11 Nov 2026

Panduan Bateri Proton Saga: Jenis, Saiz & Harga

Cover image

Proton Saga adalah kereta nasional pertama dan kekal jadi model paling dipercayai di Malaysia. Kali pertama dilancarkan dalam tahun 1985, ketika itu Proton bekerjasama dengan Mitsubishi untuk bangunkan Saga berasaskan Lancer Fiore dan ia adalah satu titik sejarah penting dalam industri automotif negara. Sejak itu ia berevolusi jadi lebih moden, praktikal, selamat, dan sesuai untuk kegunaan harian. Artikel ini mengandungi maklumat tentang jenis bateri yang digunakan oleh Proton Saga.

Apa yang baharu dengan Saga MC3

Tapi sebelum itu, Proton Saga MC3 adalah model terbaharu keluarga Saga dan dilancarkan dalam tahun 2026. Ia bawakan facelift untuk rupa yang lebih segar, teknologi diperbaharu seperti enjin dan sistem keselamatan lebih baik.

Saga MC3 (6).webp

Antara yang boleh anda perhatikan adalah gril yang lebih besar, lampu projektor LED, DRL berbentuk L, lampu belakang melintang penuh. Varian tertinggi malahan ada paparan kluster digital 7” beserta skrin inforai 9” dengan sokongan Apple CarPlay dengan Android Auto.

Dashboard Saga MC3 .webp

Saga MC3 gunakan enjin i-GT baharu, enjin 4 silinder 1.5L yang hasilkan 120 PS dan 150 Nm. Kekotak gearnya adalah 4 kelajuan automatik untuk varian Standard dan Executive manakala Premium masih guna CVT yang lama. Proton iklankan yang penggunaan bahan api adalah kira-kira 20km/L.

Proton Saga MC3 berwarna biru dengan latar belakang gunung

Saga MC3 juga ditambah baik pada segi keselamatan, varian tertinggi dapat ciri seperti Autonomous Emergency Braking (AEB), Forward Collision Warning, Lane Departure Warning, Blind Spot Monitoring, Rear Cross-Traffic Alert, serta Door Opening Warning.

Saga MC3 .webp

Jimat minyak dan selamat jadikan Saga adalah pilihan mampu milik untuk keluarga dan pembeli kereta pertama. Proton Saga dijual pada harga bermula RM38,990.

Bateri Astra Proton Saga

Sebanyak tiga jenis bateri boleh digunakan pada Proton Saga mengikut kesesuaian. Proton Saga model klasik hinggalah ke tahun 2003, termasuklah Iswara, menggunakan ASTRA NS40ZL.

261111-bateriku-panduan bateri proton saga 03.webp

Kemudian, pengguna Proton Saga LMST ataupun orang gelarnya sebagai Saga Kereta Kebal, model ini gunakan ASTRA NS60L. Model ini adalah keluaran antara 2003 hingga 2008. Akhir sekali, Proton Saga BLM, Saga FLX, termasuklah MC3, mereka mengguna pakai ASTRA NS60R.

261111-bateriku-panduan bateri proton saga 02.webp

Untuk harga, anda boleh berhubung terus dengan khidmat pelanggan Bateriku.

Pilih bijak pilih Bateri ASTRA

Pilih bateri kereta bukan sekadar cari yang bersaiz padan, berkualiti dan harga patut. Bateri Astra gabungkan kualiti dengan sokongan jaminan seluruh negara beserta perlindungan Takaful Peribadi kepada pemilik kenderaan.

Kesemua SKU Bateri ASTRA memiliki pensijilan SIRIM untuk tambah keyakinan pengguna terhadap kualiti dan pematuhan jenama ini terhadap piawanan Malaysia. Dengan ciri Nationwide Warranty Assist, pelanggan ASTRA boleh tebus jaminan di mana-mana cawangan Bateriku di seluruh negara. Bateri ASTRA dilindungi jaminan sehingga 20 bulan dan 40,000km.

260401-bateriku-tayar murah malaysia bateri astra.webp

Daripada segi Perlindungan Takaful, pembeli bateri ASTRA akan terima perlindungan sehingga RM7,000 yang meliputi pelbagai kemudahan untuk meringankan beban sekiranya berlaku bencana.

Dengan ASTRA, anda beroleh bateri kereta berkualiti, sokongan jaminan seluruh negara, dan takaful perlindungan dalam satu pembelian.

Avatar

Hanif Azrai

Let’s share to:

Seterusnya