Kereta moden kini dah banyak sistem elektrik dan elektronik yang canggih. Salah satu teknologi yang semakin popular dalam kereta sekarang adalah auto start-stop. Ia matikan enjin apabila kereta berada dalam keadaan pegun untuk jimat minyak.
Di Malaysia, hampir semua model Perodua seperti Axia, Bezaa, Myvi, Alza, dan Ativa datang dengan ciri ini yang pengeluarnya gelarkan sebagai ECO Idle. Namun begitu, kelebihan ini ada kekurangannya tersendiri. Ia menambah beban ke atas bateri kereta. Oleh sebab itu, pemilihan bateri yang sesuai dengan kereta adalah penting untuk pastikan sistem auto start-stop itu tidak menjejaskan prestasi bateri dalam jangka masa panjang.
Bateri terbaik untuk kereta auto start-stop
Kereta dengan ciri auto start-stop sedikit bebeza dengan kereta biasa. Pada kereta biasa, kita hidupkan enjin sekali sahaja untuk satu perrjalanan sebaliknya kereta auto start-stop enjin hidup-mati setiap kali berhenti, contohnya ketika kesesakan jalan raya ataupun di lampu isyarat. Tak hairanlah ia perlukan bateri khusus.
AGM (Absorbent Glass Mat) vs. EFB (Enhanced Flooded Battery)
AGM adalah bateri paling canggih dalam penawaran mainstream masa ini dan ia mampu tampung keperluan fungsi auto start-stop. Ia berbeza berbanding bateri basah sebelum ini kerana elektrolitnya diserap kepingan fibreglass seperti span yang buatkannya lebih lasak untuk kitaran cas dan nyahcas. Kelebihan AGM adalah ia dicas lebih pantas, boleh simpan tenaga lebih baik, dan tahan lama.
Jenis bateri kedua adalah EFB yang satu paras di atas bateri basah tetapi di bawah bateri AGM. Ia juga mampu kendalikan fungsi auto start-stop tetapi pada harga lebih rendah. Ia adalah naik taraf daripada bateri basah daripada segi kepingan plumbum yang lebih tebal dan padat untuk kendalikan kitaran hidup-mati enjin yang lebih kerap.
Selain AGM dan EFB, pengeluar sudah mula menguji bateri jenis lain. Ada yang gunakan Lithium Iron Phosphate (LiFePO4), teknologi sama yang diguna pada bateri EV dan satu jenis lagi adalah bateri karbon-plumbum. Namun, teknologi ini masih belum masuki arus perdana dan kosnya lebih tinggi untuk disarankan kepada pengguna kebanyakan.
Pilih betul, pilih ASTRA
Bateri kereta bukan saja komponen untuk hidupkan enjin kereta, ia juga bekalkan tenaga kepada komponen elektronik kenderaan anda. Pilih bateri yang betul pastikan kereta berfungsi dengan optimum, apatah lagi dengan segala teknologi moden masa ini.

Bateri ASTRA menerima pensijilan SIRIM untuk semua 28 SKU yang ditawarkan. Jutaan bateri ASTRA telah memperkasa kereta di Malaysia bermakna ia dihasilkan untuk berikan prestasi yang mantap kepada pemandu.
Sama ada anda pandu Perodua, Proton, Toyota, Honda atau apa saja model kereta yang popular, akan ada Bateri ASTRA yang sepadan dengan kereta anda. Nak mudah, rujuk katalog Bateri ASTRA yang disediakan.

