3 Dec 2025

10 lokasi makan & lawat terbaik Simpang Renggam

Cover image

Simpang Renggam adalah salah satu daripada 6 petempatan di dalam kelolaan Majlis Daerah Simpang Renggam. Ia letaknya kira-kira 11km di barat daya daripada pekan Renggam.

Nama Simpang Renggam mungkin ada kaitan dengan kedudukannya yang menjadi penghubung Laluan Persekutuan 1 dengan Bandar Renggam. Laluan persekutuan paling tua di Malaysia ini menghubungkan 7 negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, dan Johor.

Buat yang menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), pintu 247 Simpang Renggam boleh membawa pengguna terus ke pekan Simpang Renggam tak sampai 5 kilometer daripada plaza tol.

Ada banyak tempat makan sedap yang boleh diteroka disamping lokasi menaik yang boleh dicuba di Simpang Renggam.

5 tempat makan rating tinggi Simpang Renggam

1. Nasi Beriani Bocah Lanang

251202-bateriku-simppang renggam tempat makan staycation 10.webp

Lokasi ini menyajikan nasi beriani kambing, ayam, dan lembu gaya Johor. Daripada reviu yang diutuskan pengunjung, mereka memuji kelembutan daging yang empuk dan diperap baik khususnya kambing dan bahagian tulang pehanya (shank). Nasinya juga digemari kerana beramora dan kekal segar walaupun dibawa pulang secara bungkus. Harga hidangannya padan dengan kualiti dan kuantiti. Selain daripada makanan, pengunjung juga memuji lokasi kedai yang sediakan tempat parkir kenderaan mencukupi untuk banyak kenderaan.

📍 Nasi Beriani Bocah Lanang

2. D’Nara Mee Sup

251202-bateriku-simppang renggam tempat makan staycation 06.webp

Lokasi ini terkenal dengan Mee Sup ala Champa. Banyak komen positif tentang kuah sup yang cair dan segarkan tekak. Nasi goreng pula dikatakan tak kedekut dengan daging. Lain-lain menu wajib cuba adalah seperti mee goreng daging, nasi ayam, dan sup gearbox. Ada juga pengunjung yang memuji rasa makanan yang kekal segar walaupun selepas dibungkus. Pada segi servis, beberapa reviu menyatakan yang masa menunggu singkat serta kakitangan yang mesra. D’Nara Mee Sup menyediakan tempat letak kereta yang luas lantas jadikannya sesuai untuk lokasi makan untuk keluarga ataupun kumpulan besar.

📍 D’Nara Mee Sup Melayu Champa

3. Restoren Serambi Desa

251202-bateriku-simppang renggam tempat makan staycation 08.webp

Lokasi gaya kafe ini tawarkan suasana yang tenteram dan estetik. Pengunjung memuji hiasan kedai yang kemas serta keramahan kakitangan Restoren Serambi Desa. Antara menu yang disebut-sebut dalam reviu adalah ayam panggang, fish & chips, patin tempoyak, dan pelbagai jenis minuman unik, khususnya kopi matcha. Saiz hidangan dan harga juga disebut sebagai berbaloi walaupun diletakkan dalam kawasan sedikit mahal. Tempat letak kereta dimaklumkan adalah luas dan boleh jadi tempat lepak orang-orang muda kerana waktu operasinya sehingga jam 3 pagi.

📍 Restoren Serambi Desa

4. Warung Nur Syafaat

251202-bateriku-simppang renggam tempat makan staycation 04.webp

Warung Nur Syafaat mudah untuk dicari kerana letaknya berhadapan dengan pejabat MDSR. Pengunjung juga memuji tapak parkir yang luas memudahkan kumpulan besar makan bersama-sama. Menunya pelbagai dan yang popular adalah masakan panas, western, dan sup. Yang perlu ramai pengunjung sarankan adalah seperti nasi goreng ayam buttermilk, kuetiau goreng, sup cendawan, tomyam, serta fish & chips.

📍 Warung Nur Syafaat

5. Warung Haji Mahat

251202-bateriku-simppang renggam tempat makan staycation 02.webp

Warung Haji Mahat terkenal dengan lokasi makan pagi dalam kalangan penduduk tempatan. Ramai memuji rasa makanan seperti “masak di rumah”. Lain-lain nota positif yang ditinggalkan pengunjung adalah saiz hidangan yang besar, kepelbagaian makanan termasuklah kacang pool. Diingatkan yang lokasi ini agak padat pada waktu pagi terutamanya pada hari minggu. Mungkin disebabkan lokasinya yang kurang daripada 10 minit daripada tol Simpang Renggam.

