Sebut sahaja daerah Tangkak, orang Johor pasti sudah mengenali jolokan terkenalnya Syurga Kain. Dari dahulu hingga kini, Tangkak tetap memegang gelaran itu dengan bangga. Deretan kedai kain di sepanjang jalan utama menjadikan pekan ini sinonim sebagai pusat pilihan untuk membeli pelbagai jenis fabrik.
Selain itu, Tangkak juga cukup istimewa kerana menjadi lokasi yang dikaitkan dengan lagenda rakyat terkenal Lagenda Puteri Gunung Ledang. Kisah epik yang tercatat dalam Hikayat Hang Tuah ini sering diingati dengan syarat-syarat mustahil yang diminta sang puteri, antaranya Jambatan Emas dari Gunung Ledang ke Melaka, tujuh dulang isi hati nyamuk, tujuh dulang isi hati hama, tujuh tempayan air mata dara dan tujuh tempayan air pinang muda. Elemen lagenda ini menambahkan lagi daya tarikan Tangkak sebagai destinasi yang penuh cerita dan sejarah.
Apa yang Seronok di Tangkak
Tangkak mungkin sebuah pekan kecil, tetapi jangan terpedaya, banyak perkara menarik yang menanti untuk diterokai di sini. Dari keindahan alam semula jadi, hidangan tempatan yang sedap, sehinggalah deretan kedai kain yang menjadikan Tangkak terkenal sebagai Syurga Kain, semuanya ada untuk anda nikmati. Kalau anda lalu atau singgah ke Tangkak, rugi kalau tak explore apa yang pekan ini boleh tawarkan.
Aktiviti Best di Tangkak
Sekiranya anda datang ke Tangkak atau melalui kawasan ini, mesti terdetik juga di hati apa sebenarnya yang boleh dibuat dekat sini? Jadi, biar Bateriku kongsikan beberapa aktiviti menarik yang anda boleh cuba kalau singgah di Tangkak.
1) Gunung Ledang
Gunung Ledang menyimpan seribu satu kisah lagenda dan menjadi puncak tertinggi di negeri Johor. Dari hampir setiap sudut pekan Tangkak, gunung ini dapat dilihat megah berdiri, seakan memanggil pengunjung untuk meneroka keunikannya. Keindahan air terjun, tumbuhan hutan yang jarang ditemui, serta pelbagai aktiviti rekreasi menjadikan Gunung Ledang antara tarikan paling istimewa di sini.
Dua Laluan Utama ke Kawasan Rekreasi Air Terjun Gunung Ledang
- Melalui Asahan Masuk ke sebelah kanan melalui kawasan Ledang Golf Club.
- Melalui Lebuhraya Utara–Selatan (PLUS) Susur keluar Tangkak, kemudian menuju ke arah Jementah/Segamat. Anda akan menemui kawasan rekreasi Sagil, pintu masuk paling terkenal bagi pengunjung.
(Sumber: KakiTravel)
Aktiviti Utama di Gunung Ledang
A. Mandi Manda di Air Terjun
Airnya yang sejuk, jernih dan mengalir terus dari puncak gunung menjadikan aktiviti mandi dan berenang sebagai tarikan utama. Terdapat kawasan kolam semula jadi yang selamat dan sesuai untuk seisi keluarga.
B. Berkelah & BBQ
Pada hujung minggu dan musim cuti, kawasan air terjun dipenuhi keluarga serta rakan-rakan yang datang untuk berkelah, membakar ayam atau ikan, sambil menikmati suasana hutan yang tenang dan menyegarkan.
C. Aktiviti Mendaki
Gunung Ledang adalah destinasi wajib bagi kaki hiking. Namun, pendakian di sini tidak begitu mesra untuk pendaki baharu kerana:
- ketinggian: 1,276 meter,
- jarak pendakian: 12.2 km melalui laluan Asahan,
trek mencabar dengan laluan berbatu, akar besar dan sedikit mencabar.
Namun, usaha anda pasti berbaloi kerana di puncak, pendaki disajikan dengan pemandangan 360 darjah. Pada hari cuaca baik, anda boleh melihat Selat Melaka di sebelah barat dan banjaran Endau-Rompin jauh di timur.
Nota Penting
- Pastikan tiada sampah ditinggalkan jaga kebersihan hutan.
- Pakai kelengkapan yang sesuai (kasut grip baik, pakaian cepat kering, bekalan air).
- Rancang masa pendakian dan pastikan mendapat permit jika diperlukan.
2) Kedai Kain
Aktiviti kedua ini yang wajib dilakukan apabila berada di Tangkak sudah tentu adalah membeli-belah di deretan kedai kain dan pakaian yang sangat terkenal di sini. Jika anda tidak dapat mendaki atau mandi-manda di Gunung Ledang atas sebab tertentu, jangan risau anda masih boleh meneruskan aktiviti santai dengan mencuci mata dan membeli-belah di pekan ini.
Di Tangkak, anda boleh menemui pelbagai pilihan kain dan pakaian tradisional seperti Baju Melayu, Cheongsam, Sari, serta langsir ke cadar katil semuanya ada di satu tempat. Pilihan yang banyak dan harga yang berpatutan pasti membuatkan anda rambang mata!
(Sumber: Bizzakat)
Nota
- Jangan lupa bawa keluarga sekali lagi ramai, lagi meriah untuk sama-sama memilih dan berbelanja.
3) ATV sambil Memburu Durian
Kampung Payamas di Tangkak menawarkan aktiviti yang cukup menarik bagi pengunjung yang sukakan cabaran ringan dan pengalaman unik. ATV Adventure Kampung Payamas menyediakan laluan sejauh 18 km untuk menunggang ATV (All Terrain Vehicle). Laluan di sini mesra untuk semua peringkat kerana jalan yang tidak terlalu ekstrem, sesuai untuk keluarga atau rakan rakan.
