9 Jun 2026

Bateriku Sertai Retro Havoc 2026: Lebih 800 kereta dipamerkan

Cover image

6 Jun 2026, Petaling Jaya – Bateriku berbangga menjadi Platform Tiket Rasmi bagi Retro Havoc 2026, acara tahunan ke-11 yang menghimpunkan peminat automotif dan budaya kereta dari seluruh Malaysia serta luar negara. Berlangsung di The Curve, Mutiara Damansara pada 6 Jun 2026, acara ini sekali lagi membuktikan bahawa minat terhadap dunia automotif dan gaya hidup kereta terus berkembang pesat di rantau ini.

Setiap tahun, Retro Havoc mencatatkan peningkatan jumlah pengunjung dan penyertaan komuniti automotif. Apa yang bermula sebagai sebuah perhimpunan komuniti kini berkembang menjadi salah satu acara budaya automotif paling berpengaruh di Asia Tenggara, menarik perhatian pengunjung dari pelbagai negara yang berkongsi minat yang sama terhadap dunia modifikasi, prestasi dan gaya hidup automotif.

Bateriku retrohavoc-5.webp

Bateriku Bersama Retro Havoc 2026 Sebagai Platform Tiket Rasmi

Sebagai nama yang tidak asing lagi dalam ekosistem automotif Malaysia, penglibatan Bateriku dalam acara ini mencerminkan komitmen berterusan syarikat untuk menyokong pertumbuhan komuniti automotif tempatan. Kerjasama ini juga menjadi pemanas badan menjelang penganjuran MotorManiac Festival 2026 yang bakal berlangsung pada September nanti.

Melalui platform tiket dalam talian Bateriku, para pengunjung dapat membeli tiket dengan lebih mudah dan lancar. Sama seperti perkhidmatan bantuan tepi jalan yang sentiasa mengutamakan kemudahan pelanggan, platform ini dibangunkan bagi memastikan pengalaman pengguna menjadi lebih baik dari awal sehingga ke hari acara.

Bateriku di Retro Havoc 2026

Selain menjadi platform tiket rasmi, Bateriku turut membuka booth aktiviti sepanjang acara bagi mendekati komuniti automotif dan memperkenalkan produk-produk dalam ekosistem Bateriku.

Antara yang menjadi perhatian ialah Bateri ASTRA, satu-satunya jenama bateri kereta di Malaysia yang menawarkan rangkaian SKU lengkap dengan pensijilan SIRIM. Lebih menarik, setiap pembelian bateri ASTRA turut disertakan perlindungan Group Personal Accident (GPA) sehingga RM7,000 sebagai nilai tambah kepada pengguna.

Sebelum acara kemuncak berlangsung, para tetamu antarabangsa mula tiba di Malaysia pada 4 Jun 2026. Pada keesokan harinya, satu sidang media rasmi telah diadakan di hotel rasmi acara, The Royale Chulan Damansara.

Sidang media tersebut menghimpunkan media tempatan bersama beberapa nama besar yang banyak mempengaruhi perkembangan budaya automotif global, antaranya:

  • Larry Chen
  • Kei Miura (Rocket Bunny / Pandem)
  • Ichiraku Toshiya (1048 Style RWB)
  • Beer Baiyoke (Top Secret Thailand)
  • Hanavocado (Stututu Girl)
  • Hyuma Kato (Liberty Walk)
  • Shiro Nishio (Liberty Walk)
  • Sammit
  • Smokey Nagata
  • Jun Hardcore Tokyo
  • Riko (RikoStyle)
  • Hitomi San (HPI)
  • Sudo San (Number 7)
  • Ziko & Dipo (Garasi Drift)
  • Datsun Europe
  • Clay Wong

Kehadiran tokoh-tokoh ini membuktikan bahawa Retro Havoc kini bukan sekadar acara tempatan, malah semakin dikenali sebagai destinasi wajib bagi peminat budaya automotif dari seluruh dunia.

Bateriku retrohavoc-4.webp

Tarikan Utama Retro Havoc 2026

Antara momen yang paling dinantikan adalah pelancaran beberapa projek kereta eksklusif daripada nama-nama besar dalam dunia modifikasi antarabangsa.

Pelancaran Projek Kereta Retro Havoc

  • Pandem Rocket Bunny
  • Liberty Walk
  • Hardcore Tokyo

Kereta Istimewa Pilihan Acara

Salah satu tarikan utama ialah kemunculan Porsche 993 RWB "Rough Rhythm" milik Ichiraku Toshiya yang dibawa khas terus dari Jepun semata-mata untuk dipamerkan di Retro Havoc 2026.

Turut mencuri perhatian pengunjung ialah:

  • Barisan kereta eksklusif Top Secret Thailand
  • Malaysia Top 10 Liberty Walk Cars oleh JPORIGIN
  • Pameran budaya automotif antarabangsa
  • Pelbagai kolaborasi kreatif dari komuniti automotif serantau

Ribuan Pengunjung Memeriahkan Festival

Seawal jam 10 pagi, pengunjung mula membanjiri lokasi acara untuk menyaksikan sendiri pelbagai aktiviti dan pameran yang disediakan.

