2 Jan 2026

Kod Promo Bateriku 2026: Diskaun Bateri Kereta & Motor

Cover image

Sedang mencari bateri kereta atau motosikal baru? Anda berada di tempat yang betul. Di Bateriku.com, kami sentiasa mencari peluang untuk menghargai pelanggan setia kami dan menyokong lebih ramai rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan di atas jalan raya.

Sebagai tanda penghargaan terhadap kepercayaan anda selama ini, kami menawarkan pelbagai diskaun dan kod promo eksklusif yang boleh digunakan dengan serta-merta. Sama ada anda seorang pelajar, bekerja sebagai penghantar makanan, atau pemandu harian, gunakan kod promosi ini dan nikmati servis bateri terus ke lokasi anda oleh BHero kami.

Promosi & Diskaun Terkini Bateriku: Tukar Bateri Kereta atau Motor Anda Dengan Harga Jimat!

Dapatkan diskaun tambahan sebanyak RM20 bila anda jual bateri lama kepada Bateriku semasa penukaran bateri. Berjimat sambil menjaga alam sekitar dengan mudah, cepat dan berbaloi bersama kami.

Kod Promo Terkini Bateriku (2026)

1. Petron App

Petron Malaysia ialah jenama petroleum terkemuka yang semakin berkembang di rantau Asia. Melalui aplikasi Petron Mobile App, pengguna menikmati kelebihan keahlian, ganjaran, serta jaringan stesen minyak luas melebihi 700 stesen Petron seluruh negara. Kini, sebagai rakan kolaborasi kami, pengguna Petron Mobile App boleh mendapat:

2. bTaskee

bTaskee ialah aplikasi servis rumah dan keperluan harian terkenal di Asia Tenggara. Bermula di Vietnam dan kini meluaskan operasi ke negara seperti Malaysia, Thailand dan Indonesia, bTaskee memudahkan kehidupan harian dengan servis seperti pembersihan, penyelenggaraan rumah, dan banyak lagi.

Dengan kerjasama ini, pengguna bTaskee Malaysia kini boleh menikmati promosi penggantian bateri melalui Bateriku secara eksklusif dalam aplikasi mudah, pantas dan dipercayai, sesuai untuk gaya hidup moden.

3. Mutiara X

Mutiara X ialah aplikasi keahlian dan gaya hidup di bawah Mutiara Spaces & Boustead Properties, menawarkan pelbagai keistimewaan dalam rantaian rakan kongsi mereka.

Antara manfaat utama untuk ahli Mutiara X termasuk:

  • Promosi & diskaun khas di The Curve Mall
  • Tawaran istimewa di Royale Chulan Hotels & Resorts (F&B & penginapan),
  • Akses awal kepada projek hartanah & promosi daripada Boustead Properties.

Kini, melalui kolaborasi ini, ahli Mutiara X boleh menebus tawaran istimewa Bateriku menjadikan penjagaan kereta atau motosikal lebih mudah dan menjimatkan.

4. LaLaport BBCC

LaLaport Bukit Bintang City Centre, kompleks beli-belah inspirasi Jepun di pusat bandar KL, menampilkan pelbagai jenama, kedai, dan pengalaman gaya hidup moden.

Kini, pengunjung boleh menikmati diskaun eksklusif untuk pembelian bateri kereta melalui Bateriku menjadikan servis bateri berkualiti lebih mampu milik dan mudah didapati dalam satu klik.

5. Pulse x Rapid KL

Rapid KL ialah penyedia pengangkutan awam utama di Kuala Lumpur dan Lembah Klang. Diuruskan oleh Prasarana Malaysia Berhad, mereka menghubungkan bandar dan kawasan sekitarnya melalui sistem MRT, LRT, Monorel dan BRT.

Dengan liputan luas dan sistem yang terintegrasi, Rapid KL memudahkan pergerakan harian jutaan rakyat Malaysia. Kalau anda merupakan seorang pengguna pengangkutan awam dan tiba-tiba kereta tak boleh start sebab bateri kong, jangan risau kami ada kerjasama dengan Rapid KL untuk bantu korang semula bergerak dengan promosi berikut:

6. RHB Bank

Kumpulan Perbankan RHB merupakan antara bank utama di Malaysia dengan kehadiran kukuh di Asia Tenggara. Dengan lebih 14,000 kakitangan di 7 negara, RHB menawarkan pelbagai produk perbankan seperti pinjaman, perbankan Islam dan insurans.

RHB sentiasa utamakan pelanggan dan terkenal dengan pendekatan yang mesra dan mudah. Sebagai tanda penghargaan, pelanggan RHB kini boleh nikmati diskaun eksklusif untuk pembelian bateri kereta baharu.

7. MAHSA University

MAHSA University diasaskan pada tahun 2004 oleh Senator Prof. Tan Sri Dr. Hj. Mohamed Haniffa dengan misi untuk membina pusat pendidikan bertaraf tinggi di Asia Tenggara. Kini, MAHSA menawarkan pelbagai program dari diploma hingga PhD dalam bidang perubatan, kejururawatan, farmasi, perniagaan, IT dan banyak lagi. Untuk warga pelajar dan kakitangan MAHSA, kami ingin memastikan perjalanan anda lebih selamat dengan tawaran ini:

8. Foodpanda

Foodpanda bermula di Singapura pada 2014 dan kini terkenal di seluruh Asia. Selain makanan, mereka juga menyediakan khidmat penghantaran barangan runcit terus ke pintu anda, semua hanya melalui aplikasi. Dari penghantar makanan yang berdedikasi, Foodpanda memudahkan kehidupan seharian. Dalam masa yang sama kami berkongsi satu gerakan iaitu menghargai pekerja gig, kami berganding bahu dengan Foodpanda untuk beri ganjaran kepada anda semua.

