9 Oct 2025

Kereta Rosak Tepi Jalan: Punca Kereta Anda Perlu Ditunda

Cover image

Bayangkan anda sedang memandu tenang menuju ke destinasi, tiba-tiba kereta mula berasap atau enjin mati di tengah jalan. Panik, keliru, dan mungkin cuba hidupkan enjin berulang kali padahal tindakan itu boleh menyebabkan kerosakan yang lebih besar.

Ramai pemandu di Malaysia masih memilih untuk “bertahan” atau cuba baiki sendiri, sedangkan kadang kala langkah terbaik adalah panggil servis tunda kenderaan dengan segera.

Sekiranya Berlaku Keroskkan Kereta, Jangan:

  • Tolak Kereta di Lorong Laju / Jalan Sibuk Tindakan tolak kereta tanpa peralatan keselamatan di lebuh raya amat berbahaya. Pemandu lain mungkin tak sempat elak, dan banyak kemalangan berlaku akibat situasi ini.
  • Tidak Memasang Lampu Kecemasan Ada juga yang lupa menyalakan lampu hazard kerana panik. Ini membuatkan kereta anda sukar dikesan oleh kenderaan lain terutama waktu malam atau hujan.
  • Cuba Tarik Guna Tali Tanpa Pengalaman Menarik kereta dengan tali nampak mudah, tapi sebenarnya boleh rosakkan gearbox, bumper atau sistem brek jika dilakukan tanpa teknik betul,Lebih bahaya lagi jika tali putus ketika di tengah jalan.
  • Berdiri Di Tengah Jalan Ramai pemandu keluar dari kereta untuk “tengok kerosakan”, tapi berdiri terlalu dekat dengan laluan kenderaan lain.
  • Tidak Tahu Siapa Hendak Dihubungi Dalam keadaan cemas, ramai pemandu tidak tahu hotline, tidak tahu siapa perlu dihubungi bengkel, insurans, atau servis bantuan jalanan? Akhirnya, masa terbuang dan bantuan lambat sampai.

Towing by brother towing.webp

11 Tanda Kereta Anda Perlu Ditunda.

1. Enjin Tidak Boleh Dihidupkan Jika enjin langsung tidak boleh hidup walaupun selepas beberapa kali mencuba, ini tanda ada masalah besar sama ada bateri kong, alternator rosak atau isu dalaman enjin. Jangan paksa start, kerana ia boleh merosakkan starter atau sistem elektronik. Hubungi penunda segera untuk pemeriksaan di bengkel.

2. Asap Tebal Keluar Dari Bonet Apabila anda nampak asap tebal keluar, itu petanda enjin terlalu panas (overheating) atau ada kebocoran minyak. Memandu dalam keadaan ini boleh menyebabkan enjin terbakar. Hentikan kenderaan di tempat selamat dan panggil bantuan penunda profesional.

3. Bunyi Logam atau Ketukan Kuat Bunyi pelik seperti ketukan, geseran atau hentakan logam biasanya datang daripada gearbox, brek, atau komponen enjin yang longgar. Jika diteruskan, boleh menyebabkan komponen patah atau tayar terkunci ketika memandu.

4. Lampu ‘Check Engine’ Menyala & Kuasa Enjin hilang Apabila lampu amaran enjin menyala dan kereta terasa berat, itu petanda sistem elektronik mengesan kerosakan serius. Elakkan memandu jauh lebih baik towing ke bengkel untuk diagnosa profesional.

5. Stereng Berat atau Hilang Kawalan Jika stereng tiba-tiba menjadi berat atau sukar dikawal, mungkin ada masalah pada power steering atau tali sawat putus. Situasi ini sangat berbahaya, terutama di jalan berbukit atau ketika selekoh. Hentikan kenderaan dan panggil bantuan.

6. Cecair Bocor di Bawah Kereta Tompok cecair di bawah kereta bukan perkara remeh. Sama ada coolant, minyak brek, atau minyak enjin semuanya penting. Kehilangan satu komponen ini boleh menyebabkan enjin “jammed” atau brek gagal berfungsi.

7. Gegaran atau Bunyi Dari Bawah Kereta Jika kereta bergegar kuat atau berbunyi pelik ketika bergerak, ia mungkin tanda driveshaft, Suspension, atau tayar longgar. Teruskan memandu hanya akan meningkatkan risiko kemalangan.

8. Kereta Terperangkap Dalam Air / Banjir Jangan cuba hidupkan enjin selepas kereta terendam air. Ini boleh menyebabkan kerosakan “water hammer” di mana air masuk ke dalam ruang pembakaran dan merosakkan enjin sepenuhnya. Gunakan penunda profesional untuk pindahkan kereta dengan selamat.

