Kalau anda sedang cari sebuah SUV untuk keluarga, Proton X90 MC (2026) dah boleh boleh didapatkan. Daripada luar, fizikalitinya nampak sama saja dengan model 2023. Proton merumuskan minor change ini menjadikan X90 lebih mampu milik kepada keluarga di Malaysia. Harga turun banyak tapi banyak juga komponen ditiadakan untuk jadikan harga jualannya bermula bawah daripada RM100,000.

Harga Proton X90 MC (2026) di Malaysia
Proton X90 MC (2026) telah mengalami penyelarasan harga yang banyak. Harga permulaannya adalah bawah RM100,000 jika diambil kira rebat pembelian awal yang ditawarkan. Berikut adalah pilihan varian yang boleh dipertimbangkan:
- Lite (7 tempat duduk): RM106,800 (RM99,800 dengan rebat)
- Prime (7 tempat duduk): RM116,800 (RM109,800 dengan rebat)
- Prime X (6 tempat duduk): RM122,800 (RM115,800 dengan rebat)

Sebagai perbandingan, Proton X90 (2023) dulu dilancarkan pada harga antara RM123,800 hingga RM152,800. Pilihan varian juga ketika itu ada 4 berbanding 3 pada facelift kali ini.
Buat bakal pembeli, Proton X90 ini dilindungi jaminan 5 tahun tanpa had perbatuan disamping 5 tahun percuma untuk kos upah. Pembeli bakal nikmati kadar faedah kewangan serendah 1.95% disamping ada kemudahan tukar beil Pro-Xchange dan Pro-Trade-In.
Di Malaysia, Proton X90 bersaing dengan beberapa SUV 7 tempat duduk lain seperti:
- Mitsubishi Xpander (2024): RM99,980–RM109,980
- Perodua Alza (2022): RM62,500–RM75,500
- Chery Tiggo 8 (2026): RM129,800
- Toyota Veloz (2022): RM95,000
- Jetour VT9 (2026): RM119,350–RM124,350
Penyusunan semula Proton X90 dilihat sebagai usaha Proton untuk beri penekanan kepada pengguna berkeluarga yang sangat perlukan kenderaan dengan ruang dalaman yang lapang dan mampu muatkan 7 penumpang tanpa bebanan kos.
Spesifikasi Proton X90 MC (2026)
Tiada lagi sistem hibrid Proton X90
Turun taraf paling ketara adalah di bahagian enjin. Proton X90 MC (2026) tak lagi gunakan sistem hibrid ringan sebaliknya ditukarkan kepada enjin 1.5L turbo 4 silinder. Ia mengeluarkan 179hp dengan 290Nm tork. Kuasa yang terhasil disalurkan kepada tayar melalui kekotak transmisi 7 DCT. Kadar penggunaan bahan apai Proton X90 baharu ini katanya hampir menyamai versi hibrid ringan tempoh hari iaitu 14.5km/L.

Proton mendakwa sistem enjin yang lebih ringkas ini lebih rendah kosnya untuk diselenggara. Satu lagi perubahan yang dilakukan Proton adalah kecilkan saiz roda daripada 19” kepada 18” tetapi komponen pengampai belakang kekal gunakan sistem jenis multi-link yang lebih baik daripada jenis torsion beam.
Ruang kargo sehingga 2,050L
Sebagai sebuah SUV keluarga, ruang kargo telah diberikan keutamaan. Dalam keadaan semua kerusi diisi dengan penumpang, ia masih ada 257L ruang penyimpanan di bahagian belakang. Kalau nak lagi luas, kesemua kerusi belakang boleh dilipat untuk berikan ruang kargo lebih 2,000L. Selain ruang kargo, Proton X90 juga ada sehingga 38 ruang penyimpanan lain yang boleh dimanfaatkan.

Satu perkara menarik di bahagian kabin adalah Apple CarPlay dan Android Auto kini didatangkan terus daripada kilang untuk semua varian. Ia boleh digunakan menerusi sistem inforia peka sentuhan dengan skrin sebesar 12.3”. Pemandu pula melihat data pemanduan menerusi skrin digital 10.3” (Prime sahaja). Antara kelebihan varian Prime berbanding Lite adalah pada kehadiran tempat duduk elektrik, lampu depan automatik, dan sensor hujan. Prime X pula ada komponen tambahan seperti kerusi Nappa, kerusi depan dan barisan kedua berpengudaraan.

Ciri keselamatan Proton X90
Malangnya, sistem bantu pandu aktif (ADAS) telah dikeluarkan daripada semua model. Jadi, pengguna tak lagi menikmati ciri adaptive cruise control (diganti dengan cruise control pasif), lane assist, dan pemantauan titik buta. Komponen keselamatan yang kekal adalah 6 beg udara, sensor parking, dan kamera keliling.

Bateri Astra Proton X90 MC (2026)
Proton X90 MC (2026) menggunakan bateri jenis DIN55. Nombor SKU bateri kenderaan tersebut adalah L2 400 8889685910 yang dihasilkan di Malaysia.

Sebagai alternatif, berikut adalah bateri Astra yang padan dengan Proton X90.


Dapatkan Bateri Untuk Semua Jenis Kenderaan Di Bateriku
Di Bateriku, kami ada tawarkan servis pemasangan bateri kereta di mana-mana sahaja di seluruh Malaysia. Dengan sistem pengkalan data yang komprehensif, jenis kereta anda boleh diketahui dan jenis bateri yang bersesuaian terus boleh disarankan kepada anda.
Tak terhad kepada penghantaran bateri secara on demand, kami juga ada beberapa servis lain untuk rungkai kerunsingan anda ke atas kereta anda. Perkhidmatan road side assistant kami boleh bantu anda jump start kereta, isi semula petrol sekiranya terkandas, buka kunci kereta jika terkunci daripada luar, baiki & tukar tayar, ataupun sekiranya perlu, kami ada trak tunda untuk bawa kereta anda ke bengkel untuk dibaik pulih.
Anda boleh lihat senarai lengkap perkhidmatan kami di laman Bateriku.

