22 Oct 2026

Hujan Lebat? 7 Trek Go-Kart Indoor Ini Tetap Kering Untuk Berlumba

Cover image

Go-kart aktiviti menyeronokkan kerana melibatkan kelajuan dan persaingan. Namun di Malaysia, cuaca yang tidak menentu kadangkala boleh ganggu rancangan untuk berlumba Go-Kart kalau trek itu berada di kawasan terbuka.

Berita baiknya, anda tak perlu biar cuaca halang aktivit anda kerana ada sahaja litar go-kart di bawah bumbung sepenuhnya. Litar go-kart indoor tawarkan perlindungan daripada cuaca, membolehkan anda menikmati pengalaman berlumba tanpa terlalu risau tentang hujan.

Berikut ialah tujuh tempat go-kart indoor di Malaysia yang boleh anda kunjungi untuk berlumba tanpa mengira cuaca.

1. Evolt Karting Selangor

Evolt Karting lokasinya berhampiran Kampung Melayu Subang. Ia tawarkan litar sepanjang 600 meter dan mengandungi sebanyak 24 selekoh terbahagi dalam tiga sektor, dengan beberapa susun atur litar termasuk perlumbaan dalam arah bertentangan. Terdapat beberapa tahap prestasi kart, daripada kart Novice dengan kelajuan dihadkan kepada 40km/j sehingga kart Advanced dan Pro yang masing-masing mampu mencapai sehingga 70km/j dan 90km/j.

261022-bateriku-indoor go kart track malaysia 01 evolt karting shah alam.webp

Harga sesi bermula daripada RM70. Pengunjung juga boleh memilih pakej Grand Prix atau Day Pass selama enam jam. Selain go-kart, Evolt turut menawarkan aktiviti seperti sim racing, XR laser tag dan junior karting. Dengan sistem catatan masa profesional, taklimat keselamatan dan suasana mesra keluarga, Evolt Karting sesuai untuk pemula, keluarga, kumpulan dan peminat sukan permotoran yang mencari indoor karting di Selangor.

Fakta Ringkas:

  • Panjang litar: 600 meter, 24 selekoh
  • Harga: Dari RM70 (Single), RM115 (Double Seater)
  • Waktu operasi: 4:00 petang – 12:00 tengah malam (Isnin–Jumaat); 12:00 tengah hari – 12:00 tengah malam (Sabtu–Ahad)
  • Lokasi: U6, PT 3779 HSM 6462, Jalan 4D, Seksyen, Kampung Subang Baru, 40150 Shah Alam, Selangor
  • Bateriku terdekat: Bateriku Subang Perdana

2. Evolt Karting Johor

Evolt Karting Johor merupakan lokasi go-kart elektrik indoor yang terletak di dalam AEON Mall Bukit Indah, menjadikannya pilihan aktiviti di Johor Bahru yang sesuai dilakukan tanpa mengira cuaca. Lokasi ini ada litar sepanjang 450 meter dan mempunyai 14 selekoh, juga tawarkan susun atur perlumbaan dalam arah bertentangan. Evolt menggunakan kart elektrik RSX2 dan dilengkapi sistem catatan masa lumba dan sektor secara masa nyata untuk mudahkan pemandu melihat prestasi mereka pada sepanjang sesi.

261022-bateriku-indoor go kart track malaysia 02 evolt karting johor.webp

Sesi go-kart dibahagikan mengikut tahap kemahiran. Sesi Novice berharga RM70, manakala sesi Advanced dan Pro masing-masing berharga RM85 dan RM100 untuk sesi selama lapan minit. Pengunjung juga boleh memilih pakej tiga sesi, perlumbaan Grand Prix atau Day Pass selama enam jam. Lokasinya di dalam pusat beli-belah turut memudahkan anda menggabungkan aktiviti go-kart dengan membeli-belah, makan atau aktiviti keluarga.

Fakta Ringkas:

  • Panjang litar: 450 meter, 14 selekoh
  • Harga: Dari RM70 (Single), RM115 (Double Seater)
  • Waktu operasi: 10:00 pagi – 12:00 tengah malam
  • Lokasi: No. 2, Ground Floor, AEON Mall Bukit Indah, 8, Jalan Indah 15/2, Taman Bukit Indah, 81200 Johor Bahru, Johor
  • Bateriku terdekat: Bateriku Mutiara Rini

3. RUD Karting Klang

RUD Karting Klang menawarkan pengalaman go-kart indoor di AEON Mall Bukit Tinggi, Klang. Litar sepanjang 1,020 meter ini mempunyai 19 selekoh dan menawarkan kart petrol serta kart elektrik. Pemandu boleh memilih pengalaman yang berbeza, dengan sesi kart ICE bermula daripada RM75 manakala kart elektrik bermula daripada RM39.

