Johor Darul Takzim terletak di hujung selatan Semenanjung Malaysia, sebuah negeri yang kini sinonim dengan kebangkitan JDT dalam dunia bola sepak tempatan. Di sebalik sorakan stadium dan kemeriahan hari perlawanan, Johor juga terkenal sebagai syurga makanan yang dibentuk oleh masyarakat berbilang kaum. Gabungan ini menjadikan budaya makan di Johor sangat kaya, dihargai penduduk tempatan dan disukai pelawat yang datang.
Apabila bercakap tentang makanan Johor, kebanyakan orang akan terus teringat kacang pool, nasi ambeng, beriani gam atau asam pedas. Hidangan ini sememangnya terkenal, namun Johor Bahru menawarkan pelbagai lagi pilihan yang menarik. Jika anda menuju ke Stadium Sultan Ibrahim, membawa anak ke Legoland, atau singgah di JB sebelum masuk ke Singapura melalui Tuas (Second Link), terdapat restoran dan kafe yang patut anda cuba.
Tempat Makan Popular di Iskandar Puteri: Lokasi Kegemaran Orang Tempatan
Bagi anda yang datang dari pusat bandar Johor Bahru atau Pasir Gudang, Taman Perling akan menjadi antara kawasan pertama yang anda lalui sebelum tiba di Nusajaya dan kawasan berdekatan Legoland. Bahagian JB ini penuh dengan pilihan makanan tempatan, restoran keluarga dan kafe yang sibuk dari pagi sampai malam. Berikut ialah senarai tempat makan popular di Johor Bahru barat berserta sebab ia menjadi pilihan ramai.
1. Dulang Lima: Sajian Melayu
Dulang Lima sering berada dalam senarai cadangan utama penduduk tempatan. Restoran ini menggabungkan rasa tradisional Melayu dalam suasana moden. Hidangannya besar dan menampilkan cita rasa sebenar kegemaran orang Johor.
Tarikannya mudah: makanan sedap, bahan segar dan suasana makan yang menghargai tradisi. Jika perjalanan anda ke JB singkat dan anda mahukan satu lokasi yang benar benar mewakili makanan Johor, Dulang Lima adalah pilihan yang tepat.
Lokasi: 9G, Jalan Camar 1/3, Taman Perling, 81200 Johor Bahru, Johor
Waktu Operasi: 10 pagi hingga 7.30 malam (Tutup Rabu)
2. Der Cabin Bistro
Der Cabin Bistro memang terkenal dalam kalangan masyarakat sekitar. Suasananya santai dan menu berasaskan makanan western yang mengenyangkan. Tempat ini sesuai selepas seharian memandu atau bila anda mahu makan malam ringkas tetapi sedap.
Anda boleh jangkakan hidangan Barat, daging atau ayam panggang dan snek yang seronok untuk dikongsikan. Pelanggannya terdiri daripada keluarga dan juga peminat bola sepak yang singgah sebelum ke Stadium Sultan Ibrahim. Jika anda mahukan hidangan sedap tanpa cerewet, Der Cabin Bistro tidak mengecewakan.
Lokasi: 35, Jalan Persisiran Perling 1, Taman Perling, Johor Bahru
Waktu Operasi: 5 petang hingga 11.30 malam
(Kredit: Der Cabin Bistro)
Lokasi: PTD 6075, Jalan Nusaria 11/3, Taman Nusantara, Gelang Patah
Waktu Operasi: 5 petang hingga 11.30 malam
3. Dataran Niaga Perling: Pilihan Dari Pagi Sampai Malam
Jika anda mahukan pelbagai pilihan di satu kawasan, Dataran Niaga Perling ialah lokasi terbaik. Kawasan ini meriah dari awal pagi hingga lewat malam. Setiap waktu mempunyai gerai yang menyajikan hidangan popular tersendiri.
Pada waktu pagi, cari putu mayam. Lembut, segar dan enak dimakan bersama kelapa parut serta gula melaka.
Untuk makan tengah hari, cuba nasi ayam kunyit. Mudah, cepat dan penuh rasa, lebih padu bila dimakan bersama sambal.
Pada waktu malam, mee rebus dan sate menjadi tumpuan. Mee rebus di sini terkenal dengan kuah pekat manis gaya Johor. Sate pula berjus dan penuh aroma panggang.
Dataran Niaga Perling ialah tempat yang boleh anda kunjungi berulang kali tanpa rasa bosan.
