Satu perkara yang pasti dalam kalangan rakyat Malaysia ialah, bila ada cuti umum yang jatuh berdekatan hujung minggu, kita sudah mula merancang cuti tambahan. Tidak kira sama ada anda masih bersekolah, di universiti, atau sedang bekerja, cuti panjang adalah waktu yang paling dinanti-nantikan setiap tahun. Inilah masa di mana anda boleh mengemas beg, memandu pulang ke kampung, atau bercuti bersama rakan tanpa perlu mengambil cuti tahunan yang banyak.
Sebagai rakyat Malaysia, kita sangat bertuah kerana kita tinggal di sebuah negara dengan kepelbagaian budaya dan agama. menjadikan kalendar kita penuh dengan pelbagai sambutan. Dari Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri, Wesak, Hari Kebangsaan, Deepavali hinggalah Krismas, setiap perayaan memberi kita lebih banyak sebab untuk berehat dan meraikan bersama keluarga serta rakan-rakan.
Cuti Umum Malaysia 2025 & 2026: Panduan Lengkap Untuk Rancang Cuti Anda
Ramai yang mengambil peluang ini untuk pulang ke kampung halaman masing-masing bertemu ibu bapa, melancong bersama rakan, atau sekadar berehat di rumah. Apa pun pilihan anda, mengetahui tarikh cuti umum dan cuti panjang lebih awal adalah mustahak dalam memaksimumkan masa cuti anda.
Berikut adalah panduan penuh Cuti Umum Malaysia 2025 dan 2026 serta senarai cuti panjang untuk anda rancang dari sekarang.
Cuti Umum Malaysia 2025
Tarikh | Perayaan / Cuti | Hari |
---|---|---|
1 Jan 2025 | Tahun Baru | Rabu |
27 Jan 2025 | Israk Mikraj | Isnin |
29 Jan 2025 | Tahun Baru Cina | Rabu |
30 Jan 2025 | Tahun Baru Cina | Khamis |
1 Feb 2025 | Hari Wilayah Persekutuan | Sabtu |
11 Feb 2025 | Thaipusam | Selasa |
17 Mac 2025 | Nuzul Al-Quran | Isnin |
31 Mac 2025 | Hari Raya Aidilfitri | Isnin |
1 Apr 2025 | Hari Raya Aidilfitri | Selasa |
1 Mei 2025 | Hari Pekerja | Rabu |
12 Mei 2025 | Hari Wesak | Isnin |
2 Jun 2025 | Hari Keputeraan YDP Agong | Isnin |
7 Jun 2025 | Hari Raya Haji | Jumaat |
27 Jun 2025 | Maal Hijrah / Awal Muharam | Jumaat |
31 Ogos 2025 | Hari Kebangsaan | Sabtu |
5 Sep 2025 | Maulidur Rasul | Jumaat |
16 Sep 2025 | Hari Malaysia | Selasa |
20 Okt 2025 | Hari Deepavali | Isnin |
25 Dis 2025 | Krismas | Khamis |
Rujukan: Hari Kelepasan Am Negeri dan Persekutuan Malaysia 2025
Cuti Panjang 2025 Malaysia
Berikut cadangan tarikh cuti panjang 2025 untuk anda merancang tarikh cuti anda:
- Januari: 29, 30, 31 Jan – 1, 2 Feb (Tahun Baru Cina + Hari Wilayah)
- Februari: 8 –11 Feb (Thaipusam)
- Mac – April: 29 Mac – 1 Apr (Aidilfitri)
- Mei: 1 – 4 Mei (Hari Pekerja) & 10 – 12 Mei (Wesak)
- Jun: 31 Mei – 2 Jun (Hari Keputeraan YDP Agong), 6 – 7 Jun (Hari Raya Haji), 27 – 29 Jun (Maal Hijrah)
- Ogos: 30 Ogos – 1 Sep (Merdeka)