Di booth Bateriku dan ASTRA Batteries, para pengunjung berpeluang menyertai Cabaran Mystery Box yang menawarkan baucar bateri bernilai sehingga RM100.

Bateriku retrohavoc-2.webp

Tidak ketinggalan, sempena kemeriahan musim bola sepak, Bateriku turut menganjurkan Penalty Kick Challenge yang memberikan peluang kepada peserta memenangi pelbagai hadiah menarik sepanjang hari.

Aktiviti-aktiviti ini bukan sahaja menghiburkan, malah memberi peluang kepada pengunjung untuk mengenali dengan lebih dekat produk dan perkhidmatan yang ditawarkan dalam ekosistem Bateriku.

MotorManiac Bersama Retro Havoc

Turut memeriahkan acara ialah kehadiran MotorManiac, platform gaya hidup automotif Bateriku.

Selain mempamerkan lebih daripada 30 buah kereta pilihan daripada Nissan Skyline R32 GT-R, Nissan Cefiro A31 dan "Godzilla", MotorManiac juga dipilih sebagai rakan merchandise rasmi bagi Retro Havoc 2026.

Bagi meraikan hubungan yang telah terjalin selama bertahun-tahun antara kedua-dua jenama, satu koleksi eksklusif edisi terhad dikenali sebagai "Blood Oath" telah dilancarkan.

Koleksi ini melambangkan ikatan erat antara MotorManiac dan Retro Havoc dalam usaha membangunkan budaya automotif tempatan. Penggunaan warna merah jambu sebagai identiti utama koleksi tersebut menggambarkan persamaan estetika kedua-dua jenama yang sentiasa meraikan kreativiti, keunikan dan semangat komuniti.

Sambutan yang diterima amat memberangsangkan apabila ramai pengunjung sanggup beratur panjang untuk mendapatkan koleksi terhad tersebut. Menariknya, bukan sahaja peminat kereta yang hadir, malah komuniti streetwear turut memberikan sokongan terhadap keluaran eksklusif MotorManiac yang semakin mendapat tempat dalam kalangan anak muda.

Bateriku retrohavoc-3.webp

Penutup Penuh Gaya

Menjelang malam, acara mencapai kemuncaknya dengan satu pemandangan yang sukar dilupakan.

Sekitar jam 10 malam, lebih daripada 800 buah kereta bergerak keluar secara serentak dari kawasan parkir bawah tanah sambil disaksikan oleh lebih 50,000 pengunjung yang hadir sepanjang acara.

Momen tersebut menjadi simbol kekuatan budaya automotif di Malaysia dan Asia Tenggara yang terus berkembang dari tahun ke tahun.

Antara perkara yang menarik perhatian ialah kenyataan jurugambar automotif terkenal dunia, Larry Chen, yang menyatakan kekagumannya melihat acara sebesar ini mendapat sokongan industri pelancongan Malaysia.

Menurut beliau, acara seperti Retro Havoc membuktikan bahawa budaya automotif bukan sahaja mampu menarik komuniti tempatan, malah berjaya membawa masuk pengunjung antarabangsa yang sanggup datang dari pelbagai negara demi meraikan minat yang sama terhadap dunia automotif.

Tak Sempat Ke Retro Havoc? Jumpa di MotorManiac Festival 2026

Bagi yang terlepas menyertai Retro Havoc 2026, jangan risau kerana kemeriahan budaya automotif akan diteruskan melalui MotorManiac Festival 2026 yang bakal berlangsung pada 5 dan 6 September 2026 di MyTOWN Rooftop, Kuala Lumpur.

Selama dua hari, pengunjung bakal disajikan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti:

  • 2-Step Championship
  • Limbo Competition
  • Streetwear Expo
  • Mini Diecast Exhibition
  • BBOY Competition
  • Hip Hop Concert
  • Pameran Kereta Modifikasi
  • Perhimpunan Komuniti Automotif

Ikuti Instagram dan TikTok rasmi MotorManiac untuk pengumuman pembukaan jualan tiket serta perkembangan terkini festival.

Sebagai penyedia ekosistem automotif terbesar di Malaysia, Bateriku akan terus komited dalam menyokong komuniti automotif, memperkasakan budaya mobiliti dan mewujudkan lebih banyak platform yang menyatukan peminat kereta dari pelbagai latar belakang. Dengan lebih daripada 250 Pitstop di seluruh negara, Bateriku terus membantu rakyat Malaysia untuk sentiasa bergerak dengan yakin sambil memainkan peranan dalam membangunkan industri automotif tempatan.

motor maniac festival 2026 annoucement poster.webp

Avatar

Hazzim Nasir

Let’s share to:

Seterusnya