21 Oct 2026

Go-Kart Johor Bahru: 10 Litar untuk Anda Lepaskan Adrenalin

Cover image

Johor Bahru bukan sekadar destinasi popular untuk warga Singapura yang nak datang membeli-belah pada hujung minggu. Kalau anda mencari aktiviti yang lebih mencabar daripada sekadar lepak di kafe atau berjalan-jalan di pusat beli-belah, sebenarnya ada banyak tempat go-kart di Johor Bahru dan kawasan sekitarnya yang boleh anda cuba.

Daripada litar perlumbaan terbuka dan go-kart elektrik dalam bangunan hinggalah kepada drift kart dan tarikan mesra keluarga, ada pilihan untuk pelbagai peringkat pengalaman. Anda boleh berlumba secara santai dengan kawan-kawan, menguji kemahiran memandu di selekoh atau sekadar mencuba pengalaman memandu go-kart buat kali pertama.

Menariknya, Johor juga mempunyai sejarah sukan permotoran yang panjang. Johore Grand Prix pertama kali dianjurkan pada tahun 1940 menggunakan laluan jalan raya di sekitar Johor Bahru. Selepas terhenti akibat perang, acara tersebut kembali pada tahun 1948. Litar Johor di Pasir Gudang pula pernah menjadi tuan rumah kepada acara sukan permotoran antarabangsa, termasuk Kejuaraan Dunia Superbike dan perlumbaan Grand Prix motosikal.

Walaupun litar bersejarah itu ditutup pada tahun 2017, minat terhadap sukan permotoran di Johor terus berkembang melalui pelbagai litar go-kart moden dan tarikan perlumbaan rekreasi.

Go-Kart Johor Bahru: 10 Litar untuk Anda Lepaskan Adrenalin

Jadi, sama ada anda merancang aktiviti hujung minggu bersama kawan-kawan, mencari aktiviti untuk seisi keluarga atau datang dari Singapura untuk percutian singkat, berikut ialah 10 tempat go-kart di Johor Bahru yang boleh anda masukkan dalam senarai aktiviti seterusnya.

Nota: Harga, waktu operasi dan syarat penyertaan boleh berubah dari semasa ke semasa. Hubungi pihak pengendali untuk mendapatkan maklumat terkini sebelum berkunjung. Jika anda mencari senarai go kart di kawasan Lembah Klang, baca rekomendasi kami di:

1. RUD Karting Medini

Sesuai untuk: Peminat perlumbaan go-kart outdoor dan mereka yang suka bersaing

Kalau anda lebih suka berlumba di litar terbuka yang memberikan ruang untuk memecut, RUD Karting Medini boleh menjadi pilihan menarik. Terletak di Bandar Medini Iskandar, berhampiran kawasan Iskandar Puteri dan Legoland, lokasi ini menawarkan pengalaman go-kart konvensional yang berasaskan pusingan litar.

Terdapat beberapa kategori go-kart yang boleh dipilih mengikut tahap pengalaman dan keperluan pengunjung. Anda boleh datang bersama kawan-kawan untuk membandingkan catatan masa, mengadakan perlumbaan santai atau sekadar menikmati aktiviti bertemakan sukan permotoran ketika bercuti di Johor.

Pilihan go-kart dua tempat duduk juga pernah disenaraikan oleh pengendali, jadi anda boleh bertanya tentang ketersediaannya jika ingin berkongsi pengalaman dengan penumpang.

  • Panjang litar: 874 meter
  • Harga: Bermula sekitar RM79 untuk sesi 10 minit berdasarkan senarai yang tersedia
  • Waktu operasi: Setiap hari, 11:00 pagi – 2:00 pagi
  • Lokasi: PTD 200284, Persiaran Medini Sentral 6, Bandar Medini Iskandar, 79250 Iskandar Puteri, Johor
  • Bateriku terdekat: Pitstop Perling
  • Maklumat lanjut: RUD Karting Medini

go-kart-johor-bahru-2.webp

2. RUD Karting Sutera Mall

Sesuai untuk: Aktiviti go-kart indoor bersama kawan-kawan

Tak semestinya anda perlu ke litar terbuka untuk menikmati aktiviti go-kart di Johor Bahru. RUD Karting Sutera Mall menawarkan pengalaman perlumbaan dalam pusat beli-belah, jadi anda boleh menggabungkan sesi go-kart dengan aktiviti membeli-belah, makan dan bersantai.

