15 Sept 2026

MotorManiac Festival 2026 Rangsang Sektor Pelancongan Malaysia

Cover image

MotorManiac Festival 2026 buktikan yang perhimpunan kecil-kecilan peminat automotif mampu berevolusi jadi satu tarikan pelancongan yang dihangatkan bukan sahaja pengunjung tempatan malah antarabangsa. Ia berjaya menggabungkan elemen komuniti permotoran, sukan bermotor, muzik, dan gaya hidup kontemporari di tengah-tengah Kuala Lumpur.

Festival permotoran itu mengambil tempat di Rooftop, Tingkat 7 MyTOWN Kuala Lumpur pada 5 dan 6 September 2026 dan ia adalah edisi kali ke-5 MotorManiac anjuran Bateriku. Sepanjang acara berjalan, para pengunjung berinteraksi dalam dalam suasana bertenaga membincangkan minat sepunya mereka dalam kereta, muzik, dan budaya jalanan.

260915-bateriku-motormaniac rangsang pelancongan malaysia 07.webp

MotorManiac lebih daripada festival automotif

Faktor penarik yang menjadikan ramai yang berkunjung ke MotorManiac hadir daripada kombinasi beberapa elemen.

Setiap daripada elemen itu dikendalikan komuniti-komuniti kecil membentuk acara yang unik seperti MotorManiac x DEF JAM Southeast Asia membawakan konsert bertenaga di pentas utama, Jom Battle menganjurkan pertandingan tarian hip-hop, Keep It Street menarik atlet bola sepak gaya bebas, Mini Diecast Expo menghimpunkan pengumpul mainan diecast terutamanya Hot Wheels.

260915-bateriku-motormaniac rangsang pelancongan malaysia 03.webp

Elemen-elemen tambahan ini penting disebabkan yang hadir adalah daripada pelbagai lapisan usia dan minat. Oleh sebab itu, MotorManiac tidak terasa bosan dan sugul disebabkan kepelbagaian ini. Acara seperti ini sangat releven dan memanfaatkan sektor pelancongan apabila ramai orang berhimpun dengan satu minat yang sama.

260915-bateriku-motormaniac rangsang pelancongan malaysia 05.webp

Dalam tahun 2025 sahaja Malaysia catatkan 290.1 pelancong domestik yang menjana RM121.3 billion dalam bentuk perbelanjaan melibatkan pelancongan. Statistik ini menunjukkan yang acara seperti MotorManiac mampu mewujudkan sebab untuk rakyat Malaysia melancong di dalam negara jika ingin dapatkan pengalaman acara seperti ini.

260915-bateriku-motormaniac rangsang pelancongan malaysia 04.webp

Komuniti Automotif Antarabangsa di MotorManiac

Salah satu petunjuk yang MotorManiac ada potensi pelancongan tinggi adalah pada penyertaan selebriti dan personaliti antarabangsa. Festival itu menerima kunjungan pemandu Formula Drift Amerika Rome Charpentier. drifter professional Belanda Vernon Zwaneveld serta drifter terkenal Indonesia seperti Dika Champion dan Alvito Hardianto.

260915-bateriku-motormaniac rangsang pelancongan malaysia 08.webp

Berita MotorManiac turut tersebar dalam kalangan media dan pempengaruh daripada Thailand, Australia, Jepun, dan Brunei lantas mewujudkan hubungan lebih erat antara komuniti automotif tempatan dengan luar negara. Walaupun MotorManiac adalah festival lebih kepada kepenggunaan, ia juga memiliki elemen perniagaannya sendiri apabila peserta-peserta berpeluang mengetengahkan produk-produk masing-masing seperti perniagaan alat ganti dan modifikasi kereta.

