Proton telah lancarkan sebuah SUV baharu dan ia adalah pelancaran pertama mereka dalam tahun 2026. Proton X70 MC3 dilancarkan bulan selepas versi facelift diumumkan dalam bulan Ogos 2024 tempoh hari.
Walaupun MC merujuk kepada minor change, perubahan yang diterima agak besar iaitu pertukaran daripada enjin 3 silinder kepada 4 silinder bertekonologi Intelligent Green Technology (i-GT). Enjin ini terlebih dahulu digunakan pada Proton X50.

Harga Proton X70 MC3 di Malaysia
Sebelum ini, penawaran Proton biasanya terbahagi kepada 4 iaitu Standard, Executive, Premium and Premium X. Untuk pelancaran kali ini, Proton perkecilkan pilihan yang ada. Buat yang berminat, dua opsyen yang boleh dipertimbang adalah Executive dan Premium. Harga Proton X70 MC3 untuk pasaran Malaysia adalah seperti berikut:
- Proton X70 MC3 Executive - RM99,800
- Proton X70 MC3 Premium - RM112,800
Promo Proton X70 MC3
Seperti biasa, ada promo pelancaran diadakan untuk menarik minat pembeli awal. 1,500 tempahan pertama dan sebelum 31 Mac 2026 akan terima rebat pelancaran sebanyak RM7,000 . Jadi, harga promosi dalam tempoh terhad untuk X70 MC3 adalah serendah RM92,800.

Daripada segi harga, Proton X70 MC3 agak selesa dalam gelanggan segmen C SUV kelas pertengahan. Ada banyak pesaing dengan dimensi ataupun harga setara dengannya.
Perbandingan harga Proton X70 MC3
Model yang paling mampu milik adalah Perodua Aruz dengan harga permulaan RM72,800 ataupun yang lebib premium dan mainstream, Honda CR-V pada harga serendah RM159,900.
Lain-lain model yang boleh juga diberi perhatian adalah seperti Chery Omoda 5 (RM116,800), Mazda CX-5 (RM133,300), Toyota Corolla Cross (RM140,800), dan Subaru XC (RM155,300).
Selain itu, Proton X70 2026 juga terima pakej pembelian komprehensif yang meliputi pelbagai aspek:
- Pro-Warranty: Jaminan 5 tahun tanpa had perbatuan berserta upah percuma untuk penyelenggaran sebanyak 6 kali.
- Pro-Connect: Sambungan Internet percuma untuk kereta selama 5 tahun dengan kuota 2GB/bulan.
- Pro-Finance: Kemudahan kewangan fleksibel, pinjaman selama 9 tahun dengan kadar serendah 2.2% dengan pinjaman sehingga 90% daripada harga kereta.
- Pro-Trade-In: Kemudahan tukar beli dengan rebat sehingga RM2,000.
- Pro-Shield: Perlindungan insurans yang dinaik taraf seperti ada perlindungan bencana, kemalangan peribadi, perlindungan banjir, dan banyak lagi.
- Pro-Accesories: Pembeli awal akan terima pelbagai aksesori bernilai lebih RM700.
Saiz Proton X70 2026 vs. Pesaing Lain
Proton X70 ada saiz yang sedang-sedang. Sesuai untuk perjalanan jauh dan praktikal juga untuk pemanduan dalam bandar. Ia ada ukuran 4,532 mm x 1,832 mm x 1,694 dan jarak gamndar 2,670mm.
Untuk ukuran sebegitu, ia duduk antara Honda HR-V dan CR-V pada segi saiz. Ia juga lebih pendek daripada Mazda CX-5 tapi lebih panjang berbanding Chery Omoda 5 dan Perodua Aruz. Proton X70 juga lebih lebar berbanding Aruz dan Subaru XV tapi lebih kurus berbanding CX-5 dan CR-V.
Perubahan besar Proton X70 2026: Enjin 4 Silinder
Perubahan terbesar Proton X70 MC3 2026 berbanding model-model sebelum ini adalah pada kehadiran enjin baharu. Proton X70 kini gunakan enjin 4 silinder turbo 1.5L berteknologi i-GT. Ia berikan output setinggi 178hp dan 290Nm iaitu kira-kira 14% peningkatan prestasi berbanding enjin lama.