Lokasi ini menawarkan go-kart petrol dan elektrik, selain litar khas untuk kanak-kanak. Pilihan tersebut menjadikannya sesuai untuk kumpulan yang mempunyai tahap pengalaman berbeza. Namun, pastikan anda menyemak syarat umur dan ketinggian sebelum membuat tempahan.

Satu lagi kelebihannya ialah suasana berbumbung, jadi anda tak perlu terlalu risau tentang perubahan cuaca ketika merancang aktiviti. Selepas berlumba, anda juga boleh meneruskan aktiviti bersama keluarga atau kawan-kawan di Sutera Mall.

  • Panjang litar: 400–560 meter
  • Harga: Bermula RM35
  • Waktu operasi: 11:00 pagi – 12:00 tengah malam, Ahad hingga Jumaat; sehingga 2:00 pagi pada hari Sabtu
  • Lokasi: Aras 2, L2-648, Sutera Mall, 1 Jalan Sutera Tanjung 8/4, Taman Sutera Utama, 81300 Skudai, Johor
  • Bateriku terdekat: Pitstop Mutiara Rini
  • Maklumat lanjut: Layari laman web rasmi RUD Karting untuk tempahan dan harga terkini.

go-kart-johor-bahru-3.webp

3. X Park Sunway Iskandar

Kalau aktiviti go-kart sahaja tak cukup untuk mengisi jadual hujung minggu anda, X Park Sunway Iskandar menawarkan pelbagai aktiviti lasak lain yang boleh dicuba.

Terletak di Medini, Iskandar Puteri, taman rekreasi ini menyediakan aktiviti go-kart serta pilihan lain seperti paintball, memanah, memanjat dinding dan pelbagai aktiviti luar.

Lokasi ini sesuai untuk kumpulan yang mempunyai minat berbeza. Ada yang boleh mencuba litar go-kart, manakala yang lain boleh meneroka aktiviti lain sebelum berkumpul semula.

Kalau anda merancang aktiviti sehari bersama kawan-kawan atau keluarga, X Park boleh dipertimbangkan sebagai salah satu destinasi. Sebelum bertolak, hubungi pihak pengendali untuk menyemak pakej go-kart, ketersediaan sesi dan syarat bagi setiap aktiviti.

  • Panjang litar: TIdak dikongsikan
  • Harga: Senarai harga bermula daripada RM60
  • Waktu operasi: Isnin–Khamis, 2:00 petang – 12:00 tengah malam; Jumaat–Ahad dan cuti umum, 10:00 pagi – 12:00 tengah malam
  • Lokasi: Jalan Medini Selatan 2, Medini Zone F, Bandar Medini Iskandar, 79250 Iskandar Puteri, Johor
  • Laman web: X Park Sunway Iskandar

go-kart-johor-bahru-5.webp

4. Permas Go-Kart Club

Sesuai untuk: Peminat perlumbaan outdoor dan mereka yang sukakan litar konvensional

Kalau anda lebih gemar suasana litar perlumbaan tradisional, Permas Go-Kart Club ialah satu lagi lokasi yang boleh dipertimbangkan. Terletak di Taman Plentong Baru, litar ini menawarkan pengalaman go-kart outdoor yang berbeza daripada litar kompak di dalam pusat beli-belah.

Perlumbaan di litar terbuka boleh menjadi lebih menarik bagi mereka yang ingin memberi tumpuan kepada garisan perlumbaan, teknik membrek dan cara mengambil selekoh, bukan sekadar mencuba aktiviti baharu.

Lokasi ini juga dikaitkan dengan komuniti peminat go-kart tempatan, menjadikannya pilihan untuk mereka yang ingin mengenali suasana sukan permotoran akar umbi di Johor.

Sebaiknya, hubungi pihak pengendali terlebih dahulu untuk menyemak sesi yang dibuka kepada orang awam, ketersediaan go-kart dan sama ada tempahan awal diperlukan.

  • Panjang litar: Dianggarkan sekitar 1.4 kilometer
  • Harga: Hubungi pengendali untuk mengetahui kadar sesi dan ketersediaan go-kart terkini
  • Waktu operasi: 10:00 pagi – 6:30 petang
  • Lokasi: Jalan Bunga Matahari, Taman Plentong Baru, 81750 Johor Bahru, Johor
  • Bateriku terdekat: Pitstop Permas Jaya

go-kart-johor-bahru-7.webp

5. Angsana Go-Kart Johor Bahru

Sesuai untuk: Pemula, perlumbaan santai dan aktiviti bersama keluarga

Tak semua orang mahu terus mencuba perlumbaan berkelajuan tinggi. Kalau anda baru nak berjinak-jinak dengan go-kart atau sekadar mencari aktiviti santai bersama kawan-kawan dan keluarga, Angsana Go-Kart boleh menjadi pilihan.

