17 Jun 2026

5 Tanda Aircond Kereta Anda Perlu Diservis

Cover image

Kita yang memandu dalam iklim Malaysia ini, pendingin hawa bukan lagi kehendak tapi keperluan. Cuba bayangkan ssangkut dalam traffic jem di Lebuhraya Persekutuan pada suhu luar lebih 30 darjah. Kereta kita terus jadi rumah hijau bergerak. kalau kita sorang tak mengapa, kalau dengan keluarga?

Juruteknik di BGarage tekankan yang servis aircond perlu dibuat sebelum sistem itu gagal. Preventive mentainence boleh elak anda keluarkan belanja besar untuk baiki benda lebih mahal.

Sebab Servis Aircond Penting

Sistem pendingin hawa kenderaan tak macam enjin kereta. kalau enjin kereta, kita servis lebih kerap iaitu sekitar 10,000km atau ikut saja pelekat yang ditampal pada cermin kereta. Tapi, pernah anda nampak sticker servis untuk pendingin hawa? Kadang-kadang bukan kita tak mahu servis tapi lebih pada terlupa.

!260612-bgarage-caraircond 01.jpg260612-bgarage-caraircond 02.webp

Kalau terlupa masih boleh difahami. Ada pula yang cakap “perlukah servis aircond?” atau yang lebih parah hanya topup gas bila rasa aircond tak sejuk walhal punca tak sejuk ada banyak dan bukan sebab gas tak cukup semata-mata. Dalam keadaan ideal, sistem aircond kereta boleh bekerja dengan cekap menyejukkan kereta. Tapi selari dengan peredaran masa, prestasinya akan dipengaruhi oleh keadaan seperti:

  • pengumpulan habuk
  • penapis kabin tersumbat
  • kebocoran gas penyejuk
  • kulat dalam kebuk sejat
  • pemampat lemah
  • motor hembus perlahan

!image.png

Ia diebabkan sistem aircond kereta terdiri daripada banyak komponen dan semua itu perlu diperiksa untuk pastikan ia beroperasi pada paras optimum.

Bila Perlu Servis Aircond

Sistem aircond tak rosak sekelip mata. Kebiasaannya, simptom lebih awal boleh dikesan sekiranya anda peka, anda boleh elakkan masalah besar daripada melarat. Beberapa simptom yang boleh anda beri perhatian adalah seperti.

Angin Tak Sejuk Atau Suam

Ini tanda paling jelas untuk servis aircond. Sistem berjalan tapi angin yang keluar daripada corong tak sesejuk yang diharapkan. Boleh jadi, ia disebabkan kurangnya gas penyejuk kerana ada kebocoran. Ataupun, boleh jadi compressor lemah tak mampu keluarkan haba secara berkesan.

Angin Sejuk Tapi Tak Kuat

Anda pulas tombol ke maksimum tapi angin yang keluar, “sepoi-sepoi bahasa”. Dalam keadaan ini, ia mungkin disebabkan motor hembus yang tak berpusing pantas. Satu lagi kemungkinan adalah jadi penapis udara dalam kabin tersumbat kerana dipenuhi habuk.

Angin Berbau Busuk

Bau hapak macam almari lama bila hidupkan pendingin hawa selalunya disebabkan kulapuk atau kulat. Mereka sukakan tempat lembab yang bermakna sistem penyejuk tak kering dengan sempurna. Ia bukan saja buat keadaan kabin tak selesa malah boleh membahayakan kesihatan.

Bunyi Luar Biasa

Bunyi gerodak, detik, ciut dan ketuk yang luar biasa bila aircond berjalan jangan buat tak endah. Ia mungkin berpunca daripada komponen yang longgar, tali sawat yang dah reput, motor hembus bermasalah, pemampat yang dah nak rosak.

Kecekapan Bahan Api Menurun

Satu tangki penuh RON95 dah tak boleh gerak sejauh dulu? Sistem aircond boleh jadi punca. Apabila sistem aircond kotor, sumbat, atau bermasalah, enjin perlu kerja lebih keras untuk gerakkan pemampat. ia wujudkan beban tambahan kepada enjin untuk jana kuasa yang perlu disalurkan pada sistem aircond.

Tak pasti nak buat apa? Hantar saja ke BGarage

Sistem aircond kereta anda terdiri daripada pelbagai komponen kecil. Kalau nak cari punca utama isu yang anda hadapi tidaklah semudah dijangka. Mungkin isu yang nampak remeh akan menjadi punca ke masalah yang lebih besar seperit kerosakan pemampat atau kebocoran gas.

260616-bgarage-facade.webp

Kalau anda tak pasti nak buat apa, lebih bagus kalau anda biar juruteknik professional tanganinya. Juruteknik di BGarage ada kepakaran diagnostik dan peralatan professional untuk kenal pasti isu dengan tepat dan sarankan apa yang perlu dilakukan supaya masalah lebih besar dan lebih mahal menimpa anda.

Jangan tunggu sehingga aircond anda punah ranah. Hubugi BGarage atau WhatsApp ke +6011-4008 6008 untuk tempah slot pemeriksaan pendingin hawa kereta anda. Pastikan perjalanan anda sentiasa nyaman dan sejuk dengan BGarage.

Avatar

Hanif Azrai

Let’s share to:

Seterusnya