27 Jul 2026

Cara Periksa Kesihatan Bateri Sebelum Anda Tersadai Tepi Jalan

Cover image

Bateri “kong” takkan terjadi secara tiba-tiba. Kebanyakan masanya akan ada tanda-tanda awal sebelum ia berlaku. Jadi, kalau anda tahu apa yang perlu diperhatikan, anda boleh halang situasi tersadai tepi jalan dengan beberapa pemeriksaan rutin yang ringkas. Malahan, anda boleh lanjutkan hayat bateri dan jimatkan kos juga.

Perhatikan tanda awal bateri “kong”

Kesihatan bateri yang rudum biasanya akan pamerkan beberapa simptom. Antaranya adalah:

  1. Cranking perlahan sewaktu hidupkan kereta.
  2. Lampu kereta malap khususnya sewaktu idle.
  3. Lampu dashboard berkelip-kelip.
  4. Bunyi klik sewaktu pulas kunci ataupun bila tekan butang start.
  5. Tiba-tiba perlu lakukan jumpstart lebih kerap.

Kalau anda berjaya kesan salah satu daripada simptom berikut, ia bukan tanda bateri dah kong tapi perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan. Lebih baik mula cari bateri pengganti sebab ia sudah berada dalam waktu kecederaan.

Cara periksa keadaan bateri

Anda tak perlu peralatan khas pun untuk periksa. Mulakan dengan pemeriksaan visual. Cari sebarang tanda terminal longgar ataupun kakisan pada bahagian penyambung. Kadang kala ada juga kes apabila bateri jadi kembung ataupun bocor. Semua perkara ini akan rencatkan prestasi bateri walaupun simptom bateri “kong” belum anda hadapi.

Jika nak bawa ke tahap seterusnya, cari sebuah multimeter untuk bantu anda periksa. Sebuah bateri yang sihat biasanya ada bacaan sekitar 12.6V ataupun lebih tinggi. Jika bacaan lebih rendah daripada itu, ia mungkin disebabkan bateri dah tak mampu tampung cas ataupun jika bateri masih baru, sistem alternator dah tak lagi cas bateri pada tahap sepatutnya.

Akhir sekali, untuk lebih kepastian, ujian load test juga boleh dilakukan sekiranya anda ada peralatan cukup, ataupun anda boleh singgah ke mana-mana cawangan Bateriku untuk dapatkan perkhidmatan pemeriksaan bateri. Ujian load test akan mengukur kuasa yang mampu dikeluarkan bateri sewaktu proses hidupkan enjin.

Bolehkah top-up air bateri?

Isi semula air bateri boleh untuk sesetengah bateri.

Bateri lead-acid jenis flooded biasa boleh dibuka ruang elektrolit untuk diisi air suling. Ia akan mengembalikan prestasi bateri ke keadaan asal apabila paras elektrolit menurun. Walau bagaimanapun, bateri sekarang dah banyak jenis maintenance-free (MF) seperti jenis AGM dan EFB. Dua jenis bateri ini tidak boleh dibuka kerata sudah dibalut kedap.

Periksa juga alternator kereta

Bateri yang sihat juga bergantung kepada sistem pengecasannya. Bila enjin hidup dan anda memandu, alternator akan cas semula bateri untuk gantikan kuasa yang telah diguna untuk hidupkan enjin sebelum ini. Sekiranya alternator alami kegagalan, bateri tidak sempat dipulihkan ke keadaan asal dan ia mungkin alami simptom undercharge ataupun overcharge.

Bateri baru yang alami masalah majoritinya adalah disebabkan alternator bermasalah. Cara nak kenal pasti masalah alternator tanpa sebarang alat adalah jika lampu kereta jadi cerah luar biasa bila anda rev enjin.

Tabiat ringkas yang panjangkan hayat bateri

  • Periksa kakisan ataupun sambungan longgar di terminal
  • Periksa voltan secara berkala
  • Elak memandu jarak singkat dengan kerap
  • Servis alternator dan sistem pengecas bateri
  • Top-up air bateri untuk bateri yang bkan MF.

Periksa keadaan bateri tak ambil banyak masa tapi ia boleh jimatkan wang dan selamatkan anda daripada tersadai tepi jalan. Jika anda berdepan dengan sebarang simptom yang disenaraikan di awal artikel ini, lakukan pemeriksaan ringkas atuapun dapatkan bantuan professional.

Pilih betul, pilih ASTRA

Bateri kereta bukan saja komponen untuk hidupkan enjin kereta, ia juga bekalkan tenaga kepada komponen elektronik kenderaan anda. Pilih bateri yang betul pastikan kereta berfungsi dengan optimum, apatah lagi dengan segala teknologi moden masa ini.

260401-bateriku-tayar murah malaysia bateri astra.webp

Bateri ASTRA menerima pensijilan SIRIM untuk semua 28 SKU yang ditawarkan. Jutaan bateri ASTRA telah memperkasa kereta di Malaysia bermakna ia dihasilkan untuk berikan prestasi yang mantap kepada pemandu.

Sama ada anda pandu Perodua, Proton, Toyota, Honda atau apa saja model kereta yang popular, akan ada Bateri ASTRA yang sepadan dengan kereta anda. Nak mudah, rujuk katalog Bateri ASTRA yang disediakan.

Avatar

Hanif Azrai

Let’s share to:

Seterusnya