9 Sept 2025

Pais Patin Temerloh: Masakan Pahang Yang Wajib Anda Cuba

Cover image

Mesti korang pernah dengar pasal ikan patin Temerloh? Ikan sungai yang memang sinonim dengan negeri Pahang. Bila sebut je ikan patin, kebanyakan orang terus terbayang ikan patin masak tempoyak. Gulai pekat berlemak dengan rasa tempoyak durian yang menyelerakan. Tapi, tidak semua di antara kita menggemari masakan yang dicampur dengan tempoyak. Baunya yang kuat menjadikan satu hidangan itu kurang enak bagi sesetangah individu. Maka, apakah alternatifnya?

Pernahkah anda mencuba hidangan bernama pais patin? Pais patin ini bukan sejenis maskaan berkuah atau bergulai. Ia dibalut dengan daun pisang, diperap dengan rempah, selepas itu dibakar sampai berasap dan wangi. Daun pisang yang digunakan membantu untuk menahan kelembapan ikan, memberi aroma semula jadi yang menyelerakan. Satu hidangan yang mudah tetapi boleh menjadikan kita ketagih untuk menikmatinya.

Pais Patin: Hidangan Pahang Yang Wajib Dicuba

Kalau korang ada plan road trip yang melalui Kuantan, Temerloh atau mana-mana area Pahang, pastikan anda singgah dan cari pais patin. Berikut adalah beberapa restoran dan kedai makan yang berbaloi untuk anda cuba sebagai panduan.

Mana Nak Makan Pais Patin di Pahang

1. Jaman Tory

Sekiranya anda nak rasa semua jenis makanan Pahang dalam satu tempat, Jaman Tory ni memang port dia. Suasana restoran ala-ala kampung, servis mesra, portion besar, dan rasa dia memang macam masakan air tangan mak-mak. Pais patin dekat sini memang padu. Kuah berlemak, rasa bakar, dengan pedas yang secukupnya. Makan sekali dengan nasi panas dan sambal, confirm puas hati. Lagi best, ada menu kanak-kanak yang sesuai untuk keluarga.

  • Lokasi: Bandar Indera Mahkota, Kuantan
  • Waktu Operasi: Rabu–Isnin 12 tgh–11 mlm, Tutup Selasa
  • Bateriku terdekat: Indera Mahkota (4KM)

pais-patin-pahang-3.webp

2. Sedap Weh

Ni port wajib kalau korang on the way balik KL. Pantang lambat sikit, banyak lauk habis awal. Gulai patin memang top dekat sini, tapi pais patin dia jangan pandang sebelah mata. Portion yang besar, rasa seimbang, pedas sikit, manis sikit, masin sikit, sedap makan sekali dengan nasi. Harga pun berpatutan, dalam RM10 dah boleh dapat seketul besar.

  • Lokasi: Jalan Bypass Kuantan
  • Waktu Operasi: Khamis–Isnin 10 pagi–4:30 ptg, Tutup Selasa & Rabu
  • Bateriku terdekat: Bukit Rangin (3KM)

3. Mabiq

Mabiq ni nampak biasa je dari luar, tapi bila rasa, baru faham kenapa orang lokal selalu rekomen. Pais patin dia ada finishing smoky yang mengiurkan. Rempahnya pun seimbang, pedas, masin, manis semua ada. Harga berpatutan, parking senang, servis pun laju. Memang port senang kalau tengah explore Kuantan.

  • Lokasi: Kuantan
  • Waktu Operasi: Rabu–Isnin 8:30 pagi–4:15 ptg, Tutup Selasa
  • Bateriku terdekat: Taman Guru

pais-patin-pahang-2.webp

4. Saiful Gulai Masam

Kalau korang jenis suka masam-masam, Saiful Gulai Masam ni memang kena dengan selera. Gulai dan pais patin dia lebih tangy, jadi rasa ikan tu lagi “naik”. Kalau nak pedas lebih, boleh tambah sambal tempoyak. Paling syok makan sambil menghadap Sungai Temerloh. Angin sepoi-sepoi, lauk sedap, harga pun berpatutan.

  • Lokasi: Dataran Patin Tg Keramat, Kampung Bangau, Temerloh
  • Waktu Operasi: Rabu–Isnin 11 pagi–8:30 mlm, Tutup Selasa

5. Kancil Raja Patin

Kalau datang ramai-ramai, Kancil Raja Patin memang sesuai sebab hidangannya yang besar. Seekor pais patin boleh makan dua hingga empat orang. Ikan dia lembut, berasap wangi, dan yang paling menarik, sambal belacan dengan tempoyak dia. Sedap untuk makan dengan ikan. Parking luas, meja banyak, dan sistem layan diri buatkan anda untuk tidak menunggu lama.

  • Lokasi: 63, Jalan BDS 1, Bukit Desa Semantan, Temerloh
  • Waktu Operasi: Setiap Hari 11 pagi–5 ptg (Sabtu–Ahad buka 10:30 pagi)
  • Bateriku terdekat: Bukit Semantan

6. Selera Patin Bangau

Tempat ni memang vibe kampung. Kedai dikelilingi rumah kayu dan sawah kecil, siap ada surau dan tandas. Pais patin dia lebih pedas berbanding tempat lain. Kalau korang jenis suka masakan yang “menyengat”, ini port yang paling sesuai. Dari semua kedai popular patin dekat Temerloh, Selera Patin Bangau ini antara menjadi pilihan orang ramai.

  • Lokasi: Kampung Bangau, Temerloh
  • Waktu Operasi: Rabu–Isnin 12 tgh–4 ptg, Tutup Selasa

pais-patin-pahang-4.webp

Kenapa Pais Patin Wajib Dicuba?

Hidangan pais patin ni wajar dihargai kerana

  • Smoky. Sesuai untuk yang tak minat durian atau tempoyak.
  • Rasa ikan yang segar. Anda akan rasa manis ikan tersebut.
  • Menambah selera apabila dimakan dengan nasi. Campur sambal, ulam, atau tempoyak sekali pun, memang menyelerakan.
  • Masakan Asli. Dimasak dalam daun pisang dengan cara kampung yang klasik, menghasilkan rasa yang asli.

Secara peribadi, pais patin ni kurang dihargai berbanding ikan patin masak tempoyak. Bila dah rasa, terus jatuh cinta.

Bila dah seronok hunting pais patin kat Kuantan atau Temerloh, jangan lupa keselamatan atas jalan. Breakdown tengah jalan memang boleh merosakkan suasana. Nasib baik ada Bateriku. Dengan liputan 24/7 seluruh negara, Bateriku bukan sekadar ganti bateri, anda juga boleh dapatkan khidmat:

  • Servis towing bila kereta tak boleh jalan
  • Bantuan tayar pancit
  • Hantar minyak bila kehabisan
  • Locksmith kalau terkunci luar kereta
  • Ganti bateri di mana sahaja, pada bila bila masa

Jadi anda boleh fokus makan pais patin berasap di sepanjang pantai timur dengan tenang, sebab Bateriku sentiasa ada.

Avatar

Hazzim Nasir

Let’s share to:

Seterusnya