Ada satu frasa ini sedang hangat dibincangkan dalam forum-forum automotif Malaysia. Ia berjaya menyatukan peminat Proton, kereta Eropah, malahan pengguna biasa yang daripada tak ambil kisah secara tiba-tiba menyertai perbualan. Ia berkenaan Proton S70 yang menerima nama timangan “conti-killer”.
Proton S70 “Conti-Killer” atau Kecoh Lebih?
Di kem Proton S70, mereka bukan sembang kosong. Mereka hadir dengan hujah menarik siap dengan angka. Contohnya, varian paling premium Proton S70 harganya cuma bawah RM90,000 selepas rebat. Pada harga itu, ia dilengkapi enjin turbo, sistem transmisi DCT yang bawanya daripada pegun ke 100 km/j dalam masa 7.5 saat. Atas kertas, kereta ini memang sebuah mesin berpotensi tinggi.

RM90,000 Boleh Beli Model Apa?
Cuba ambil RM90,000 itu dan lakukan tinjau alternatif lain yang ada pada sekitar harga itu. Di kedai Honda, model yang boleh didapatkan adalah Honda City dan WR-V. Singgah ke Toyota dan anda boleh usyar Yaris dan Vios bermula RM90,600. Nissan Almera yang enjin 1.0L pun dah cecah RM89,888. Mungkin ada pihak yang katakan alternatif ini ada reputasi lebih baik. Namun begitu, ia tak boleh lawan output 178hp dan 290Nm tork yang ada pada Proton S70.

Sekarang cuba letakkan pula angka itu dalam perspektif. Antara sedan yang ada kuasa sebegitu adalah Honda Civic yang berharga hampir RM134,000. Kita juga ada Peugeot 408 pada RM146,000 ataupun Volkswagen Golf R-Line RM186,000. Namun, ramai yang bandingkannya dengan Mercedes-Benz A200 yang ada tanda harga RM239,000, hampir tiga kali ganda lebih tinggi.

Sekilas pandang memang nampak Proton S70 lebih berbaloi. Bukan setakat enjin turbo atau sistem transmisi DCT tapi ia turut sediakan ruang kabin lapang sesuai untuk pengguna berkeluarga. Masalahnya bermula bila ada segelintir yang masukkan hujah “pembunuh kereta conti” dalam persamaan. Di sinilah kem peminat kereta Eropah memasak kubu mereka.
Proton S70 Tak Menang Dalam Semua Aspek
Pengkritik hujah “conti-killer” tidaklah menidakkan elemen kuasa kuda. Proton S70 mungkin menang di bahagian itu tapi tidak di semua aspek lain. Antara yang diketengahkan pihak seberang adalah karakter sebuah Mercedes meluncur 160km/j di atas jalan raya dengan kondisi tak baik, ataupun paras hingar yang rendah bila di memecut di atas lebuh raya. Sistem pengampai yang ditala dengan baik juga beri lebih keyakinan sewaktu melalui selekoh. Pendek kata, kereta Eropah mungkin kalah pada nombor, tapi tak kalah pada segi pengalaman.

Tambahan pula, mana mungkin Mercedes-Benz A200 dan Proton S70 boleh bersaing kerana mereka berada dalam segmen sedan berbeza. Proton S70 berada dalam Segmen C yang ditujukan untuk kegunaan keluarga sementara A200 adalah sedan kompak yang lebih premium Sebenarnya, harga A200 adalah kompetitif dengan Proton S70 jika tak mengambil kira segala cukai tambahan dikenakan.
Proton S70 Sedan Sekeluarga, Harga Patut
Dalam pasaran yang penuh dengan SUV, kehadiran Proton S70 bawakan satu angin segar pada pengguna di Malaysia. Jolokan yang lebih cocok dengan Proton S70 adalah “Super Sedan” kerana mampu tawarkan prestasi daripada model lebih premium pada paras harga marhaen. Ia tak perlu bersaing dengan mana-mana model Eropah kerana ia berada dalam dunianya yang tersendiri.

Bateri Astra Proton S70
Proton S70 hadir dengan bateri keluarga Camel Power (M) Sdn. Bhd. dan ia mendukung nombor SKU Proton L2 400 (88896859 21588). Bateri asal Proton S70 ada kapasiti 60Ah dengan paras CCA 580A.

Bateri Astra yang padan dengan Proton S70 adalah Astra DIN60 (LN2) EFB.

*Harga adalah tepat sewaktu artikel ditulis
Dapatkan Bateri Untuk Semua Jenis Kenderaan Di Bateriku
Di Bateriku, kami ada tawarkan servis pemasangan bateri kereta di mana-mana sahaja di seluruh Malaysia. Dengan sistem pengkalan data yang komprehensif, jenis kereta anda boleh diketahui dan jenis bateri yang bersesuaian terus boleh disarankan kepada anda.
Tak terhad kepada penghantaran bateri secara on-demand, kami juga ada beberapa servis lain untuk rungkai kerunsingan anda ke atas kereta anda. Perkhidmatan road side assistant kami boleh bantu anda jump start kereta, isi semula petrol sekiranya terkandas, buka kunci kereta jika terkunci daripada luar, baiki & tukar tayar, ataupun sekiranya perlu, kami ada trak tunda untuk bawa kereta anda ke bengkel untuk dibaik pulih.
Anda boleh lihat senarai lengkap perkhidmatan kami di laman Bateriku.