261022-bateriku-indoor go kart track malaysia 03 run karting klang.webp

Dengan litar yang agak panjang, pemandu mempunyai lebih banyak peluang untuk berlatih mengambil selekoh, membrek dan memotong. Lokasinya di dalam pusat beli-belah juga memudahkan kumpulan yang mahu menggabungkan aktiviti go-kart dengan membeli-belah atau makan. Dengan litar indoor, anda boleh terus berlumba tanpa terlalu risau jika hujan turun secara tiba-tiba.

Fakta Ringkas:

  • Panjang litar: 1,020 meter, 19 selekoh
  • Harga: Dari RM75 (Single, ICE), RM39 (Single, EV)
  • Waktu operasi: 12:00 tengah hari – 1:00 pagi
  • Lokasi: AEON Mall Bukit Tinggi, Level 3 Car Park, 1, KS 6, Persiaran Batu Nilam 1, Bandar Bukit Tinggi 2, 41200 Klang, Selangor
  • Bateriku terdekat: Bateriku Meru

4. RUD Karting Sutera Mall

RUD Karting Sutera Mall membawa pengalaman go-kart indoor ke Sutera Mall di Johor Bahru. Lokasi ini menawarkan kart elektrik dan kart petrol, selain litar khas untuk kanak-kanak. Kedudukannya di dalam pusat beli-belah menjadikannya pilihan mudah untuk keluarga dan kumpulan yang mencari aktiviti indoor.

261022-bateriku-indoor go kart track malaysia 04 rud karting sutera mall.webp

Pengunjung juga boleh berehat di RUD Cafe & Bistro atau menonton rakan dan ahli keluarga berlumba di litar. Dengan pilihan kart yang pelbagai dan persekitaran perlumbaan yang berbumbung sepenuhnya, RUD Karting Sutera Mall sesuai untuk pemula, keluarga, kumpulan sambutan hari jadi dan mereka yang mahu menikmati aktiviti go-kart di Johor Bahru tanpa terlalu memikirkan keadaan cuaca.

Fakta Ringkas:

  • Panjang litar: 650 meter, 15 selekoh
  • Harga: Dari RM75 (Single, ICE), RM35 (Single, EV)
  • Waktu operasi: 12:00 tengah hari – 1:00 pagi
  • Lokasi: Sutera Mall, Taman Sutera Utama, Johor Bahru, Johor
  • Bateriku terdekat: Bateriku Tampoi

5. MyKart Raceway Shah Alam

MyKart Raceway di Tropicana Sports Centre, Shah Alam menawarkan pengalaman go-kart indoor yang berbeza, bukan setakat indoor, malah ia litar bawah tanah pertama di Malaysia. Litar go-kart elektrik dua tingkat ini mempunyai tanjakan, selekoh dan perubahan aras, memberikan pengalaman yang lebih dinamik berbanding litar rata biasa. Litar sepanjang 1,000 meter ini mempunyai 15 selekoh.

261022-bateriku-indoor go kart track malaysia 05 mykart raceway.webp

Kart elektrik yang digunakan juga memberikan pengalaman perlumbaan yang lebih senyap tanpa asap. Pengunjung yang tidak berlumba pula boleh menggunakan ruang menunggu berhawa dingin, kafe dan kawasan tontonan. Jika anda mencari go-kart indoor di Shah Alam, MyKart Raceway merupakan pilihan menarik untuk aktiviti keluarga, parti kanak-kanak, perlumbaan santai dan mereka yang pertama kali mencuba go-kart.

Fakta Ringkas:

  • Panjang litar: 1,000 meter, 15 selekoh
  • Harga: Dari RM70 (Single), RM130 (Double)
  • Waktu operasi: 2:00 petang – 12:00 tengah malam
  • Lokasi: Level 5, Tropicana Sports Centre, 70, Jalan Nautika B U20/B, TSB Pusat Komersial, Seksyen U20, 40160 Shah Alam, Selangor
  • Bateriku terdekat: Bateriku Sungai Buloh

6. Blastacars Sungei Wang

Blastacars Malaysia menawarkan pengalaman go-kart indoor yang sedikit berbeza. Berbanding perlumbaan mengikut pusingan biasa, lokasi ini memberi tumpuan kepada drift kart. ****Terletak di tingkat lima Sungei Wang Plaza, Bukit Bintang, Blastacars mempunyai dua litar indoor sepenuhnya. Kart drift yang menggunakan enjin petrol ini direka khusus untuk aktiviti drift, menjadikan pengalaman lebih menumpukan kepada kawalan kenderaan dan teknik gelongsor berbanding kelajuan semata-mata.

