11 Sept 2026

MotorManiac Festival 2026 Raikan Budaya Belia Malaysia

Cover image

KUALA LUMPUR, 6 September 2026 – Bateriku, menerusi platform gaya hidup automotifnya MotorManiac, berjaya melabuhkan tirai MotorManiac Festival 2026 buat kali kelima. Berlangsung pada 5 dan 6 September 2026 di Rooftop, Aras 7, MyTOWN Kuala Lumpur, festival ini membuktikan bahawa budaya automotif mampu menjadi pemangkin kepada penyertaan belia dalam pelbagai bentuk budaya, daripada fesyen jalanan sehingga komuniti sukan permotoran.

MotorManiac Festival 2026 Raikan Budaya Belia Malaysia Menerusi Automotif, Muzik, Sukan Jalanan dan Permotoran Antarabangsa

Dianjurkan oleh Bateriku, edisi tahun ini menampilkan pelbagai program yang merangkumi pameran dan pertandingan automotif, kolaborasi barangan rasmi MotorManiac x DEF JAM Southeast Asia, Blackened Closet, Mini Diecast Expo, Jom Battle, Keep It Street, kehadiran tokoh drift antarabangsa, pelancaran MotorManiac Drift Academy dan ASTRA Drift Team, serta persembahan secara langsung daripada barisan artis DEF JAM Southeast Asia.

MMF 2026-Best JDM.webp

Lebih Daripada Sekadar Pertunjukan Kereta: Platform Budaya Belia

MotorManiac Festival 2026 mewujudkan pelbagai ruang dan pengalaman budaya di sekitar lokasi acara, membolehkan pengunjung bergerak antara pameran kereta, fesyen jalanan, tarian, sukan, koleksi diecast, sukan permotoran dan hiburan secara langsung. Gabungan pelbagai elemen ini turut menyediakan ruang kepada komuniti tempatan serta bakat baharu untuk mempersembahkan kemahiran, kreativiti dan minat mereka kepada khalayak yang lebih luas.

MotorManiac x DEF JAM: Pertemuan Fesyen Jalanan dan Budaya Muzik

Antara tarikan utama dari aspek budaya belia pada tahun ini ialah kolaborasi barangan rasmi eksklusif MotorManiac x DEF JAM Southeast Asia. Koleksi yang menampilkan 12 SKU ini menggabungkan dua bentuk ekspresi budaya belia yang mempunyai hubungan rapat, iaitu gaya hidup automotif dan budaya hip-hop. Kolaborasi ini menampilkan reka bentuk pembungkusan terinspirasi daripada reka bentuk pemain rekod vinil.

Meneruskan konsep pembungkusan koleksi yang diinspirasikan oleh Hot Wheels pada edisi sebelumnya, koleksi tahun ini memperkukuh pendekatan MotorManiac dalam menjadikan barangan rasmi sebagai sebahagian daripada pengalaman budaya festival, bukan sekadar cenderamata acara.

MMF 2026-DefJam Merch.webp

Blackened Closet Bawa Fesyen Jalanan ke MotorManiac Festival

Menambah satu lagi dimensi kepada program budaya festival ialah Blackened Closet, sebuah segmen baharu yang diperkenalkan pada MotorManiac Festival 2026. Inisiatif ini memberi peluang kepada pengunjung untuk mendapatkan pelbagai produk fesyen jalanan serta gaya hidup dalam suasana festival, sekali gus memperluaskan peranan MotorManiac daripada sebuah acara automotif kepada platform budaya belia yang menyeluruh.

Dengan fesyen yang semakin berkait rapat dengan muzik, identiti automotif dan budaya jalanan, Blackened Closet menyediakan ruang tambahan untuk golongan muda mengekspresikan identiti serta gaya mereka melalui jenama dan produk pilihan masing-masing.

Mini Diecast Expo Hubungkan Komuniti Pengumpul Merentas Generasi

MotorManiac Festival 2026 turut meraikan salah satu elemen yang telah lama menjadi sebahagian daripada budaya automotif, iaitu budaya “collector”. Mini Diecast Expo menyediakan peluang kepada pengumpul dan peminat untuk meneroka model kenderaan mini serta diorama yang jarang ditemui dan eksklusif, selain menjadi ruang pertemuan untuk komuniti diecast yang terus berkembang, khususnya dalam kalangan generasi muda.

