22 Jul 2025

Lokasi Durian Terbaik Untuk Dikunjungi di Malaysia

Cover image

Salah satu musim yang paling dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia ialah musim durian! Pengalaman makan durian di bawah khemah bersama keluarga dan rakan-rakan menjadikan musim ini sangat meriah. Setiap lapisan masyarakat di Malaysia tanpa mengira umur dan bangsa akan menikmati raja buah ini bersama-sama.

Setiap kali musim durian tiba, jalan-jalan di sekitar bandar akan dipenuhi dengan gerai-gerai buah menunggu lori-lori untuk tiba dari dusun atau ladang. Penggemar buah durian pula akan memenuhi gerai ini dengan suasana 'healing' sambil duduk di atas kerusi plastik menikmati raja buah di bawah sinaran bulan pada waktu malam.

Lokasi Durian Terbaik Untuk Dikunjungi di Malaysia

Tapi, pernah tak anda terfikir untuk menikmati durian segar secara terus dari dusun itu sendiri? Kali ini kami kongsikan beberapa lokasi durian terbaik di Malaysia yang wajib anda kunjungi untuk merasai pengalaman durian yang sebenar.

Sebelum ke lokasi, jom kenali beberapa jenis durian popular di Malaysia:

  1. Musang King (Raja Kunyit): Berasal dari Kelantan, isi berwarna kuning terang, berkrim dan pahit manis.
  2. Black Thorn: Berasal dari Pulau Pinang, isi berwarna oren pekat, mempunyai rasa manis dengan sedikit pahit.
  3. Udang Merah: Berasal dari Balik Pulau, rasa manis berlemak, isi lembut.
  4. D24 (Sultan): Isi berwarna pucat kekuningan, mempunyai tekstur padat dan rasa sederhana pahit.
  5. XO: Mirip D24 tetapi lebih kuat bau dan rasa pahit.
  6. Durian Kampung: Pelbagai variasi tempatan, biasanya lebih murah dan rasa bergantung pada jenis.
  7. Durian Labu: Isi berwarna kuning cerah, Mempunyai tekstur yang lembut dan sedikit pahit.

Bukan itu sahaja, terdapat juga durian-durian eksotik dari kepulauan Borneo seperti Durian Isu, Durian Pakan, Durian Kulit Merah, dan Durian Kura-kura.

Bateriku Durian Season-2.webp

Lokasi Dusun Durian Terbaik di Malaysia

1. Raub, Pahang

Raub terkenal sebagai "kubu kuat" Musang King. Dengan iklim tanah tinggi dan tanah yang subur, dusun durian di Raub menghasilkan durian jenis Musang King yang berkualiti tinggi. Antara dusun yang boleh anda kunjungi ialah Raub Durian Orchard.

  • Jenis durian: Musang King, D24, D2, Durian Kampung
  • Jarak: 1-2 jam dari Kuala Lumpur

2. Batu Kurau, Perak

Terletak berhampiran Taiping, Batu Kurau terkenal dengan duriannya yang besar dan manis. Durian Batu Kurau mempunyai gred tersendiri dan perlu ditempah awal kerana permintaan tinggi. Anda juga perlukan kepakaran orang tempatan untuk mengenali durian batu kurau yang terbaik.

  • Jenis durian: Durian Batu Kurau, D101, D13
  • Jarak: 2-3 jam dari Kuala Lumpur

3. Balik Pulau, Pulau Pinang

Terkenal sebagai lokasi pelancongan, Balik Pulau juga merupakan syurga bagi pencinta durian. Gabungan angin laut, tanah berbukit dan sinaran matahari menjadikan durian di sini sangat unik rasanya.

  • Jenis durian: Udang Merah, Raja Kunyit, Labu, Hor Lor
  • Jarak: 2-3 jam dari Kuala Lumpur

Anda boleh sertakan juga aktiviti food hunting sepanjang hari ketika berada di Pulau Pinang. Misalnya, pada waktu pagi anda boleh menikmati sarapan roti canai, makan tengah hari nasi kandar, minum petang sambil makan durian, dan char kuey teow atau pasembur untuk makan malam!

4. Gurun, Kedah

Gurun merupakan satu kawasan yang semakin dikenali dengan dusun duriannya. Beberapa dusun kini dibuka kepada pengunjung untuk merasai sendiri pengalaman 'farm to table'. Pengalaman memandu ke utara sambil menikmati pemandangan yang indah di tepi sawah bakal menambah keseronokan makan durian di negeri ini.

  • Jenis durian: D99, D24, D13, dan durian kampung
  • Jarak: 4-5 jam dari Kuala Lumpur

5. Segamat, Johor

Segamat dikenali sebagai pusat pertanian Johor dan mempunyai banyak dusun durian termasuk dusun-dusun persendirian. Jangan lupa cuba durian dengan pulut santan di sini!

  • Jenis durian: D101, XO, D24
  • Jarak: 2-3 jam dari Kuala Lumpur

6. Gua Musang, Kelantan

Gua Musang mempunyai ladang durian terbesar di Malaysia yang direkodkan setakat ini, lebih 3,000 hektar! Sesuai untuk anda yang mahukan pengalaman menjelajah dusun sambil menikmati raja buah.

  • Jenis durian: Musang King, D13, D101
  • Jarak: 6-7 jam dari Kuala Lumpur

7. Sarawak (Bonus: Durian Eksotik Borneo)

Sekiranya anda merupakan seorang yang ingin mencuba sesuatu yang baharu, berikut adalah senarai durian-durian eksotik yang boleh anda cuba dari Sarawak seperti:

  • Durian Isu (rasa pedas dan manis)
  • Durian Kulit Merah (kulit berwarna merah terang)
  • Durian Isi Merah (isi merah, rasa lebih pekat)
  • Durian Pakan (kecil dan rasa manis)

Tips Memilih Durian Yang Sedap

Sebelum membeli durian, ikuti panduan di bawah untuk memilih buah durian yang sedap dan memuaskan:

  • Bau: Hidu bahagian bawah durian, aroma kuat petanda isinya masak.
  • Goncang: Kalau bunyi “gedebuk”, isinya sudah masak.
  • Berat: Durian yang ringan biasanya sudah masak.
  • Bentuk: Durian bulat biasanya lebih banyak isi.
  • Tangkai: Tangkai segar dan pendek menunjukkan ia baru gugur.

Bateriku Durian Season-3.webp

Singgah di Bateriku Sebelum Bertolak!

Musim durian memang menyeronokkan, tapi jangan sampai tersadai di tepi jalan! Pastikan kenderaan anda dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan yang jauh dalam menceri durian terbaik .

  • Pemeriksaan bateri percuma di lebih 200 Pitstop seluruh negara
  • Perlindungan GPA Takaful sehingga RM7,000 (Astra Battery sahaja)
  • Jaminan Bateri Seluruh Negara
  • Boleh diakses melalui aplikasi Setel, Touch 'n Go & Flexi Parking

Kini, anda tidak perlu risau jika sebarang masalah kenderaan berlaku semasa anda menjelajah ke dusun pilihan anda kerana perlindungan sepanjang jalan disediakan oleh Bateriku.

Avatar

Hazzim Nasir

Let’s share to:

Seterusnya