(Sumber: Jelajah Majestic Johor)
Perjalanan ATV akan membawa anda menelusuri ladang kelapa sawit, bukit dan dusun, sambil menikmati pemandangan semula jadi yang menenangkan. Setibanya di checkpoint dusun, anda berpeluang berhenti seketika dan menikmati durian segar yang terdapat di dusun tersebut pengalaman yang pasti tidak dapat dilupakan!
Nota
- Sediakan wang yang mencukupi kerana anda mungkin tidak dapat menahan diri daripada makan banyak durian!
4) Rinleed Batik
Selepas penat menunggang ATV atau aktiviti luar, anda boleh mencuba sesuatu yang lebih santai di Rinleed Batik. Terletak di bandar kecil Tangkak, Rinleed Batik merupakan sebuah perusahaan tempatan yang menawarkan pengalaman unik untuk pengunjung.
(Sumber: Media Digital Johor)
Di sini, anda boleh melihat secara live proses pembuatan batik, dari melukis corak sehingga siap sepasang baju kurung batik. Semua proses dilakukan 100% secara tangan, memberikan pengalaman belajar dan menghargai seni tradisional yang sebenar.
Nota
- Pastikan belajar sedikit ilmu, bolehlah anda ceritkan pada kawan kawan tentang mencanting batik pada kawan kawan.
Makanan Wajib Cuba Tangkak
Gunung ledang, durian, batik dan mebeli belah kain semua sudah dilakukan apa lagi yang ada di pekan ini.
Perjalanan aktiviti sudah dicuba namun perjalanan makan masih belum dimulakan sekarang kita mulakan senarai makanan yang anda wajib, perlu dan mesti cuba jika anda berada di tangkak.
1) Otak Otak Ledang
Orang Tangkak pasti akan mengesyorkan anda untuk mencari otak-otak Tangkak ketika berkunjung ke pekan ini. Otak-otak dihasilkan, diproses, dan dimasak oleh pengusaha tempatan, menjadikannya salah satu menu wajib untuk dicuba.
(Sumber: Otak-Otak Ledang)
Di Tangkak, inovasi berasaskan otak-otak sangat kreatif. Selain otak-otak bakar dan popia otak-otak yang biasa, terdapat pelbagai variasi lain yang menarik seperti:
- Karipap otak-otak
- Otak-otak blok
- Popia Sata ikan
- Burger otak-otak
Pasti lidah anda sudah kecur, tetapi sabar dahulu ada banyak lagi makanan menarik yang menanti untuk diterokai di Tangkak!
2) Mee Siput Kakcik
Mee Siput yang terkenal di Tangkak telah wujud sejak 2012. Secara asasnya, mee siput tidak jauh berbeza dengan mee biasa yang dibuat daripada doh, tetapi keunikannya terletak pada proses penyediaannya. Mee ini dimasukkan ke dalam ketuhar, menghasilkan tekstur yang rangup dan rapuh, memberikan pengalaman makan yang berbeza daripada mee biasa.
(Sumber: Bernama)
Sebelum dimakan, mee siput biasanya digoreng terlebih dahulu dan disajikan bersama sambal kicap istimewa yang dihasilkan sendiri berdasarkan resepi rahsia keluarga Kak Chik. Kombinasi rasa pedas, manis dan tekstur rangup membuatkan mee siput ini menjadi salah satu hidangan yang wajib dicuba di Tangkak.
3) Pak Maon western
Sekarang tiba masanya untuk menikmati hidangan bertemakan Barat di Pak Maon Western. Kalau ayah nak makan kambing, ibu nak ayam, dan adik pula ingin spaghetti, Pak Maon adalah jawapannya.
(Sumber: Pak Maon Western)
Pelbagai menu disediakan di sini untuk memenuhi selera seisi keluarga. Jika datang bersama keluarga, anda boleh mencuba set dulang, yang boleh dikongsi antara 2 hingga 6 orang, dengan harga yang berpatutan. Hidangan ini bukan sahaja mengenyangkan, tetapi juga memudahkan keluarga untuk menikmati pelbagai menu dalam satu pesanan.
4) Kopi Antara Senja
Jika anda penggemar kopi dan vibe kampung di tangkak ada menyediakan satu tempat yang sempurna untuk anda. Selain daripada menjual kopi menu utama disini cahaya matahri waktu senja dengan hamparan sawah menjadikan kopi yang diminum menjadi jauh lebih lebih baik.
(Sumber: Kopi Antara Senja)
Tangkak dan Rahsianya
Kini rahsia pekan Tangkak telahpun tertulis, ternyata Tangkak bukanlah sebuah pekan yang "mati" seperti tanggapan kebanyakan orang. Pekan ini menyimpan banyak aktiviti menarik yang perlu diterokai sendiri. Apa yang menjadikan Tangkak hidup adalah kepelbagaian aktiviti, variasi makanan, dan paling penting, adanya Bateriku Tangkak.
Bateriku Tangkak memainkan peranan penting sebagai pembantu tepi jalan sekiranya kereta anda menghadapi masalah. Antara perkhidmatan yang disediakan termasuk:
- Menukar tayar bocor
- Menukar bateri di lokasi anda
- Perkhidmatan trak tunda
- Kemahiran tukang kunci
- Penghantaran petrol (refuel)
Dan banyak lagi perkhidmatan kereta lain. Hanya dengan melayari laman Bateriku, anda boleh mendapatkan perkhidmatan ini dengan mudah, pantas, dan selamat.