Antara tarikan utama ialah Official MDE26 Event Car, di samping koleksi MotorManiac R32 Project Car dari edisi sebelumnya, yang memberikan peluang kepada pengumpul untuk memiliki koleksi yang mempunyai kaitan dengan komuniti MotorManiac. Ketika projek automotif bersaiz sebenar menjadi tumpuan di seluruh festival, versi berskala tiga inci pula menawarkan satu lagi cara kepada pengunjung untuk mendekati dan memiliki sebahagian daripada budaya automotif tersebut.

MMF 2026-Mini Diecast Expo.webp

Jom Battle dan Keep It Street Bawa Sukan Jalanan ke Rooftop

Program budaya belia MotorManiac turut diperluaskan kepada elemen sukan jalanan dan persembahan. Jom Battle kembali sebagai Official Breakdance B-Boy Partner, diketuai oleh Sora. Pertandingan ini menghimpunkan penari dari seluruh Malaysia dan menyediakan ruang inklusif untuk peserta mengekspresikan diri menerusi pergerakan, muzik dan persembahan.

Acara ini turut menghimpunkan peserta serta penonton daripada pelbagai peringkat umur, membuktikan bagaimana budaya jalanan mampu membentuk komuniti berasaskan minat dan semangat bersama tanpa terikat kepada struktur sukan konvensional.

MMF 2026-Jom Battle.webp

Festival tahun ini turut memperkenalkan Keep It Street, yang menampilkan pertandingan bola sepak jalanan dan format 3v3 di bawah pimpinan Zeem Ahmad, atlet Red Bull. Kehadiran bola sepak jalanan menambah satu lagi dimensi kepada program berteraskan belia MotorManiac dengan menggabungkan sukan, persembahan gaya bebas dan budaya urban.

Secara keseluruhannya, Jom Battle dan Keep It Street memperlihatkan bahawa budaya belia hadir dalam pelbagai bentuk dan boleh menjadi medium untuk golongan muda mengambil bahagian, membina komuniti serta mengembangkan bakat mereka. Platform seperti ini juga berpotensi melengkapi usaha sedia ada kerajaan dalam menyediakan ruang bermakna kepada golongan belia untuk mengambil bahagian, membangunkan kemahiran dan membina komuniti.

MMF 2026-Keep It Street.webp

Pertandingan Automotif Kekal Menjadi Nadi MotorManiac

Walaupun festival ini berkembang merangkumi pelbagai segmen budaya, automotif kekal sebagai teras MotorManiac. Pengunjung berpeluang melihat pelbagai binaan automotif serta menyertai pertandingan yang berlangsung sepanjang festival.

Antara aktiviti utama ialah Limbo Competition dan 2 Step, dua tarikan automotif ikonik MotorManiac yang mencabar peserta untuk menampilkan kreativiti, persediaan kenderaan serta kemahiran teknikal.

MMF 2026-Limbo Time.webp

Suasana kompetitif ini turut memberikan ruang kepada peminat automotif untuk mempersembahkan hasil binaan mereka dan mendapatkan pengiktirafan dalam komuniti automotif yang lebih luas.

Pendekatan berasaskan komuniti ini kekal sebagai identiti utama MotorManiac, dengan menyediakan ruang untuk minat terhadap kereta berkembang daripada sekadar hobi kepada penyertaan, pertandingan dan seterusnya peluang dalam industri automotif yang lebih luas.

MotorManiac Drift Academy Buka Laluan Baharu untuk Bakat Permotoran Muda Malaysia

Antara perkembangan paling signifikan yang diperkenalkan pada MotorManiac Festival 2026 ialah pelancaran MotorManiac Drift Academy dan ASTRA Drift Team. Pelancaran ini menandakan satu langkah penting dalam evolusi MotorManiac daripada platform gaya hidup automotif kepada sebuah platform yang turut menyumbang kepada pembangunan bakat sukan permotoran secara lebih tersusun.

Inisiatif ini diperkenalkan dengan kehadiran beberapa tokoh terkemuka daripada komuniti drift antarabangsa, termasuk Rome Charpentier, pelumba drift profesional Amerika Syarikat yang bertanding dalam Formula Drift Pro Championship; Vernon Zwaneveld, tokoh drift profesional, jurulatih dan hakim yang diiktiraf FIA dari Belanda; Dika Champion, pelumba drift terkemuka Indonesia yang dikenali sebagai Drift King; serta pelumba Indonesia, Alvito Hardianto.

