SHAH ALAM, SELANGOR, 30 Ogos 2026 – Kembali untuk edisi kali ke-5, Festival MotorManiac 2026 menjanjikan edisi paling meriah dalam sejarahnya. Festival kali ini menggabungkan pameran kereta berprestasi tinggi, barisan artis yang hebat, cabutan bertuah, koleksi barangan eksklusif serta pelancaran produk baharu, festival ini bakal menawarkan pengalaman hujung minggu yang cukup luar biasa buat para peminat automotif.
Berlangsung pada 5 hingga 6 September 2026 di Rooftop, Aras 7, MyTOWN Kuala Lumpur, festival selama dua hari ini dijangka dihadiri lebih 40,000 peminat automotif. Menjelang pembukaan rasminya, MotorManiac telah mengadakan Sidang Media MotorManiac 2026 pada 30 Ogos 2026 di ibu pejabat Shah Alam, bagi memperkenalkan beberapa inisiatif utama yang memperkukuhkan aspirasi jenama ini sebagai ekosistem gaya hidup automotif terkemuka di Malaysia.

Dianjurkan oleh Bateriku, penyedia Bantuan Tepi Jalan di Malaysia, festival ini terus mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu acara bertemakan gaya hidup automotif terbesar di Malaysia menerusi kerjasama strategik bersama Astra selaku Penaja Utama. Festival ini turut mendapat sokongan Petronas Syntium sebagai Penaja Bersama dan Lazada sebagai Rakan Tiket Rasmi, serta sokongan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

Lagi yang memeriahkan adalah seperti Red Bull, MyTOWN Shopping Centre, Retrohavoc dan GGR sebagai Rakan Penaja dan penyokong tegar. F&N turut sertai sebagai Rakan Minuman Rasmi untuk memastikan pengunjung kekal terhidrat sepanjang acara.

Mengangkat acara ini ke tahap lebih tinggi, DEF JAM Southeast Asia menyertai sebagai Rakan Pentas Rasmi (Official Stage Partner) membawakan festival muzik gempak secara open-air menampilkan Joe Flizzow, SonaOne, ALYPH, Ismail Izzani, Killa Driz, Lil J, Yonnyboii, AbangSapau, dan DJ CZA. Sebagai mengabadikan festival tahunan edisi 2026 ini, koleksi merch tahun ini mendapat kerjasama eksklusif dengan DEF JAM Southeast Asia yang terdiri daripada 12 SKUs.

Jom Battle kembali sebagai Rakan Rasmi B-Boy (Official B-Boy Partner) diketuai oleh Sora. Festival tahun ini juga menampilkan Keep It Street by Zeem Ahmad, seorang atlet Redbull Malaysia (bola sepak gaya bebas) pula bakal mengetengahkan budaya jalanan yang dinamik, sekali gus melengkapkan gabungan unik antara dunia automotif dan gaya hidup urban.
Festival MotorManiac 2026 turut akan menyaksikan pengumuman MotorManiac Drift Academy dan pasukan drift ASTRA yang menghimpunkan beberapa nama besar seperti Rome Charpentier, pelumba Formula Drift PRO1 dari Amerika Syarikat; Vernon Zwaneveld, hakim drift antarabangsa bertauliah FIA dan jurulatih drift; Dika Champion, pelumba drift kebangsaan Indonesia serta Pengurus Operasi Sentul International Circuit; dan Alvito Hardianto, antara pelumba drift terkemuka Indonesia.

