Proton Exora adalah MPV keluaran tempatan yang cukup di Malaysia. Ia dilancarkan dalam tahun 2009 selaku MPV pertama daripada Proton. Ia lantas jadi kenderaan 7 tempat duduk antara paling mampu milik di Malaysia pada ketika itu. Sepanjang 14 tahun dalam pasaran, Exora banyak terima kemas kini pada segi reka bentuk, enjin, ciri keselamatan, dan teknologi.
Bateri Astra Proton Exora
Bateri Astra yang sepadan dengan Proton Exora semua generasi adalah ASTRA 75D23L dan ASTRA NS70L

Untuk harga, anda boleh berhubung terus dengan khidmat pelanggan Bateriku.
Pilih bijak pilih Bateri ASTRA
Pilih bateri kereta bukan sekadar cari yang bersaiz padan, berkualiti dan harga patut. Bateri Astra gabungkan kualiti dengan sokongan jaminan seluruh negara beserta perlindungan Takaful Peribadi kepada pemilik kenderaan.

Kesemua SKU Bateri ASTRA memiliki pensijilan SIRIM untuk tambah keyakinan pengguna terhadap kualiti dan pematuhan jenama ini terhadap piawanan Malaysia. Dengan ciri Nationwide Warranty Assist, pelanggan ASTRA boleh tebus jaminan di mana-mana cawangan Bateriku di seluruh negara. Bateri ASTRA dilindungi jaminan sehingga 20 bulan dan 40,000km.
Daripada segi Perlindungan Takaful, pembeli bateri ASTRA akan terima perlindungan sehingga RM7,000 yang meliputi pelbagai kemudahan untuk meringankan beban sekiranya berlaku bencana.
Dengan ASTRA, anda beroleh bateri kereta berkualiti, sokongan jaminan seluruh negara, dan takaful perlindungan dalam satu pembelian.
Ringkasan sejarah Proton Exora
Proton Exora berada dalam pasaran Malaysia antara tahun 2009 hingga 2023 sebelum ditamatkan pengeluarannya. Sepanjang keberadaannya dalam pasaran ini, Exora ada sejumlah interasi contohnya Exora MC 2010, Exora Bold 2011, facelift tahun 2025, kemas kini 2017, Exora RC 2019.
Perubahan terbesar adalah apabila Exora terima enjin turbo 1.6: CFE bersama CVT untuk jadikannya lebih berkuasa tanpa menggunakan enjin bersesaran besar. Model terakhir Exora dalam tahun 2023 masih kekalkan konfigurasi 7 tempat duduk tapi terima kemasa baharu seperti pembaharuan logo, sistem inforia, dan ciri keselamatan ESC sebagai standard.
Mari kita telusuri susur galur Proton Exora selama 14 tahun secara ringkas.
2009: Proton Exora diperkenalkan
Proton Exora dilancarkan pada April 2009 sebagai MPV pertama Proton. Model ini menggunakan konfigurasi tujuh tempat duduk dan direka dengan fokus kepada ruang serta ciri praktikal seisi keluarga.

Exora ketika itu menggunakan enjin 1.6 liter CamPro CPS yang menghasilkan 125 PS dan 150 Nm. Ia ditawarkan dengan transmisi manual 5 kelajuan atau automatik empat kelajuan. Harga permulaan sekitar RM70,000 menjadikan Exora antara pilihan MPV tempatan, alternatif kepada Perodua Alza dalam kategori mampu milik ketika itu.
2010: Proton Exora MC terima kemas kini pertama
Pada 2010, Proton umukan pula Exora MC (Minor Change). Kemas kini yang dibawakan Proton tertumpu kepada penampilan dan ruang kabin berbanding mekanikal.

Antara perubahan yang diperkenalkan ialah warna Plum Red, rim 15 inci baharu, bodykit yang dikemas kini serta kemasan dalaman berwarna lebih gelap. Konsol tengah turut ada kemasan baharu dan Proton memperkenalkan penyusun ruang but. Varian B-Line turut diperkenalkan dengan harga bermula RM58,998, jadikan MPV nasional ini lebih mampu milik.
2010: Exora edisi ulangtahun ke-25 Proton
Pada tahun yang sama, Proton turut menghasilkan Exora 25th Anniversary Edition bersempena dengan ulang tahun ke-25 jenama nasional itu.

Model khas ini menggunakan warna Pearl White bersama kemasan luaran unik dan logo ulang tahun ke-25. Bahagian dalam pula menerima kemasan coklat, tempat duduk captain untuk baris kedua, sistem skrin sentuh dengan GPS serta skrin hiburan untuk penumpang belakang.
Dengan harga RM91,998, ia jauh lebih mahal berbanding Exora biasa dan lebih kepada model istimewa untuk dijadikan simpanan.
2011: Exora Bold dapat enjin turbo
Exora Bold model yang dapat perubahan besar untuk keluarga MPV ini apabila Proton mengenakan enjin 1.6 liter CFE turbo padanya.

Enjin tersebut menghasilkan 138 PS dan 205 Nm, jauh lebih tinggi dari segi tork berbanding enjin CamPro CPS sebelumnya. Ia dipadankan dengan transmisi CVT. Peralihan kepada turbo menjadikan Exora lebih bertenaga ketika membawa penumpang dan menjadi asas kepada kebanyakan Exora yang muncul selepas itu.
2013: Exora turbo menjadi lebih mampu milik
Atas permintaan ramai, Proton tawarkan Exora Standard dengan enjin turbo 1.6L CFE. Dijual pada harga RM69,000, varian itu RM10,000 lebih murah berbanding Exora CFE Premium yang diperkenalkan sebelum itu. Enjin masih menghasilkan 138 PS dan 205 Nm dengan transmisi CVT.

