Selamat datang ke Kuching, Bandaraya Kucing yang juga merupakan Bandaraya Gastronomi UNESCO yang pertama di Malaysia. Sama ada anda pelancong yang baru mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) atau warga lokal yang sedang memandu meredah kesesakan di Matang atau Petrajaya, anda pasti tahu satu perkara: makanan di sini bukan sekadar alas perut, tapi ia adalah gaya hidup!
Mee Kolok Atau Laksa Sarawak? Mana Satu Pilihan Citarasa Anda?
Di lubuk hati setiap warga Sarawak, wujud satu debat: Mee Kolok atau Laksa Sarawak? Mana satu yang layak memegang takhta sarapan pagi paling agung? Walaupun jawapannya selalunya "dua-dua pun nak," cabaran sebenar adalah memilih kedai mana yang terbaik.
Dalam panduan ini, kami bawa anda menjelajah ke 'port' lagenda untuk kedua-dua hidangan ini, serta beberapa kedai ikonik lain di Kuching. Dan memandangkan misi memburu makanan hanya akan lancar kalau kenderaan anda dalam keadaan sihat, kami selitkan juga lokasi Bateriku Pitstop di seluruh bandar supaya kereta atau motor anda sentiasa bertenaga!
Pencabar Pertama: Mee Kolok
Mee Kolok adalah nadi Sarawak. Ia terdiri daripada mi telur yang kenyal, digaul bersama minyak, bawang goreng, dan selalunya dihidangkan dengan semangkuk sup kosong. Rahsianya terletak pada tekstur mi yang "QQ" (springy) dan rasa yang bersih. Sama ada anda suka versi putih (biasa), merah (minyak char siew), atau hitam (kicap), kedai-kedai ini memang 'killer':
1. Mee Kolok Haji Salleh
Terletak di Cafe Sepinang Sari yang terkenal, makan di sini adalah satu 'kewajipan'. Sup dagingnya cukup kaya dengan rasa, dan tekstur minyak memang sempurna.
(Tangut Polo): "Kedai ni memang 'famous' dan kena sedia untuk tunggu 30-40 minit untuk meja, tapi saya janji ia sangat berbaloi. Pada pendapat saya, ini Mee Sapi terbaik di seluruh Kuching. Minyak dimasak sempurna, lembut tapi kenyal. Sambal cilinya pula ada 'kick' pedas dan sedikit masam yang menyeimbangkan rasa."
- Lokasi: Lot 206 Section II Ground FLR, Jalan Satok, 93400 Kuching, Sarawak.

2. Mee Kolok Kak Bedah
'Hidden gem' bagi peminat rasa asli masakan rumah. Versi Kak Bedah cukup ringkas, nostalgik, dan sangat mengenyangkan dengan harga yang sangat mesra poket.
- Lokasi: Ground Floor Lot 2344, Block 10, Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce, Bormill Commercial Centre, 93400 Kuching, Sarawak.
Kalau kereta anda rasa semput lepas makan besar, Bateriku Pitstop Matang (dekat Petrajaya) ada berdekatan untuk anda periksa kesihatan bateri!
3. Mee Kolok Dockyard
Tersembunyi di kawasan warisan lama Kuching, kedai ini menawarkan suasana yang seiring dengan sejarahnya. Menjadi kegemaran orang bekerja dan pelancong yang berjalan di Waterfront.
"Murah, cepat, dan rasa tradisi. Suka sangat dengan suasana di sini."
- Lokasi: Jalan Haji Taha, Kuching.
4. Mee Kolok Mangkuk Merah (Stall 43)
Dikenali dengan penjenamaan "Mangkuk Merah" yang ikonik, tempat ini memodenkan pengalaman makan Mee Kolok tanpa membuang rasa asalnya. Bersih, klasik, dan konsisten sedap.
- Lokasi: Pasar Satok Food Court, Medan Niaga Satok, Matang/ Metrocity.
- Info Ekstra: Berdekatan dengan Bateriku Pitstop Matang, jadi senang nak singgah 'servis' kereta sambil makan.

Pencabar Kedua: Laksa Sarawak (Breakfast of Gods)
Mendiang Anthony Bourdain menggelarnya sebagai "Sarapan Para Dewa." Berbeza dengan laksa di Semenanjung, Laksa Sarawak menggunakan kuah rempah kompleks berasaskan pes udang dan herba rahsia, dihiasi dengan telur dadar ricih, udang segar, dan carikan ayam.
5. Awin Laksa
Antara 'otai' dalam arena Laksa Sarawak gaya Melayu. Kuahnya pekat, berlemak, dan cukup rasa pedas serta aromatiknya.
(Azrulsani Hussaini): "Betul macam orang cakap. Kalau nak tahu rasa dia, kena datang sendiri. Saya order Laksa Special Pattaya, boleh makan 2 orang!"
- Lokasi: Lot 8681-8682, Jalan Pending, Pending Commercial Centre, 93450 Kuching, Sarawak.

6. Laksa 126
Kalau anda mahukan rasa yang "macam mak masak kat rumah," sinilah tempatnya. Rasanya seimbang dan penuh dengan aroma rempah yang membangkitkan selera.
Review Google (Emily Chng): "Tempat laksa yang viral. Kami cuba Laksa Normal Pattaya dan memang puas hati. Kuahnya sedap gila sampai kami hirup habis licin satu mangkuk."