9. Grab

Grab bukan sekadar aplikasi e-hailing. Kini ia jadi superapp yang tawarkan servis penghantaran makanan, pembayaran, kewangan, dan banyak lagi. Dengan jutaan pengguna di 8 negara, Grab memudahkan hidup ramai orang.

Sama seperti Grab yang bantu anda bergerak, Bateriku juga nak pastikan kereta anda sentiasa bersedia. Dapatkan diskaun ini sekarang:

10. COMBI

COMBI atau Communication for Behavioural Impact ialah inisiatif Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mempromosikan gaya hidup sihat dan mencegah penyakit berjangkit. Sebagai sokongan terhadap kempen kesedaran ini, kami turut sediakan promosi khas untuk anda:

11. Supamala Hotpot

Supamala Hotpot adalah restoran gaya hotpot yang makin digemari rakyat Malaysia. Sama macam anda nikmati makanan panas-panas dengan selesa, anda juga boleh nikmati perjalanan yang lancar dengan bateri baharu.

12. Carsome

Carsome ialah platform jual beli kereta terpakai terbesar di Asia Tenggara, beroperasi di Malaysia, Indonesia, Thailand dan Singapura. Dari pemeriksaan hingga pindah milik, semuanya mudah dan telus.

Carsome dikenali dengan servis menyeluruh dan pengalaman pelanggan yang terjamin. Sebagai rakan kerjasama Bateriku, pelanggan Carsome juga boleh nikmati diskaun hebat:

13. Kad Pekerja MADANI

Kad Pekerja MADANI ialah inisiatif digital di bawah Kementerian Sumber Manusia (MOHR) yang diperkenalkan untuk menghargai pekerja yang merupakan ahli kesatuan sekerja berdaftar.

Melalui kad ini, pemegang boleh menikmati diskaun sehingga 30% di lebih 100 jenama rakan kerjasama termasuk barangan runcit, makanan & minuman, pakaian, perkhidmatan kereta dan lain-lain. Pemegang Kad Pekerja MADANI akan menikmati RM20 diskaun di Bateriku.

14. Cuti Sekolah

Bersempena cuti sekolah, Bateriku ingin memastikan anda tidak perlu risau untuk bergerak ke mana sahaja destinasi yang ingin ditujui. Oleh itu, kami ingin memberikan diskaun eksklusif kepada ssemua seperti berikut:

  • Kod Promo: CUTI40
  • Tempoh Promosi: 20 Disember 2025 hingga 18 Januari 2026

Cara Tebus Kod Promo Bateriku

Ikuti langkah-langkah berikut untuk menebus promosi yang telah dikongsikan di atas:

  • Layari laman web Bateriku atau buka aplikasi Bateriku (iOS/Android).
  • Pilih jenis bateri (Kereta atau Motor).
  • Masukkan kod promosi di ruangan "Promo Code" semasa checkout.
  • Sahkan tempahan anda dan tunggu BHero kami hadir!

Nota: Setiap kod promo tertakluk kepada tempoh penebusan dan terhad kepada penggunaan satu kali sahaja.

Atau tebus sahaja secara fizikal di lebih 250 pitstop kami di seluruh negara.

Terma & Syarat

Berikut adalah terma dan syarat untuk setiap kod promosi yang dijalankan:

  • Sah di semua Pitstop Bateriku seluruh negara.
  • Tidak boleh digabungkan dengan promosi lain.
  • Pelanggan perlu muat turun aplikasi Bateriku untuk menebus kod promo.
  • Kod promo tidak boleh dipindah milik.

Kenapa Pilih Bateriku?

Berikut adalah sebab kenapa anda wajib memilih bateriku:

  • 24/7 Bantuan Tepi Jalan di seluruh Malaysia
  • Lebih 250 Pitstop sedia membantu
  • Waranti sehingga 12 bulan untuk semua bateri
  • Boleh diakses melalui Setel, Touch 'n Go eWallet & lebih banyak platform
  • Pemeriksaan kesihatan bateri percuma
  • Servis yang cepat dan profesional

Kerjasama Dengan Jenama Yang Menggerakkan Malaysia

Kami berbangga bekerjasama dengan pelbagai jenama yang berkongsi visi dalam membantu rakyat Malaysia bergerak dengan lebih selamat dan cekap. Dari bank, platform e-hailing, restoran, hingga universiti dan platform automotif, kami sedia untuk bekerjasama dengan lebih ramai organisasi. Ingin bekerjasama? Lawati business.bateriku.com

Jangan tunggu sampai kereta atau motor buat hal. Guna kod promosi kami dan jadualkan penukaran bateri lebih awal untuk ketenangan minda. Pastikan aplikasi kami sentiasa dipasang dan aktifkan notifikasi untuk promosi baharu setiap bulan!

Avatar

Hazzim Nasir

Let’s share to:

Seterusnya