4 Aug 2025

Mamak Terbaik di Kuala Lumpur Port Wajib Lepak

Cover image

Kalau sebut pasal mamak, pasti semua rakyat Malaysia boleh relate. Sama ada nak lepak dengan member lepas futsal, cari makan tengah malam, atau sekadar nak minum teh tarik sambil tengok bola. Mamak memang jadi port utama setiap lapisan masyarakat di negara ini.

Kebanyakan daripada kita akan lepak mamak selepas melakukan aktiviti berkumpulan seperti badminton, futsal atau jogging. Anak-anak muda zaman sekarang pun dah ada "culture" lepak mamak main PUBG atau Mobile Legends ramai-ramai sambil charge phone dan menggunakan WiFi percuma yang disediakan.

Mamak Terbaik di Kuala Lumpur Yang Wajib Singgah

Macam mana mamak sentiasa ada bila kita perlukan, macam tu jugak lah Bateriku yang sedia membantu 24/7 bila kereta anda ada masalah tepi jalan. Dengan lebih 220 Pitstop seluruh negara, kami sentiasa ready!

Kenapa Mamak Jadi Port Favourite?

  • Buka 24 jam – Anytime boleh datang, tak payah risau tutup kedai.
  • Pelbagai menu yang disediakan – Dari nasi kandar, maggi goreng, roti canai sampai ke teh ais viral semua ada.
  • Lepak lama tak kisah – Tak ada had masa, boleh duduk borak sampai pagi.
  • Sesuai untuk semua – Sama ada datang seorang, berdua atau ramai-ramai pun okay.

Sejarah Ringkas Mamak

Mamak ialah orang India yang beragama Islam atau India Muslim yang datang berdagang di Tanah Melayu sejak dahulu lagi. Perkataan mamak itu bermaksud "pak cik" dalam bahasa Tamil. Disebabkan kedatangan mereka yang telah lama, maka strategi perniagaan pun bertambah baik dan menepati kehendak atau permintaan orang ramai terutamanya di kawasan Lembah Klang.

Tujuan asalnya untuk menjual makanan kepada pekerja shift yang kerja malam. Sekarang ni, tiap-tiap blok kedai mesti ada mamak, lagi-lagi kedai corner. Kini, bukan orang tempatan je, pelancong pun suka lepak mamak sebab nak try roti tisu, nasi kandar, nasi lemak dan teh tarik.

Roti Tisu Viral Among Tourist.webp (Sumber: YouTube (채널S))

Senarai Port Mamak Terbaik di KL

Jika anda berkelapangan atau memang mencari mamak untuk disinggah, ikuti senarai dibawah dan pilih mengikut kriteria anda.

1. Pelita Nasi Kandar, Jalan Ampang

Mamak paling legend di KL. Kalau duduk area Ampang atau kerja sekitar KLCC, confirm tahu tempat ni. Famous dengan nasi kandar dia yang kaw dan ayam goreng berempah dia.

  • Lokasi: 149, Jalan Ampang, 50450 KL
  • Waktu Operasi: 24 Jam

2. NZ Curry House, KLCC

Terletak dekat-dekat Menara Berkembar Petronas. Port favorite bila habis event atau kerja malam. Teh tarik dia padu, dan maggi goreng dia antara yang terbaik.

  • Lokasi: 20, Jalan Ampang, 50450 KL
  • Waktu Operasi: 24 Jam
  • Bateriku Keramat: 6km sahaja

3. Restoran Darussalam, SS15 Subang

Port student sebab dekat dengan kolej dan universiti. Harga okay, portion besar, roti naan cheese dia memang padu.

  • Lokasi: Jalan SS15/8b, Subang Jaya
  • Waktu Operasi: 24 Jam

Top Mamak In KL-2.webp

4. Mahbub, Bangsar

Lagenda nasi briyani ayam madu. Kalau hujung minggu memang ramai gila orang. Sesuai kalau nak makan heavy dan lepak santai.

  • Lokasi: 15, Lorong Ara Kiri 1, Bangsar
  • Waktu Operasi: 7 pagi - 1 pagi
  • Bateriku Bangsar: 3km sahaja

5. Q Bistro, Setapak

Lain sikit dari mamak biasa, tapi vibe dia mantap. Ada aircond dan ambience selesa. Makanan dia moden sikit, tapi tetap "mamak feel".

  • Lokasi: Jalan Genting Klang, Setapak
  • Waktu Operasi: 24 Jam

6. Syed Bistro, Bukit Gasing

Kalau suka nasi Arab atau nasi briyani kambing, ni tempat dia. Boleh makan sambil tengok bola dalam restoran yang luas.

  • Lokasi: 1, Jalan Bukit Gasing, PJ
  • Waktu Operasi: 8 pagi - 12 tengah malam

7. Restoran Hakim, Shah Alam

Port anak muda Shah Alam. Maggi goreng, roti boom dan teh tarik dia memang steady. Parking pun senang.

  • Lokasi: Seksyen 7 Shah Alam
  • Waktu Operasi: 24 Jam

Top Mamak In KL-3.webp (Sumber: FB Restoran Hakim)

Bateriku: Sentiasa Bersama Anda Macam Mamak

Mamak ni dah jadi tempat kita bergantung. Sama macam tu, Bateriku juga sentiasa ada bila anda perlukan bantuan tepi jalan, sama ada tayar pancit, kunci hilang, atau nak tukar bateri.

Apa yang Bateriku tawarkan:

  • Pemeriksaan bateri percuma
  • Bantuan tepi jalan 24/7
  • Lebih 220 Pitstop seluruh negara
  • Waranti sampai 12 bulan
  • Boleh book melalui App, Website, Setel, TnG eWallet

So, kalau mamak jadi tempat anda lepak bila lapar atau boring, Bateriku adalah tempat untuk anda cari bila kereta buat hal. Nak rasa mamak paling best dekat KL? Try semua dalam senarai ni. Dan jangan lupa, check bateri kereta sebelum keluar malam-malam, nanti tersadai tepi jalan tak sempat pula nak lepak dengan kawan-kawan. Lepak selamat, drive pun selamat.

Avatar

Hazzim Nasir

Let’s share to:

Seterusnya