23 Jun 2025

Cara Bawa Kereta atau Motosikal ke Pulau Langkawi

Cover image

Musim panas tapi duduk rumah sahaja? Apa kata anda rancang untuk memandu ke utara tanah air dan habiskan hujung minggu anda di sebuah pulau terkemuka di negeri Kedah Darul Aman. Pulau Langkawi memang terkenal dengan pantai yang cantik, keindahan alam semula jadi yang menghijau dan pusat beli-belah bebas cukai. Tapi pernah tak anda terfikir nak memandu sendiri kereta anda ke Pulau Langkawi?

Dengan memandu kenderaan sendiri, anda bebas untuk berhenti di mana-mana, membawa barang sebanyak mungkin dan singgah ke negeri Kedah atau Perlis sebelum menaiki feri. Malah bagi sesiapa yang pernah membawa kenderaan menaiki feri dari Jeti Kuala Perlis, pasti teringat pemandangan yang indah sepanjang perjalanan untuk tiba di Kompleks Dermaga Tanjung Lembung atau Terminal Jeti Kuah.

Panduan Memandu Kenderaan Anda Ke Pulau Langkawi

Langkawi adalah salah satu pulau yang lengkap dengan segala kemudahan serta menawarkan pelbagai aktiviti untuk setiap lapisan umur masyarakat di Malaysia. Pulau yang dikelilingi oleh 99 buah pulau ini memberikan satu suasana yang indah dan nyaman untuk kita berehat selepas penat bekerja sepanjang minggu. Oleh itu, wajar untuk kita sebagai penduduk di Malaysia berkunjung ke pulau terkemuka di negara ini. Tapi sebelum itu, ini beberapa perkara penting untuk anda tahu.

Rangka Perjalanan Anda

1. Pandu ke Jeti Kuala Perlis:

Hanya satu sahaja jeti utama yang menawarkan perkhidmatan feri untuk kenderaan. Jika anda memandu dari Kuala Lumpur, perjalanan dijangka mengambil masa kira-kira 6 hingga 7 jam untuk tiba di Jeti Kuala Perlis. Perjalanan untuk tiba di Pulau Langkawi juga lebih singkat.

How To Drive To Langkawi-2.webp (Sumber: nstos.blogspot.com)

2. Pilihan Feri:

Terdapat dua pengendali feri yang menawarkan perkhidmatan untuk membawa kenderaan ke Pulau Langkawi iaitu:

  • Langkawi Ro Ro
  • Langkawi Auto Express

3. Tempah Slot Kereta Awal:

Hubungi pengendali feri awal-awal terutamanya jika anda bercadang untuk bergerak pada musim cuti. Pastikan segala dokumen seperti salinan geran kereta dan dokumen lain yang berkaitan dibawa bersama untuk memudahkan pendaftaran dan perjalanan anda.

4. Harga:

Kadar tambang membawa kenderaan anda untuk menaiki feri ke Pulau Langkawi adalah berbeza mengikut jenis kenderaan dan juga bergantung kepada pengendali feri. Julat harga bagi perjalanan pergi dan balik adalah seperti berikut:

  • Kenderaan Sedan: RM280 hingga RM500
  • Kenderaan SUV: RM360 hingga RM800
  • Motosikal: RM100 hingga RM200

5. Jadual Perjalanan Feri:

Rujuk laman web pengendali feri yang anda tempah untuk dapatkan jadual perjalanan feri. Panduan ini dapat membantu anda untuk merancang perjalanan dengan lebih lancar.

Di Langkawi Nanti

Setelah berjaya membawa kenderaan anda ke Pulau Langkawi, memandu di sekitar daerah ini sangat mudah. Jalan-jalan utama dijaga dengan baik dan parkir selalunya percuma. Dengan perjalanan yang mudah, pasti anda dapat memenuhi masa yang terluang untuk melakukan pelbagai aktiviti menarik di sekitar pulau peranginan ini. Antaranya:

  • Membeli-belah secara bebas cukai di Pekan Kuah.

Tahukah anda bahawa Pulau Langkawi adalah Pulau Bebas Cukai? Di sekitar pekan ini terdapat pelbagai kedai yang menawarkan barang seperti pinggan dan mangkuk pada harga yang berpatutan serta manisan-manisan coklat yang sesuai untuk dibawa pulang sebagai cenderamata kepada rakan-rakan pejabat.

How To Drive To Langkawi-5.webp (Sumber: Jetty Point Complex)

  • Langkawi SkyCab Cable Car and Skybridge

Nikmati pemandangan Pulau Langkawi dari puncak Gunung Mat Chincang yang menjadi tumpuan pelancong. Pengalaman menaiki kereta kabel ini menjanjikan satu pemandangan yang menarik kerana anda boleh melihat keindahan Pantai Tanjung Rhu dan Air Terjun Telaga Tujuh. Di Skybrige pula, anda boleh merasai pengalaman menusuri sebuah jambatan gantung yang bergoyang antara dua puncak Gunung Mat Chincang.

How To Drive To Langkawi-3.webp (Sumber: Canva)

  • Pantai Cenang

Antara pantai yang wajib dikunjungi oleh setiap pengunjung di Langkawi kerana di sini, pelbagai aktiviti pantai disediakan. Menikmati pemandangan matahari terbenam dan melihat pertunjukkan api pada waktu malam juga menjadi tarikan pengunjung ke sini.

How To Drive To Langkawi-4.webp(Sumber: Canva)

Pelbagai lagi aktiviti lain khususnya aktiviti laut seperti “Island Hopping”, “Snorkelling” dan “Kayaking” yang wajar anda sertai sepanjang percutian di Pulau Langkawi.

Tips Tambahan

Berikut adalah antara panduan tambahan bagi mereka yang ingin membawa kereta atau motosikal ke Pulau Langkawi:

  • Isi minyak sebelum menaiki feri: Minyak lebih murah di Langkawi, tetapi stesen minyak boleh sesak dengan kenderaan lain.
  • Pandu dengan cermat: Ramai pelancong lain yang menggunakan skuter untuk bergerak di pulau dan kadang-kadang menukar lorong secara tiba-tiba.
  • Muat turun peta offline: Sekiranya tiada liputan internet di kawasan pedalaman, anda mempunyai panduan perjalanan yang selamat.

Kesimpulannya, jika anda ingin meluangkan masa yang lama di Pulau Langkawi, memandu kenderaan anda terus ke pulau tersebut memberikan banyak manfaat dan kemudahan. Namun, sebelum ke Langkawi, pastikan kereta anda dalam keadaan terbaik. Atau singgah ke Pitstop Bateriku di Taman Seri Langkawi, Kuah, Langkawi untuk servis bateri, pemeriksaan, dan bantuan jika perlu. Kami sedia membantu, supaya anda boleh fokus pada percutian, bukan kerosakan kereta!

Avatar

Hazzim Nasir

Let’s share to:

Seterusnya