Bandar Diraja negeri Johor, yang lebih dikenali sebagai Bandar Muar, menyimpan pelbagai keistimewaan dan tarikan yang menarik untuk diterokai. Muar bukan sahaja kaya dengan sejarah dan budaya, malah menawarkan pelbagai hiburan dan aktiviti yang sesuai untuk semua peringkat usia, sama ada untuk bercuti bersama keluarga atau menghabiskan masa bersama rakan-rakan.
Nama Muar dipercayai berasal daripada perkataan “Muara”, merujuk kepada lokasi bandar yang terletak berhampiran muara sungai. Namun, terdapat juga kemungkinan lain, iaitu Muar berasal daripada perkataan Sanskrit “Muna” dan “Ar”, yang membawa maksud “tiga sungai”, menandakan kedudukan strategik Muar di persimpangan aliran sungai yang penting pada zaman dahulu. Gabungan sejarah, budaya, dan keindahan semula jadi ini menjadikan Muar destinasi yang sangat menarik untuk dimasukkan ke dalam jadual perjalanan percutian rakyat Malaysia.
Muar: Wajib Pergi Walaupun Sekali
Dalam artikel ini, kami akan menyenaraikan 12 tempat menarik dan terbaik di Muar yang boleh dijadikan panduan rujukan, atau terus dimasukkan ke dalam jadual destinasi percutian anda bagi pengalaman yang lengkap dan menyeronokkan.
4 Tempat Wajib Singgah di Muar
Kita mulakan senarai dengan tempat wajib dikunjungi. Dalam merancang perjalanan, sudah tentu kita perlu tahu lokasi yang ingin dituju. Jadi, kami akan mulakan dengan senarai tempat wajib singgah untuk memudahkan perancangan percutian anda.
1) Masjid Jamek Sultan Ibrahim
Masjid Jamek Sultan Ibrahim, atau lebih dikenali sebagai Masjid Jamek Muar, merupakan salah satu lokasi wajib yang perlu dikunjungi. Masjid yang berdiri megah sejak 1925 ini menjadi mercu tanda bandar Muar kerana ia merupakan masjid tertua di sini. Anda juga boleh mengambil peluang untuk menunaikan solat sambil menikmati lawatan di masjid ini. Keindahan reka bentuknya semakin menyerlah apabila dipadankan dengan pemandangan Sungai Muar yang terletak berhadapan dengan masjid.
(Sumber: Masjid Jamek Sultan Ibrahim)
2) Galeri Darurat Bukit Kepong
Sekarang, jom kita selami sedikit sejarah. Masihkah anda ingat tentang peristiwa serangan Balai Polis Bukit Kepong oleh Parti Komunis Malaya? Sejarah hitam ini kekal sebagai parut dalam ingatan rakyat Malaysia, terutamanya di kawasan Muar. Bagi memperingati jasa para wira dan keluarga yang terkorban, sebuah muzium polis pertama telah dibuka dan dirasmikan oleh DYMM Sultan Johor pada 23 Februari 2017.
(Sumber: Polis Maritim)
3) Gerisik Hotspring
Sekarang kita akan mencari tempat untuk bertenang sambil merehatkan otot-otot kaki dan melegakan badan. Gersik Hotspring adalah tempat yang paling sesuai untuk tujuan ini. Kebaikan kolam air panas terletak pada habanya yang mampu membantu mengurangkan kesakitan otot dan sendi.
Kolam air panas semula jadi ini mempunyai suhu antara 50°C hingga 70°C, sangat baik untuk kesihatan otot dan sendi. Di sini juga terdapat kolam khas yang sesuai untuk kanak-kanak, menjadikannya destinasi ideal untuk seisi keluarga mencuba pengalaman baharu sambil menyegarkan tubuh dan minda.
(Sumber: Gerisik Hotspring)
4) Nasuha Herbs & Spice Farm
Tahukah anda bahawa di Muar terdapat ladang herba terbesar di Asia? Nasuha Herbs & Spices Paradise di Muar merupakan ladang herba terbesar di Asia dan menempatkan pelbagai jenis herba daripada pelbagai spesies.
Di sini, anda boleh menikmati pelbagai pengalaman berasaskan herba seperti lawatan berpandu di taman herba, rawatan spa herba, aktiviti luar, serta sebuah restoran yang menyajikan hidangan unik berasaskan herba.

Lokasi: Jalan Muar, 84500 Muar, Johor Darul Ta'zim
Masa Operasi: 10:30AM -5:00PM
4 Tempat Untuk Bergambar Di Muar
Dah alang-alang ke Muar, mesti nak cari tempat bergambar yang best-best, kan? Jadi dalam senarai ini, kami sertakan juga beberapa lokasi menarik yang anda boleh pertimbangkan untuk diterokai.
1) Muar River Cruise
Jika di masjid tadi kita dapat melihat sungai, dan kini kita akan menelusuri Sungai Muar dengan menggunakan perkhidmatan Muar River Cruise. Sepanjang 30 minit berada di atas bot, anda dapat menikmati pemandangan indah seluruh bandar Muar dari sudut yang berbeza dan lebih unik.