MotorManiac Drift Academy salah satu ahli pengasas World Drift School Alliance (WDSA). Kerjasama ini direncana bertujuan melahirkan generasi baharu pelumba drift Malaysia, menerusi latihan berstruktur, kerjasama antarabangsa, program pertukaran pelajar serta laluan pembangunan profesional dalam arena drift.
WDSA hasil kerjasama Malaysia, Indonesia, Amerika Syarikat dan Belanda. Disokong oleh tokoh-tokoh drift antarabangsa serta hakim bertauliah FIA, akademi ini menyediakan laluan profesional kepada para pelajar untuk bersaing di peringkat kebangsaan dan antarabangsa termasuk di Jepun dan Amerika Syarikat.
Penembusan MotorManiac di peringkat antarabangsa diteruskan. Kerjasama terjalin dengan media automotif dan barisan pempengaruh. Nama-nama terkenal seperti CarCulth, Smokey Nicole, Tatsu Miyagawa, Clay Wong dan Final Drive, mewarnai festival ini dan ia menjadi satu menifestasi platform automotif ini semakin diiktiraf di peringkat serantau dan antarabangsa. Para pengumpul model kereta mini turut boleh mengunjungi Mini Diecast Expo, sementara AZJ Printing dan Sarman Printing menyokong penganjuran festival sebagai Rakan Percetakan Rasmi (Official Printing Partners).
Kini berada di edisi kelima, MotorManiac terus tumbuh melangkaui penganjuran festival. Selari dengan gaya hidup digital masa ini, aplikasi MotorManiac juga diumumkan. Ia adalah platform automotif digital sehenti yang menghubungkan penggemar kereta, jenama, dan rakan antarabangsa kepada solusi seperti penjualan tiket, merch, komponen prestasi, penjualan jentera, dan forum komuniti. Aplikasi itu direka untuk jadi perumah kepada pemain-pemain industry tegar dunia automotive malahan jenama seperti DeWalt, Works Engineering dan beberapa yang lain sudahpun menyertainya.

Satu lagi produk Baharu yang diumumkan adalah ASTRA-X iaitu produk bateri lithium iron phosphate (LFP). Ia adalah bateri automotive berprestasi tinggi yang ringan dan tahan Lasak untuk perlumbaan dan drift untuk penuhi keperluan sukan bermotor yang kompetitif. Ia direka untuk terus membekalkan tenaga kepada jentera walaupun dalam situasi kegagalan alternator dan mampu dipulihkan walaupun alami deep discharge. Misinya hanya satu, kekalkan prestasi tatkala setiap saat adalah penting.
Pengunjung tidak pulang dengan tangan kosong. Setiap RM50 yang dibelanjakan untuk membeli merch MotorManiac melayakkan mereka menyertai cabutan bertuah untuk pandu pulang sebuah jentera, sedia drift & sedia pandu, sebuah Nissan Cefiro A31 yang ikonik! Ada juga barangan cabutan lain seperti GGR Electric Bike, Teg Suspension Kit, Young Wrap Car Wrap, OMP Racing Helmet, Defi Meter Set, Teg tools daripada DeWALT dan banyak lagi pada sepanjang festival.

Seorang pengunjung bertuah akan bawa pulang sebuah Nissan Cefiro A31, sedia dipandu dan drift. Jentera tersebut dibangunkan khas oleh pasukan MotorManiac, sebagai hadiah cabutan bertuah utama. Setiap pembelian RM50 barangan rasmi MotorManiac melayakkan pembeli beroleh satu peluang dicabut. Selain hadiah utama itu, pengunjung juga berpeluang bawa pulang pelbagai hadiah menarik seperti motor elektrik oleh GGR, Teg Suspension Kit, Young Wrap Car Wrap, OMP Racing Helmet, Defi Meter Set, DeWALT Teg Tool dan pelbagai lagi hadiah eksklusif sepanjang festival berlangsung.
Tiket festival dijual pada harga RM30 (1 hari) dan RM50 (2 hari). Semua merch boleh didapatkan menerusi rakanbateriku.com, aplikasi Lazada, ataupun secara walk-in. Dianjurkan Bateriku, MotorManiac Festival 2026 adalah menifestasi aspirasi Bukan Sekadar Bateri Syarikat ini. Di sini, kami bukan sekadar membangunkan perniagaan – kami bangunkan ekosistem, menyuburkan komuniti, dan wujudkan trend. Jumpa anda di sana!


