Kini adalah masa untuk anda menjadi sebahagian daripada revolusi digital industri automotif! Bateriku kini memperkenalkan Program Digital Partner. Satu peluang yang mudah untuk jana pendapatan sampingan atau meluaskan perniagaan anda secara online.
Dengan jenama yang dipercayai seluruh Malaysia serta sistem yang lengkap, anda tidak perlu pegang stok, tidak perlu urus penghantaran dan tidak perlu memikirkan proses logistik. Hanya perlukan usaha untuk promosi kepada rakan-rakan, keluarga, saudara-mara, pengikut atau komuniti anda. Mudahkan?
Panduan Lengkap Pendaftaran Bateriku Digital Partner
Sekiranya anda merupakan seorang yang celik digital, langkah ini mungkin mudah. Tetapi bagi mereka yang memerlukan panduan lengkap, jom ikuti tutorial mendaftar sebagai Digital Partner di bawah:
Siapa yang layak daftar sebagai Digital Partner?
Berikut adalah syarat-syarat untuk menjadi Digital Partner Bateriku:
- Berumur 18 tahun ke atas
- Ada email yang sah dan aktif
- Ada akaun bank untuk pembayaran
Langkah-Langkah Pendaftaran
Ikuti langkah yang dikongsikan di bawah untuk mendaftar sebagai Digital Partner Bateriku:
- Layari laman web Bateriku Digital Partner
- Isi nama, alamat emel dan nama yang nak ditunjukkan pada profil anda.

- Baca dan setuju dengan Terms of Services dan Privacy Policy.
- Jumlah yuran pendaftaran akan dipaparkan.

- Klik Confirm & Pay Now.
- Pilih cara pembayaran. Sama ada Online Banking, Kad atau e-Wallet dan klik Proceed to Pay.

- Bila transaksi berjaya, akan keluar pop-up pengesahan.

- Anda akan terima email rasmi. Sahkan permohonan dan tunggu kelulusan dari team kami.

- Lepas dapat email pengesahan dan akses login, anda boleh mula setup akaun.

- Klik Access Dashboard

- Cipta kata laluan

- Anda akan masuk ke dashboard. Ikut langkah yang diberi untuk lengkapkan akaun:
Di bahagian Content:
- Upload favicon, header logo & footer logo. Pastikan ikut format dan saiz yang ditetapkan.

- Isi butiran perniagaan: alamat email, alamat fizikal, no telefon, link Waze/Google Maps.

- Tambah link sosial media: Facebook, TikTok, Instagram, X.

- Isi bahagian SEO untuk bantu website anda lebih mudah disenaraikan di Google.

- Anda juga boleh menambah Google Analytics ID, Tag Manager, Webmaster Tools, Site Verification, Facebook Pixel and Site Verification

- Akhir sekali, isi ruangan tambahan yang sesuai dan klik Save.
Di bahagian Profile:
- Isi maklumat pembayaran/akaun bank.

- Klik Save dan siap!
- Anda dah boleh preview website dan mula share dengan circle anda!

Soalan Lazim (FAQ) Digital Partner
1. Macam mana nak promote website saya?
- Anda boleh share URL website digital partner anda dekat media sosial, WhatsApp, Telegram atau mana-mana platform yang anda aktif.
2. Macam mana proses bayaran?
- Komisen akan diberikan untuk setiap transaksi berjaya yang berlaku melalui laman web anda. Bayaran terus ke akaun bank.
3. Apa kelebihan sebagai Digital Partner?
- Mendapat laman web anda sendiri dan dashboard lengkap. Bukan sekadar referral link biasa.
- Boleh jejak laporan prestasi, komisen dan reka laman ikut branding anda sendiri.
- Bina nama dan kredibiliti dalam industri automotif.
4. Referral Link atau Website, mana satu lebih baik?
- Kalau baru bermula, penggunaan referral link senang dan cepat. Tetapi bila dah ada pengikut yang ramai, website bagi lebih banyak peluang jangka panjang dan nampak lebih dipercayai. Nama anda atau syarikat pun akan tersemat dengan bateri.com.my.
5. Ada masalah teknikal?
- Jangan risau, team support Bateriku sentiasa bersedia untuk bantu anda. Emel kami di:
Video Tutorial
Akan Datang! nantikan kemunculan video tutorial khas daripada kami untuk pemahaman yang lebih baik.
Mudah je kan? Jom mula langkah pertama anda ke arah keusahawanan digital dalam bidang automotif bersama Bateriku!

