13 Mar 2026

Nasi Lemak Sedap di Kuala Lumpur

Cover image

Anda sedang mengidam nasi lemak yang sempurna dimana sambal yang padu, ayam goreng yang rangup, nasi yang berlemak dan aroma yang menenangkan. Namun begitu, di Kuala Lumpur, pilihan nasi lemak terlalu banyak dan restoran atau warung yang tular pula tidak memenuhi jangkaan.

Perasaan kecewa apabila sudah menghabiskan masa mencari parking, beratur panjang, tapi bila makanan sampai, rasa hambar. Sambal yang kurang menyengat, ayam tidak masak dengan sempurna dan nasi pula tidak berlemak. Situasi ini menyebabkan tenaga dan masa yang diluangkan tidak berbaloi.

Nasi Lemak Sedap di Kuala Lumpur Yang Wajib Anda Cuba

Anda tidak perlu pening kepala lagi. Kami senaraikan nasi lemak sedap dan terkini di sekitar Kuala Lumpur yang berbaloi untuk dicuba pada hujung minggu atau waktu terluang masing-masing.

1. Nasi Lemak Village Park – Damansara Uptown

Nama yang tidak asing lagi untuk peminat nasi lemak. Ayam goreng berempahnya sangat rangup dan sambal pula seimbang pedas dan manis. Wajib cuba walaupun perlu beratur panjang.

  • Lokasi: 5, Jalan SS 21/37, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor
  • Waktu Operasi: 630 pagi hingga 530 petang
  • Bateriku terdekat: Bateriku Pelangi Damansara

2. Nasi Lemak Burung Hantu – TTDI

Lokasi popular untuk makan sehingga lewat malam. Dibuka hingga ke awal pagi, nasi lemak di sini disajikan dengan beras basmathi, ayam goreng yang besar dan sambal yang menepati citarasa kebanyakan masyarakat. Sesuai untuk lepak pada malam minggu.

Nasi Lemak di Kuala Lumpur-2.webp (Sumber: FB Nasi Lemak Burung Hantu)

  • Lokasi: 44, Ground Floor, 46b, Lorong Rahim Kajai 14, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Waktu Operasi: 5 petang hingga 2 pagi (Tutup hari Isnin)
  • Bateriku terdekat: Bateriku Sungai Penchala

3. Nasi Lemak Tanglin – Taman Tasik Perdana

Port klasik sejak tahun 1940-an. Terkenal dengan sambal sotong dan rendang daging. Rasa nasi dan sambalnya sangat unik dan penuh nostalgia. Lokasi pun sangat strategik untuk sarapan pagi.

  • Lokasi: Kompleks Makan Tanglin, Gerai, No. 6, Jalan Cenderasari, Wilayah Persekutuan, 50480 Kuala Lumpur
  • Waktu Operasi: 7 pagi hingga 1230 petang
  • Bateriku terdekat: Bateriku Bangsar

4. Nasi Lemak Wanjo – Kampung Baru

Salah satu jenama Nasi Lemak di KL yang menawarkan pelbagai lauk pilihan untuk para pengunjung. Dari paru sambal ke ayam goreng berempah, semuanya sedap mengikut citarasa masing-masing. Hidangan secara buffet dan suasana klasik di Kampung Baru menambah keseronokan dalam menikmati hidangan istimewa ini.

Nasi Lemak di Kuala Lumpur-3.webp (Sumber: X/Twitter)

  • Lokasi: 8, Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Waktu Operasi: 6 pagi hingga 12 malam
  • Bateriku terdekat: Bateriku Jalan Ipoh

5. Nasi Lemak Bumbung – Seapark, PJ

Meskipun terletak di luar Kuala Lumpur, nasi lemak ini terkenal dalam kalangan penduduk di Lembah Klang. Konsep gerai di belakang rumah kedai dengan hidangan ayam goreng panas-panas dan perkhidmatan yang pantas. Suasana makan malam bawah bintang memang lain macam.

  • Lokasi: 6, Jalan 21/11b, Sea Park, 46300 Petaling Jaya, Selangor
  • Waktu Operasi: 4 petang hingga 12 pagi
  • Bateriku terdekat: Bateriku Kelana Jaya

6. Ali, Muthu & Ah Hock – Publika & Lokasi Lain

Gabungan gaya moden dan cita rasa klasik. Hidangan nasi lemak yang kemas, sambal pekat dan ikan bilis rangup. Sesuai untuk makan tengah hari bersama keluarga atau kawan-kawan.

