Kereta elektrik pertama Jaecoo untuk pasaran Malaysia telah diumumkan. Jaecoo J5 EV boleh didapatkan pengguna RM10,000 lebih tinggi daripada JAECOO J5 varian petrol sedia ada dalam pasaran. Secara ringkas, SUV elektrik ini berkuasa ~208hp dengan jarak gerak sehingga 402km (WLTP).
Harga Jaecoo J5 EV di Malaysia
Jaecoo J5 EV ditawarkan dalam pasaran Malaysia pada harga RM118,800. Promo pembelian waktu terhad ditawarkan dan nilainya adalah sehingga RM10,000. 1,000 pendaftaran terawal J5 EV sebelum 31 Oktober 2026, terima perkara-perkara berikut:
- kredit mengecas tanpa had di JomCharge selamat 1 tahun.
- insurans kenderaan percuma (RM3,000).
- data internet percuma selama 3 tahun (RM1,000).
- Kabel V2L (RM700).
- aksesori tambahan seperti mikrofon, subwoofer, lampu. (RM2,000).

SUV elektrik ini boleh didapatkan dalam warna Alpine Green, Fjord Grey, dan Carbon Crystal Black. Apa yang menarik tentang Jaecoo J5 EV ini adalah ia adalah produk pemasangan tempatan CKD dan kilangnya terletak di Shah Alam, Selangor..
Spesifikasi Jaecoo J5 EV di Malaysia
Motor elektrik 208hp dan jarak gerak lebih 400km
Jaecoo J5 EV mengekalkan rupa paras mirip varian petrol. Cara untuk kenal pasti varian elektrik adalah pada ketiadaan jeriji depan kerana padanya tiada komponen radiator untuk sejukkan enjin. Rekaan rim juga sedikit berlainan kerana nampak lebih futuristik dan jenis tayar untuk varian EV tidak gunakan jenama Chao Yang tapi jenama Giti. Rupa keseluruhan Jaecoo J5 ada sedikit mirip sebuah Land Rover Defender tapi lebih kecil, berada dalam segmen B.

SUV elektrik ini dipacu motor tunggal di bahagian depan yang keluarkan ~208hp, 288Nm tork yang boleh bawa pecut daripada pegun ke 100km/j dalam masa 7.7 saat. Motor ini dikuasakan bateri berkapasiti 58.9kWh yang menyokong pengecasan AC 11kW ataupun DC 130kW. Menggunakan pengecas bersesuaian, bateri boleh diisi daripada 30% kepada 80% dalam masa 28 minit ataupun 7 jam untuk pergi daripada 10 ke 100% jika gunakan pengecas AC. Bateri Jaecoo J5 EV boleh dimanfaatkan menjadi powerbank dengan output sehingga 3.3kW menggunakan kabel V2L yang disediakan.

Skrin gergasi 13.2” dan ruang kargo sehingga 1,284L
Jaecoo J5 EV ada saiz hampir kepada Honda HR-V, Proton X50 dan Toyota Yaris Cross dengan jarak gandar kira-kira 2,620mm. Ruang kargo di bahagian belakang seluas 480L boleh dimanfaatkan ataupun sekiranya kerusi belakang dilipat, keluasan dipertingkat kepada 1,284L. Jika masih belum mencukupi, di bawah hud hadapan tempat enjin petrol sepatutnya ada telah digantikan dengan frunk yang ada kapasiti kira-kira 35L.

Di ruangan kabin, kenderaan ini dilengkapi skrin inforia sebesar 13.2” yang sokong kedua-dua Apple CarPlay dan Android Auto. Ada juga pad pengecas telefon wayarles yang beroperasi pada paras 50W. Maklumat pemanduan dipaparkan kepada pemandu menerusi kluster instrument digital 8.88”.

Selain daripada bumbung kaca lutsinar, satu lagi key selling point nutuk Jaecoo J5 EV adalah materi binaan kerusinya. Ia ada pensijilan TUV untuk kategori selamat kepada haiwan peliharaan. Katanya bahan yang diguna untuk balut kerusi kereta ini ada ciri antibakteria, tahan cakar, dan rendah VOC.
Pesaing Jaecoo J5 EV di Malaysia
Pada harga RM118,800, Jaecoo J5 EV bersaing dengan beberapa SUV elektrik sedia ada dalam pasaran. Contohnya, MG 5S Lux ada harga lebih rendah, sekitar RM117,00 dan tawarkan jarak gerak 446km yang lebih jauh. Motor elektriknya juga lebih berkuasa pada 212hp/350Nm dan sokong DC 150kW. Kemudian, Proton eMas 7 adalah varian lebih besar pada RM119,800 dengan motor elektrik lebih tinggi kuasa.
Leapmotor B10 Design juga ada harga hampir sama. Namun, baterinya lebih besar bermakna jarak gerak lebin panjang. Kalau nak rupa yang lebih boxy, iCaur 03 2WD boleh anda usyar pada harga RM119,800.
Bateri Astra Jaecoo J5 EV
Jaecoo J5 EV menggunakan rangka yang sama dengan varian petrol. Didapati yang bateri 12V J5 EV juga berada di bawah hud depan kenderaan ini yang kini ditutupi dengan panel frunk. Bateri Jaecoo J5 EV mempunyai kod komponen 807000197AA manakala spesifikasi teknikal bateri ini adalah 12V, 60A dan CCA 480A.


Melihat pada dimensi dan spesifikasi teknikalnya, dua bateri ASTRA yang padan dengan Jaecoo J5 adalah seperti berikut:
Dapatkan Bateri Untuk Semua Jenis Kenderaan Di Bateriku
Di Bateriku, kami ada tawarkan servis pemasangan bateri kereta di mana-mana sahaja di seluruh Malaysia. Dengan sistem pengkalan data yang komprehensif, jenis kereta anda boleh diketahui dan jenis bateri yang bersesuaian terus boleh disarankan kepada anda.
Tak terhad kepada penghantaran bateri secara on demand, kami juga ada beberapa servis lain untuk rungkai kerunsingan anda ke atas kereta anda. Perkhidmatan road side assistant kami boleh bantu anda jump start kereta, isi semula petrol sekiranya terkandas, buka kunci kereta jika terkunci daripada luar, baiki & tukar tayar, ataupun sekiranya perlu, kami ada trak tunda untuk bawa kereta anda ke bengkel untuk dibaik pulih.
Anda boleh lihat senarai lengkap perkhidmatan kami di laman Bateriku.