9. Tayar Pecah & Tiada Alat Ganti Nampak mudah, tapi bila berlaku di lebuh raya atau waktu malam, menukar tayar tanpa alat atau pencahayaan cukup sangat berisiko. Penunda adalah pilihan paling selamat untuk elak bahaya kepada diri dan pengguna jalan lain.

10. Selepas Kemalangan Walaupun kemalangan kecil, mungkin ada kerosakan pada casis, brek, atau minyak bocor tanpa disedari. Biarkan Penunda profesional uruskan pemindahan kereta ke bengkel bagi pemeriksaan lanjut.

11. Diluar Had Jarak Insuran Sesetengah polisi syarikat insurans mempunyai had jarak tunda, sekiranya kereta anda rosak di luar kawasan anda perlu hubungi Penunda Profesional.

Berapakah Jangkaan Harga bagi Servis Tunda?

Ramai antara kita beranggapan bahawa servis tunda kereta menelan kos yang tinggi hingga mencecah ribuan ringgit. Hakikatnya, harga sebenar tidaklah semahal yang disangka. Kadar caj yang berpatutan dan pilihan servis yang pelbagai, anda boleh mendapatkan bantuan profesional tanpa perlu risau tentang kos yang membebankan.

1. Lori Tunda Rata (Flatbed Towing) Keterangan: Seluruh kereta dinaikkan ke atas platform rata paling selamat & sesuai untuk kereta automatik, SUV dan kereta mewah.
Anggaran Harga Asas: RM180 – RM250 /Kurang 50KM Caj Tambahan: RM4 – RM6 per km

2. Lori Tunda Dolly (Dolly Towing/Baby Tire) Keterangan: Dua tayar depan diletakkan atas dolly, sesuai untuk kereta manual atau kereta kecil.
Anggaran Harga Asas: RM120– RM200/Kurang 50KM
Caj Tambahan: RM3 – RM5 per km

3. Lori Tunda Cangkuk & Rantai ( Hook & Chain Towing) Keterangan: Kaedah lama menggunakan rantai sesuai untuk kenderaan lama atau rosak teruk.
Anggaran Harga Asas: RM80 – RM100/Kurang 50KM
Caj Tambahan: RM3 – RM4 per km

4. Gabungan Hidraulik (Integrated Towing) Keterangan: Digunakan untuk SUV, MPV atau van sistem hidraulik lebih stabil dan cepat.
Anggaran Harga Asas: RM150 – RM250/Kurang 50KM
Caj Tambahan: RM4 – RM6 per km

juga dingatkan bahawa Harga yang dinyatakan adalah anggaran sahaja harga boleh berubah berdasarkan jenis lori tunda yang digunakan, jarak perjalanan, Saiz Lori Towing serta kawasan operasi.

Sekiranya Berlaku Kerosakkan Kereta, Jangan:

  • Tolak Kereta di Lorong Laju / Jalan Sibuk
  • Tidak Memasang Lampu Kecemasan
  • Cuba Tarik Guna Tali Tanpa Pengalaman*
  • Berdiri Di Tengah Jalan
  • Tidak Tahu Siapa Hendak Dihubungi

Kenapa Perlu Tunda Segera?

  • Jimat kos pembaikan jangka panjang.
  • Lindungi keselamatan anda dan pengguna jalan lain.
  • Jimat masa & tenaga: tak perlu tunggu terlalu lama di tepi jalan.

Servis tunda Bateriku sedia memberikan bantuan sepanjang masa.

Apabila kereta anda alami mana-mana tanda di atas, percayakan Bateriku towing penyelamat jalan raya anda:

  • Liputan seluruh Malaysia
  • Beroperasi 24 jam setiap hari
  • Pasukan profesional & berlesen
  • Peralatan lengkap & SOP keselamatan tinggi Mudah dihubungi melalui aplikasi, laman web atau hotline Bateriku

Masalah kecil pada kereta jangan sesekali dipandang ringan. Apa yang kelihatan remeh hari ini boleh menjadi punca enjin rosak total esok hari. Jangan tunggu sehingga anda terperangkap di jalan sunyi atau waktu malam baru mahu bertindak.Tindakan pantas boleh menyelamatkan anda dan juga poket anda.

Kami bukan tunda kereta je tau, servis lain pun ada

  1. Penghantaran & pemasangan bateri
  2. Bantuan kecemasan jalan raya
  3. Penghantaran minyak (fuel delivery)
  4. Pemeriksaan bateri & sistem elektrik
  5. Trade-in bateri lama

Jadi cepat-cepat hubungi Bateriku sekarang untuk bantuan segera.

Avatar

Ashraf Manaf

Let’s share to:

Seterusnya