Terletak di Angsana Johor Bahru Mall, tarikan ini menawarkan go-kart satu tempat duduk dan dua tempat duduk. Pilihan dua tempat duduk amat berguna jika anda ingin berkongsi pengalaman dengan penumpang, tertakluk pada syarat keselamatan dan kelayakan yang ditetapkan oleh pengendali.

Senarai harga yang tersedia turut menyatakan sesi selama 10 minit bagi kedua-dua kategori go-kart. Jadi, anda boleh menganggarkan bajet sebelum berkunjung.

Walau bagaimanapun, pastikan anda menyemak harga dan ketersediaan terkini supaya rancangan anda berjalan lancar.

  • Panjang litar: Tidak dikongsikan.
  • Harga: RM40 untuk go-kart satu tempat duduk dan RM50 untuk go-kart dua tempat duduk bagi sesi 10 minit
  • Waktu operasi: 11:00 pagi – 11:00 malam
  • Lokasi: Parkir Kereta C, Angsana Johor Bahru Mall, Jalan Tampoi, Pusat Bandar Tampoi, 81200 Tampoi, Johor
  • Bateriku terdekat: Pitstop JB City
  • Maklumat lanjut: Facebook Angsana Go-Kart Johor Bahru

go-kart-johor-bahru-8.webp

6. GT Karting

Kalau anda lebih suka berlumba selepas makan malam berbanding berpanas pada waktu petang, GT Karting boleh dimasukkan dalam senarai. Terletak di kawasan Taman Desa Tebrau, lokasi ini pernah disenaraikan sebagai menawarkan go-kart standard, go-kart junior dan go-kart dua tempat duduk.

Bagi mereka yang mahu mencuba sesuatu yang berbeza daripada perlumbaan biasa, drift karting juga menawarkan pengalaman tersendiri. Pemandu boleh merasai pengalaman mengawal gelongsoran ketika mengambil selekoh, menjadikannya alternatif menarik kepada perlumbaan yang hanya menumpukan pada kelajuan.

Waktu operasinya yang berlanjutan hingga lewat malam juga sesuai untuk mereka yang mahu mencari aktiviti selepas membeli-belah atau makan di kawasan Tebrau.

Sebelum membuat tempahan, semak kategori go-kart yang tersedia serta syarat umur dan ketinggian yang ditetapkan.

  • Panjang litar: Tidak dinyatakan
  • Harga: Berdasarkan senarai yang tersedia, sekitar RM55 untuk go-kart standard, RM45 untuk go-kart junior dan RM78 untuk go-kart dua tempat duduk bagi sesi 10 minit. Sahkan harga terkini dengan pengendali.
  • Waktu operasi: 4:00 petang – 2:00 pagi setiap hari berdasarkan senarai yang tersedia
  • Lokasi: 9, Jalan Desa Tebrau, Taman Desa Tebrau, 81100 Johor Bahru, Johor
  • Maklumat lanjut: Instagram GT Karting

go-kart-johor-bahru-9.webp

7. Evolt Karting Bukit Indah

Sesuai untuk: Go-kart elektrik dan perlumbaan indoor

Nak mencuba pengalaman go-kart tanpa enjin petrol konvensional? Evolt Karting Bukit Indah menawarkan pengalaman go-kart elektrik dalam bangunan di AEON Mall Bukit Indah.

Go-kart elektrik memberikan pengalaman pemanduan yang berbeza daripada model berkuasa petrol, dengan tindak balas pecutan yang pantas dan suasana litar yang lebih senyap.

Menurut maklumat pengendali, litar Evolt di Johor mempunyai panjang 450 meter dengan 14 selekoh dan dua sektor. Ini memberikan ruang untuk anda menguji kemahiran mengambil selekoh sambil menikmati pengalaman perlumbaan dalam persekitaran berbumbung.

Lokasinya juga memudahkan anda merancang aktiviti ketika hujan atau selepas membeli-belah. Bagi pengunjung dari Singapura yang menginap di sekitar Bukit Indah, tempat ini juga boleh menjadi pilihan untuk mengisi masa lapang.

Sebelum berkunjung, semak harga dan syarat penyertaan terkini, terutamanya jika anda membawa kanak-kanak atau peserta yang baru pertama kali mencuba go-kart.

