24 Feb 2026

5 Kedai Wajib Singgah di Zon Bebas Cukai Rantau Panjang

Cover image

Rantau Panjang adalah salah satu daripada 24 Zon Bebas Cukai yang diwartakan di bawah Akta Zon Bebas 1990. Di sini, cukai dan duti ke atas barangan import tidak dikenakan ataupun dikurangkan supaya harga jualannya boleh dikurangkan dan rakyat boleh menikmati harga barangan lebih murah. Kalau anda lawati Rantau Panjang, ini beberapa kedai menarik yang boleh anda singgah untuk dapatkan barangan keperluan.

Kedai Barang Murah Wajib Singgai Di Rantau Panjang

1. Minotex (M) Sdn. Bhd.

Minotex terkenal dalam kalangan peniaga katering untuk dapatkan barangan keperluan dapur. Ada banyak pilihan pinggan dan mangkuk yang lebih murah daripada dapatkannya di KL. Nak beli secara borong pun boleh tetapi anda perlu datang awal kerana kebanyakan kedai tutup jam 6.

260216-bateriku-localised article rantau panjang minotex.webp

2. Supo Langkawi Duty Free

Supo Langkawi Duty Free juga tawarkan barangan keperlukan dapur seperti Minotex. Tapi mereka selangkah di hadapan apabila turut jual barangan makanan. Di sini, anda boleh jumpa coklat dan manisan murah seperti anda temui di Langkawi. Anda juga boleh dapatkan kekacang dan biskut daripada Thailand yang sedap-sedap belaka.

260216-bateriku-localised article rantau panjang supo langkawi.webp

3. Hana Doorgift Shop

Pengantin yang bakal langsungkan majlis perkahwinan tentu suka dengan Hana Doorgift Shop. Mereka jual bunga telur pada harga yang murah disamping keperluan perkahwinan yang lain seperti cenderahati dan sebagainya.

260216-bateriku-localised article rantau panjang hana doorgift shop.webp

4. Mydin Wholesale Emporium

Tempat kegemaran penduduk tempatan untuk dapatkan barangan runcit. Disebabkan bebas cukai, banyak barangan importnya dijual pada harga lebih rendah berbanding cawangan Mydin di luar Rantau Panjang. Jadi, anda boleh dapatkan barangan keperluan harian dan juga barangan tambahan lain di bawah satu bumbung.

260216-bateriku-localised article rantau panjang mydin emporium.webp

5. The Red Warriors RP Store

Peminat bola sepak boleh dapatkan jersi pasukan kegemaran di The Red Warriors RP Store. Di sini, anda boleh dapatkan jersi pasukan bola sepak tempatan hinggalah antarabangsa.

260216-bateriku-localised article rantau panjang rp jersey shop.webp

Perkara yang perlu anda tahu tentang Zon Bebas Cukai

Beli-belah di Zon Bebas Cukai seperti Rantau Panjang pastinya boleh jimatkan perbelanjaan. Zon ini telah beroperasi sejak 1990 lagi menerusi Akta Zon Bebas 1990.

260216-bateriku-localised article rantau panjang akta zon bebas 1990.webp

Namun, ramai yang sangka “bebas cukai” adalah tanpa cukai sepenuhnya. Ia tak tepat. Pengecualian cukai memang berlaku dalam zon itu, tapi bila keluar daripadanya, peraturan cukai biasa masih lagi berkuat kuasa.

Di bawah Akta Kastam 1967, kawasan di luar Zon Bebas Cukai masih lagi ditadbir Kastam Diraja Malaysia dan mereka mempunyai amanah untuk memeriksa pembelian anda sama ada perlu dikenakan cukai ataupun tidak.

Cara penguat kuasa tentukan cukai

Untuk barangan keperluan rumah seperti peralatan dapur, periuk, belanga, cadar, langsir, dan yang seangkatan dengannya, had pembelian bebas cukai tida ditetapkan seperti peraturan 1 liter untuk alcohol. Pegawai kastam akan pertimbangkan sama ada ia sesuai untuk kegunaan peribadi ataupun sebaliknya.

Ia sangat bergantung kepada jenis barang, kuantiti barang, dan nilai barang. Contohnya anda beli 1 periuk nasi berbanding 20 periuk nasi, sudah tentu pegawai kastam akan bertanyakan sama ada anda nak gunakan kesemua 20 periuk untuk kegunaan peribadi ataupun untuk kegunaan komersial.

Sekiranya pembeli gagal buktikan ia untuk kegunaan peribadi, makanya kastam berhak untuk kenakan duti ataupun cukai ke atas barangan itu berdasarkan nilai yang telah ditetapkan. Cara paling mudah adalah untuk periksa EZHS dengan memasukkan kata kunci.

Untuk periuk nasi elektrik, kadar cukainya adalah 20% untuk setiap unit.

260216-bateriku-localised article rantau panjang cukai periuk nasi.webp

Kenapa pengisytiharan barangan bercukai penting

Kalau pembelian barangan anda dirasakan melebihi kuantiti untuk keperluan peribadi, anda wajib untuk mengisytiharkan pembelian itu di titik pemeriksaan kastam sewaktu ingin meninggalkan zon bebas cukai. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan barangan pembelian anda disita.

Oleh sebab itu, simpan resit pembelian dengan kemas kerana pegawai kastam akan meminta dokumen itu untuk disemak sebelum sebarang duti ataupun cukai dikenakan. Jadi, sikap telus akan buatkan anda terhindar daripada diberikan penalti.

Secara ringkasnya, beli belah di zon bebas cukai memang menjimatkan tetapi ada hadnya. Kalau pembelian dilakukan dalam kuantiti yang banyak dan untuk tujuan komersial, peraturan cukai biasa akan dikuatkuasakan ke atas transaksi tersebut.

Bateriku di Rantau Panjang

Bateri ada cawangan di Rantau Panjang. Anda boleh singgah ke Pt 2161, Taman Jaya Indah, 17200 Rantau Panjang, Kelantan untuk dapatkan bateri kenderaan secara walk-in. Cawangan Bateriku Rantau Panjang beroperasi setiap hari bermula jam 7 pagi hingga 12 tengah malam.

Sekiranya anda perlukan bantuan tepi jalan, hubungi +60193002308 ataupun +601116006008 untuk bantuan pantas.

260216-bateriku-bateriku rantau panjang bm.webp

Bateriku ada tawarkan servis pemasangan bateri kereta di mana-mana sahaja di seluruh Malaysia. Dengan sistem pengkalan data yang komprehensif, jenis kereta anda boleh diketahui dan jenis bateri yang bersesuaian terus boleh disarankan kepada anda.

260209-bateriku-masjid biru behrang 2020 madani 11.webp

Tak terhad kepada penghantaran bateri secara on demand, kami juga ada beberapa servis lain untuk rungkai kerunsingan anda ke atas kereta anda. Perkhidmatan road side assistant kami boleh bantu anda jump start kereta, isi semula petrol sekiranya terkandas, buka kunci kereta jika terkunci daripada luar, baiki & tukar tayar, ataupun sekiranya perlu, kami ada trak tunda untuk bawa kereta anda ke bengkel untuk dibaik pulih.

Avatar

Hanif Azrai

Let’s share to:

Seterusnya