261022-bateriku-indoor go kart track malaysia 06 blastacars sungei wang.webp

Lokasi ini menerima pemandu berumur lapan tahun ke atas dengan ketinggian minimum 1.2 meter. Kakitangan turut memberikan panduan kepada pemula, menjadikannya sesuai untuk mereka yang pertama kali mencuba drift kart. Oleh kerana litar dilindungi sepenuhnya, Blastacars merupakan salah satu pilihan untuk go-kart di Kuala Lumpur yang boleh dinikmati tanpa mengira cuaca.

Fakta Ringkas:

  • Panjang litar: 200 meter
  • Harga: Dari RM60
  • Waktu operasi: 11:00 pagi – 8:00 malam
  • Lokasi: 5F-001, Tingkat 5, Sungei Wang Plaza, 50250 Kuala Lumpur
  • Bateriku terdekat: Bateriku Pudu

7. X Park Malaysia Sunway Serene

X Park Malaysia Sunway Serene menawarkan pengalaman go-kart dengan litar berbumbung sepenuhnya di Kelana Jaya, Petaling Jaya. Litar sepanjang 835 meter ini mempunyai laluan lurus yang pantas, selekoh mencabar dan beberapa peluang untuk memotong. X Park turut menawarkan kart untuk dewasa, kanak-kanak dan double-seater, menjadikannya sesuai untuk keluarga, pemandu kasual dan kumpulan.

261022-bateriku-indoor go kart track malaysia 07 x park malaysia sunway serene.webp

Selain litar go-kart, terdapat juga kawasan tontonan, pilihan makanan dan kemudahan parkir. Ini menjadikannya pilihan praktikal untuk aktiviti berkumpulan atau team building.Dengan litar yang berbumbung serta waktu operasi sehingga malam, X Park Sunway Serene merupakan satu lagi pilihan bagi mereka yang mencari litar go-kart indoor di Selangor tanpa perlu terlalu risau tentang cuaca.

Fakta Ringkas:

  • Panjang litar: 835 meter
  • Harga: Dari RM70 (Single), RM70 (Double)
  • Waktu operasi: 10:00 pagi – 12:00 tengah malam
  • Lokasi: Lot No. 1, Jalan SS 8/6, Sungai Way Free Trade Industrial Zone, 47300 Petaling Jaya, Selangor
  • Bateriku terdekat: Bateriku Kelana Jaya

Kenapa Pilih Litar Go-Kart Indoor?

Kelebihan utama go-kart indoor adalah mudah: cuaca kurang berkemungkinan mengganggu rancangan anda. Iklim tropika Malaysia menyebabkan hujan lebat boleh turun pada bila-bila masa. Dengan litar go-kart yang berbumbung sepenuhnya, anda boleh menikmati sesi perlumbaan tanpa perlu sentiasa memeriksa ramalan cuaca.

Go-kart indoor juga menawarkan beberapa kelebihan lain:

  • Berlumba tanpa mengira cuaca: Hujan kurang berkemungkinan mengganggu sesi anda.
  • Persekitaran lebih terkawal: Litar indoor memberikan perlindungan daripada hujan dan cahaya matahari.
  • Mesra keluarga: Banyak litar menawarkan kart kanak-kanak atau double-seater.
  • Lokasi mudah: Sesetengah litar terletak di dalam pusat beli-belah atau pusat hiburan.
  • Pelbagai pengalaman: Anda boleh mencuba kart elektrik, drift kart atau litar bertingkat.

Perlukan Bantuan Tepi Jalan?

Seronok berlumba di litar memang satu perkara, tetapi terkandas di tepi jalan bukan sebahagian daripada rancangan. Jika bateri kereta kong, kehabisan minyak, memerlukan tunda atau menghadapi kerosakan kenderaan secara tiba-tiba, Bateriku sedia membantu.

261021-bateriku-best go kart pulau pinang hero cta.webp

Dengan perkhidmatan bantuan tepi jalan di seluruh Malaysia, Bateriku menawarkan perkhidmatan termasuk penggantian bateri, penghantaran minyak, towing, bantuan tayar dan perkhidmatan locksmith kereta.

Jadi, sama ada anda dalam perjalanan pulang selepas seharian bermain go-kart atau sekadar memandu di sekitar Malaysia, jangan biarkan kereta rosak mengganggu perjalanan anda. Jika memerlukan bantuan tepi jalan, hubungi Bateriku untuk mendapatkan bantuan.

Avatar

Hanif Azrai

Let’s share to:

Seterusnya