23 Oct 2025

Cara Bayar Saman JPJ PDRM - Panduan & Diskaun Terkini

Cover image

Untuk memastikan pengguna jalan raya mematuhi undang-undang, saman diperkenalkan sebagai hukuman apabila seseorang melanggar peraturan jalan raya. Ia berfungsi sebagai langkah pencegahan supaya pemandu lebih berdisiplin dan berhemah di jalan raya. Secara umum, saman jalan raya boleh dibahagikan kepada tiga kategori utama iaitu, Saman JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) termasuk saman AES, saman di Lebuhraya, serta kesalahan berkaitan lesen dan cukai jalan.

Saman PDRM Trafik yang dikenakan atas kesalahan seperti halangan lalu lintas, memandu melebihi had laju, atau tidak mematuhi lampu isyarat. Ketiga, Saman Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) lazimnya berkaitan dengan kesalahan parkir di tempat awam seperti di bawah kawalan DBKL, MBPJ, MBSA, dan lain-lain.

Cara Bayar Saman JPJ, PDRM dan PBT Secara Online

Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, kita wajar menyelesaikan saman yang dikenakan kerana hasil pembayaran tersebut digunakan untuk menambah baik infrastruktur awam dan sistem keselamatan jalan raya. Ia juga mencerminkan tanggungjawab sosial kita sebagai pengguna jalan raya yang beretika.

Kadar Bayaran Saman 2026

Pada 22 Oktober 2025, Kementerian Pengangkutan Malaysia mengumumkan struktur kadar saman baharu yang akan berkuat kuasa 1 Januari 2026. Sistem ini menggantikan amalan lama diskaun bermusim dengan pendekatan lebih konsisten dan adil kepada pengguna jalan raya. Sistem baharu ini menggunakan konsep “The Less You Delay, The Less You Pay”

Butiran Sistem Baharu:

  • 0 - 15 hari: Pengurangan 50%
  • 16 - 30 hari: Pengurangan 33%
  • 31 - 60 hari: Bayaran penuh
  • Selepas 60 hari: Tindakan mahkamah atau senarai hitam (blacklist) akan dikenakan.

Ini bermakna semakin cepat anda bayar saman, semakin besar penjimatan yang anda peroleh. Sebaliknya, menangguhkan bayaran hanya akan meningkatkan risiko disenarai hitam oleh JPJ atau PDRM.

Sebelum sistem ini berkuat kuasa, pengguna jalan raya masih boleh melangsaikan saman tertunggak dengan diskaun antara 50% hingga 70% sehingga 31 Disember 2025. Namun selepas itu, tiada lagi diskaun akan diberikan untuk saman lama.

Diskaun Istimewa PDRM (1 November – 30 Disember 2025)

Sebagai langkah menggalakkan penyelesaian saman, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan diskaun sehingga 70% bagi bayaran saman antara 1 November hingga 30 Disember 2025. Langkah ini diambil selepas rekod menunjukkan jumlah tunggakan saman mencecah RM6.6 bilion di seluruh negara. Harapan pihak berkuasa adalah agar sistem baharu ini dapat:

  • Mengurangkan jumlah tunggakan,
  • Menanam sikap tanggungjawab dalam kalangan pengguna jalan raya
  • Meningkatkan budaya pemanduan berhemah dan selamat.

Mengapa Penting Bayar Saman Tepat Waktu

Mungkin ada yang menganggap saman sebagai perkara remeh, tetapi sebenarnya kesannya boleh jadi serius. Berikut adalah kesan sekiranya anda tidak membayar saman:

  1. Disenarai Hitam (Blacklist) oleh JPJ atau PDRM. Pesalah tidak boleh memperbaharui lesen dan cukai jalan.
  2. Dikenakan tindakan mahkamah jika saman dibiarkan terlalu lama.
  3. Kadar denda meningkat selepas tempoh yang ditetapkan.
  4. Menyusahkan urusan pinjaman atau pekerjaan jika rekod buruk disenaraikan dalam sistem kerajaan.

Membayar saman tepat waktu bukan sekadar memenuhi peraturan, tetapi juga menunjukkan disiplin dan tanggungjawab sosial kita sebagai pemandu.

Cara Bayar Saman (Kaedah Lengkap)

Kini, semuanya boleh dilakukan secara online. Cepat, mudah, dan tanpa perlu beratur panjang di kaunter. Berikut panduan lengkap untuk check saman polis, check saman jpj dan juga PBT.