Penggunaan enjin 4 silnder dikatakan ada manfaatnya tersendiri selain prestasi. Proton katakan yang bunyi dan gegaran dikurangkan sehingga 4.5% yang bermakna memandu Proton X70 adalah lebih senyap. Salah satu komponen yang menyumbang kepada penambahbaikkan ini adalah timing chain dengan rekaan baharu.
Dipadukan pula dengan sistem transmisi 7 kelajuan DCT, kombinasi ini didakwa jadikan X70 lebih jimat bahan api. Angka yang dikongsikan Proton adalah 6.9L/100km berbanding 7.3L/100km sebelum ini.

Proton X70 ditala untuk jalan raya Malaysia
Kedengaran klise tetapi sejak Proton X70 masuki pasaran Malaysia dalam tahun 2018, model yang masuk hanyalah rebadge dengan perubahan kosmetik. Tapi untuk model 2026, dikatakan yang jurutera Proton ada lakukan penalaan suspension untuk kurangkan hingar dan tambah baik kekuatan gandar belakang disamping penalaan juga dilakukan pada stereng untuk capai gerak balas pemanduan yang sesuai untuk pengguna di Malaysia.

Satu lagi perubahan yang boleh pengguna nampak adalah tayar Continental UltraContact UC6 yang jadi tayar stock model-model sebelum ini telah digantikan dengan Giti GitiComfort F50. Ia mungkin disebabkan penutupan kilang tayar Continental di Alor Setar yang sebabkan bekalan tayar tidak dapat memenuhi permintaan.
Perbezaan Proton X70 Executive vs. Premium
Proton X70 Executive adalah varian paling murah boleh didapatkan dalam pasaran bermula sekarang. Padanya anda boleh temukan rim aloi 18”, wiper automatik, kerusi pemandu elektrik, corong pengudaraan dalam kerusi barisan depan, kemasan kulit sintetik, sensor pakir depan dan belakang, cermin pandang belakang autogelap, kamera 360 darjah, dan pintu but elektrik.

Kalau anda pergi ke varian premium, ada dapat beberapa naik taraf, bermula dengan rim 19” yang lebih besar. Kemudian, kerusi penumpang depan juga ada fungsi motor elektrik disamping pencahayaan kabin 72 warna. Walau bagaimanapun, anda mungkin rasakan terdapat elemen penjimatan kos pada MC3 berbanding generasi lepas. Ia kini guna kulit sintetik untuk gantikan kulit napa untuk kemasan keliling. Satu lagi yang tiada adalah sunroof yang dah tiada lagi pada mana-mana varian Proton X70.

Lagi ciri tambahan yang ada pada varian Premium tapi tiada pada varian Executive adalah ADAS. Ia sedikit mengejutkan untuk sebuah kereta yang berharga hampir RM100,000 tapi tiada ciri adaptive autocruise, apatah lagi stop-and-go. Untuk ADAS, anda akan temui ciri seperti lane centering assist, traffic sign recognition, dan auto high beam.

Bateri Astra untuk Proton X70 2026
Berdasarkan carian, bateri yang digunakan dalam Proton X70 yang tergolong dalam program Proton Genuine Parts mempunyai spesifikasi 85D26L dengan CCA 660.

Bateri Astra yang memenuhi spesifikasi bateri asal adalah Astra S95 (125D26L) EFB.

Anda boleh perhatikan angka CCA yang lebih tinggi iaitu 780 berbanding 660 pada bateri asal. Walaupun gunakan bateri yang ada CCA lebih tinggi daripada bateri asal tak berikan sebarang naik taraf prestasi, namun daripada segi kepraktikalan adalah baik. Bateri kehilangan CCA seiring dengan masa. Jadi, bateri dengan CCA 660 akan “kong” lebih cepat berbanding bateri CCA 780.
Hubungi Bateriku untuk pertukaran bateri Proton X70 anda yang seterusnya.

