Bagi memastikan kelancaran trafik di lebuh raya utama negara, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) terus meningkatkan kecekapan sistem tol melalui pelbagai inisiatif seperti penambahan laluan, pembesaran plaza tol, dan pelaksanaan sistem pembayaran tanpa sentuh yang lebih moden.
Menjelang akhir tahun 2024, sebanyak 38.7 juta kenderaan berdaftar di Malaysia angka tertinggi dalam sejarah. Pada tahun yang sama, pendaftaran kenderaan baharu meningkat 18%, bersamaan lebih 799,000 unit, berbanding tahun 2023. Pertambahan ini turut memberi kesan kepada kesesakan di kawasan tol utama negara seperti Plaza Tol Sungai Besi, Damansara, dan Duta.
Evolusi Lebuhraya dan Cara Pembayaran Tol di Malaysia
Sistem pembayaran tol di Malaysia telah berkembang daripada bayaran tunai kepada sistem elektronik sepenuhnya. Peralihan ini dilakukan secara berperingkat bagi memastikan pengalaman pengguna lebih pantas, mudah dan selamat.
1. Tunai (Pra-2000)
Pemandu perlu berhenti di pondok tol dan membuat bayaran tunai kepada jurutol.
2. Touch 'n Go (TNG)
Diperkenalkan sekitar tahun 1997, sistem kad prabayar TNG membolehkan bayaran tanpa tunai dengan hanya sentuhan kad pada pembaca di lorong tol.
Kad TNG bukan sahaja digunakan untuk pembayaran tol, malah turut berfungsi sebagai kaedah pembayaran di:
- Pengangkutan awam (MRT, LRT, Monorel, Bas RapidKL)
- Tempat letak kereta automatik
- Kedai serbaneka dan stesen minyak terpilih
Kad prabayar ini menggunakan teknologi Near Field Communication (NFC) yang membolehkan pengguna menambah nilai secara terus melalui telefon pintar yang menyokong fungsi tersebut.
3. SmartTAG
SmartTAG ialah peranti infra-merah yang digunakan bersama kad TNG untuk bayaran tanpa perlu berhenti. Ia mempercepatkan transaksi dan mengurangkan kesesakan.
SmartTAG merupakan peranti yang menggunakan sinar infra-merah untuk membaca maklumat kad TNG ketika kenderaan melalui lorong tol.
Sesetengah kenderaan kini telah didatangkan dengan fungsi Smarttag
Walaupun teknologi ini semakin digantikan oleh RFID, SmartTAG masih digunakan di beberapa lebuh raya utama dan terus disokong oleh sistem tol sedia ada.
4. RFID (Radio Frequency Identification)
RFID diperkenalkan oleh Touch ‘n Go Digital dengan kerjasama LLM dan PLUS Malaysia Berhad, membolehkan pengguna membuat bayaran tol secara automatik menggunakan pelekat tag RFID pada kenderaan. Pembayaran dilakukan terus melalui Touch ‘n Go eWallet.
Bermula fasa pertama pelaksanaan pada Oktober 2024, antara lebuh raya yang kini menyokong sistem pembayaran terbuka (Open Payment) ialah:
- Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA)
- Lebuhraya Duta – Ulu Klang (DUKE)
- Lebuhraya SMART
- Lebuhraya Kuala Lumpur – Putrajaya (MEX)
- Lebuhraya Kajang – Dispersal Link Expressway (SILK)
- Lebuhraya Damansara – Puchong (LDP)
- Lebuhraya Shah Alam (KESAS)
5. MyDebit, Visa dan Mastercard
September 2023, kerajaan memperkenalkan sistem Open Payment Sistem Tol Terbuka yang membenarkan pengguna membuat bayaran menggunakan kaedah termasuk kad debit / kredit Visa & Mastercard. Tanpa bantuan kad lain, kini hanya dengan kad bank anda boleh menyelamatkan anda di pondok tol.
Antara Lebuhraya yang menyokong fungsi ini adalah:
- Lebuhraya Bertingkat Ampang – Kuala Lumpur (AKLEH)
- Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE)
- Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA)
- Lebuhraya Baru Pantai (NPE)
- Jambatan Pulau Pinang (JPP)
- Lebuhraya Butterworth – Kulim (BKE)
- Lebuhraya Damansara – Puchong (LDP)
- Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT)
- Lebuhraya Shah Alam (KESAS)
- Terowong SMART
- Lebuhraya Kuala Lumpur – Putrajaya (MEX)
- Lebuhraya Duta – Ulu Klang (DUKE)
(Sumber: SoyaCincau)
6. ANPR (Automatic Number Plate Recognition)
ANPR (Automatic Number Plate Recognition) ialah sistem tol tanpa palang yang menggunakan kamera beresolusi tinggi untuk mengecam nombor plat kenderaan secara automatik tampa perlu memberhentikan kenderaan.
Matlamat utama sistem ini ialah mempercepatkan arus trafik serta mengurangkan kebergantungan pada satu platform sahaja.
