23 Jul 2026

Jetour T1 Malaysia: Gaya Land Rover Defender, harga Honda H-RV

Cover image

SUV Boxy semakin popular dalam kalangan pengguna Malaysia. Dulu harganya mahal sebab hanya jenama premium saja yang hasilkanyya tapi kini tak lagi. Jetour T1 adalah model terbaru yang tampilkan reka bentuk kekotak ala Land Rover Defender. Harganya pun boleh dengar, bermula RM129,900 ia berada sekitar harga Honda H-RV.

260723-bateriku-jetour t1 05.webp

Sebenarnya Jetour T1 ada rupa seperti model T2 yang sedia ada dalam pasaran. Tapi ada sedikit tweak dilakukan pengeluarnya untuk terapkan sikit ciri urban berbanding T2 yang nampak seperti tak sabar nak masuk hutan pada bila-bila masa. Contohnya, T1 ada pintu bonet belakang elektrik yang lebih praktikal.

260723-bateriku-jetour t1 06.webp

Jetour T1 sarat ciri moden

Jetour T1 sarat dengan ciri berguna untuk sebuah SUV harga bawah RM130,000. Varian 1.5: TGDi 2WD iaitu yang standar pun dah ada roda aloi 18”, kerusi kulit sintetik, kerusi pemandu elektrik dan perpendingin hawa serta skrin inforia 12.8”, pemandangan biasa untuk sebuah produk automotif china.

Skrin inforia tersebut sokong Android Auto dan Apple Car Play secara wayarles dan ada juga pad pengecas telefon wayarles disamping 7 port USB untuk kemudahan pengguna. Sistem audio pun agak lengkap dengan 8 unit speaker di sekeliling kabin. Sambil layan lagu, boleh juga nikmati pemandangan siling kaca panorama.

260723-bateriku-jetour t1 02.webp

Di bahagian keselamatan, Jetour T1 ada 6 beg udara dan ADAS level 2 yang merangkumi adaptive cruise control, autonomous emergency braking, lane keeping assistance, blind spot monitoring, dan rear cross traffic alert.

Pilihan enjin 1.5L & 2.0L untuk Jetour T1

Jetour T1 boleh didapatkan dalam dua pilihan enjin. Pilihan pertama adalah 1.5L TGDi 2WD iaitu enjin turbo yang keluarkan kira-kira 167hp dan 270Nm tork. Enjin tersebut bergandingan dengan kekotak transmisi 7 kelajuan jenis DCT. Dilaporkan yang penggunaan bahan apinya adalah 14.7km/L. Harga untuk varian standard adalah RM129,800.

260723-bateriku-jetour t1 04.webp

Buat yang perlukan lebih prestasi, varian 2.0L boleh ditawarkan pada harga RM146,800. Ia dilengkapi enjin AWD 2.9: turbo yang hasilkan 241hp dan 375Nm tork. Selain pacuan semua roda, Jetour T1 juga ada mode pemanduan seperti Snow, Mud, Sand, Rock, dan Crawl.

Jetour T1 2.0L ada beberapa kelebihan pada segi kelengkapan berbanding varian 1..5L. Antaranya adalah skrin inforia yang lebih besar iaitu 15.6”, speaker jenis Sony, dan kerusi pemandu serta penumpang ada fungsi memori dan penyandung kaki untuk penumpang.

260723-bateriku-jetour t1 03.webp

Siapa pesaing Jetour T1 dalam pasaran Malaysia?

SUV dalam segmen RM130,000 hingga RM150,000 memang meriah. Selain Jetour T1, beberapa SUV yang turut berada dalam kelompok harga hampir serupa adalah seperti Honda HR-V, Toyota Corolla Cross, Kia Sportage, Hyundai Tucson, dan Mazda CX-5.

Buat pengguna yang nak cuba EV, pilihan seperti Proton eMas 7, BYD Atto 3, dan Leapmotor C10 boleh dipertimbangkan, malahan lebih murah juga. Cumanya, bila dah guna EV, gaya hidup perlulah tukar juga kerana jadual harian mungkin terkesan apabila perlu rancang untuk mengecas di mana.

Jetour T1 juga berdepan dengan saudaranya Jetour T2 dan produk china lain. Antara model yang sedia ada dalam malaysia adalah seperti Chery Tiggo 7, MG HS, GWM Haval H7, dan juga Jaecoo J7.

Beli bateri daripada Bateriku

  • Sokongan jaminan seluruh Malaysia.
  • Tempah hari ini, pasang hari ini.
  • Perkhidmatan seluruh negara, termasuk lokasi terpencil
  • Servis periksa kesihatan dan tukar-beli bateri disediakan
  • Perlindungan GPA Takaful sehingga RM7,000
  • Tiada caj tersembunyi. Apa yang anda lihat, ap ayang anda bayar.

Bateriku ada lebih 12 tahun pengalaman dalam industri automotif. Produk berkualiti dan perkhidmatan andal membezakan kami dengan yang lain. Komitmen kami tak sekadar bantu anda untuk bergerak semula, malahan beserta keselamatan serta keyakinan.

Avatar

Hanif Azrai

Let’s share to:

Seterusnya