- September: 5 – 7 Sep (Maulidur Rasul), 13 – 16 Sep (Hari Malaysia)
- Oktober: 18 – 20 Okt (Deepavali)
- Disember: 25 – 28 Dis (Krismas)
Cuti Umum Malaysia 2026
Tarikh | Perayaan / Cuti | Hari |
---|---|---|
1 Jan 2026 | Tahun Baru | Khamis |
1 Feb 2026 | Hari Thaipusam & Hari Wilayah Persekutuan | Ahad |
17 Feb 2026 | Tahun Baru Cina | Selasa |
18 Feb 2026 | Tahun Baru Cina | Rabu |
19 Feb 2026 | Awal Ramadan | Khamis |
7 Mac 2026 | Nuzul Al-Quran | Sabtu |
21 Mac 2026 | Hari Raya Aidilfitri | Sabtu |
22 Mac 2026 | Hari Raya Aidilfitri | Ahad |
1 Mei 2026 | Hari Pekerja | Jumaat |
27 Mei 2026 | Hari Raya Aidiladha | Rabu |
28 Mei 2026 | Hari Raya Aidiladha | Khamis |
30 Mei 2026 | Pesta Kaamatan | Sabtu |
31 Mei 2026 | Hari Wesak / Pesta Kaamatan | Ahad |
1 Jun 2026 | Hari Gawai & Hari Keputeraan YDP Agong | Isnin |
2 Jun 2026 | Hari Gawai | Selasa |
17 Jun 2026 | Awal Muharram | Rabu |
25 Ogos 2026 | Maulidur Rasul | Selasa |
31 Ogos 2026 | Hari Kebangsaan | Isnin |
16 Sep 2026 | Hari Malaysia | Rabu |
8 Nov 2026 | Hari Deepavali | Ahad |
25 Dis 2026 | Krismas | Jumaat |
Rujukan: Hari Kelepasan Am Negeri dan Persekutuan Malaysia 2026
Cuti Panjang 2026 Malaysia
- Januari: 1 – 4 Jan (Tahun Baru)
- Februari: 31 Jan – 2 Feb (Thaipusam), 18 – 22 Feb (Tahun Baru Cina)
- Mac: 21 – 23 Mac (Aidilfitri)
- Mei: 1 – 3 Mei (Hari Pekerja), 30 Mei – 1 Jun (Hari Keputeraan YDP Agong)
- Ogos: 22 – 25 Ogos (Maulidur Rasul), 29 – 31 Ogos (Merdeka)
- November: 7 – 9 Nov (Deepavali)
- Disember: 25 – 27 Dis (Krismas)
Tip Maksimumkan Cuti Panjang Anda
- Rancang Cuti Awal – Gabungkan cuti tahunan dengan cuti umum untuk dapatkan lebih banyak hari rehat dengan cuti minima.
- Tempah Perjalanan Awal – Tiket kapal terbang, bas, dan hotel akan jadi lebih mahal jika ditempah lewat.
- Pertimbangkan Perjalanan Luar Waktu Puncak – Berangkat sehari lebih awal atau pulang sehari lewat untuk elak kesesakan.
- Balik Kampung Dengan Selamat – Pastikan kereta berada dalam keadaan baik, termasuk tayar, brek, dan bateri.
Jangan Lupa Periksa Bateri Kereta Sebelum Balik Kampung
Tiada yang lebih mengecewakan daripada kereta rosak di tengah perjalanan cuti panjang. Jika anda memandu jauh, pastikan bateri kereta diperiksa awal. Kunjungi lebih 220 pitstop Bateriku di seluruh negara untuk pemeriksaan dan penggantian bateri agar perjalanan balik kampung atau percutian anda berjalan lancar.
Cuti umum di Malaysia bukan sekadar hari berehat, tetapi peluang untuk eratkan hubungan keluarga, meraikan kepelbagaian budaya, dan meneroka destinasi baru. Dengan panduan lengkap Cuti Umum Malaysia Tahun 2025 & 2026 ini, anda boleh merancang lebih awal dan memanfaatkan setiap cuti panjang sepenuhnya.