17 Oct 2025

Cara Pilih Wiper Kereta: Jenis, Tips Penjagaan dan Harga

Cover image

Menjelang musim tengkujuh pada hujung tahun di Malaysia, keadaan jalan raya sering menjadi licin dan jarak penglihatan pemandu mudah terganggu akibat hujan lebat. Dalam situasi ini, pengelap cermin atau wiper kereta berfungsi sebagai komponen keselamatan utama untuk memastikan cermin hadapan kekal bersih dan jelas daripada air hujan serta kotoran. Tanpa wiper yang berfungsi dengan baik, pandangan pemandu boleh menjadi kabur dan meningkatkan risiko kemalangan, terutama ketika memandu di lebuh raya atau waktu malam.

Selain membersihkan air hujan, wiper yang berkualiti juga membantu mengurangkan silau dan pantulan cahaya daripada kenderaan lain, sekali gus memberikan pemandangan yang lebih jelas dan selamat. Oleh itu, memastikan wiper dalam keadaan baik sepanjang musim hujan bukan sekadar soal keselesaan, tetapi aspek penting dalam keselamatan pemanduan. Penggunaan penggelap cermin berkualiti seperti jenis hybrid atau flat blade amat digalakkan bagi menghadapi keadaan hujan lebat yang kerap berlaku di Malaysia.

Pilihan Wiper Terbaik Bagi Cuaca DI Malaysia

Wiper kereta memainkan peranan penting untuk keselamatan pemandu dan penumpang. Ia berfungsi membersihkan cermin hadapan daripada air hujan, debu, lumpur dan kotoran. Selain itu antara fungsi utama wiper adalah menjamin pemanduan lebih selamat terutama ketika hujan lebat.

Wiper yang berfungsi dengan baik memastikan pandangan pemandu tidak terganggu dan mengurangkan risiko kemalangan jalan raya.

Blurry Windshield.webp

Jenis-Jenis Wiper Kereta di Pasaran

Memilih jenis wiper yang betul amat penting kerana setiap jenis mempunyai kelebihan tersendiri bergantung kepada cuaca, jenis kereta dan keperluan pemanduan.

1. Wiper Konvensional (Conventional Wiper)

Wiper konvensional ialah jenis wiper yang mempunyai rangka logam dengan bilah getah di bahagian bawah dan telah lama digunakan pada kebanyakan kereta sebelum kemunculan wiper moden. Ia terkenal dengan ketahanan yang baik, harga lebih murah dan mudah didapati di pasaran, menjadikannya pilihan popular untuk pemanduan harian. Jenis wiper ini sesuai untuk cuaca biasa di Malaysia.

Kelebihan: Keadaan pemanduan biasa di Malaysia Kelemahan: Kurang aerodinamik dan mungkin bergetar pada kelajuan tinggi

2. Wiper Flat Blade (Beam Blade Wiper)

Wiper flat blade mempunyai reka bentuk aerodinamik tanpa bingkai logam besar, menjadikannya kelihatan lebih moden, kemas dan sesuai untuk kereta baharu. Ia direka dengan spoiler bagi meningkatkan tekanan pada cermin ketika hujan lebat atau pemanduan berkelajuan tinggi. Jenis wiper ini menawarkan sapuan lebih sekata, senyap dan berprestasi tinggi, menjadikannya sangat sesuai untuk cuaca panas dan lembap di Malaysia. Walaupun

Kelebihan: Kereta moden dan pemandu yang kerap menggunakan lebuh raya Kelemahan: Harga sedikit lebih tinggi

3. Wiper Hybrid (Hybrid Wiper)

Wiper hybrid ialah gabungan terbaik antara reka bentuk konvensional dan flat blade, menggabungkan kekuatan struktur logam yang kukuh dengan bentuk aerodinamik moden. Wiper ini direka untuk memberikan sapuan yang lebih lancar, senyap dan sekata, walaupun ketika hujan lebat atau pemanduan berkelajuan tinggi. Ia terkenal dengan ketahanan tinggi dan prestasi cemerlang dalam cuaca ekstrem, menjadikannya pilihan ideal untuk pemandu di Malaysia.

Walaupun harganya lebih tinggi, wiper hybrid dianggap pelaburan berbaloi untuk jangka panjang kerana tahan lama dan memerlukan penyelenggaraan minimum. Cadangan terbaik, wiper hybrid sesuai digunakan dalam cuaca di Malaysia, terutama bagi pemandu yang kerap memandu jarak jauh seperti JB ke KL.

Kelebihan: Cuaca Malaysia dan pemandu jarak jauh Kelemahan: Harga lebih mahal, tetapi sangat tahan lama untuk penggunaan jangka panjang

Komponen Penting Wiper Kereta

Mengetahui komponen utama membantu anda mengenal pasti masalah dengan lebih cepat:

1. Lengan Wiper(Wiper Arm): Menggerakkan bilah wiper pada cermin. 2. Penyambung (Connector): Menyambung bilah dengan lengan pastikan jenis sesuai dengan model kereta. 3. Fleksor Spring (Spring Flexors): Mengekalkan tekanan sekata pada bilah getah. 4. Elemen Getah/Silikon: Menyentuh terus pada cermin, biasanya disalut grafit untuk kurangkan geseran. 5. Spoiler: Membantu kecekapan aerodinamik dan elak bilah terangkat pada kelajuan tinggi.

Jangka Hayat Wiper: Bila Perlu Tukar?

