Festival Ramadan Selangor 2026 (FESTIRA 2026) kembali untuk tahun ke-12. Edisi 2026 akan berlangsung antara 21 Februari hingga 15 Mac 2026 di perkarangan Kompleks PKNS Shah Alam.
Bateriku mengambil bahagian dalam FESTIRA 2026 sebagai Roadside Assist Rasmi dengan menyediakan servis pemeriksaan kenderaan percuma dan baucar tunai pembelian bateri kepada pengunjung.

Pesta beli-belah ini menghimpunkan lebih 1,000 penjual dan mensasarkan lebih 3 juta pengunjung. Kelainan yang mereka bawakan tahun ini adalah integrasi bazar dengan persembahan artis, demonstrasi masakan, serta program malam termasuklah solat terawih.
Aktiviti menarik di FESTIRA 2026
Sambil berbeli belah, anda boleh kunjungi pentas utama FESTIRA 2026 di SACC Mall untuk mendengar sesi persembahan artis terkenal tempatan. Antara yang akan memeriahkan suasana adalah seperti:
- Ustaz Akhil Hayy (21 Feb 2026)
- Waheeda (22 Feb 2026)
- Zazleen (OIAM) (28 Feb 2026)
- NURUS (FESTIRA House of Jazz) (1 Mac 2026)
- Zehra Zambri (7 Mac 2026)
- Haleeda (14 Mac 2026)
- Ramad MEGA (15 Mac 2026)
Cef Fikree berkongsikan resipi masakan ringkas untuk berbuka pada 1 Mac 2026 di dalam slot Dapur Instant Ramadan dan selepas segmen itu, sesi ramah mesra dibuka untuk peluang anda mendekati selebriti kegemaran anda.

Waheeda akan kembali pada 8 Mac 2026 bukan untuk menyanyi, tapi sebagai tetamu jemputan dalam slot TTYL X FESTIRA 2026.

FESTIRA 2026 rangkumi keperluan rohani pengunjung
FESTIRA kali ini telah ditambah baik dengan pengenalan aktiviti malam untuk tukarkannya daripada bazar Ramadan biasa kepada sesuatu yang lebih komprehensif.

Seperti yang dinyatakan oleh Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Amirudin Bin Shari:
Kali ini FESTIRA dilengkapi ataupun ditambah nilainya dengan kemudahan baru iaitu Aneka Walk dan dengan pelbagai program yang diatur bersama di Aneka Walk termasuk sembahyang tarawih dan menjadikan aktiviti sini tidak hanya berhenti selepas waktu berbuka puasa sebagaimana lazim tapi boleh bersambung sampai waktu malam.

Bateriku penyedia bantuan tepi jalan rasmi FESTIRA 2026
Sebagai salah satu rakan strategik FESTIRA, Bateriku bertanggungjawab memastikan pengunjung beroleh pengalaman beli belah yang lancar. Sepanjang penganjuran, Bateriku akan mengadakan sesi pemeriksaan kesihatan bateri percuma daripada masa ke masa. Kami juga akan mengedarkan baucar-baucar tunai sehingga RM100 untuk tukar bateri kereta. Jadi anda boleh pastikan kenderaan alam keadaan yang baik sebelum pulang Hari Raya.
Pengunjung boleh hubungi Bateriku sekiranya berdepan dengan masalah kenderaan selepas mengunjungi FESTIRA. Outlet Bateriku terhampir dengan FESTIRA 2026 adalah Bateriku Seksyen 7.

Bateriku ada tawarkan servis pemasangan bateri kereta di mana-mana sahaja di seluruh Malaysia. Dengan sistem pengkalan data yang komprehensif, jenis kereta anda boleh diketahui dan jenis bateri yang bersesuaian terus boleh disarankan kepada anda.
Tak terhad kepada penghantaran bateri secara on demand, kami juga ada beberapa servis lain untuk rungkai kerunsingan anda ke atas kereta anda. Perkhidmatan road side assistant kami boleh bantu anda jump start kereta, isi semula petrol sekiranya terkandas, buka kunci kereta jika terkunci daripada luar, baiki & tukar tayar, ataupun sekiranya perlu, kami ada trak tunda untuk bawa kereta anda ke bengkel untuk dibaik pulih.
Jom ramai-ramai kunjungi FESTIRA 2026 di SACC Mall
FESTIRA 2026 kali ini gabungkan beli-belah, hiburan, dan kerohanian dalam satu penganjuran yang komprehensif. Ia mampu berikan pengalaman Ramadan yang menyeluruh kepada semua lapisan umur. Sekiranya anda bekelapangan, anda boleh berkunjung ke SACC Mall Shah Alam untuk beli bellah ataupun sertai aktivit-aktiviti menarik sepanjang FESTIRA 2026 yang berlangsung antara 21 Februari hingga 15 Mac 2026.
Beli-belah dengan tenang mengetahui kenderaan anda disokong oleh Bateriku.

