12 Jun 2026

Selepas 9 Tahun, Mazda CX-5 Serba Baharu Tiba di Malaysia

Cover image

Bermaz Motor secara rasmi memperkenalkan Mazda CX-5 kepada rakyat Malaysia secara eksklusif di Kuala Lumpur International Mobility Show 2026 (KLIMS 2026). Sebagai salah satu model paling berjaya dalam sejarah Mazda, kemunculan generasi baharu ini menandakan evolusi penting bagi SUV yang telah menjadi pilihan ramai keluarga, profesional dan pengguna bandar di seluruh dunia.

Pertama kali diperkenalkan di peringkat global pada tahun 2025, Mazda CX-5 generasi baharu dibangunkan berdasarkan falsafah human-centric engineering, iaitu pendekatan yang meletakkan pemandu dan penumpang sebagai fokus utama dalam setiap aspek reka bentuk dan kejuruteraan.

Mazda CX-5 Baharu: SUV Ikonik Terima Facelift sejak 2017

Dengan gabungan rekaan yang lebih matang, teknologi terkini serta pengalaman pemanduan yang lebih intuitif, Mazda berharap CX-5 baharu akan terus mengukuhkan kedudukannya dalam segmen SUV premium di Malaysia.

Rekaan Yang Lebih Berani dan Praktikal

Mazda memperkenalkan konsep reka bentuk baharu yang dikenali sebagai Wearable Gear untuk CX-5 generasi terkini.

Konsep ini menampilkan imej SUV yang lebih lasak, moden dan yakin tanpa mengorbankan identiti elegan yang sinonim dengan falsafah reka bentuk Kodo Design Mazda.

Antara perubahan utama termasuk:

  • Dimensi badan yang lebih besar
  • Jarak roda (wheelbase) yang lebih panjang
  • Siluet SUV yang lebih sporty
  • Lampu hadapan dan belakang yang lebih tajam
  • Kedudukan rangka yang lebih stabil dan premium

Gabungan elemen ini bukan sahaja meningkatkan penampilan luaran malah turut memberikan ruang kabin yang lebih luas serta keselesaan lebih baik untuk kegunaan harian dan perjalanan jarak jauh.

Kabin Lebih Senyap dan Premium

Mazda turut memberi perhatian besar kepada pengalaman dalam kabin.

Susun atur dalaman direka untuk memberikan suasana yang tenang, kemas dan mudah digunakan. Material yang lebih berkualiti digunakan bagi meningkatkan sentuhan premium, manakala tahap penebatan bunyi yang dipertingkatkan membantu mengurangkan gangguan daripada persekitaran luar.

Hasilnya, pemandu dan penumpang dapat menikmati perjalanan yang lebih selesa sama ada ketika meredah kesesakan bandar atau memandu di lebuh raya.

Teknologi dan Ketersambungan Terkini

Seiring dengan keperluan pengguna moden, Mazda CX-5 hadir dengan sistem infotainmen dan teknologi sambungan yang lebih canggih.

Walaupun spesifikasi penuh untuk pasaran Malaysia masih belum diumumkan, Mazda mengesahkan bahawa model ini akan menawarkan:

  • Sistem infotainmen generasi terkini
  • Integrasi telefon pintar yang lebih lancar
  • Paparan digital yang lebih moden
  • Fungsi bantuan pemandu yang dipertingkatkan
  • Teknologi keselamatan i-Activsense terkini

Ciri-ciri ini menjadikan CX-5 sebagai SUV yang sesuai untuk gaya hidup moden, sama ada untuk perjalanan harian, urusan keluarga mahupun aktiviti hujung minggu.

Bermaz Motor mengumumkan bahawa tempahan bagi All-New Mazda CX-5 akan dibuka di seluruh bilik pameran Mazda yang sah bermula 12 Jun 2026, sebelum ketibaan rasmi model tersebut ke pasaran Malaysia.

Selain CX-5 baharu, pengunjung KLIMS 2026 juga berpeluang melihat beberapa model menarik lain seperti:

  • Mazda CX-60 3.3 MHEV (debut awam pertama)
  • Mazda3 2.0L
  • Mazda MX-5
  • Mazda CX-80 2.5L PHEV

Pengunjung turut boleh menyertai sesi pandu uji eksklusif untuk Mazda CX-5 2.5L dan Mazda3 2.0L sepanjang pameran berlangsung.

Panduan Bateri Mazda CX-5 Baharu: Saiz Bateri 12V Yang Digunakan

Berdasarkan pemerhatian pada unit pameran yang dipertontonkan di KLIMS 2026, Mazda CX-5 baharu dilihat menggunakan bateri dengan kod:

  • 55D23L

Kod ini merupakan saiz bateri standard Jepun (JIS) yang sering digunakan pada model Mazda, Toyota, Nissan dan Subaru. Bagi pemilik yang mahukan kapasiti lebih tinggi, platform D23L juga membolehkan penggunaan saiz yang lebih besar seperti:

  • 65D23L
  • 75D23L

selagi ruang tray dan spesifikasi terminal adalah serasi.

Pilihan Bateri Untuk Mazda CX-5 di Bateriku

Bagi pengguna Mazda CX-5 yang memerlukan penggantian bateri pada masa hadapan, antara pilihan yang tersedia melalui Bateriku termasuk:

Kapasiti yang lebih tinggi berbanding spesifikasi OEM dan sesuai untuk pengguna yang kerap memandu atau menggunakan banyak aksesori elektronik dalam kenderaan.

Selain Astra 75D23L, pengguna juga boleh menemui pilihan seperti:

  • Amaron GO 55D23L
  • GS Yuasa 65D23L / 55D23L
  • Century 55D23L

Walau bagaimanapun, pengguna disarankan mendapatkan pengesahan saiz bateri daripada pakar sebelum melakukan penggantian kerana spesifikasi rasmi Malaysia mungkin berbeza mengikut varian.

Jangan Tunggu Bateri Kong, Lawati Bateriku

Sama ada anda memandu Mazda CX-5 baharu atau mana-mana model Mazda yang lain, keadaan bateri yang baik sangat penting bagi memastikan sistem elektronik, ciri keselamatan dan enjin berfungsi dengan sempurna.

Dengan lebih daripada 260 Pitstop Bateriku di seluruh Malaysia, pemilik kenderaan boleh mendapatkan bantuan penggantian bateri secara on-demand tanpa perlu ke bengkel.

Perkhidmatan Bateriku menawarkan:

  • Penggantian bateri di lokasi anda
  • Waranti bateri sehingga 18 bulan
  • Liputan seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak
  • Sokongan lebih 1,000 BHero terlatih

Jika kereta anda mengalami masalah sukar dihidupkan, lampu amaran bateri menyala atau sistem elektronik mula menunjukkan simptom voltan rendah, tempah bantuan melalui aplikasi atau laman web Bateriku untuk pemeriksaan segera.

Avatar

Hazzim Nasir

Let’s share to:

Seterusnya