MMF 2026-Astra Drift Academy.webp

Kehadiran mereka mencerminkan rangkaian antarabangsa yang sedang dibangunkan di sekitar akademi tersebut serta aspirasi untuk mendedahkan bakat tempatan kepada ilmu, pengalaman dan peluang di luar landskap sukan permotoran domestik.

MotorManiac Drift Academy merupakan ahli pengasas World Drift School Alliance (WDSA), sebuah kerjasama antarabangsa yang melibatkan Malaysia, Indonesia, Amerika Syarikat dan Belanda. Melalui kerjasama ini, akademi tersebut menyasarkan pembangunan generasi pelumba drift Malaysia seterusnya menerusi latihan berstruktur, kerjasama antarabangsa, program pertukaran pelajar serta laluan ke arah pertandingan profesional.

Dengan sokongan profesional drift antarabangsa dan hakim yang diperakui FIA, program ini bertujuan menyediakan laluan lebih tersusun kepada pelumba yang bercita-cita untuk berkembang daripada peringkat akar umbi kepada pertandingan kebangsaan dan antarabangsa, termasuk peluang beraksi di pasaran sukan drift utama seperti Jepun dan Amerika Syarikat.

Bagi golongan muda Malaysia yang berminat dalam sukan permotoran, inisiatif ini membuka laluan yang lebih jauh daripada sekadar memiliki atau mengubah suai sebuah kereta. Ia memberi peluang untuk membangunkan kemahiran, menerima latihan profesional, menimba pengalaman daripada pelumba dan hakim antarabangsa, membina pengalaman pertandingan serta berpotensi mewakili Malaysia di pentas antarabangsa.

ASTRA Drift Team Sokong Generasi Baharu Bakat Sukan Permotoran

Pelancaran ASTRA Drift Team turut memperkukuh aspirasi tersebut. Penglibatan ASTRA menyediakan platform kepada atlet Malaysia untuk membangunkan kerjaya dalam persekitaran sukan permotoran yang kompetitif, di samping menghubungkan bakat tempatan dengan rangkaian antarabangsa yang semakin berkembang.

Antara atlet yang mewakili ASTRA Drift Team ialah Mike Faizi dan Daleela Dasuki, yang akan menjadi atlet tajaan pasukan ketika mereka membangunkan kehadiran dalam komuniti sukan drift.

MMF 2026 WSDA Drift and International Influencer.webp

Penyertaan mereka merupakan sebahagian daripada objektif lebih luas MotorManiac untuk meningkatkan keterlihatan bakat sukan permotoran Malaysia, selain memberikan atlet peluang untuk membangunkan kemahiran, profil dan pengalaman pertandingan mereka.

Dengan sokongan rakan kerjasama serta tokoh antarabangsa menerusi rangkaian WDSA, MotorManiac menyasarkan untuk mewujudkan persekitaran yang membolehkan pelumba Malaysia belajar daripada profesional berpengalaman sebelum melangkah ke tahap pertandingan yang lebih tinggi.

Dari Malaysia ke Pentas Dunia

Festival ini turut menerima penyertaan daripada media automotif dan pencipta kandungan dari rantau Asia dan antarabangsa, termasuk CarCulth dari Thailand, Smokey Nicole dari Australia, Tatsu Miyagawa dan Clay Wong dari Jepun, serta Final Drive dari Brunei.

Penyertaan mereka memperlihatkan potensi MotorManiac untuk berkembang sebagai platform gaya hidup automotif serantau yang mampu menghubungkan komuniti automotif Malaysia dengan khalayak antarabangsa. Dalam persekitaran digital yang semakin berkembang, pertukaran budaya seperti ini turut membuka ruang kepada kandungan, kolaborasi dan pembinaan komuniti yang boleh terus berkembang walaupun selepas festival berakhir.

DEF JAM Satukan Komuniti Muzik dan Automotif

Muzik kekal sebagai salah satu komponen utama program budaya belia festival. Sebagai Official Stage Partner, DEF JAM Southeast Asia membawakan pengalaman konsert terbuka di rooftop MyTOWN, menggabungkan budaya automotif dengan hiburan hip-hop kontemporari.