Berdasarkan Anthony Lim dari Paultan.Org, pengguna yang ingin mencuba sistem pembayaran tol ANPR (Automatic Number Plate Recognition), anda boleh memuat turun aplikasi JustGo yang dibangunkan oleh PLUS Malaysia Berhad, tersedia di Google Play dan App Store. Setelah dimuat turun, pengguna hanya perlu mengisi maklumat peribadi dan memilih kaedah pembayaran seperti Touch ‘n Go eWallet atau kad kredit/debit. Tiada sebarang caj dikenakan untuk pendaftaran
Fasa awal ujian melibatkan 35 lorong di 13 plaza tol antara Hutan Kampung dan Sungai Dua di utara Pulau Pinang. Projek ini akan diperluas secara berperingkat ke seluruh Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) setelah sistem disahkan beroperasi dengan lancar. Langkah ini dijangka menjadi asas penting kepada pelaksanaan penuh sistem Multi-Lane Free Flow (MLFF) menjelang tahun 2027.
(Sumber: Lowyat.NET)
Jenis Sistem Tol Di Malaysia
Lebuh raya merupakan saraf penting bagi pengangkutan darat di Malaysia, yang berperanan penting dalam menghubungkan negeri ke negeri serta bandar ke bandar di seluruh negara. Pembinaan lebuh raya bukan sahaja memudahkan perjalanan, tetapi turut meningkatkan keselesaan pemanduan dan memendekkan masa perjalanan bagi jutaan pengguna setiap hari.
Tujuan utama kutipan bayaran tol adalah untuk menampung kos penyelenggaraan lebuh raya, pembaikan jalan, serta penambahbaikan kemudahan seperti plaza tol, jejantas, tandas awam dan kawasan rehat (R&R). Dana ini juga digunakan bagi memastikan keselamatan dan kelancaran trafik di semua laluan utama sentiasa terpelihara.
Di Malaysia, terdapat dua jenis sistem tol utama yang digunakan di lebuh raya, iaitu:
Sistem Tol Terbuka
Sistem tol terbuka ialah kaedah kutipan bayaran tol di mana pemandu dikenakan caj tetap setiap kali melalui plaza tol, tanpa mengambil kira jarak perjalanan sebenar. Dalam sistem ini, jumlah bayaran adalah sama sama ada anda memandu jarak dekat atau jauh selagi menggunakan laluan lebuh raya yang sama.
Senarai lebuh raya sistem terbuka dan kod laluan
- E3 – Second Link Expressway
- E5 – Shah Alam Expressway (KESAS)
- E7 – Cheras-Kajang Highway
- E8 – Kuala Lumpur-Karak Expressway (KLK)
- E9 – Sungai Besi Expressway
- E10 – New Pantai Expressway (NPE)
- E11 – Damansara-Puchong Expressway (LDP)
- E12 – Ampang-Kuala Lumpur Elevated Highway (AKLEH)
- E15 – Butterworth-Kulim Expressway (BKE)
- E17 – Butterworth Outer Ring Road (BORR)
- E18 – Kajang Dispersal Link Expressway (Kajang SILK)
- E20 – Maju Expressway (MEX)
- E23 – Western KL Traffic Dispersal System (SPRINT)
- E24 – Tun Salahuddin Bridge
- E25 – Kuala Lumpur–Kuala Selangor Expressway
- E29 – Seremban–Port Dickson Highway (SPDH)
- E30 – New North Klang Straits Bypass (NNKSB)
- E33 – Duta–Ulu Klang Expressway (DUKE)
- E35 – Guthrie Corridor Expressway (GCE)
- E3 – Penang Bridge
Sistem Tol Tertutup
Sistem tol tertutup ialah sistem kutipan tol di mana bayaran ditentukan berdasarkan jarak perjalanan sebenar di lebuh raya. Dalam sistem ini, pengguna akan menerima tiket masuk atau rekod elektronik (melalui kad TNG, RFID atau ANPR) di pintu masuk lebuh raya, dan bayaran hanya dibuat apabila keluar di plaza tol destinasi.
Semakin jauh jarak yang dilalui, semakin tinggi kadar tol yang dikenakan sama seperti konsep “bayar mengikut penggunaan”.
Senarai lebuh raya sistem terbuka dan kod laluan
- E1 – New Klang Valley Expressway (NKVE)
- E1 – North-South Expressway (PLUS) Northern Route
- E2 – North-South Expressway (PLUS) Southern Route
- E6 – North-South Expressway Central Link (ELITE)
- E8 – East Coast Expressway (LPT)
- E22 – Senai-Desaru Expressway (SDE)
- E26 – South-Klang Valley Expressway (SKVE)
Kadar Pembayaran Tol
Bagi menentukan kadar tol di setiap lebuh raya, satu sistem penetapan kadar telah dibangunkan dan diselia oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) bagi memastikan ia selaras dengan jarak perjalanan, jenis kenderaan, serta piawaian penyelenggaraan lebuh raya di seluruh negara.
