23 Jan 2026

Cara Selamat Jump Start Kereta untuk Kenderaan Moden

Cover image

Bateri ‘kong’ adalah salah satu sebab utama kereta tak boleh nak dihidupkan, terutamanya pada waktu pagi. Solusi paling awal difikirkan anda pastinya lakukan jump start namun tahukan anda bahawa jump start dengan kaedah yang tak betul boleh bawa bahaya?

Panduan ini akan jelaskan kaedah yang betul dan selamat untuk lakukan jump start. Jika difahami dengan betul, sesiapa sahaja boleh lakukannya dan tak perlu gelabah bila berada dalam situasi ini.

Kenapa bateri kereta hilang kuasa

Untuk info tambahan, anda kena fahami kenapa bateri ‘kong’ bila tiba masanya. Ada beberapa faktor yang menjadikan bateri hilang kuasa. Antaranya adalah:

  • Pendawaian sistem elektronik kenderaan ada kebocoran.
  • Tak sengaja biarkan lampu kenderaan terpasang sewaktu enjin dimatikan.
  • Bateri sudah berusia
  • Altenator bermasalah
  • Persekitaran ekstrim sama ada sejuk ataupun panas

260122-bateriku-cara jumpstart kereta 11.webp

Kereta moden yang gunakan lampu LED mungkin tak terkesan sangat jika anda tertinggal lampu terpasang kerana ia tak gunakan banyak kuasa. Jadi, anda ada masa yang panjang untuk perasan isu tersebut. Dalam zaman moden ini, terlalu banyak aksesori tambahan yang dipasang bawa risiko kebocoran arus sekiranya pendawaian tidak dilakukan dengan kemas. Memang anda matikan lampu tapi arus tetap mengalir keluar daripada bateri, contohnya ada kabel yang terdedah dan menyentuh besi badan kereta.

Komponen alternator yang tugasnya mengecas semula bateri sewaktu kenderaan beroperasi juga akan rosak bila tiba masanya. Pada masa itu, bateri tak lagi terima kuasa untuk disimpan dan akhirnya paras kuasa menurut kerana output melebihi input.

Pemeriksaan keselamatan sebelum jump start kereta

Jangan langkau proses ini kerana ia melibatkan keselamatan. Paling penting adalah untuk periksa keadaan bateri yang ingin anda lakukan jump start. Pastikan bateri tidak retak, kembung, bocor, ataupun terkakis. Bateri yang bermasalah tidak sepatutnya dibuat jump start tapi ditukar terus.

260122-bateriku-cara jumpstart kereta 12.webp

2 cara jump start kereta

Ada dua cara selamat untuk anda lakukan jump start kereta. Pilih cara yang sesuai berdasarkan apa yang anda ada dan dalam situasi apa ketika itu.

Jump start kereta guna kereta kedua

jump start guna kereta kedua adalah yang paling senang. Ia sesuai digunakan bila kenderaan tersadai di tempat letak kereta yang ada banyak orang boleh hulurkan bantuan. Asasnya, kuasa daripada kereta penderma akan mengalir melalui kabel jumper masuk ke bateri penerima.

260122-bateriku-cara jumpstart kereta 03.webp

Jump start kereta guna powerbank

Kereta yang tersadai tanpa kereta kedua untuk menolong mungkin tak boleh gunakan cara pertama. Dalam keadaan ini, anda perlu dapatkan bateri kedua ataupun lebih mudah, powerbank yang sokong fungsi jump start. Ada banyak jenis powerbank ini di dalam pasaran dan ia boleh diletakkan di dalam kereta sebagai alat bantuan kecemasan.

260122-bateriku-cara jumpstart kereta 13.webp

Panduan langkah-demi-langkah: Cara jump start kereta dengan selamat

Setelah anda dah beriksa bateri dan dapati tiada kerosakan fizikal dan pilih cara jumspart apa yang ingin digunakan, anda bolehlah ikuti panduan langkah-demi-langkah untuk jump start kereta secara selamat.

260122-bateriku-cara jumpstart kereta 08.webp

Pertama sekali adalah anda perlu tutup semua komponen elektronik dalam kereta. Komponen seperti lampu, pendingin hawa, radio, wiper, atau segalanya yang gunakan elektrik. Ia bagi memastikan tiada lonjakan elektrik berbahaya sewaktu proses jump start.