Secara amnya, wiper kereta perlu diganti setiap 6 hingga 12 bulan bergantung pada penggunaan dan keadaan cuaca. pendedahan kepada cahaya matahari secara kerap menjadikan getah lebih cepat untuk mengeras.

Tanda-tanda wiper perlu diganti:

1. Bunyi bergesel: Getah wiper sudah keras atau haus. 2. Tinggal kesan air atau sapuan tidak sekata: Tekanan bilah wiper tidak lagi sekata. 3. Getah retak atau keras: Biasanya disebabkan oleh pendedahan lama kepada cahaya matahari. 4. Getaran atau pergerakan tersentak-sentak: Lengan wiper mungkin longgar atau bilah tidak sejajar.

Tip: Jika wiper meninggalkan kesan air atau berbunyi semasa hujan, itu tanda sudah tiba masa untuk diganti.

Cara Penjagaan wiper Supaya Tahan Lama

Penjagaan asas boleh memanjangkan jangka hayat wiper dan mengekalkan prestasinya:

  • Elak Panas Terik Jangan biar kereta terdedah terlalu lama di bawah matahari, getah akan lebih cepat mengeras.
  • Lap Wiper Secara Berkala Gunakan kain lembap seminggu sekali untuk buang habuk dan kotoran.
  • Isi Cecair Pencuci (Wiper Fluid) Campur sedikit cecair pencuci dalam tangki air cermin, lebih licin dan tidak mencalar.
  • Gunakan Window Coating Kurangkan penggunaan wiper dengan salutan kalis air(Rain repel Coating) pada cermin.
  • Bersihkan Cermin Pastikan cermin bebas daripada najis burung atau kotoran keras yang boleh rosakkan bilah.

how to change wiper.webp

Jika anda sedang mencari wiper kereta terbaik di Malaysia, berikut beberapa jenama yang terkenal dengan prestasi, ketahanan dan reka bentuk moden yang sesuai dengan cuaca tropika Malaysia.

1. Bosch Dikenali sebagai antara jenama wiper paling dipercayai di dunia. Anggaran Harga: RM 40 - RM 120

2. Denso Mempunyai reka bentuk aerodinamik moden yang mengurangkan rintangan angin. Wiper tahan lama dan memberikan tekanan sekata pada cermin. Anggaran Harga: RM30 - RM100

3. Michelin Menggunakan getah berkualiti tinggi yang tahan haus dan retak. Reka bentuk hibrid memberikan prestasi lancar dan senyap. Pilihan popular untuk pemandu yang mahukan wiper premium dengan jangka hayat panjang. Anggaran Harga: RM20 - RM120

4. Hella Dihasilkan dengan reka bentuk elegan dan kukuh, sesuai untuk kereta moden. Memberikan sapuan bersih tanpa bunyi bising. Dikenali sebagai pilihan wiper bergaya dengan prestasi tinggi di Malaysia. Anggaran Harga: RM30 - RM100

5. Astra Pilihan mampu milik dan mudah didapati di kedai aksesori kereta tempatan. Menawarkan prestasi stabil dengan harga berpatutan dan sesuai untuk pemandu harian. Anggaran Harga: RM10 - RM40

Soalan Lazim (FAQ) tentang Wiper

1. Bila masa terbaik untuk tukar wiper? Setiap 6–12 bulan atau apabila wiper meninggalkan kesan air di cermin.

2. Apa punca wiper berbunyi ketika hujan? Getah keras, kotoran pada bilah, atau tekanan bilah tidak sekata.

3. Boleh ke guna air paip biasa dalam tangki wiper? Tidak digalakkan. Gunakan cecair pencuci wiper untuk prestasi optimum.

4. Jenis wiper mana sesuai untuk Malaysia?Wiper hybrid paling sesuai tahan panas, hujan dan sesuai dengan cuaca panas dan lembap.

5. Adakah wiper boleh digunakan untuk semua jenis kereta? Tidak. Setiap kereta mempunyai ukuran dan jenis wiper yang berbeza bergantung pada model dan reka bentuk cermin hadapan. Wiper tidak universal panjang bilah, jenis penyambung (connector), serta bentuk lengkungan berbeza antara satu kereta dengan yang lain.

Cara Tukar Wiper Kereta Sendiri

Anda boleh menukar wiper tanpa ke bengkel:

  1. Angkat lengan wiper dari cermin.
  2. Tekan klip kecil pada sambungan wiper lama.
  3. Tarik keluar bilah lama dengan perlahan.
  4. Masukkan bilah baharu hingga bunyi “klik”.
  5. Turunkan semula lengan wiper ke cermin dengan berhati-hati.

Peringatan!

Wiper kereta bukan sekadar aksesori, tapi komponen keselamatan yang sangat penting. Wiper yang elok pastikan korang nampak jalan dengan jelas walaupun hujan lebat.

Kalau rasa ragu-ragu nak pasang sendiri, datang je ke Pitstop Bateriku terdekat, biar kami bantu pasangkan. Tak kisah sama ada kereta rosak tepi jalan atau cuma nak tukar wiper, semua kami boleh uruskan.

Yang penting, pilih wiper Astra, kualiti bagus, harga mampu milik untuk semua, dan bagi pemanduan yang lebih selamat, selesa dan tenang masa hujan.

Boleh dapatkan terus di Shopee atau Tiktok Live kami untuk promosi menarik.

Avatar

Ashraf Manaf

Let’s share to:

Seterusnya