28 Apr 2026

Masalah Bateri Kereta: Tanda, Punca & Cara Atasi (2026)

Cover image

Bateri kong biasanya tak terjadi secara tiba-tiba. Kemorostan bateri sebenarnya berlaku secara beransur-ansur disebabkan beberapa faktor seperti kebocoran arus, tabiat memandu, dan usia bateri itu sendiri. Bateri pada kereta moden pula ada risiko kegagalan bateri lebih tinggi kerana komponen elektronik dalam kereta seperti pengera, sensor, dashcam, dan sistem keyless sentiasa aktif dan menelan tenaga bateri.

Panduan ini ada terangkan cara untuk kenal pasti simptom, punca, dan cara untuk elakkan kegagalan bateri kereta luar jangka.

2 Tanda Bateri Kereta Hampir Gagal

1. Enjin Susah Nak Hidup

Pemula enjin (starter) guna paling banyak tenaga untuk hidupkan enjin. Bateri yang dalamnya terkandung cas yang mencukupi boleh hidupkan enjin tanpa masalah. Oleh sebab itu, bila waktu pagi anda nak ke pejebat, enjin ambil masa lebih panjang daripada biasa untuk hidup, itu adalah tanda bateri sedang merosot. Sekiranya dibiarkan, mungkin proses hidupkan enjin yang seterusnya akan gagal.

260428-bateriku-car-battery-dead-signs-causes-fixes-07.webp

2. Lampu Malap, Jam Kereta Lari Masa

Tanda yang lebih serius yang perlu anda perhatikan adalah apabila lampu kenderaan jadi malap ataupun tetapan pada dashboard ataupun jam digital sudah tidak lagi tepat. Perlu diingatkan yang komponen ini gunakan paling sedikit dan keadaan apabila ia masih tak mampu hidup walaupun perlukan tenaga yang minimum, beri tanda yang hayat bateri dah sampai ke penghujungnya.

260428-bateriku-car-battery-dead-signs-causes-fixes-06.webp

5 Punca Utama Kegagalan Bateri Kereta

1. Parasitic Drain atau Kebocoran Arus

Bila enjin tak hidup, kereta moden sebenarnya tetap gunakan elektrik. Komponen elektrinik seperti sistem inforia ataupun dashcam yang ada mode sentry sentiasa beroperasi dan tenaga diambil daripada bateri kereta. Dilihat secara individu, memang ia gunakan hanya sedikit tenaga tapi bila ditambah semua penggunaan, ia boleh jadi ketara penggunaannya. Satu lagi punca utama adalah pendawaian kereta yang bocor menyebabkan tenaga sentiasa keluar daripada bateri.

260428-bateriku-car-battery-dead-signs-causes-fixes-05.webp

2. Alternator Yang Bermasalah

Alternator adalah komponen dalam kereta yang menukarkan tenaga kinetik daripada enjin yang sedang bergerak menjadi tenaga elektrik untuk disalurkan ke dalam bateri bagi menggantikan tenaga yang dah diguna untuk hidupkan enjin ataupun hidupkan kelengkapan elektrik dan elektronik kereta seperti pendingin hawa dan sebagainya. Sekiranya alternator tak mampu bekalkan tenaga lebih banyak daripada yang diguna, lambat laun tenaga bateri akan kehabisan juga kerana output bateri lebih tinggi daripada input.

260428-bateriku-car-battery-dead-signs-causes-fixes-04.webp

3. Tabiat Memandu yang Tak Cekap

Memandu dalam jarak singkat dan terus matikan enjin juga boleh sebabkan kegagalan bateri. Menghidupkan enjin kereta perlukan tenaga yang banyak dan ia perlu digantikan oleh alternator. Tanpa masa yang cukup, alternator tak sempat nak gantikan tenaga yang hilang tadi dan defisit tenaga berterusan menyumbang kepada kemerosotan kapasiti bateri.

4. Faktor Persekitaran

Iklim Malaysia yang panas ditambah pula dengan haba dalam ruang enjin percepatkan kemerosotan bateri kerana ia mempengaruhi tindak balas kimia elektrolit dalam bateri. Kenderaan yang diparkir di kawasan terbuka akan ada bateri lebih cepat gagal berbanding kereta yang diletakkan di kawasan teduh. Selain itu, terminal bateri yang terkakis juga boleh menjejaskan sambungan bateri dengan sistem kereta dan akhirnya bekalan tenaga terputus.

260428-bateriku-car-battery-dead-signs-causes-fixes-03.webp

5. Faktor Usia Bateri

Bateri automotif biasanya tahan antara 2 hingga 5 tahun bergantung kepada faktor-faktor yang dinyatakan sebelum ini. Satu lagi faktor dalaman yang tidak boleh dielakkan adalah fenomena sulfation iaitu keadaan apabila elektrolit bateri mengeras menghasilkan kristal sulfur disebabkan bateri lama tak diguna ataupun voltan turun terlalu rendah. Sulfation akan kurangkan kapasiti tenaga bateri secara kekal dan sumbang kepada kemerosotan bateri. Sulfation tidak boleh dielakkan tapi boleh dilambatkan sahaja.

260428-bateriku-car-battery-dead-signs-causes-fixes-02.webp

Cara Kurangkan Risiko Bateri Kong

Bateri kong tak boleh dielakkan tapi kita boleh minimumkan risikonya. Bermula dengan diri sendiri, anda boleh pastikan semua aksesori kereta dimatikan, kemudian barulah enjin untuk kurangkan risiko parasitic drain. Kemudian, pastikan ada satu sesi memandu lebih 15 minit untuk beri ruang kepada alternator ganti tenaga elektrik yang diguna sewaktu nak hidupkan. Akhir sekali, periksa bateri kenderaan secara berkala untuk kesan sebarang kakisan yang mungkin berlaku.

Avatar

Hanif Azrai

Let’s share to:

Seterusnya