Nasi kerabu, nasi yang berwarna biru dan ikonik dari Pantai Timur ini telah menjadi kegemaran ramai kerana kombinasi rasa yang unik serta rasa yang memikat. Tak perlu ke Kelantan atau Terengganu, Kuala Lumpur juga mempunyai tempat-tempat yang menyajikan nasi kerabu yang asli dan lazat. Berikut dikongsikan adalah lima pilihan utama nasi kerabu di sekitar ibu kota.
Menu yang menjadi kegemaran orang ramai ini bukan sahaja bagi mereka yang berasal dari pantai timur tetapi juga kini menjadi pilihan umum. Keenakan nasi yang dicampurkan dengan ulam-ulaman dan digabungkan dengan ayam percik atau daging bakar memang tidak boleh ditandingi.
Nasi Kerabu Popular di Sekitar Kuala Lumpur
Di bawah adalah senarai kedai makan atau warung yang popular dan ditularkan oleh orang ramai, khusus bagi hidangan Nasi Kerabu:
1. Nasi Ulam Pantai Timur, Medan Selera Jalan Usahawan, Setapak.
Terletak di medan selera Jalan Usahawan, gerai ini terkenal dalam kalangan penduduk Setapak. Hidangannya lengkap dengan ulam segar, budu, dan lauk seperti ayam percik serta daging bakar. Harga yang berpatutan dan rasa yang asli menjadikannya pilihan utama orang ramai.
Lokasi: Gerai No, 4, Pusat Penjaja Jalan Usahawan Setapak, Jalan Usahawan Medan Makmur, 53300 Kuala Lumpur
2. Nasi Kerabu Jalan Gombak.
Gerai tepi jalan yang menjadi pilihan ramai di kawasan Jalan Gombak. Nasi kerabu di sini dihidang dengan sambal yang pedas, nasi biru yang lembut, keropok ikan rangup, dan ayam goreng berempah yang lazat. Kunjungan semasa waktu makan tengah hari memerlukan sedikit kesabaran kerana barisan yang panjang.
Lokasi: 326-320, Jln Sungai, Kampung Puah, 53000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
3. Nasi Kerabu Moknab, Pantai Dalam.
Jika anda rindukan rasa nasi kerabu kampung halaman, Nasi Kerabu Moknab adalah pilihan tepat. Terletak di Pantai Dalam, hidangan mereka ringkas tetapi penuh dengan rasa. Sambal yang mantap dan lauk yang sedap menjadikannya salah satu pilihan terbaik di kawasan tersebut. Ini merupakan kedai yang menularkan lauk lemak bakar yang kini mendapat permintaan orang ramai.
Lokasi: Jalan 1/132 Gasing Indah, Off, Jalan Pantai Dalam, Pantai Dalam, 59200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
(Sumber: Facebook Nasi Kerabu Mok Nab Pantai Dalam)
4. Warung Cik Siti Nasi Kerabu Tumis, Keramat.
Warung ini menawarkan nasi kerabu dalam gaya tumis, sesuai bagi mereka yang gemarkan rasa sambal yang pekat dan sedikit manis. Terletak dalam suasana yang santai, ia memberikan pengalaman makan yang menyenangkan dan mengenyangkan.
Lokasi: No 3A,4 & 4A,Jalan Keramat, Dalam, Kampung Datuk Keramat, 54000 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur.
5. Kak Yah Nasi Kerabu Ayam Percik, Taman Danau Kota.
Terkenal dengan ayam percik mereka yang berkuah pekat, berempah dan dibakar sempurna, Kak Yah menjadi kegemaran ramai pelanggan tetap. Ulam yang segar dan nasi yang harum menjadi pelengkap sempurna kepada hidangan ini. Gerai yang menjadi tumpuan pekerja ini hanya boleh dibungkus dan dinikmati di rumah atau pejabat masing-masing
Lokasi: Jln 1/23e, Taman Danau Kota, 53100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
6. Kak Su Nasi Kerabu, Kajang
Walaupun terletak di luar Kuala Lumpur, keenakan nasi kerabu Kak Su ini wajib dirasai oleh mereka yang inginkan rasa nasi kerabu yang asli. Nasi berwarna biru yang menggunakan bunga telang semula jadi disajikan dengan pelbagai jenis lauk seperti kerabu kaki ayam pasti menggamit selera anda.
Lokasi: 40, Jalan Cheras, Kampung Sungai Sekamat, 43000 Kajang, Selangor
(Sumber: Facebook Kak Su Nasi Kerabu Narak)
7. Warung Ambo Glenmarie
Warga Shah Alam yang ingin mendapatkan nasi kerabu boleh kunjungi Warung Ambo di Laman Glenmarie. Konsistensi dalam kualiti kelazatan makanan yang dihidangkan sering menjadi bualan orang ramai. Anda juga boleh menikmati hidangan pantai timur lain seperti nasi dagang, daging kerutuk dan laksam.
Lokasi: 38, Jalan Novelis U1/86A, Laman Glenmarie, 40150 Shah Alam, Selangor
Nasi Kerabu, Sajian Pilihan, Tanpa Mengira Masa
Walaupun nasi kerabu ini berasal dari Pantai Timur, ia kini menjadi antara hidangan umum untuk masyarakat di Malaysia terutamanya dalam kalangan penduduk di lembah Klang. Malah waktu untuk menikmati nasi kerabu ini juga berbeza kerana ada yang suka makan di waktu pagi, dan ada juga yang suka makan pada waktu malam.
Di Bateriku, kami juga sedia membantu anda tanpa mengira masa atau tempat. Dengan pemeriksaan bateri percuma, khidmat 24/7, dan lebih 200 Pitstop seluruh Malaysia, anda tidak keseorangan jika berlaku kecemasan. Hubungi kami di 011-1600 6008 atau layari laman web dan muat turun aplikasi Bateriku hari ini.