  • Panjang litar: 450 meter, dengan 14 selekoh dan dua sektor berdasarkan maklumat pengendali
  • Harga: Bermula daripada RM70
  • Waktu operasi: 10:00 pagi – 12:00 tengah malam setiap hari, termasuk cuti umum, berdasarkan maklumat pengendali
  • Lokasi: No. 2, Aras Bawah, AEON Mall, 8 Jalan Indah 15/2, Taman Bukit Indah, 81200 Johor Bahru, Johor
  • Bateriku terdekat: Pitstop Perling
  • Laman web: Evolt Karting Johor

go-kart-johor-bahru-6.webp

8. DMC Karting, Permas City

Sesuai untuk: Pengalaman drift kart yang berbeza daripada litar biasa

Kalau anda mahu mencuba sesuatu yang berbeza daripada litar go-kart konvensional, DMC Karting di Permas City menawarkan pengalaman drift kart yang menarik.

Menurut pengendali, lokasi ini merupakan litar drift go-kart dua tingkat pertama di Johor, dengan 18 selekoh dan cerun 25 darjah. Reka bentuk litar bertingkat ini memberikan cabaran yang berbeza berbanding litar biasa, manakala go-kart yang diubah suai untuk drift menambah kelainan pada pengalaman pemanduan.

Selain go-kart, DMC turut menawarkan aktiviti hiburan lain seperti simulator perlumbaan dan permainan video. Jadi, lokasi ini boleh dipertimbangkan untuk aktiviti berkumpulan, sambutan hari jadi atau sesi santai bersama rakan-rakan yang meminati dunia perlumbaan.

Jika anda merancang untuk datang bersama kanak-kanak atau peserta yang belum berpengalaman, hubungi pihak pengendali terlebih dahulu bagi mengetahui syarat umur, taklimat keselamatan dan sesi yang tersedia.

  • Panjang litar: Tidak dinyatakan
  • Harga: Bermula daripada RM30
  • Waktu operasi: 12:00 tengah hari – 12:00 tengah malam
  • Lokasi: G-03, Blok C, Kawasan Perdagangan Permas Utara, Jalan Permas Utara, Bandar Baru Permas Jaya, 81750 Masai, Johor
  • Bateriku terdekat: Pitstop Permas Jaya
  • Laman web: DMC Karting

go-kart-johor-bahru-11.webp

9. Go Karting KSL City Mall

Sesuai untuk: Aktiviti santai di pusat bandar Johor Bahru

Kalau anda merancang untuk menginap atau menghabiskan masa di sekitar pusat bandar Johor Bahru, Go Karting KSL City Mall juga boleh dipertimbangkan untuk aktiviti santai.

Lokasinya di dalam pusat beli-belah memudahkan anda menggabungkan sesi go-kart dengan aktiviti lain seperti makan, membeli-belah atau menonton wayang.

Pilihan ini sesuai untuk pengunjung yang tidak mahu memandu terlalu jauh ke litar outdoor khusus. Ia juga boleh menjadi alternatif bagi kumpulan yang mahu menghabiskan masa di satu lokasi tanpa perlu berpindah dari satu tempat ke tempat lain.

Walau bagaimanapun, sebelum datang khusus untuk bermain go-kart, hubungi pihak pusat beli-belah atau pengendali untuk mengesahkan sama ada tarikan ini masih beroperasi, jenis go-kart yang tersedia dan sama ada tempahan awal diperlukan.

  • Panjang litar: Tidak dinyatakan
  • Harga: Bermula daripada RM40 berdasarkan senarai yang tersedia
  • Waktu operasi: Direktori pusat beli-belah menyenaraikan waktu 10:00 pagi – 10:00 malam setiap hari
  • Lokasi: KSL City Mall, Johor Bahru, Johor
  • Bateriku terdekat: Pitstop JB City
  • Maklumat lanjut: Instagram Go Karting KSL Mall

go-kart-johor-bahru-10.webp

10. Oh My Kart (OMK), AEON Mall Tebrau City

Sesuai untuk: Aktiviti keluarga dan go-kart elektrik

Bagi keluarga yang sedang mencari aktiviti indoor, Oh My Kart di AEON Mall Tebrau City ialah satu lagi lokasi yang boleh dipertimbangkan.

Tarikan ini pernah disenaraikan sebagai menawarkan go-kart elektrik dengan beberapa kategori kelajuan untuk peserta yang lebih muda mahupun orang dewasa. Lokasinya di pusat beli-belah juga memudahkan keluarga menggabungkan aktiviti go-kart dengan makan tengah hari, membeli-belah atau menonton wayang.

