Filem pecah panggung arahan Syafiq Yusof, Blood Brothers (Bara Naga) telah mencetuskan fenomena luar biasa dalam kalangan peminat filem dan juga komuniti pemotoran tempatan. Antara babak paling ikonik dan menjadi kegemaran penonton ialah apabila watak utama, Ghaz (lakonan Sharnaaz Ahmad), memacu motosikal berkuasa besar merentasi Lebuhraya Temiang Pantai yang terletak di Seremban, Negeri Sembilan. Dengan latar belakang bukit-bukau yang mengingatkan kita kepada landskap luar negara seperti di New Zealand, jalan ini serta-merta menjadi lokasi tular dalam kalangan netizen.
Ramai yang mula mengunjungi laluan ini bukan sekadar untuk menikmati pemanduan, tetapi juga untuk merakam gambar dan video yang kelihatan seolah-olah mereka berada dalam babak filem tersebut. Tidak hairanlah, Lebuhraya Temiang Pantai kini menjadi destinasi wajib lawat buat peminat jalan raya dan pencinta alam semula jadi.
Jalan Raya Idaman Peminat Kereta dan Motor
Namun, Bypass Temiang Pantai hanyalah permulaan. Malaysia kaya dengan pelbagai laluan pemanduan yang menakjubkan dari laluan berbukit yang mencabar, ke jalan tepi laut yang mendamaikan. Salah satu jalan raya yang paling popular dalam kalangan peminat automotif adalah Lebuhraya Karak menuju ke Genting Highlands. Terkenal dengan selekoh tajam dan laluan yang mencabar, ia menjadi tumpuan rider motosikal, pemilik kereta prestasi tinggi serta komuniti supercar untuk berkumpul pada setiap hujung minggu.
Kawasan Rehat Goh Tong Jaya biasanya penuh dengan pelbagai jenis kenderaan yang dikumpulkan oleh peminat-peminat automotif. Ia bukan sahaja tempat persinggahan, malah medan untuk berkongsi minat, bertukar pandangan, dan menjalin persahabatan baharu.
Selain Karak, laluan Bentong ke Fraser’s Hill, Janda Baik ke Bukit Tinggi, dan Simpang Pulai ke Cameron Highlands turut menawarkan pengalaman pemanduan yang menyeronokkan. Disebabkan jumlah kenderaan yang lebih rendah di laluan ini, ramai rider dan pemandu memilihnya untuk merasai pemanduan yang lebih "bebas" dan menikmati selekoh-selekoh tajam yang mencabar kecekapan pemanduan mereka.
Memandu Sambil Menikmati Angin Laut
Bagi mereka yang lebih gemar menikmati pemandangan tenang dan santai, jalan pesisir pantai di Malaysia tidak kurang hebatnya. Laluan dari Kuantan ke Kota Bharu adalah antara jalan pantai yang paling ikonik. Dengan Laut China Selatan di sisi, pemanduan di laluan ini menjanjikan panorama yang sukar dilupakan, lebih-lebih lagi semasa matahari terbit atau terbenam.
Satu lagi jalan pesisir yang terkenal ialah dari Tanjung Tokong ke Batu Ferringhi di Pulau Pinang. Laluan ini sering menjadi pilihan pelancong tempatan dan luar negara yang ingin menikmati keindahan pantai, angin laut dan suasana santai sambil memandu. Seolah-olah di Los Angeles atau Miami Beach, Amerika Syarikat.
Pemandangan Kota Yang Mempesona
Bagi mereka yang tinggal di kawasan bandar dan ingin menikmati pemandangan hutan konkrit yang dipenuhi dengan bangunan pencakar-pencakar langit, terdapat juga beberapa laluan yang boleh dikunjungi. Antaranya termasuk:
- Jalan Tunku Putra, Kuala Lumpur
- Sungai Besi - Ulu Kelang Elevated Expressway (SUKE)
- Jalan Ampang - Hulu Langat
Laluan-laluan ini memberikan pemandangan yang menakjubkan terhadap bandaraya Kuala Lumpur, terutamanya pada waktu malam apabila lampu bangunan pencakar langit menyinari langit malam. Pemanduan di laluan ini juga memberikan pengalaman visual yang luar biasa, terutamanya kepada mereka yang ingin bersantai selepas hari yang sibuk.
Nikmati Perjalanan Tanpa Risau Bersama Bateriku
Tidak kira ke mana destinasi anda ke kampung halaman, ke kawasan peranginan, atau sekadar bersiar-siar di hujung minggu, keselamatan dan ketenangan minda harus menjadi keutamaan. Di sinilah peranan Bateriku menjadi penting dalam memastikan perjalanan anda lancar.
Bateriku merupakan ekosistem bantuan tepi jalan terbesar dan bersepadu di Malaysia, menawarkan pelbagai perkhidmatan penting kepada pengguna jalan raya seperti:
- Jump-start bateri kenderaan
- Tukar bateri secara on-site
- Tukar tayar pancit
- Penghantaran minyak
Dengan lebih 2,000 BHero yang bersedia membantu anda di seluruh negara, anda tidak perlu risau jika berlaku sebarang kecemasan semasa dalam perjalanan. Sama ada anda dalam perjalanan solo atau berkonvoi dengan rakan-rakan rider, Bateriku sentiasa bersedia membantu. Jangan biarkan masalah kecil mengganggu pengembaraan besar anda. Layari www.bateriku.com hari ini untuk mendapatkan bantuan kecemasan pengguna jalan raya, tips penjagaan bateri, dan informasi perjalanan yang berguna.