2) Pantai Leka
Pantai Leka merupakan pantai paling popular di bandar Muar. Pantai ini sangat sesuai untuk mereka yang mencari ketenangan, dengan hembusan angin yang membelai lembut serta keindahan cahaya senja yang mencipta suasana hening sesuatu yang sukar didapati di pantai lain di Muar. Sudah tentu, bagi yang gemar merakam foto waktu senja untuk dimuat naik ke WhatsApp Status atau Instagram Story, pantai ini adalah lokasi yang wajib dikunjung
(Sumber: Pantai Indah)
3) Maharani Mural Lane
Tersergam indah lukisan mural sepanjang sebuah jalan di daerah Muar. Terdapat hampir 30 mural unik dengan pelbagai tema dan warna-warni yang menjadi tarikan pelancong. Mural bertemakan alam dan tradisional antara yang paling menonjol. Jadi, jika anda berada di Muar, jangan lepaskan peluang keluarkan telefon anda dan bergambar di Maharani Mural Lane!

4) Kraton Embah Anang
Di Muar, majoriti penduduknya berasal daripada masyarakat Jawa, jadi tidak hairanlah jika kita dapat melihat banyak tradisi dan adat yang berbaur dengan budaya Jawa. Contohnya, Kraton Embah Anang. Kraton Embah Anang adalah rumah yang sering dijadikan tempat persembahan Gamelan, Barongan, dan yang paling terkenal di Johor, iaitu Kuda Kepang. Jadi, luangkan sedikit masa untuk singgah ke sini dan merasai pengalaman budaya yang unik ini.

(Sumber: Kraton Embah Anang)
4 Tempat Makan Terbaik Muar
Kalau bercuti, tempat yang paling sukar untuk dicari selalunya adalah tempat makan, kerana kita masih belum biasa dengan kawasan tersebut dan bukan berasal dari situ. Tapi jangan risau! Jom semak senarai kami tentang tempat makan best di bandar Muar.
1) Mee Bandung Abu Bakar Hanipah
Jika anda ke Muar, jangan lepaskan peluang untuk menikmati Mee Bandung dengan rasa asli Muar. Mee Bandung Hanipah, yang telah beroperasi sejak 1930, sangat terkenal dengan keenakan mee bandung tradisionalnya. Selain mee bandung, anda juga boleh mencuba menu menarik lain seperti sate atau hidangan kopitiam. Bagi yang ingin memasak sendiri di rumah, pes mee bandung turut dijual di sini untuk dibawa pulang.
(Sumber: Mee Bandung Abu Bakar Hanipah)
Lokasi: 69A, Jalan Abdullah, Pekan Muar, 84000 Muar, Johor Darul Ta'zim
Masa Operasi: 7:00AM - 4:00PM
2) Kopi 434
Sudah tentu kebanyakan daripada kita mengetahui tentang kewujudan kopi ini, yang sering terlihat di pasaraya atau kedai-kedai runcit berdekatan. Bagi yang belum tahu, angka rahsia 434 berasal daripada 3 digit terakhir nombor telefon rumah Mr. Kiar Han Sai pada sekitar tahun 60-an.
Di sini, terdapat pelbagai makanan yang boleh dicuba dalam satu lokasi. Antara menu wajib dicuba adalah Kopi Ais 434 bersama roti bakar, atau Hot Muar White Coffee bersama roti bakar. Sangat sesuai sebagai menu minum petang atau sarapan pagi dah minum kopi, semangat terus membara untuk memulakan hari!
(Sumber: Tiket.com )
Lokasi: 121, Jalan Maharani, Taman Sri Emas, 84000 Muar, Johor Darul Ta'zim
Masa Operasi: 8:00AM - 5:30PM
3) Muar Soup House
Selain daripada senarai sebelum ini, Muar Soup House juga merupakan mercu tanda yang wajib dikunjungi, terutama bagi peminat kambing yang ingin merasai sup gaya mamak yang asli di sini. Rasa supnya yang pekat sangat menggiurkan, terutamanya menu wajib seperti Sup Gearbox Kambing dan Sup Ayam, yang amat disarankan untuk dicuba.
(Sumber: Muar Soup House)
Lokasi: 47, Jalan Sisi, Pekan Muar, 84000 Muar, Johor Darul Ta'zim
Masa Operasi: 12:00PM - 1:00AM
4) Ikan Bakar Sabak Awor
Medan Ikan Bakar Sabak Awor merupakan lokasi makanan laut yang popular di Muar, terletak di tepi Sungai Muar yang indah. Medan makan berkonsep terbuka ini menampilkan kira-kira tujuh gerai, masing-masing menyediakan ikan bakar segar serta pelbagai hidangan makanan laut lain.
Medan Ikan Bakar Sabak Awor terkenal dengan ikan bakarnya yang segar dan lazat. Terletak berhampiran dengan Sungai Muar, konsep terbuka dengan tujuh gerai berbeza di bawah satu bumbung ini membolehkan pengunjung menikmati pelbagai jenis ikan bakar serta hidangan laut segar lain, semuanya dalam satu lokasi yang mudah dan selesa.
(Sumber: orangmuo.com)
Lokasi: Medan Selera, Jalan Cahaya, Sabak Awor, 84000 Muar, Johor
Masa Operasi: 5:00PM - 11:59PM
Bantuan 24 jam Dari Bateriku
Bateriku Muar Menyediakan bantuan 24 jam dan 7 hari seminggu. Selain daripada destinasi pelancongan yang menarik, pusat membaiki kereta juga penting untuk diketahui, sama ada bagi pelancong atau penduduk tempatan, bagi memastikan perjalanan anda di Muar lebih lancar. Di Bateriku, anda boleh mendapatkan bantuan seperti:
- Menukar tayar bocor
- Menukar bateri di lokasi anda
- Perkhidmatan trak tunda
- Kemahiran tukang kunci
- Penghantaran petrol (refuel)
Sekiranya kereta anda rosak di kawasan bandar Muar, anda tidak perlu risau kerana Bateriku sedia membantu 24 jam sehari, 7 hari seminggu.

