5 Mar 2026

Panduan Bateri Jaecoo J5: Jenis, Saiz & Harga

Cover image

Jaecoo J5 telahpun dilancarkan di Malaysia pada 5 Mac 2026. Ia adalah sebuah SUV kompak dalam segmen B yang digelar Jaecoo sebagai “Urban Explorer”. Dengan fizikaliti sesuai untuk pemanduan bandar dan off-road hari minggu, ia ditujukan pada pengguna yang perlukan kenderaan versatil untuk dua landskap pemanduan berbeza tanpa mengorbankan praktikaliti.

Harga Jaecoo J5 Di Malaysia

Jaecoo J5 diumumkan di Malaysia pada tanda harga RM108,000 (OTR tanpa insurans). Sebagai perbandingan, spesifikasi setara daripada Proton X50 adalah varian 1.5T Premium adalah RM101,800 dan HR-V 1.5L S RM115,900.

260305-bateriku-jaecoo j5 malaysia 12.webp

Sehingga 15 Mac 2026, Jaecoo menjalankan promosi pembelian awal apabila pembeli bakal terima hadiah bernilai sehingga RM8,000 apabila mereka beli model ini sewaktu tempoh tersebut. Antara yang menanti adalah:

  • Exclusive Accessories Trio iaitu aksesori seperti mikrofon, pemegang telefon dan banyak lagi (bernilai RM2,000)
  • Token penghargaan hari raya bernilai RM3,000
  • Perlindungan insurans bernilai RM3,000

260305-bateriku-jaecoo j5 malaysia 11.webp

Semua Jaecoo J5 dilindungan jaminan 7 tahun dengan jarak perbatuan 150,000km.

Spesifikasi Jaecoo J5 Malaysia

Sistem Suspensi Premium di Segmen B

Bermula daripada luar, Jaecoo J5 ukurannya di sempadan segmen B dan C sebuah SUV. Ia bersaing rapat dengan nama seperti Proton X50 dan Honda HR-V.

260305-bateriku-jaecoo j5 malaysia 06.webp

SUV ini mengambil ruang sebanyak 4,380mm panjang, 1,860mm lebar, dan 1,650mm tinggi dengan jarak gandar pada 2,620mm. Sebagai perbandingan HR-V ada ukuran 4,387mm, 1,790mm, 1,590mm dan 2,610mm. sementara Proton X50 4,330mm, 1,800mm, 1,609mm, dan 2,600mm.

260305-bateriku-jaecoo j5 malaysia 04.webp

Uniknya model ini berbanding pesaingnya adalah di bahagian gandar belakang, sistem pengampainya mengguna pakai tetapan jenis multilink yang biasanya ditemukan pada model-model lebih mahal sedangkan pada harga sebegitu, ia sepatutnya gunakan sistem MacPherson strut.

Enjin Turbo 4 Silinder, Kecekapan 6.4L/100km

Menggerakkan Jaecoo J5 di atas jalan raya adalah enjin 1.5 liter turbo 4 silinder yang mengeluarkan kira-kira 145hp (108kW) dengan tork setinggi 210Nm. Intercooler dan corong ekzos enjin Jaecoo J5 diintegrasikan terus ke dalam enjin untuk kurangkan turbo lag, tambah baik gerak balas throttle, pertingkat kecekapan bahan api dan pengurusan haba. Pengeluarnya katakan yang enjin ini beroperasi pada suhu yang lebih rendah juga cekap minyak.

260305-bateriku-jaecoo j5 malaysia 08.webp

Kuasa yang dijana enjin disalurkan kepada tayar hadapan Jaecoo J5 menerusi kekotak transmissi CVT. Angka penggunaan petrol untuk kenderaan ini adalah pada 6.4L/100km

Skrin Inforia Gergasi Dengan Fungsi Karaoke

Di bahagian kabin Jaecoo J5, anda boleh jangkakan kelengkapan biasa anda temukan pada sebuah kenderaan berjenama China khususnya pada skrin inforia gergasi 13.2” beresolusi 2K. Tak cukup dengan skrin gergasi di bahagian tengah, Jaecoo bagi lagi skrin kluster instrumen 8” untuk pemandu dapatkan segala maklumat pemanduan yang diperlukan.

260305-bateriku-jaecoo j5 malaysia 09.webp

Sistem inforia Jaecoo menyokong kedua-dua Apple CarPlay dan Android Auto secara wayarles. Untuk berhibur, ia juga menyokong ciri karaoke dengan dua sambungan mikrofon secara Bluetooth yang dijual secara berasingan. Audio dikeluarkan menerusi sistem yang mengandungi 8 unit speaker.

Pemandu boleh mengecas telefon secara wayarles dengan pad pengecas wayarles 50W yang disediakan. Lagi untuk keselesaan, kerusi pemandu dan penumpang depan ada ciri hembusan angin disamping kehadiran bumbung kaca panorama 1.45 meter persegi yang katanya terbesar dalam kelasnya.

260305-bateriku-jaecoo j5 malaysia 03.webp

ADAS Level 2+ 19 ciri

Jaecoo J5 tampil ADAS Level 2+ yang mengandungi 19 ciri antaranya adalah:

  • Adaptive Cruise Control
  • Lane Keeping Assist
  • Blind Spot Detection
  • Autonomous Emergency Braking
  • Traffic Jam Assist
  • Rear Cross-Traffic Braking
  • Evasive Steering Assist
  • Emergency Lane Keeping Assist

Turut didatangkan secara standard adalah kamera keliling 540 darjah HD untuk bantu pengguna meletakkan kenderaan ataupun pemanduan berkelajuan rendah.

260305-bateriku-jaecoo j5 malaysia 05.webp

Bateri Astra Untuk Jaecoo J5

Menerjah kepada ruangan enjin Jaecoo J5, anda akan temui bateri keluaran Chery dengan kod 807000197AA. Spesifikasi teknikal bateri ini adalah 12V, 60A dan CCA 480A.

260305-bateriku-jaecoo j5 malaysia 07.webp

Melihat pada dimensi dan spesifikasi teknikalnya, dua bateri ASTRA yang padan dengan Jaecoo J5 adalah seperti berikut:

260503-bateriku-bateri astra jaecoo j5 DIN55L-R.webp

260503-bateriku-bateri astra jaecoo j5 DIN60 (LN2) EFB.webp

Dapatkan Bateri Untuk Semua Jenis Kenderaan Di Bateriku

Di Bateriku, kami ada tawarkan servis pemasangan bateri kereta di mana-mana sahaja di seluruh Malaysia. Dengan sistem pengkalan data yang komprehensif, jenis kereta anda boleh diketahui dan jenis bateri yang bersesuaian terus boleh disarankan kepada anda.

Tak terhad kepada penghantaran bateri secara on demand, kami juga ada beberapa servis lain untuk rungkai kerunsingan anda ke atas kereta anda. Perkhidmatan road side assistant kami boleh bantu anda jump start kereta, isi semula petrol sekiranya terkandas, buka kunci kereta jika terkunci daripada luar, baiki & tukar tayar, ataupun sekiranya perlu, kami ada trak tunda untuk bawa kereta anda ke bengkel untuk dibaik pulih.

Anda boleh lihat senarai lengkap perkhidmatan kami di laman Bateriku.

Avatar

Hanif Azrai

Let’s share to:

Seterusnya