Nasi Lemak di Kuala Lumpur-4.webp (Sumber: FB Ali Muthu Ah Hock)

  • Lokasi: G2 66 & 67, Level G2, Block B1, Publika, 1, Jln Solaris Dutamas, Solaris Dutamas, 50480 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
  • Waktu Operasi: 8 pagi hingga 5 petang
  • Bateriku terdekat: Bateriku Setapak

7. Nasi Lemak Angah – Jalan Ipoh

Tular di media sosial kerana bukan sahaja nasi lemaknya, tetapi juga kerana pertunjukan ‘live’ dari pembuat minuman mereka. Lemon ais ditarik dan dihidangkan dengan gaya dan persembahan menjadikan ia satu tarikan yang unik. Kombinasi hiburan dan makanan yang lazat wajib dicuba.

  • Lokasi: Pasar Batu 2 1/2 Ipoh, Jln Sultan Azlan Shah, Sentul, 51200 Kuala Lumpur
  • Waktu Operasi: 9 pagi hingga 2 petang (Tutup hari Isnin, Selasa)
  • Bateriku terdekat: Bateriku Jalan Ipoh

8. Karumba KL

260313-bateriku-nasi lemak wajib cuba lembah klang karumba kl 01.webp

Karumba KL popular dalam kalangan penunjung lapar lewat malam. Ia terletak berhampiran Rasta TTDI dan tawarkan banyak pilihan makanan. Salah satu kegemaran pengunjung adalah nasi lemak dimakan dengan daging goreng garing. Lauk daging itu ujarnya rangup, penuh persia, dan cukup masak, lebih ngam kalau dipadankan dengan sambal yang manis pedas. Kalau tak biasa dengan padanan ini, lauk biasa seperti telur goreng, telur rebus, kacang goreng juga ada. Harganya munasabah dengan kuantiti makanan yang banyak.

  • Lokasi: Plaza Rasta Karumba KL, Jalan Datuk Sulaiman, Kampung Sungai Penchala, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Waktu operasi: 12:00pm-10:00pm
  • Bateriku terdekat: Bateriku Sungai Penchala

9. Nasi Lemak Saleha

260313-bateriku-nasi lemak wajib cuba lembah klang nasi lemak saleha.webp

Nasi Lemak Saleha popular dalam kalangan warga KL untuk sarapan kerana ia dibuka seawal 7 pagi. Dibuka sejak 2011, ramai memuji rasanya yang kekal konsisten sepanjang dikunjungi peminatnya. Nasi lemaknya terima pujian tinggi disebabkan aroma wangi santan dan daun pisang yang diguna untuk membungkusnya. Lauk popular di Nasi Lemak Saleha adalah seperti ayam goreng, paru goreng, rendang, dan beberapa lauk makanan laut lain. Harganya berpatutan dengan kuantiti yang banyak.

  • Lokasi: Nasi Lemak Saleha, 8, Jln Seri Rejang 5, Setapak Jaya, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Waktu Operasi: 7:00am-8:00pm
  • Bateriku Terdekat: Bateriku Jalan Genting Kelang

10. Pak Da KL Corner

260313-bateriku-nasi lemak wajib cuba lembah klang pakda kl corner 01.webp

Kepong adalah kawasan majoriti kaum Cina. Jadi untuk dapatkan nasi lemak yang halal adalah mencabar. Dalam ratusan lokasi nasi lemak, Pak Da KL Corner menggalas tanggungjawab itu untuk komuniti muslim Kepong. Ini adalah tumpuan warga Kepong pada waktu pagi. Nasi lemak kukus beralas daun pisang bangkitkan aroma menyelerakan. Lauk popular adalah ayam goreng garing dan paru goreng. Ini adalah warung tepi jalan dan harganya sangat berpatutan.

  • Lokasi: Pak Da KL Corner, Jalan Metro Perdana Barat 13, Kepong, 52100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Waktu operasi: 7:00am-12:00pm
  • Bateriku terdekat: Bateriku Kepong

Sediakan Perut dan Kereta Anda

Perjalanan mencari nasi lemak yang sedap bukan sahaja memuaskan selera, tapi juga menguji kemampuan kereta anda. Pastikan bateri dan kondisi kenderaan anda dalam keadaan terbaik. Kami di Bateriku memudahkan perjalanan anda dengan

  • Pemeriksaan bateri percuma di lebih 200 Pitstop seluruh negara
  • Tukar bateri secara on-demand di mana sahaja
  • Bateri berkualiti tinggi, diluluskan SIRIM, Waranti di Seluruh Negara
  • Juga boleh diakses melalui aplikasi Setel, Touch ‘n Go dan Flexi Parking

Bila dapat makan nasi lemak yang sedap, perjalanan pulang ke rumah pun kenalah lancar. Tukar sebelum kong di Bateriku.com

Avatar

Hazzim Nasir

Let’s share to:

Seterusnya