1. Semak & Bayar Saman Melalui MyBayar Saman

MyBayar Saman ialah platform rasmi oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memudahkan pengguna menyemak dan membuat bayaran saman trafik secara dalam talian. Cara Guna MyBayar Saman:

  1. Layari Laman Rasmi MyBayar PDRM atau muat turun aplikasi MyBayar Saman di Google Playstore dan Apple AppStore.
  2. Daftar akaun baharu menggunakan nombor kad pengenalan dan emel.
  3. Log masuk dan semak saman berdasarkan nombor IC atau nombor plat kenderaan.
  4. Pilih saman yang ingin dibayar.
  5. Lakukan pembayaran melalui kad debit/kredit atau FPX (perbankan internet).
  6. Simpan resit digital untuk rujukan.

cara bayar saman polis.webp (Kredit: Trafik PDRM)

2. Semak & Bayar Saman JPJ Melalui Aplikasi MyJPJ

Untuk kesalahan di bawah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), pengguna boleh menggunakan aplikasi rasmi MyJPJ. Langkah-langkah untuk menyemak dan membuat bayaran adalah seperti berikut:

  1. Muat turun aplikasi MyJPJ di Google Playstore atau Apple AppStore.
  2. Log masuk dengan ID MyJPJ atau daftar akaun baharu.
  3. Pilih menu “Semakan Saman”.
  4. Semua saman JPJ akan dipaparkan dengan butiran kesalahan dan jumlah denda.
  5. Klik “Bayar Sekarang” dan pilih kaedah pembayaran.
  6. Simpan bukti transaksi untuk rujukan masa depan.

cara bayar saman jpj.webp (Kredit: JPJ)

3. Bayar Saman PBT (Majlis Tempatan)

Untuk kesalahan seperti letak kereta tanpa kupon, bayaran boleh dibuat melalui portal atau aplikasi setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), contohnya:

  • Portal Rasmi DBKL
  • MBPJ, MBSA, MPKj dan lain-lain.

Bayaran boleh dilakukan menggunakan FPX, kad debit/kredit, atau melalui kaunter PBT berdekatan jika perlu.

FAQ Mengenai Saman dan Pembayaran

1. Adakah saya boleh bayar saman orang lain?

Ya, boleh. Asalkan anda mempunyai nombor saman atau butiran kenderaan yang tepat.

2. Bolehkah saya bayar saman JPJ di MyBayar Saman?

Tidak. Saman JPJ perlu dibayar melalui aplikasi MyJPJ atau di kaunter JPJ berdekatan.

3. Apa beza saman AES dengan saman biasa?

Saman AES dikeluarkan melalui kamera automatik yang mengesan pelanggaran trafik, manakala saman biasa dikeluarkan oleh pegawai polis atau JPJ secara manual.

4. Bagaimana nak tahu saya disenarai hitam?

Anda boleh semak status senarai hitam (blacklist) melalui:

  • Portal JPJ Online, atau
  • Aplikasi MyBayar Saman di bahagian status saman.

5. Apa yang perlu saya buat jika saya tidak bersalah?

Anda boleh membuat rayuan dengan mengemukakan bukti sokongan seperti gambar, laporan polis atau surat rasmi kepada pihak berkuasa yang mengeluarkan saman.

Saman dah setel, kereta pula rosak tepi jalan?

Kadang kala, masalah di jalan raya bukan sekadar kena saman jpj atau saman polis, kereta rosak, tayar pancit, bateri kong, malah kehabisan minyak boleh berlaku pada bila-bila masa. Nasib baik, Bateriku ada untuk bantu anda 24 jam sehari, 7 hari seminggu, di seluruh Malaysia!

Perkhidmatan Bantuan Kecemasan kami termasuk:

  • Penggantian bateri kereta di lokasi anda
  • Servis tayar pancit atau tukar tayar ganti
  • Perkhidmatan kunci (locksmith) untuk kenderaan terkunci
  • Penghantaran minyak (fuel delivery) jika kehabisan petrol
  • Perkhidmatan towing (tunda) ke bengkel pilihan anda

Jadi, kalau anda tersekat di tepi jalan, jangan panik, hubungi Bateriku!

Dan sama-sama kita menjadi pemandu yang berhemah!

Avatar

Hazzim Nasir

Let’s share to:

Seterusnya