12 Dec 2025

10 lokasi makan pilihan pelajar UTHM di Parit Raja

Cover image

Parit Raja adalah sebuah pekan kecil yng menarik untuk dilawati dalam daerah Batu Pahat, Johor. Ia terletak antara pekan Batu Pahan dan Ayer Hitam dan cuma 15 minit memandu daripada Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS). Parit Raja terkenal sebagai lokasi Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) lantas mewujudkan populasi pelajar yang agak besar dekat situ dan seterusnya menyuburkan ekonomi setempat. Jadi, untuk lokasi makan, tak perlu dirisaukan lagi kerana di Parit Raja ada macam-macam masyarakat daripada Melayu, Melayu berketuruanan Jawa, Cina, dan bayak lagi. Ini 10 tempat makan popular di sini yang boleh anda cuba.

Apa yang sedap di Parit Raja?

Sebelum populasi pelajar UTHM melimpah masuk, Parit Raja adalah sebuah pekan hinggap. Ramai orang yang singgah sebentar dalam perjalanan mereka antara Batu Pahat dan Ayer Hitam untuk akses kepada Lebuhraya PLUS. Parit Raja asalnya terkenal dengan makanan Bugis dan Jawa apabila suburnya populasi komuniti itu di Tanah Melayu. Anda boleh temui makanan tradsional seperti burasak, soto, dan lontong.

Kini, pekan Parit Raja ada pelbagai komuniti dan pilihan makanannya juga dah jadi pelbagai untuk penuhi citarasa semasa. Jika anda berada sekitar Parit Raja, ini beberapa lokasi makan yang boleh anda cuba.

1. Serabites Baked Cheesetart

251209-bateriku parit raja tips makan 02.webp

Yang suka makanan manis, boleh usyar Serabites Baked Cheesetart. Ramai memuji ketekalan rasa dan kualitinya yang tak berubah, seperti yang mereka rasa waktu ia mula-mula beroperasi. Di sini, anda boleh dapatkan tart keju pelbagai perasa yang dibakar segar setiap hari. Pembeli daripada luar pekan sangat mengesyorkan tart ini untuk dibawa pulang kerana kesegarannya kekal walaupun telah berada dalam bungkusan beberapa jam. Antara perisa yang disarankan adalah pistachio dan kunafa. Khidmat pelanggan Serabites Baked Cheesetart juga dikatakan mesra dan mudah berurusan, seperti ketika melakukan pesanan melalui WhatsApp.

📍 Serabites Baked Cheesetart

2. Lina Asam Pedas Claypot

251209-bateriku parit raja tips makan 03.webp

Asam pedas antara yang terbaik di Parit Raja menurut yang pernah merasainya. Lina Asam Pedas Claypot menyediakan hidangan ini dalam bekas tanah liat dengan rasa rempah, masam, dan manis yang seimbang ditambah pula dengan paduan ikan segar. Saiz hidangannya adalah berbaloi dengan harganya. Kalau tak suka asam pedas, hidangan lain juga ada untuk dinikmati seperti rojak tauhu, dan nasi ikan penyet. Antara yang dipuji selain rasa adalah kepantasan servis dan layanan kakitangan yang mesra. Kedainya juga bersih dan persekitaran yang nyaman turut bangkitkan selera.

📍 Lina Asam Pedas Claypot

3. Dapo Hijra

251209-bateriku parit raja tips makan 04.webp

Dapo Hijrah Parit Raja terkenal sebagai lokasi makan pagi dan tengah hari kerana rasa seperti masakan rumah. Antara makanan pagi yang boleh ditemukan adalah seperti roti jala dan lontong. Di sebelah tengah hari, pengunjung boleh menikmati sajian nasi campur dengan lauk seperti gulai daging, asam pedas ikan, ayam palembang, dan ayang goreng berempah. Masakan panas juga ada di sebelah petang dan menu yang banyak dipesan adalah kuetiau tomyam. Khidmat sajinya pantas makanan diterima dalam masa beberapa minit sahaja. Walaupun ia bukanlah kafe kelas atas berpendingin hawa, pengunjungnya tetap ramai disebabkan rasa dan harganya.

📍 Dapo Hijra

4. Restoran Bandar Hadhramaut

251209-bateriku parit raja tips makan 05.webp

Restoran makanan arab ini terletak dalam Taman Universiti, Parit Raja. Siswa siswazah UTHM yang teringin rasa timur tengah memang akan serbu Restoran Bandar Hadramaut bila mereka teringin. Hidangan popular yang disarankan adalah seperti kabsah kambing dan nasi mandy ayam. Banyak reviu katakan yang dagingnya empuk, beraroma, dan cukup rempah ratusnya. Lain-lain hidangan yang boleh dicuba adalah seperti kebab campur, haneeth kambing, shawarma, kunafa, dan roti arab cicah kuah kari. Tempat makan ini berpendingin hawa dan selesa untuk seisi keluarga.

📍 Restoran Bandar Hadhramaut

5. Secangkir Coopitiam

251209-bateriku parit raja tips makan 06.webp

Kafe lepak kegemaran pelajar-pelajar UTHM ini namanya Secangkir Coopitiam. Tak pelik kenapa ia jadi tumpuan warga universiti kerana tempatnya yang berpendingin hawa dan selesa. Hidangan yang ditawarkan adalah pelbagai daripada tempatan hinggalah hidangan barat. Antara menu yang kerap dipesan adalah seperti fisn & chips, nasi goreng kampung dengan ayam panggang, dan cheesy nachos. Pengunjung juga ramai yang gunakan tempat ini untuk “mengopi” sebab ia turut sediakan pelbagai jenis hidangan berasaskan espresso dan sebagai peneman minuman, pencuci mulut seperti kek juga disediakan. Harga makanan dan minuman dikatakan berpatutan, setara dengan saiz hidangan.

