 Senai

SEM9 Senai penginapan paling dekat dengan lapangan terbang Senai, cuma 5 minit. Malah anda boleh jalan kaki ke sana jika mahu. Keunikan hotel ini adalah sebilangan biliknya adalah bertemakan e-sukan. Bermakna, ada bilik yang dilengkapi konsol permainan, pc berspesifikasi tinggi, dan sambungan internet berkelajuan gigabit. Kalau tak mahu, ada juga bilik konvensional untuk anda berehat sebelum menaiki penerbangan.
Harga purata untuk 2 orang: RM197/malam.
πΒ SEM9 Senai
8. Corsica Hotel

Corsica Hotel tawarkan penginapan yang selesa, lengkap dengan tilam empuk dalam ruang bilik yang lapang. Kemudahan asas disediakan termasuklah selipar, peti sejuk mini, dan sajian kopi & teh di dalam bilik. Hotel ini ada akses kepada banyak tempat menarik seperti tempat makan dan pasaraya AEON. Kakitangan dikatakan mesra dan ada tahap layanan tinggi. Ramai penginap kongsikan tentang bilik yang moden pada harga berpatutan buat yang perlukan tempat istirahat tempoh singkat di Senai dan kawasan sekitarnya.
Harga purata untuk 2 orang: RM251/malam.
πΒ Corsica Hotel
9. Le Grandeur Palm Resort Johor

La Grandeur Palm Resort Johor adalah satu lagi alternatif untuk hotel yang dekat dengan lapangan terbang Senai. Ia juga adalah sebuah resort dengan padang golf. Jadinya, ia bukan sahaja popular dalam kalangan pengembara malahan pengunjung yang ada urusan perniagaan juga. Kawasannya yang luas bermakna kemudahannya juga banyak. Ia ada dua kolam renang, gelanggang skuasy, boling, billiards, dan beberapa aktiviti lain.
Harga purata untuk 2 orang: RM280/malam.
πΒ Le Grandeur Palm Resort Johor
10. Impiana Hotel Senai
Impiana Hotel Senai memang jadi buah mulut orang ramai sekitarnya. Sebagai hotel paling premium dalam senarai ini anda boleh jangkakan kakitangan yang profesional, urusan daftar masuk/keluar yang lancar, dan ruang inap yang sempurna. Ramai memuji kepelbagaian makanan pagi di Tiffin Restaurant, kolam renang yang baik penyelenggaraannya, dan kemudahan yang lain. Lokasinya sangat hampir dengan lapangan terbang Senai jadikannya pilihan utama untuk berehat sementara tunggu penerbangan sambungan.

Harga purata untuk 2 orang: RM583/malam.
πΒ Impiana Hotel Senai
Bateriku di Senai
Anda berada di sini? Bateriku Senai beroperasi di:
113, Jalan Idaman 1/8, Taman Desa Idaman, 81400 Senai, Johor Darul Ta'zim.
Untuk bantuan pantas, hubungi kami di +60391088888, dan Fatin akan bantu anda dapatkan bateri gantian dalam masa kurang daripada 30 minit.

Tak terhad kepada penghantaran bateri secara on demand, kami juga ada beberapa servis lain untuk rungkai kerunsingan anda ke atas kereta anda. Perkhidmatan road side assistant kami boleh bantu anda jump start kereta, isi semula petrol sekiranya terkandas, buka kunci kereta jika terkunci daripada luar, baiki & tukar tayar, ataupun sekiranya perlu, kami ada trak tunda untuk bawa kereta anda ke bengkel untuk dibaik pulih.
Anda boleh lihat senarai lengkap perkhidmatan kami di lamanΒ Bateriku.