Lembaga Lebuhraya Malaysia juga membangunkan sistem Kalkulator Tol untuk pengguna menyemak kadar tol terkini bagi memastikan perjalanan anda lebih lancar, terancang dan bebas daripada sebarang kesulitan di plaza tol.
Memandangkan Malaysia mempunyai rangkaian lebuh raya yang luas meliputi Semenanjung, Sabah dan Sarawak, kadar tol ditetapkan bagi memastikan setiap laluan dapat diselenggara dengan baik serta menawarkan perjalanan yang selesa dan selamat kepada pengguna. Dengan jumlah lebuh raya yang semakin bertambah setiap tahun, sistem kutipan tol yang teratur menjadi penting untuk menampung kos operasi, penyelenggaraan dan penambahbaikan infrastruktur jalan raya negara.
Tips: Persediaan Sebelum Melalui Kawasan Tol
- Pastikan baki kad TNG atau eWallet mencukupi.
- Letakkan kad TNG di tempat mudah dicapai.
- Elakkan penggunaan RFID yang kotor atau rosak kerana ia boleh menyebabkan bacaan gagal.
- Ketahui lorong yang sesuai dengan kaedah bayaran anda (TNG, RFID, SmartTAG atau Open Payment).
- Kenalpasti Lorong anda dengan melihat pada papan tanda di atas pondok tol atau di isyarat di atas jalan tar pada setiap lorong.
Fakta Menarik Lebuhraya Malaysia
Lebuhraya Terpanjang
Lebuh raya PLUS Sepanjang 966Km dan merentasi 8 negeri
Lebuhraya Tersibuk
Lebuhraya Persekutuan merupakan lebuhraya yang menghubungkan bandar raya Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Shah Alam dan bandar Klang.
Terowong Tertua
Terowong Menora yang dibuka sekitar 1978 atau 1979 dengan usia 45 tahun
Terowong Terpanjang
Terowong terpanjang dimenangi oleh terowong SMART E38 dengan jarak 3.3km
Bulatan ‘Roundabout’ Terbesar di Dunia
Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Putrajaya, Malaysia. Ia mempunyai lilitan sepanjang 3.5 kilometer (2.2 batu) dan siap dibina pada tahun 1999
Soalan Lazim Tentang Lebuhraya
1.Bolehkah saya elak tol?
Boleh, gunakan Laluan inisiatif Persekutuan dan jalan negeri. Namun, tempoh perjalanan akan menjadi lebih lama.
2.Adakah motosikal perlu membayar tol di Malaysia?
Tidak, Kebanyakkan lebuh raya menyediakan lorong khas motosikal untuk perjalanan yang lebih cepat.
3.Apakah perbezaan di antara Kawasan Rehat dan Rawat dan Hentian Sebelah?
Kawasan Rehat dan Rawat (R&R), disediakan di setiap 80-100 kilometer dengan menyediakan kemudahan seperti gerai makanan, wakaf, motel lebuh raya (lokasi terpilih sahaja), surau, stesen minyak, tandas awam, kedai serbaneka, ATM, telefon awam, tempat letak kereta dan taman permainan kanak-kanak.
Hentian Sebelah disediakan di setiap 25-50 kilometer di sepanjang lebuh raya. Hentian Sebelah menawarkan kemudahan asas seperti tandas awam, telefon awam, tempat letak kereta dan pondok rehat. Sesetengah Hentian Sebelah yang telah dinaik taraf menawarkan kemudahan tambahan seperti gerai makanan, stesen minyak, surau dan lain-lain
4.Apa Perlu Buat Jika kereta Rosak di Lebuh Raya
- Nyalakan lampu kecemasan Ini penting untuk memberi isyarat kepada kenderaan lain di lebuh raya
- Alihkan kenderaan ke tepi jalan Jika boleh, gerakkan kereta ke tepi lebuh raya untuk mengelakkan kemalangan
- Hubungi Bantuan a) Talian bantuan lebuh raya: Jika di lebuh raya PLUS, hubungi PLUS 1800-88-0000 untuk bantuan percuma seperti menukar tayar atau menunda kenderaan ke plaza tol berdekatan. b) Syarikat insurans: Hubungi nombor khidmat bantuan syarikat insurans anda untuk mendapatkan bantuan, seperti yang tertera pada polisi atau pelekat cukai jalan. c) Hubungi Bateriku
Hubungi Bateriku?
Ya, hubungi Bateriku jika ada masalah kereta di mana mana anda berada, di lebuhraya, pejabat, rumah atau dimana mana sahaja anda berada. Tayar pecah, Kereta tak boleh hidup di RNR atau minyak habis tengah jalan. Masalah selesai dihujung jari anda. Dari tukar tayar, tukar bateri, buka kunci, hantar minyak dan tunda kereta semua boleh buat, cakap je apa.
4 langkah mudah:
- Bertenang
- Buka web Bateriku
- Isi maklumat mudah
- Tunggu team Bateriku sampai
4 langkah, susah jadi mudah.