Barisan artis selama dua hari menampilkan Lil J, Yonnyboii, Ismail Izzani dan ALYPH pada Hari Pertama, diikuti AbangSapau, SonaOne dan Joe Flizzow pada Hari Kedua.

MMF 2026-Sonaone.webp

Membina Komuniti, Bukan Sekadar Menganjurkan Acara

MotorManiac Festival 2026 dibangunkan berdasarkan realiti tersebut perubahan dalam cara golongan muda berinteraksi dengan budaya. Dengan menghimpunkan komuniti-komuniti ini dalam satu persekitaran, Bateriku berhasrat mewujudkan peluang kepada golongan muda untuk meneroka minat baharu, bertemu individu yang mempunyai minat sama, mempersembahkan kebolehan serta berpotensi mengembangkan minat mereka menjadi kerjaya, perniagaan atau laluan profesional.

Melangkah ke hadapan, Bateriku melihat potensi untuk MotorManiac bekerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta agensi dan rangkaian belia di bawahnya, termasuk Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN), Rakan Muda dan Majlis Belia, bagi memperkukuh MotorManiac sebagai sebuah platform pembangunan belia.

Dengan MotorManiac yang telah menghimpunkan komuniti automotif, sukan jalanan, muzik, fesyen, kreativiti, pengumpulan koleksi dan sukan permotoran, platform ini berpotensi melengkapi usaha kerajaan dalam menyediakan ruang kepada golongan muda untuk mengambil bahagian, membangunkan kemahiran dan membina komuniti.

Bateriku terbuka untuk meneroka kerjasama strategik, kolaborasi program serta peluang sokongan dan pembiayaan kerajaan yang bersesuaian bagi membolehkan MotorManiac dianjurkan pada skala yang lebih besar, mencapai lebih ramai belia di seluruh Malaysia dan mewujudkan laluan pembangunan yang lebih kukuh untuk bakat baharu.

MMF 2026-Joe Flizzow.webp

Melalui kerjasama lebih erat dengan KBS dan agensi berkaitan, edisi akan datang berpotensi dikembangkan daripada festival selama dua hari kepada program belia yang lebih menyeluruh, merangkumi bengkel, pertandingan, pembangunan bakat, aktiviti komuniti serta program pertukaran di peringkat serantau dan antarabangsa.

Ini akan membolehkan MotorManiac berperanan bukan sahaja sebagai acara gaya hidup automotif, tetapi sebagai platform yang menyumbang secara langsung kepada penyertaan belia, pembangunan bakat serta ekosistem kreatif dan sukan Malaysia.

Falsafah ini turut diterjemahkan menerusi pembangunan MotorManiac Mobile App, sebuah platform digital yang direka untuk menghubungkan peminat automotif, jenama dan rakan kongsi melalui tiket acara, barangan rasmi, alat ganti prestasi, pasaran automotif serta ciri komuniti.

Gabungan antara acara fizikal dan platform digital ini membolehkan MotorManiac membina komuniti yang kekal aktif dan berkembang melangkaui tempoh festival.

Mewujudkan Platform untuk Menyerlahkan Bakat Belia Malaysia

Bagi Bateriku, MotorManiac mewakili lebih daripada sekadar pengembangan ekosistem automotifnya. Ia merupakan satu peluang untuk melabur dalam komuniti yang terbentuk di sekitar mobiliti, khususnya golongan muda yang akan membentuk budaya automotif dan gaya hidup Malaysia pada masa hadapan.

Bagi Bateriku, inilah semangat Bukan Sekadar Bateri. Kami membina ekosistem, mengembangkan komuniti dan mencetuskan gerakan yang melangkaui satu produk atau industri.

MMF 2026-2 Step.webp

MotorManiac kini melangkah ke fasa seterusnya dengan aspirasi untuk terus menyediakan platform kepada golongan muda Malaysia bagi mengekspresikan minat, mengembangkan bakat dan membawa budaya automotif serta budaya belia tempatan ke pentas global.

Pada masa yang sama, MotorManiac berhasrat untuk terus menjadi platform yang menyumbang kepada penyertaan belia, pembangunan bakat serta pengukuhan ekosistem kreatif dan sukan Malaysia.

Daripada jalan raya di Malaysia ke pentas antarabangsa, MotorManiac membina generasi baharu budaya automotif negara dan global.

Avatar

Hazzim Nasir

Let’s share to:

Seterusnya