📍 Secangkir Coopitiam

6. Isthifar Tomyam Parit Raja

251209-bateriku parit raja tips makan 07.webp

Dah jemu dengan makanan tempatan, makanan arab, ataupun makanan barat? Sila cuba Isthifar Tomyam. Restoran makanan Thai ini tawarkan pelbagai jenis makanan siam pada harga berpatutan. Yang pernah berkunjung ke Isthifar Tomyam menyarankan menu seperti mee celup, nasi goreng istifar, nasi goreng cili padi dengan ayam mangga, tomyam, sotong goreng tepung, dan nasi kerabu. Saiz hidangannya yang banyak pada harga patut jadikannya lokasi tumpuan warga sekitar Parit Raja. Tempat makan yang luas sesuai untuk keluarga dan lokasi makanan sering sesak pada waktu puncak.

📍 Isthifar Tomyam Parit Raja

7. Lontong Warisan Haji Salim

251209-bateriku parit raja tips makan 08.webp

Lontong Warisan Haji Salim adalah lokasi wajib di Parit Raja untuk hidangan tradisional masyarakat melayu khususnya lontong. Saiz hidangan besar, cukup rasa, dan harga berpatutan jadikan kedai Lontong Warisan Haji Salim sentiasa penuh pada hujung minggu. Anda disarankan untuk datang awal untuk elak dikecewakan makanan yang habis. Ruang makan yang luas sesuai untuk pengunjung berkeluarga dan ia juga bersih. Selain lontong kering dan lontong basah, hidangan barat juga ada untuk sesiapa yang berminat. Menu yang jadi saranan adalah seperti nasi goreng kampung, nasi ayam, soto, dan bihun.

📍 Lontong Warisan Haji Salim

8. NK Beratur

251209-bateriku parit raja tips makan 09.webp

NK Beratur tawarkan nasi kukus di lokasi yang sangat hampir dengan pintu masuk UTHM Parit Raja. Nasi kukus memang jadi kegemaran pelajar UTHM kerana ia mudah dan pantas untuk diperoleh terutama buat pelajar yang tak punya banyak masa kerana perlu fokus pada pembelajaran. Hidangan yang wajib dipesan adalah seperti nasi kukus ayam goreng rempah, nasi kak vogue, dan aneka masakan asam pedas. Kalau tak tahan dengan sambal belacan yang padas dalam nasi kukus NK Beratur, anda boleh pesan minuman seperti teh O madu, sirap bandung, dan teh hijau sejuk. Ramai yang menurunkan reviu katakan harga nasi kukus NK Beratur adalah berpatutan.

📍 NK Beratur

9. Warung Senandung

251209-bateriku parit raja tips makan 10.webp

Dirujuk sebagai “hidden gem” Parit Raja, Warung Senandung banyak dikunjungi oleh orang tempatan untuk masakan berasaskan salai seperti daging salai ayam salai, dan ikan salai. Rasa asap daripada kayu meresap masuk ke kuah kuning berasaskan santan memang menyelerakan. Banyak reviu katakan yang ia tidak sepedas berbanding versi Negeri Sembilan. Jadi ia sesuai untuk individu yang tak tahan dengan masakan pedas tapi masih teringin menikmati hidangan salai. Kedainya tak besar bangkitkan suasana akrab antara pengunjung dengan kakitangan. Harganya berpatutan dan saiz hidangannya besar jadikannya sesiapa yang bersantap di sini berpuas hati.

📍 Warung Senandung

10. Mak Mah Corner

251209-bateriku parit raja tips makan 11.webp

Lokasi terkenal untuk sarapan pagi di Parit Raja. Mak Mah Corner ada macam-macam menu makanan pagi daripada yang tradisional hinggalah hidangan barat. Menjelang tengah hari, makanan seperti nasi pula dibawa keluar. Antara menu terkenal adalah seperti asam pedas, bihun goreng, sambal Jawa, dan roti telur. Ramai pelajar UTHM jadikan Mak Mah Corner tempat makan pagi dan tengah hari kerana harganya berpatutan dan kakitangan yang mesra. Ruang parkirnya yang luas juga jadikannya sesuai untuk pengunjung keluarga. Bila anda singgah Mak Mah Corner, jangan lupa untuk pesan Mi Rebus Mak Mah yang di dalamnya ada dua udang bersaiz XL.

📍 Mak Mah Corner

Bateriku di Parit Raja

Untuk perkhidmatan tukar bateri pantas, hubungi Bateriku Parit Raja. Kedai fizikal beroperasi di No. 73, Jalan Besar, 86400, Parit Raja.

251209-bateriku parit raja tips makan 12.webp

Tak terhad kepada penghantaran bateri secara on demand, kami juga ada beberapa servis lain untuk rungkai kerunsingan anda ke atas kereta anda. Perkhidmatan road side assistant kami boleh bantu anda jump start kereta, isi semula petrol sekiranya terkandas, buka kunci kereta jika terkunci daripada luar, baiki & tukar tayar, ataupun sekiranya perlu, kami ada trak tunda untuk bawa kereta anda ke bengkel untuk dibaik pulih.

Sekiranya anda perlukan bantuan kecemasan, hubungi pembantu berteknologi AI Bateriku, Fatin di +60391088888. Sebagai alternatif, anda boleh juga akses servis kami di homepage Bateriku.

Avatar

Hanif Azrai

Let’s share to:

Seterusnya