Selepas sembilan tahun meninggalkan kalendar Formula 1, Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kini secara rasmi diumum bakal jadi host kepada satu perlumbaan F1.
Formula 1 dan FIA mengesahkan Malaysia akan jadi lokasi perlumbaan Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix daripada 2 hingga 4 Oktober 2026, selepas perlumbaan di Bahrain ditangguhkan susulan konflik di Asia Barat. Walau bagaimanapun, perlumbaan ini masih tertakluk kepada kelulusan akhir kerajaan Bahrain dan Malaysia. Ia menarik kerana perlumbaan di Sepang diapit oleh dua perlumbaan F1 di Asia iaitu Azerbaijan (seminggu sebelum) dan juga Singapura (seminggu selepas).

Sepang Jadi Bidan Terjun GP Bahrain
Daripada gugurkan GP Bahrain daripada kalendar, Formula 1, FIA serta kerajaan Bahrain dan Malaysia telah mencapai persetujuan untuk mengadakan perlumbaan tersebut di Sepang. Kerjasama ini membolehkan GP Bahrain kekal dalam kalendar F1 2026 bagi memastikan jadual perlumbaan musim 2026 tidak terjejas.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan peluang ini sebagai lebih daripada sekadar acara sukan. Ia mencerminkan hubungan rapat antara Malaysia dan Bahrain serta mengukuhkan kemampuan Malaysia dalam menganjurkan acara bertaraf antarabangsa.
Ketua Pegawai Eksekutif Formula 1, Stefano Domenicali, berkata persetujuan ini menunjukkan keupayaan sukan permotoran itu untuk menyesuaikan diri dalam apa jua situasi. Presiden FIA, Mohammed Ben Sulayem, menyifatkan kepulangan Sepang sebagai bukti kepetingan Malaysia dalam Formula 1.
Litar Yang Disegani Pemandu F1
Sepang pernah menjadi tuan rumah Malaysian Grand Prix dari 1999 hingga 2017 sebelum peningkatan kos penganjuran serta penurunan jumlah penonton menyebabkan perlumbaan itu tidak lagi diteruskan.
Walaupun tidak lagi berada dalam kalendar F1, Sepang kekal sebagai salah satu litar terkenal dalam dunia Formula 1. Rekaan litar terdiri daripada dua laluan pantas & luas, selekoh teknikal, pantas, cuaca tropika yang sukar dijangka sering menyajikan perlumbaan yang penuh drama kepada penonton.

Perlumbaan sulung Malaysian Grand Prix pada 1999 juga terus jadi sebahagian daripada sejarah F1. Ketika itu, Michael Schimacer yang baru pulih daripada cedera kakai telah korbankan peluang untuk menang GP Sepang pertama untuk membantu rakan sepasukannya di Ferrari, Eddie Irvine, dalam perebutan kejuaraan dunia menentang Mika Hakkinen.
Sepang turut menyaksikan beberapa perlumbaan dalam keadaan hujan yang mencabar, termasuk sewaktu GP Malaysia 2009 yang dihentikan lebih awal akibat hujan lebat dan hanya memberikan separuh mata kejuaraan diberikan kepada pemenang.

Untuk rekod, kemenangan sulung Kimi Raikonnen dalam F1 tercatat di Litar Sepang sementara Max Verstappen kekal sebagai pemenang terakhir F1 di Sepang selepas memenangi perlumbaan pada 2017.
Lebih daripada sekadar kepulangan
Buat masa ini, kepulangan Sepang ke kalendar Formula 1 adalah sebagai lokasi gantian dan bukannya secara kekal. Namun, kepulangan ini tetap mempunyai sisi yang menarik.
Malaysia pernah berundur daripada Formula 1 kerana kos penganjuran yang semakin tinggi. Sembilan tahun kemudian, Formula 1 kembali ke litar yang sama untuk memastikan salah satu perlumbaan ikoniknya dapat diteruskan.
Sama ada ia hanya kemunculan sekali sahaja atau permulaan kepada kerjasama lebih panjang, satu perkara pasti adalah ini salah satu litar paling ikonik dalam sejarah Formula 1 dan peminat sukan ini pastinya ternanti-nantikan hari perlumbaan.
Menuju ke Bahrain Grand Prix? Bateriku KLIA Avenue Berdekatan
Bakal ke Sepang untuk menyaksikan Bahrain Grand Prix? Dengan ribuan peminat dijangka memandu ke Litar Antarabangsa Sepang dari Kuala Lumpur, Johor dan negeri-negeri lain, sokongan bantuan tepi jalan yang mudah dan pantas adalah penting.
Sekiranya berlaku masalah seperti bateri kereta kong atau memerlukan bantuan kecemasan tepi jalan berhampiran Litar Antarabangsa Sepang, Bateriku KLIA Avenue, cawangan Bateriku terdekat, sedia tawarkan bantuan pada bila-bila masa.
Sumber: F1

