Malaysia terkenal dengan kepelbagaian kaum dan budaya bermakna setiap hari ada sahaja benda yang akan diraikan daripada mula tahun dengan Tahun Baharu hinggalah perayaan bersifat budaya seperti Hari Raya, Tahun Baru China, Deepavali, Krismas dan sebagainya. Dalam Lembag Klang, biasanya perayaan ini disambut besar-besaran dan melibatkan bunga api.
Artikel ini akan kongsikan kepada anda lokasi terbaik untuk anda saksikan pertunjukan bunga api di Lembah Klang. Bukan setakat lokasi terbaik, tempat parking terbaik, dan tips untuk layan bunga api dengan selamat dan selesa.
Perayaan di Malaysia yang biasanya ada bunga api
Penduduk di Malaysia tak perlu susah-susah dapatkan bunga api sendiri kerana negara kita ada banyak perayaan yang melibatkan bunga api. Antara yang popular adalah:
- Hari Kebangsaan - Perayaan yang disambut di seluruh negara meraikan ulang tahun Tanah Melayu beroleh kemerdekaan daripada British.
- Tahun Baru - sambutan sarwajagat menandakan ketibaan 1 Januari pada kalendar
- Tahun Baru Cina - bunga api dan mercun untuk menarik kekayaan mengikut kepercayaan kaum Cina
- Hari Raya Aidilfitri - roket dan bunga api sebagai penyeri selepas solat terawih
- Hari Deepavali - festival cahaya kaum India
- Hari Krismas - tak lagi jadi sambutan keagamaan tetapi kebudayaan yang disambut bukat Kristian juga
Bukan sahaja ada sesi bungai api yang kerap, anda mungkin tak perlu pergi jauh untuk menontonnya kalau tahu di mana nak lihat. Pertunjukkan bungai api yang seterusnya mungkin boleh ditonton daripada rumah anda sahaja.
7 lokasi terbaik tonton bunga api di Lembah Klang
1. KLCC Park
KLCC terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Ia paling senang diakses daripada segenap pelosok arah sama ada menggunakan pengangkutan awam ataupun bawa kenderaan sendiri. Maka dengan sebab itu, setiap kali perayaan, kawasan ini akan sesak teruk. Lokasi ini terkenal dalam kalangan muda mudi dan kurang sesuai untuk keluarga kerana khalayaknya lebih bertenaga.

Stesen LRT/MRT yang berhampiran dengan KLCC adalah stesen KLCC laluan Kelana Jaya dan untuk yang bawa kenderaan sendiri, ada banyak lokasi tempat letak kenderaan seperti Suria KLCC, KLCC Park, Kuala Lumpur Convenion Centre, Menara ExxonMobil, Mandarin Hotel, dan lain-lain bangunan pejabat berhampiran.
📍 Bateriku Pudu, Bateriku Desa Pandan
2. Ampang Lookout Point
Ampang Lookout Point (Titik Tinjau Ampang) adalah lokasi terkenal untuk menikmati pemandangan Kuala Lumpur dari jauh. Berada di sana bermakna anda mungkin boleh tonton beberapa pertunjukkan bunga api serentak.

Lokasi ini sedikit jauh daripada pusat bandar dan akses pengangkutan awam agak terhad. Jadi ramai pengunjung datang dengan kenderaan sendiri. Parkir khas untuk kenderaan juga tiada sebaliknya pengunjung biasanya parkir di bahu jalan sahaja.
Titik TInjau Ampang biasanya dikunjungi golongan yang lebih suka kesejukan hutan dan tak mahu bersesak dengan orang ramai di KLCC. Pengunjung berkeluarga juga sukakan lokasi ini kerana anak-anak tak perlu keluar kenderaan dan boleh tonton bunga api dengan selesa.
3. Taman Tasik Titiwangsa
Taman Tasik Titiwangsa menyajikan pemandangan bangunan tinggi Kuala Lumpur di latar dan air yang tenang di bahagian depan. Sebagai taman rekreasi dengan tasik, sudut pandang yang pengunjung peroleh adalah luas. Ia jadikan pengunjung juga berpeluang untuk lihat lebih daripada satu pertunjukan bunga api selain daripada sesi yang berlangsung di perkarangan tasik.