Senarai yang tersedia sebelum ini turut menyatakan kategori go-kart kanak-kanak, biasa dan profesional dengan syarat umur yang berbeza. Oleh sebab syarat ini boleh berubah mengikut jenis go-kart dan polisi pengendali, ibu bapa disarankan menyemak peraturan terkini sebelum membeli tiket.

Jika anda bercadang untuk berkunjung ketika cuti sekolah atau hujung minggu, sebaiknya semak jadual sesi dan ketersediaan tempat lebih awal.

  • Panjang litar: Tidak dinyatakan
  • Harga: Berdasarkan senarai yang tersedia, sekitar RM30 untuk go-kart kanak-kanak, RM35 untuk go-kart biasa dan RM47 untuk go-kart profesional bagi setiap sesi
  • Waktu operasi: 10:00 pagi – 10:00 malam, Ahad hingga Khamis; sehingga 10:30 malam pada Jumaat dan Sabtu
  • Lokasi: Parkir bertingkat aras satu, AEON Mall Tebrau City, Persiaran Desa Tebrau, Taman Desa Tebrau, 81100 Johor Bahru, Johor
  • Bateriku terdekat: Pitstop Mount Austin
  • Maklumat lanjut: Instagram OMK Tebrau

Tip Sebelum Bermain Go-Kart di Johor Bahru

Sebelum anda bertolak ke mana-mana litar go-kart di Johor Bahru, ada beberapa perkara yang elok disemak supaya pengalaman anda lebih lancar.

1. Semak jenis go-kart sebelum membuat tempahan

Go-kart petrol, elektrik dan drift kart menawarkan pengalaman pemanduan yang berbeza. Kalau anda baru pertama kali mencuba aktiviti ini, tanya pengendali kategori go-kart yang paling sesuai untuk pemula.

2. Periksa syarat umur dan ketinggian

Sesetengah litar menetapkan ketinggian minimum, manakala yang lain menyediakan kategori khas untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Go-kart dua tempat duduk juga mungkin mempunyai syarat tertentu untuk penumpang.

3. Bandingkan harga mengikut tempoh sesi

Tiket yang lebih murah tidak semestinya menawarkan nilai terbaik. Semak tempoh setiap sesi, kategori go-kart, caj peralatan keselamatan dan sama ada terdapat diskaun untuk pakej berkumpulan.

4. Buat tempahan awal ketika hujung minggu dan cuti umum

Litar popular boleh menjadi sesak ketika cuti sekolah, hujung minggu dan musim perayaan. Hubungi pengendali untuk mengesahkan slot pilihan anda dan sama ada mereka menerima pengunjung tanpa tempahan.

5. Rancang perjalanan dan pengangkutan

Jika anda datang dari Singapura atau memandu antara beberapa kawasan di Johor, ambil kira keadaan trafik dan masa untuk mencari parkir. Litar outdoor juga mungkin mempunyai aturan operasi berbeza ketika cuaca buruk.

6. Pastikan kereta berada dalam keadaan baik sebelum bertolak

Rancangan hujung minggu boleh terganggu jika bateri kereta tiba-tiba kong ketika anda hendak memulakan perjalanan.

Sebelum memulakan perjalanan jauh, perhatikan tanda-tanda bateri lemah seperti enjin lambat dihidupkan, lampu kereta semakin malap atau bateri yang sudah menghampiri penghujung jangka hayatnya.

260130-bateriku-bhero malaysia 06.webp

Bagaimana Jika Bateri Kereta Kong Ketika Dalam Perjalanan?

Perjalanan ke litar go-kart sepatutnya dipenuhi keseronokan, bukannya pening kepala memikirkan sama ada kereta boleh dihidupkan semula selepas selesai aktiviti.

Jika anda menghadapi masalah bateri atau memerlukan bantuan kecemasan di jalan raya ketika berada di sekitar Johor Bahru, Bateriku menyediakan perkhidmatan penggantian bateri kereta dan bantuan kecemasan jalan raya melalui rangkaian perkhidmatannya.

Anda boleh menyemak ketersediaan perkhidmatan dan mencari Pitstop terdekat melalui laman web atau aplikasi Bateriku. Pilihan bantuan dan masa respons bergantung pada lokasi serta jenis perkhidmatan yang diperlukan.

Jadi, sama ada anda merancang untuk ke litar perlumbaan outdoor, mencuba go-kart elektrik indoor atau merasai pengalaman drift kart pada waktu malam, pastikan perjalanan anda turut dirancang dengan baik.

Avatar

Hazzim Nasir

Let’s share to:

Seterusnya