Lokasi: Jalan Camar, Taman Perling, Johor Bahru
(Kredit: Mee Rebus Champion)
4. Fatimah and Sons
Fatimah and Sons antara lokasi wajib cuba di sini. Walaupun baru dibuka, ia kini menjadi tumpuan keluarga setempat. Menu yang ditawarkan masih mengekalkan rasa Johor asli yang membuatkan pelanggan berasa seperti makan di rumah sendiri.
Suasananya selesa dan mesra, sesuai untuk sesiapa sahaja yang ingin merasai hidangan fusion.
Lokasi: 2, Persisiran Perling, Taman Perling, Johor Bahru
Waktu Operasi: 12 tengah hari hingga 1 pagi
5. Woodfire Stadium Sultan Ibrahim
Jika anda peminat burger, Woodfire di Stadium Sultan Ibrahim ialah lokasi yang anda tidak boleh abaikan. Woodfire merupakan satu jenama burger yang berkembang dari perniagaan kecil menjadi satu jenama terkenal bagi negeri Johor.
Burgernya besar, berjus dan dipadankan dengan sos yang istimewa. Pada hari perlawanan, suasananya menjadi lebih meriah. Pada hari biasa sekalipun, kualiti hidangannya tetap konsisten. Memang puas.
Lokasi: Woodfire Burger C02, Stadium Sultan Ibrahim, Gelang Patah
Waktu Operasi: 12 tengah hari hingga 9.30 malam
(Kredit: Woodfire Burger)
Lokasi: Persiaran Afiat, Taman Bukit Indah, Johor Bahru
Waktu Operasi: 12 tengah hari hingga 9.30 malam
6. Restoran Al Safa: Kegemaran Ramai
Untuk peminat mamak, Restoran Al Safa ialah antara pilihan terbaik di sini. Hidangan seperti nasi kandar, shawarma, roti tisu dan sate sentiasa menjadi tarikan.
Restoran ini popular untuk kumpulan besar dan keluarga yang mahukan hidangan yang mengenyangkan. Jika anda mahukan sesuatu yang berlainan daripada menu biasa, Al Safa ialah lokasi yang sesuai.
Lokasi: No 59, Jalan Suria 2, Pusat Komersial Suria, Iskandar Puteri
Lokasi: 1, Jalan Baiduri 1/1, Taman Baiduri, Johor Bahru
Lokasi: 1, Jalan Nadi 4, Taman Bukit Senadi, Iskandar Puteri
Waktu Operasi: 24 jam
7. Hard Rock Cafe Puteri Harbour: Sajian Hebat Dengan Pemandangan Marina
Puteri Harbour menawarkan suasana berbeza dalam pilihan makanan di JB. Hard Rock Cafe terletak betul-betul hadapan marina dengan hidangan menu antarabangsa dan menjanjikan suasana yang meriah.
Ia sesuai untuk keluarga dan pengembara untuk dapatkan pilihan hidangan Barat yang ekstra. Lokasinya juga ideal sebelum anda masuk ke Singapura melalui Second Link.
Lokasi: Residensi & Hotel Marina Resort, Pinetree Hotel, Puteri Harbour
Waktu Operasi: 12 tengah hari hingga 12 malam
(Kredit: Hard Rock Cafe)
Pilihan Non Muslim: Masakan Cina dan Nyonya
Selain itu, terdapat juga restoran non Muslim yang popular dan mendapat maklum balas yang tinggi di Google Riview seperti:
1. Huang Chao Fish Pot Restaurant
Terkenal dengan makanan laut segar dan sup panas. Sesuai untuk kumpulan besar.
Lokasi: Mutiara Rini, Skudai
Waktu Operasi: 11.30 pagi hingga 10.30 malam
2. Pekin Sutera Utama
Antara nama besar masakan Cina di Johor. Popular untuk hidangan panggang dan set-set perayaan.
Lokasi: Sutera Mall, Taman Sutera Utama
Waktu Operasi: 11.30 pagi hingga 10 malam
(Kredit: Pekin Restaurant)
3. Nyonya Treats
Pilihan ideal untuk peminat masakan Peranakan dengan rasa kaya dan beraroma.
Lokasi: Taman Perling, Johor Bahru
Waktu Operasi: 11 pagi hingga 8.30 malam
Perlukan Bantuan Tepi Jalan di Nusajaya atau Iskandar Puteri?
Tidak kira anda pelancong, penduduk atau pekerja yang berulang alik ke Singapura melalui Tuas, pastikan anda sentiasa ada bantuan tepi jalan yang boleh dipercayai. Jika bateri kereta lemah atau berlaku kerosakan, Bateriku sentiasa bersedia di Pitstop Perling dan Pitstop Mutiara Rini.
Perlukan bantuan segera di jalan raya? Hubungi Bateriku Roadside Assist hari ini.