📍 Warung Haji Mahat

5 lokasi wajib lawat di Simpang Renggam

1. Kompleks IKS Simpang Renggam

251202-bateriku-simppang renggam tempat makan staycation 03.webp

📍 Kompleks IKS Simpang Renggam

Anda boleh dapatkan hasil perusahaan kecil dan sederhana oleh pengusaha sekitar Simpang Renggam di Kompleks IKS Simpang Renggam. Di sana, produk-produk yang boleh ditemui adalah seperti kerepek, makanan sejuk beku, sos nenas, air rozel, seramik, kerepek, dan kuih-muih tradisional. Ada juga kemudahan seperti kedai makan, suran, dan tandas awam.

2. 0km Simpang Renggam

251202-bateriku-simppang renggam tempat makan staycation 11.webp

Buat pemburu tanda kilometer 0, tanda tersebut boleh ditemui berhampiran Balai Polis Simpang Renggam dan mercu tanda “I Love Simpang Renggam”.

📍 0km Simpang Renggam

3. Ong & Chan Orchard

251202-bateriku-simppang renggam tempat makan staycation 12.webp

Tapak glamping ini terletak dalam kebun buah-buahan yang janjikan ketenangan, udara segar, dan pemandangan mengujakan. Pengunjung memuji kepelbagaian pokok buah dan bunga serta bebas daripada lalat dan nyamuk walaupun terletak dalam hutan. Pengendali tapak juga dipuji atas keramahannya apabila turut membawa pengunjung menerokai kebunnya serta menawarkan pengalaman makan buah-buahan segar bila tiba musim buah. Kemudahan asasnya lengkap dan diselenggara dengan baik seperti tandas dan ruang mandi air panas. Di sebelah malam, suasana sejuk dan nyaman akan buatkan pengunjung selesa.

📍 Ong & Chan Renggam

4. AW Pottery Studio

251202-bateriku-simppang renggam tempat makan staycation 09.webp

Pusat tembikar ini menarik ramai pengunjung yang ingin mendalami seni yang kian dilupakan. Antara aktiviti yang boleh dicuba adalah bengkel penghasilan tembikai yang dikendalikan oleh pengendali lokasi dan sesuai untuk orang dewasa mahupun kanak-kanak. Selain bengkel, pengunjung juga terpesona dengan seni bina klasik tradisional yang masih dikekalkan. Mereka boleh melawat muzium mini untuk mempelajari industri tembikar Malaysia dan melihat sendiri dragon kiln iaitu tanur tempat pembakaran tembikar yang dijaga rapi walaupun tak lagi beroperasi akibat faktor alam sekitar. Paling menarik, masuk percuma!

📍 AW Pottery Studio

5. Galeri Mastor

251202-bateriku-simppang renggam tempat makan staycation 07.webp

Galeri Terompah Mastor adalah lokasi untuk anda pelajari tentang terompah tradisional Johor. Anda boleh lihat pelbagai rekaan terompah yang berwarna-warni. Pemilik galeri turut hasilkan terompah untuk dipakai dan dimaklumkan yang sekurang-kurangnya seribu pasang terompah dihasilkan untuk memenuhi permintaan dalam dan luar negara. Pengunjung boleh melihat sendiri cara penghasilan terompah termasuklah pemilihan kayu seperti kayu getah, cengal, pulai, durian, dan pina yang diimport. Selain terompah, anda juga boleh bawa pulang barangan antik seperti sandal kulit, tali pinggang, dan kopi.

📍 Galeri Mastor

Bateriku di Simpang Renggam

Bateriku ada di Simpang Renggam. Titik operasi kami adalah di 16, Jalan Besar, Simpang Renggam, berhampiran dengan mercu tanda “I Love Simpang Renggam”. Tempah bateri kereta anda dan terima dalam masa 30 minit.

251202-bateriku-simppang renggam tempat makan staycation 01.webp

Tak terhad kepada penghantaran bateri secara on demand, kami juga ada beberapa servis lain untuk rungkai kerunsingan anda ke atas kereta anda. Perkhidmatan road side assistant kami boleh bantu anda jump start kereta, isi semula petrol sekiranya terkandas, buka kunci kereta jika terkunci daripada luar, baiki & tukar tayar, ataupun sekiranya perlu, kami ada trak tunda untuk bawa kereta anda ke bengkel untuk dibaik pulih.

Anda boleh lihat senarai lengkap perkhidmatan kami di laman Bateriku.

Avatar

Hanif Azrai

Let’s share to:

Seterusnya