Bergantung kepada cara yang ingin anda guna, jika anda pilih untuk guna kereta kedua, anda boleh posisikan kenderaan kedua supaya baterinya berada paling hampir dengan bateri kereta penerima. Pastikan kereta kedua juga berada dalam keadaan pegun, enjin dimatikan. Kalau anda ada powerbank khas untuk jump start, langkah ini boleh dilangkau.

260122-bateriku-cara jumpstart kereta 07.webp

Buka hud kedua-dua kereta dan sediakan kabel jump start. Selepas itu, kenal pasti terminal positif dan negatif kedua-dua kereta dan mulakan proses mengepit klip buaya kabel jump start seperti berikut:

  1. Sambungkan kabel merah pada terminal positif bateri penderma.
  2. Sambungkan kabel merah pada terminal positif bateri penerima.
  3. Sambungkan kabel hitam pada terminal negatif bateri penderma
  4. Sambungkan kabel hitam pada bahagian besi keretan peneirma yang tidak dicat sebagai pembumi.

Periksa kali kedua cara sambungan sebelum pergi ke langkah yang seterusnya. Sekiranya anda gunakan powerbank, anda boleh terus hidupkan kereta penerima. Tapi sekiranya anda gunakan kereta kedua, pada tahap ini anda boleh hidupkan kereta penderma tadi.

260122-bateriku-cara jumpstart kereta 01.webp

Biarkan kedua-dua kereta dengan enjin yang hidup. Setelah kereta hidup, kedua-dua kereta akan cas semula kuasa bateri masing-masing menggunakan kuasa daripada alternator.

Sesudah selesai, buka semula kabel jump start mengikut urutan berlawanan dengan cara anda pasang iaitu:

  1. Cabut kabel hitam pada bahagian besi keretan peneirma yang tidak dicat sebagai pembumi.
  2. Cabut kabel hitam pada terminal negatif bateri penderma.
  3. Cabut kabel merah pada terminal positif bateri penerima.
  4. Cabut kabel merah pada terminal positif bateri penderma.

260122-bateriku-cara jumpstart kereta 06.webp

Kesilapan sering berlaku sewaktu jump start kereta

Walaupun nampak mudah, tapi ramai orang yang lakukan kesalahan sewaktu ingin lakukan jump start pada kereta. Antara kesilapan yang sering dilakukan adalah turutan penyambungan yang salah sehingga menyebabkan percikkan berlaku. Ia berbahaya kerana gas hidrogen yang terhasil daripada tindak balas kimia dalam bateri boleh meruap keluar dan meletup.

260122-bateriku-cara jumpstart kereta 02.webp

Kesilapan seterusnya adalah melakukan jump start ke atas bateri yang sudah rosak. Ia mungkin disebabkan pengguna tidak lakukan pemeriksaan awal sebelum lakukan jump start. Ia bukan sahaja buang masa, malah membahayakan diri dan kenderaan.

Apa perlu dilakukan sekiranya jump start masih tak hidupkan kereta

Sekiranya semua langkah dituruti tapi kereta masih enggan untuk hidup, ada beberapa kemungkinan yang boleh dipertimbangkan. Kemungkinan pertama adalah bateri yang memang sedia kong walaupun secara luaran nampak elok. Kemungkinan kedua adalah bateri anda masih elok tetapi sistem alternator kereta gagal menghantar kuasa yang cukup untuk mengecas semula kereta. Kemungkinan ketiga adalah terdapat kebocoran arus akibat pendawaian tidak kemas sehingga menyebabkan kuasa bateri mengalir keluar.

260122-bateriku-cara jumpstart kereta 15.webp

Tukar sebelum kong, dapatkan bateri Astra untuk semua kenderaan

Bateriku ada tawarkan servis pemasangan bateri kereta di mana-mana sahaja di seluruh Malaysia. Dengan sistem pengkalan data yang komprehensif, jenis kereta anda boleh diketahui dan jenis bateri yang bersesuaian terus boleh disarankan kepada anda.

260122-bateriku-cara jumpstart kereta 09.webp

Tak terhad kepada penghantaran bateri secara on demand, kami juga ada beberapa servis lain untuk rungkai kerunsingan anda ke atas kereta anda. Perkhidmatan road side assistant kami boleh bantu anda jump start kereta, isi semula petrol sekiranya terkandas, buka kunci kereta jika terkunci daripada luar, baiki & tukar tayar, ataupun sekiranya perlu, kami ada trak tunda untuk bawa kereta anda ke bengkel untuk dibaik pulih.

Lihat senarai lengkap perkhidmatan Bateriku.

Avatar

Khal

Let’s share to:

Seterusnya