- Lokasi: Jalan Chan Chin Ann, 93100 Kuching, Sarawak.
Hanya beberapa minit sahaja dari Bateriku Pitstop Kuching Taman BDC. Sambil tunggu laksa sampai, boleh minta 'runner' Bateriku cek kereta anda.
7. Mom’s Laksa
Mungkin jenama Laksa Sarawak paling popular dan mempunyai banyak cawangan. Kualitinya konsisten dan sentiasa memenuhi jangkaan pelanggan.
Review Google (Wan Nurul): "Kawan saya selalu makan kat sini. Bila saya cuba sendiri, memang betul sedap. Walaupun laksa biasa, ada 3-4 ekor udang dan kuahnya pekat."
- Lokasi: Lot 276, Jln Haji Taha, Kuching Town Land District, 93400 Kuching, Sarawak.

8. Signature Madam Tang’s
Untuk pengalaman yang lebih premium, Madam Tang’s menawarkan versi laksa yang lebih halus persembahannya. Mee Sapi mereka pun tidak kurang hebatnya!
Review Google (Elijah):"Ini macam 'Madam Kwan' versi Kuching. Makanan lokal dihidangkan dengan cantik tapi harga sedikit tinggi. Porsinya besar dan berbaloi dengan harganya."
- Lokasi: 2e, Jalan Song, 93350 Kuching, Sarawak.
Tempat Makan Lain Wajib Singgah di Kuching
Jangan berhenti di mi atau laksa sahaja! Lengkapkan 'food hunting' anda di lokasi-lokasi ini:
9. Mita Cake House
Terkenal dengan Butter Cake dan kek span yang 'legend'. Memang cair di mulut!
- Lokasi: Di serata Kuching.
Cawangan Kota Sentosa (7th Mile) juga menempatkan Bateriku Pitstop Kota Sentosa. Sambil beli kek, boleh cek alternator kereta sekali!

10. Topspot Seafood
Food court atas bumbung. Pilih seafood segar dan masak ikut selera. Wajib cuba sayur Midin Belacan!
- Lokasi: Jalan Padungan.
11. Siniawan Old Night Market
Pekan warisan yang hidup dengan tanglung pada hujung minggu. Cuba Lemang Periuk Kera di sini.
- Lokasi hanya 25 minit dari Kuching.
12. Pasar Minggu Satok (Medan Niaga Satok)
Syurga membeli-belah Ikan Terubok Masin dan snek lokal.

13. Ceylonese Restaurant
Jika mahukan kelainan, kari kambing di sini memang 'terangkat'.
- Lokasi: Jalan Green Hill.
14. Mohd Lim Cafe:
Masakan gaya Cina yang Halal. Nasi goreng dan mi goreng mereka antara yang terbaik di bandar Kuching.
- Lokasi: Berdekatan Satok.
15. Swee Kang Ais Kacang
Tempat terbaik untuk sejukkan badan. White Lady dan ABC mereka memang sesuatu yang wajib dicuba.
- Lokasi: Jalan Haji Taha.

Pitstop Bateriku: Pastikan Perjalanan Anda Lancar
Tiada apa yang lebih mengecewakan daripada kereta tak boleh 'start' masa tengah lapar. Bateriku menyediakan Pitstop strategik berdekatan Kuching Sarawak:
- Bateriku Pitstop Kota Sentosa: Sesuai untuk anda yang berada di area Batu 7 atau dalam perjalanan ke Bau/Serian.
- Bateriku Pitstop Kuching Taman BDC: Terletak di tengah bandar, dekat dengan KIA dan kawasan komersial Jalan Song.
- Bateriku Pitstop Matang: Berkhidmat untuk komuniti Petrajaya dan kawasan pesat Metrocity.
FAQ: Tip Makan di Kuching
1. Pukul berapa waktu terbaik untuk makan Laksa Sarawak?
Biasanya untuk sarapan. Kedai popular selalunya habis seawal jam 10:00 pagi. Kena bangun awal!
2. Mee Kolok ni Halal ke?
Dulu mungkin guna minyak babi, tapi sekarang dah banyak kedai Halal yang popular (seperti Haji Salleh & Kak Bedah) yang menggunakan minyak daging atau ayam.
3. Kereta rosak masa tengah makan?
Jangan panik. Sama ada anda di Mom's Laksa Matang atau Mita Cake House Batu 7, Bateriku ada bantuan kecemasan 24/7.
Jangan Biarkan Bateri Kong Menghalang Anda!
Kereta susah nak start pagi ni? Jangan sampai terlepas semangkuk laksa kegemaran anda! Bateriku adalah penyedia bantuan tepi jalan nombor 1 di Malaysia. Kami pakar dalam:
- Tukar Bateri: Kami datang kepada anda di mana jua anda berada di Kuching!
- Bantuan Tepi Jalan: Jumpstart, tukar tayar, dan hantar minyak petrol.
- Pemeriksaan Profesional: Singgah ke Pitstop kami untuk pemeriksaan kesihatan bateri secara PERCUMA.
Muat turun aplikasi Bateriku sekarang, atau cari kami di Setel, Touch 'N Go, atau Google sahaja.
"Makanan sedap, perjalanan pun kena mantap!"