Untuk mencapai harga lebih rendah, beberapa kelengkapan seperti tempat duduk kulit, cruise control, kawalan pada stereng dan sistem hiburan premium yang ada pada varian Premium, tidak diturunkan kepada varian Standard.
2015: Proton Exora menerima facelift
Exora menerima salah satu kemas kini paling besar sepanjang hayatnya dalam tahun 2015. Bahagian luar dan dalam diberikan reka bentuk serba baharu, manakala Proton turut memperkenalkan varian Super Premium.

Kemudian, reverse camera menjadi kelengkapan standard untuk semua varian. Varian Premium dan Super Premium pula mendapat ESC serta empat beg udara, naik taraf besar pada segi keselamatan pada ketika itu.
Walaupun reka bentuk berubah, Proton masih mengekalkan pilihan enjin 1.6 liter CamPro dan 1.6 liter turbo dengan CVT. Harga Exora ketika itu bermula daripada RM56,888.
2017: Exora menerima satu lagi kemas kini
Pada 2017, Proton terus mengemas kini spesifikasi Exora ketika model ini semakin lama berada di pasaran. Enjin turbo 1.6 liter bersama transmisi CVT menjadi kombinasi utama untuk model tersebut.

Proton turut menyusun semula spesifikasi dan kelengkapan mengikut varian, termasuk perubahan pada ciri keselamatan. Walaupun tidak menerima perubahan besar pada badan atau susun atur tujuh tempat duduk, kemas kini ini membantu Exora kekal relevan dalam pasaran MPV Malaysia.
2019: Exora RC tampil dengan sistem Hi Proton
Exora RC yang diperkenalkan pada 2019 merupakan kemas kini jenis running change, bukannya facelift penuh.

Antara perubahan paling ketara ialah skrin sentuh tujuh inci dengan sistem GKUI, fungsi arahan suara "Hi Proton", sambungan 4G dan ciri sambungan telefon pintar. Bahagian kabin turut menerima kemasan baharu serta panel instrumen yang dikemas kini.
Proton juga memperbaiki talaan suspensi dan mounting enjin bagi mengurangkan bunyi serta gegaran. Enjin turbo menghasilkan 140 PS dan 205 Nm dengan CVT. Harga bermula RM59,800.
2021: Exora Black Edition
Pada 2021, Proton memperkenalkan satu lagi edisi istimewa untuk Exora. Edisi Black Edition dihasilkan terhad kepada 500 unit sewaktu diumumkan.

Model ini menggunakan warna Quartz Black dengan kemasan emas pada rim dan beberapa bahagian badan. Kabin pula mendapat kemasan hitam bersama jahitan kontras serta beberapa kemasan berwarna gelap.
Skrin inforia untuk penumpang belakang turut diperkenalkan semula. Dari segi mekanikal, tiada perubahan kerana Black Edition masih menggunakan enjin 1.6 liter turbo sama.
2022/2023: Exora terakhir menerima kemas kini
Exora terakhir dilancarkan dalam bulan Ogos 2022 sebagai model tahun 2023. Proton mengekalkan enjin 1.6 liter turbo yang sama sejak sekian lama.

Antara perubahan utama adalah penggunaan logo Proton baharu pada gril, pintu but dan stereng. Varian Premium pula mendapat tempat duduk kemasan kulit sintetik penuh. Dari segi keselamatan, ESC kini menjadi kelengkapan standard untuk kedua-dua varian. Harga bermula RM62,800 untuk Executive dan RM69,800 untuk Premium.
Oktober 2023: Pengeluaran Proton Exora dihentikan
Selepas berada di pasaran selama kira-kira 14 tahun, pengeluaran Proton Exora dilaporkan berakhir pada 18 Oktober 2023. Exora mencatatkan jumlah jualan sebanyak 196,583 unit sepanjang tempoh pengeluarannya dan menjadi MPV paling laris Proton setakat itu.

Apakah pengganti MPV Proton?
Buat masa ini, satu-satunya kenderaan Proton yang ada 7 tempat duduk adalah Proton X90. Proton belum mengesahkan pengganti terus kepada Exora. Namun, kemunculan kod model AMA05 memberikan petunjuk bahawa Proton sedang membangunkan model baharu berasaskan Advanced Modular Architecture.
Proton sebelum ini mengesahkan salah satu model masa depannya ialah sebuah MPV dengan sistem hibrid dan transmisi DHT120. AMA05 juga sudah dikenal pasti sebagai model sebenar yang sedang dibangunkan.
Proton Exora: 14 tahun dalam pasaran Malaysia
Exora bermula sebagai MPV keluarga dengan enjin 1.6 liter CamPro sebelum ditukar kepada enjin turbo dengan CVT. Sepanjang hayatnya, Proton terus menambah baik reka bentuk, keselamatan, keselesaan dan teknologi tanpa mengubah asas tujuh tempat duduk yang menjadi identitinya. Disepanjang tempoh tersebut juga, ia mengangkut jutaan rakyat Malaysia menjelajah seluruh pelosok tanah air.

