Pilih bateri kereta tak sekadar cari yang paling murah. Jenis bateri, kapasiti, dan CCA adalah antara faktor yang akan tentukan kesesuaian dengan kereta dan ketahanannya. Biasanya orang tanya apa beza bateri kereta jenis maintenance-free (MF) dengan bateri basah? Ini maklumat lanjut tentangnya.
Maintenance-Free vs Bateri Basa: Mana lebih baik?
Buat majoriti kenderaan moden, bateri MF adalah pilihan yang terbaik terutamanya jika itu kereta yang anda pandu sehari-hari. Bateri jenis ini perlukan pemantauan yang minimum dan dibina dengan lebuh tegap.
Kereta yang ada ciri teknologi start-stop biasanya pengeluarnya akan sarankan MF jenis EFB (Enhanced Flooded Battery) berbanding Absorbent Glass Mat (AGM). Walaupun harga sedikit tinggi, ia mampu tampung kitaran hidup-mati enjin kenderaan.
Bateri kereta basah kovensional terkandung elektrolit cecair dalamnya. Ia digunakan sejak berzaman dan biasanya lebih murah. Kereta yang tiada ciri-ciri canggih sesuai gunakan bateri ini kerana kos boleh dikurangkan. Namun pemantauan berterusan perlu dibuat khususnya pada paras air bateri dalamnya.
Bateri EFB sesuai untuk Auto Start-Stop dan Push Start
Dua teknologi yang semakin popular dalam kereta masa ini adalah Auto Start-Stop dan Push Start. Ia adalah dua fungsi berbeza tapi melibatkan proses yang sama iaitu hidupkan bateri. Tapi, kereta yang ada Push Start tak perlukan bateri istimewa, yang perlu anda beri perhatian adalah kereta yang ada Auto Start-Stop.
Kereta seperti Perodua Ativa, Axia, Bezza, dan Myvi mempunyai varian yang ada ciri ini. Jika ya, berikut adalah bateri yang disarankan:
- Bateri AGM - ketahanan lebih baik dengan kitaran cas-nyahcas yang lebih baik, kereta dalam kategori premium biasanya guna bateri jeis ini kerana mengandungi sistem elektrik dan elektronik yang lebih kompleks.
- Bateri EFB - Alternatif mampu milik yang ada prestasi lebih baik daripada bateri basah biasa dan boleh digunakan di kenderaan yang dilengkapi auto start-stop.
Kesan jenis bateri, kapasiti, dan CCA ke atas hayat bateri
Bila pilih bateri kereta, kadang-kasang ada pengguna yang pening. Tiga spesifikasi yang perlu diambil kira adalah seerpti jenis bateri, kapasiti dalam unit Ah, dan kuasa crank dalam unit CCA. Tiga maklumat ini akan tentukan prestasi dan ketahanan bateri bila dipasang pada kereta anda.
Kelebihan bateri AGM dan EFB telahpun diterangkan sebelum ini. Melangkaui jenis bateri, anda perlu pastikan kapasiti bateri dan kuasa cranck sepadan dengan keperluan kereta. Contohnya, Myvi Eco Idle guna bateri M42L yang ada kapasiti 40Ah dan kuasa CCA 400. Kalau bateri ada bacaan lebih rendah daripada itu, kemungkinan kuasa yang cukup tak boleh disalurkan kepada starter untuk hidupkan enjin.
Untuk panduan, bateri yang ada kapasiti dan CCA lebih tinggi daripada spesifikasi yang disarankan pengeluar adalah lebih baik tetapi harganya juga lebih tinggi. CCA dalam bateri berkurangan seiring dengan masa. Jadi kalau dapatkan spesifikasi lebih tinggi daripada saranan pengeluar, tempoh guna juga boleh dipanjangkan.
Guna Bateri ASTRA dengan Yakin
Bateri kereta bukan saja komponen untuk hidupkan enjin kereta, ia juga bekalkan tenaga kepada komponen elektronik kenderaan anda. Pilih bateri yang betul pastikan kereta berfungsi dengan optimum, apatah lagi dengan segala teknologi moden masa ini.

Bateri ASTRA menerima pensijilan SIRIM untuk semua 28 SKU yang ditawarkan. Jutaan bateri ASTRA telah memperkasa kereta di Malaysia bermakna ia dihasilkan untuk berikan prestasi yang mantap kepada pemandu.
Sama ada anda pandu Perodua, Proton, Toyota, Honda atau apa saja model kereta yang popular, akan ada Bateri ASTRA yang sepadan dengan kereta anda. Nak mudah, rujuk katalog Bateri ASTRA yang disediakan.