260915-bateriku-motormaniac rangsang pelancongan malaysia 06.webp

Berdasarkan laporan Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB),, Malaysia berjaya mengehoskan lebih 3,575 acara dan menarik lebih 4.5 juta deligasi serta menjana lebih RM26.77 billion dalam bentuk impak ekonomi. Oleh sebab itu, skop MotorManiac sebenarnya lebih luas dan mampu memainkan peranan yang lebih besar daripada biasa jika diberi peluang.

MotorManiac Alasan Pengunjung Melawat Kuala Lumpur

Lokasi acara MotorManiac berlatarbelakangkan pencakar langit Kuala Lumpur apabila pengunjung boleh lihat Menara Merdeka 118, Menara Berkembar Kuala Lumpur, Menara TRX, Menara Kuala Lumpur dan banyak lagi sambil mendengar konserta. Ia menunjukkan yang acara ini boleh jadi sebahagian daripada kalendar pelancongan.

260915-bateriku-motormaniac rangsang pelancongan malaysia 11.webp

Oleh sebab ia dianjur di bumbung pusat beli belah MyTOWN. Pengunjung juga boleh mengambil kesempatan untuk shopping di lokasi yang menyediakan lebih 380 kedai termasuklah IKEA. Tambah pula, akses untuk ke MyTown juga mudah kerana bersambung dengan stesen MRT Cochrane yang terletak di bawah tanah.

Untuk pengunjung yang berkeluarga, MotorManiac boleh jadi salah satu lokasi dalam atur cara lawatan ke Kuala Lumpur. Mereka boleh suai padan pengalaman beli-beli, makan, hiburan, dan banyak lagi.

260915-bateriku-motormaniac rangsang pelancongan malaysia 09.webp

Walau bagaimanapun, MotorManiac Festival 2026 adalah edisi terakhir yang akan berlangsung di bumbung MyTOWN. Lokasi penganjuran baharu akan diumumkan kemudian. Antara lokasi-lokasi yang berpotensi adalah seperti Putrajaya ataupun Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

MotorManiac amalgam budaya automotif dengan ekonomi kreatif

Posisi MotorManiac boleh dilihat berada di persimpangan antara pelancongan dan industri kreatif Malaysia. Festival ini menyatupadukan muzik, fesyen, automotif, pencipta kandungan, dan komuniti kreatif. Di bawah satu bumbung, semua komuniti ini boleh berharmoni mewujudkan satu pengalaman unik yang menarik minat pelbagai jenis pengunjung.

260915-bateriku-motormaniac rangsang pelancongan malaysia 10.webp

Interaksi dan transaksi yang berlaku sepanjang acara pastinya memanfaatkan banyak sudut. Contohnya, ekonomi kreatif Malaysia dilaporkan menyumbang sebanyak RM130.7 billion terhadap GDP negara ataupun 6.8% GDP untuk tahun 2024 lantas menunjukkan potensi besar yang mampu dibawa industri kreatif khususnya MotorManiac.

Ia satu jenama yang sudah dikenali dan disokong oleh komuniti dengan minat mendalam serta penyertaan antarabangsa. Pembangunan jenama itu sendiri diperluas dengan pengenalan MotorManiac Drift Academy dan ASTRA Drift Team yang menghubungkan Malaysia dengan World Drift School Alliance. Ia seterusnya mewujudkan peluang kerjasama antarabangsa jangka panjang serta potensi pertukaran budaya.

Festival Automotif Tempatan Dengan Potensi Global

Evolusi MotorManiac menunjukkan yang minat terhadap automotif mampu menyumbang kepada ekosistem pelancongan Malaysia. Apa yang bermula sebagai perjumpaan di kawasan parkir kereta kini menjadi acara perhimpunan komuniti automotif antarabangsa dan dalam masa yang sama pengunjung boleh menikmati kereta dan hiburan.

MotorManiac bukan lagi satu acara picisan untuk dikunjungi tetapi sebab kenapa orang turun ke Kuala Lumpur.

Avatar

Hanif Azrai

Let’s share to:

Seterusnya