Lokasi ini terkenal dalam kalangan pengunjung berkeluarga kerana kemudahan parkir kenderaan yang mencukupi dan murah. Selain pertunjukan bunga api, ada juga aktiviti-aktiviti lain yang boleh disertai kanak-kanak sementara menunggu.
4. Dataran Merdeka
Dataran Merdeka adalah tempat berlangsungnya sambutan Hari Merdeka 1957. Ramai yang berkunjung ke sini untuk menghidupkan nostalgia zaman dulu-dulu di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad. Padang yang luas dihadapannya adalah tempat sesuai untuk berhimpun dan akses pengangkutan awam yang mudah juga menjadi salah satu faktor penarik.

Yang berkunjung menggunakan pengangkutan awam bolehlah turun di stesen Masjid Jamek (laluan Kelana Jaya) ataupun stesen Bandaraya (laluan Sri Petaling / Ampang). Di bawah dataran sendiri ada parkir kenderaan bawah tanah untuk kemudahan ataupun kemudahan berhampiran seperti kompleks Dayabumi.
📍 Bateriku Pudu, Bateriku Desa Pandan
5. Changkat Tunku Lookout Point
Titik Tinjau Changkat Tunku adalah lokasi untuk yang nak tonton bunga api daripada jauh. Ia sama konsepnya seperti Titik Tinjau Ampang tadi tapi ia terletak lebih hampir dengan Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun, lokasinya di dalam kawasan perumahan elit dan ruang cerap yang sempit jadikannya tak begitu popular dalam kalangan pengunjung.

Tapi, lokasi ini sangat terkenal dalam kalangan jurugambar kerana banyak hasil gambar Kuala Lumpur yang cantik-cantik, majoritinya diambil daripada sini. Satu lagi kelemahan lokasi ini adalah akses pengangkutan awam yang emlah. Sama ada pergi dengan kenderaan sendiri ataupun gunakan perkhidmatan seru pandu seperti Grab.
6. i-City, Shah Alam
Selain Kuala Lumpur, ada beberapa lagi lokasi yang boleh anda pertimbangkan untuk tonton pertunjukan bunga api. Tak sampai 30 minit memandu daripada pusat bandar Kuala Lumpur, anda akan tiba di Shah Alam dan cari i-City kerana ia juga adalah lokasi yang kerap adakan pertunjukan bunga api untuk keramaian. Disebabkan i-City adalah sebuah pusat beli belah, anda boleh jangkakan parkir yang mencukupi.

Sementara menunggu, i-City juga ada beberapa tarikan menarik yang boleh dilawati seperti WaterWorld, SnoWalk, Sky, Immersion Winterland, Digital Sports Arena, Red Carpet 2, Kidz World, SportStars, MySports, Fun Fun, dan Race Karting.
7. Putrajaya

Akhir sekali adalah Putrajaya, pusat pentadbiran Malaysia. Kawasan ini tak banyak bangunan tinggi, jadi ada banyak lokasi menarik untuk tonton pertunjukan bunga api, contohnya Dataran Millenium ataupun tepian tasik sekitar Masjid Besi. Parkir selepas waktu pejabat tidak akan berikan masalah kepada pengunjung dan jaringan pengangkutan awam juga ada untuk kegunaan.
Tips tonton bunga api di Lembah Klang
- Datang awal - lokasi terkenal dan mudah akses selalunya akan penuh lebih awal terutamanya untuk keraian besar sepreti Tahun Baru dan Hari Kebangsaan.
- Rancang perjalanan - periksa Waze, Google Maps terlebih dahulu untuk bertembung dengan jalan ditutup akibat perayaan.
- Guna pengangkutan awam - tak perlu runsing tentang parkir mahal atau kenderaan ditunda kerana parkir merata-rata.
- Pilih lokasi yang sesuai - keluarga yang tak mahu bersesak dengan khalayak muda boleh pilih lokasi yang luar sedikit daripada pusat bandar.
- Jangkakan cuaca buruk - bawa payung ataupun baju hujan sekiranya cuaca tiba-tiba berubah arah.
Kereta tersadai lepas tonton bunga api?
Trafik sesak ataupun tak lancar sewaktu lepas tonton pertunjukan bunga api mungkin boleh beri kesan pada bateri kereta. Lebih parah, tersadai pada waktu tengah malam tanpa bantuan. Sekiranya perkara itu berlaku, hubungi talian bantuan Bateriku yang menyediakan perkhidmatan tukar bateri, jump-start, dan juga bantuan tepi jalan yang meliputi keseluruhan Lembah Klang termausklah Putrajaya.

Lihat senarai lengkap perkhidmatan Bateriku.

